Tuesday, April 7, 2015

Bezanya BLOGGER dengan BLONGANG

Yang pro Mahathir pusing tunggang terbalik pun akhirnya akan minta satu sahaja, NAJIB TOLONG JAWAB, tidak kurang dan tidak lebih dari itu atau BERUNDURLAH.

Yang pro Najib, serangan ke atas Mahathir 360 darjah, ungkit semua perkara, tiba-tiba 22 tahun semuanya jadi buruk termasuklah serangan peribadi dan ada yang tidak berpijak dibumi nyata kononnya mereka lah yang sekarang ini duduk rapat dengan akar umbi dan mendapat sokongan rakyat dan akhirnya mereka minta Mahathir DIAM dari bercakap tentang kesalahan mereka.

Bukankah Mahathir sudah berpesan, if you make trouble, if you create problem and if you got problem and trouble beliau tidak wajar diminta untuk mengatasinya. Pandai makan pandai cuci pinggan sendiri.

Mahathir sudahpun menasihati, bukan sekali, berkali-kali ... Nasihat yang jelas dari Mahathir, jangan lawan dengan kebenaran, makan sahaja Pil Undur sebelum terlewat...

Jika pembangkang bersuara mereka kata fitnah, apakah yang ada dalam UMNO itu semuanya malaikat.

26 comments:

  1. Assalamulaikum KD

    Pada pandangan aku la ramai tidak memahami UMNO sudah semakin jauh dari masyarakat.Ramai ahli UMNO seperti katak bawah tempurung.

    Mereka ingat rakyat cukup sayang dengan UMNO disebabkan UMNO adalah parti pemerintah semenjak Malaysia ditubuhkan.Malah telah memberi kesejahteraan kpd semua kaum.

    UMNO memang bagus ..saya cukup setuju lihatlah sejarah penubuhanya dan agensi2 yg ditubuhkan pada zaman Tun Razak UMNO memang parti terbaik dibandingkan dgn semua parti yg ada di Malaysia.

    Tetapi kenapa rakyat menolak UMNO?

    Generasi Cina lama melihat UMNO sebagai abang besar yg membantu bangsanya hidup di Malaysia. Berbeza generasi baru yg melihat Cina sepatutnya diberi tempat didalam mengurus negara.Apa maksudnya? Cina inginkan jawatan PM.,Ketua Polis..Ketua Turus Tentera dan sebagainya..


    UMNO pula generasi baru sudah muak ...malah generasi umur 60an melihat UMNO parti yg hanya tahu kumpul kekayaan..Salah UMNO?
    UMNO adalah parti keramat Melayu..Ianya perlu dipertahankan kerana sejarah membuktikan UMNO sudah menjalankan tanggungjawabnya dgn cukup baik.

    Masalah UMNO adalah ahlinya..Dizaman Tun Razak ahlinya2 bersatu padu berusaha agar Melayu keluar dari garis kemiskinan.Maka lahirlah berbagai-bagai agensi membantu Melayu..Cukup banyak.

    Di era kini peninggalan agensi Tun Razak tidak lagi bekerja keras membantu Melayu yang ada berfikiran makan gaji.MARA yg sepatutnya sudah melahirkan usahawan melayu yg menguasai 50% kek ekonomi...Malangnya MARA masih terkial-kial mencari formula bagaimana nak bantu Melayu. MARA di era kini dikenali membantu kroni ..
    Apa maksudnya anda perlu ada kabel maka lulus lah kertas kerjanya.

    Maafkan saya ..Sekiranya TDM boleh bertanya maka saya ingin bertanya kepada semua blogger anti najib dan pro najib..Pemimpin2 blok Najib dan pemimpin Blok Muhiydeen.

    Ketika kita sering melaungkan hidup melayu kenapa kek ekonomi semakin mengecil? Tahukah kita usahawan melayu yg ratusan ribu berjuang di pasar malam,uptown,kiosk kecil di kompleks,gerai2 tepi jalan,warung2 haram dan sebagainya?

    KD maaflah generasi TDM adalah generasi yg kaya raya..Cukuplah anda jadi ketua cawangan kehidupan anda berubah? betultak? Di kg saya ya? Ahli2 UMNO berpangkat cukup sombong dan sukar bertegur sapa..Kekalahan UMNO di selangor kerana akhlak kepimpinan UMNO cukup teruk.Malangnya isu ini tidak menjadi persolan pokok kenapa?

    Jelas kepada kita generasi yg dilahirkan TDM hanya tahu berpotik tidak berpijak bumi yg nyata...

    1.1MDB hanya sekadar ugutan agar Najib turun dari jawtan PM
    2.Altantuya hanya sekadar ugutan agar memberi gambaran masyarakat Najib adalah pembunuh.

    Adakah ke 2 isu yg dianggap besar oleh Ahli UMNO maka tanah-tanah yg hilang akan kembali?
    Melayu adalah bangsa yg tinggal di semenajung semenjak ribuan tahun.Kedatangan bangsa cina yg hanya bertapak semenjak merdeka sudah menguasai berapa peratus? Pada tahun 2030 kita boleh agak Melayu tiada lagi tanah .Kenapa Kita boleh agak?
    Melayu pada masa itu masih bertelingkah isu siapa paling layak jawatan PM.Manakala ketua2 UMNO rakus merebut kek yang semakin mengecil.

    Ini la hakikat UMNO yang paling aku sayang.Semua bercakap soal sayang kepada bangsa.Cuma jawatan PM sahaja yg menari disetiap fikiran.Melayu mudah ditipu dengan angan-angan..Disebabkan Pemimpin Melayu berkarisma bercakap ramai tertipu dengan propaganda antaranya DSAI.Hari ini walaupun terbukti DSAI bersalah melayu tetap menyanjung kepimpinannya.

    Begitulah jugalah UMNO....kita sayang bangsa kita tetapi isu paling besar dan parah tidak pernah menjadi keazaman kuat dikalangan ahli2nya.Apa guna hidup sebagai melayu sekiranya kita bukan lagi sebagai tuan tanah..faham tak? Bangsa apa kalau tanah tergadai? bangsa apa kalau hanya kaya berkereta dan rumah sekangkang kera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni main tulis ikut kepala lutut hang saja , Aku cuba nak betul sikit fakta , unutk rekod hang MARA mula operasi secara menyuluruh sejak tahun 1975 sehingga sekarang , sejak tahun 1975 seramai 1.2 juta orang bumiputra di bantu dengan modal dan latihan keusawanan serta pasaran malang nya sepanjang jalan ada yang linkup , barua alibaba dan kaki boras jadi balik pada sikap orang melayu bukan MARA , sepanjang tempaoh itu juga sebanyak 3.8 juta pinjaman pendidikan dan biasiswa MARA keluarkan kepada orang bumiputra dalam bidang pendidikan juga meningkatkan lagi MRSM dan dalam pendidikan MARA berjaya menambah bilangan bumiputra memajukan pelajaran , Dari tahun 1975 sehingga sekarang MARA telah berjaya melahirkan hampir 400 ribu ahli ahli profesional dalam pelbagai bidang dengan bantuan dana pengajian , jadi MARA telah banyak jasa cuma sesetengah orang melayu macam hang yang tak berguna lupa diri duduh MARA tak guna sebenar hang lah melayu tak guna utk bangsa.

      Delete
  2. Juga jika rakyat benci UMNO dan undi tak undi BN, PR akan jadi PM tapi siapa sebenarnya yg akan menarik hidung PM baru tu ? Sudah tentu DAP.
    Juga Sultan juga terpaksa mengikut perintah DAP.

    Cara Tun agak blatant menyuarakan pendapat. Agaknya terpaksa supaya nasi tak jadi bubur hangit.

    Cegahlah sebelum parah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi sudah menjadi bubur pun.
      Bukan mudah utk mengubatnya....Bukan mudah percayalah..
      Kepercayaan masyarakat Melayu kepada kepimpinan UMNO tidak seperti era Tun Razak...Jangan bermimpi disiang hari.

      Kalau Di Selangor berbicaralah tentang UMNO..kutukan dan hinaan adalah zikir mereka.Di kelantan UMNO dikafirkan.....Kenapa Ya?

      KD dan sahabat sekalian.Saya tahu anda cukup marah bila kelemaham TDM didedahkan....sbg ahli UMNO sepatunya kita simpan dan berusaha membuka buku baru.Tetapi malangnya Ahli UMNO tidak berpijak dibumi yang nyata.

      Di Era TDM ulamak- ditentang habis-habisan..Dizaman Najib ulamak2 di santuni dengan penuh hikmah..salah ke?

      TDM langsung tidak membantu sekolah agama2 swasta dan dibiarkan daif.Malah ingin dihapuskan? benar atau salah?
      Di Zaman Najib sekolah agama dan pondok dibiayai dengan wang kerajaan. Pemimpin UMNO tertentu diberi tugas mendekati golongan ini.

      Najib faham melayu dan Islam adalah berkait. Di zaman Najib program tahfiz sudah mula merebak disekolah2 asrama..bagus tak? Kenapa ahli UMNO tidak tahu?

      Hudud bakal memberi gambaran bagaimana generasi keras ni berbicara tentang agama.

      Ahli UMNO suka sifat jatuh menjatuhkan kerana DNA dengki sikitul.Kalau sekiranya daranhya adalah bangsawan dari keturunan sultan2 pemerintahan semenanjung insyaallah Melayu adalah bangsa yg hebat.???

      AHLI-AHLI UMNO PERLU KEMBALI KEPADA SEMANGAT UMNO 1946 DAN BERPEGANG KEPADA JANJI TAAT SETIA. UNDANG-UNDANG YG DITUBUHKAN PERLU DIPATUHI KERANA ITULAH AMANAH DARI PEMIMPIN-PEMINPIN UMNO GENERASI PERTAMA UMNO .

      Delete
  3. Aku tak paham la dgn tun ni. Dia ingat dia tu siapa sekarang? Kalau tak silap aku, tun tu mantan pm. Sama je mcm tunku, tun razak, husein onn dan paklah. Eloklah dia bg nasihat kt najib tu. Nasihat je lah. Kalau najib tu degil tak makan nasihat, tak nak jawab soalan tun mana boleh paksa. Tun bukan bapak najibkan! Jadi tak ada sebab munasabah tun nak paksa najib jawab sebab tun sudah jadi mantan.
    KD, jd blogger ada pilihan. Nk sokong sapa2pun. Kalau tak sealiran jgn mudah pulak gelar blogger lain blogngang k...tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku x pasti sama ade ko ni penjilat najib atau penghidap sindrom penafian ataupon sindrom bodoh...
      Soalan ko sendiri boleh ko jawab sendiri...
      Kalo dah tanya tun M tu ingat dia siapa nk suruh najib resign...awat yg najib pon blh goyang dgn pakcik pesara kerajaan tu??
      Ada buat salah ka?kalo xda knp takot?
      Knp x explain kpd rakyat? Pakcik pesara kerajaan umoq 90 tu bkn pakai senjata pon...bkn suruh merusuh pon..
      Yg ko goyang apehal?

      Delete
  4. Aku seperti juga rakyat yang lain dah letih dengan isu ini. Yang jelas Tun M tegas dengan pendiriannya (stand firm)...DS Najib masih dok kong kali kong....Yang Tun M mintak DS Najib beri jawapan atas segala pertanyaan dan kemusykilan yang dilontarkannya. Susah sangat ke...?? Tapi Ds Najib pulak dikerah habis apek-apek lempangnya membedal dan membedil orang tua tu... Namun persoalan tetap tak terjawab juga. Sentimen dibawah semakin hari semakin menggelegak aku tengok. Tengoklah pada sosial media lain seperti Whatsupp, Fb, Telegram dsbnya...sentimen mintak Ds Najib turun semakin viral menggila..!! Yang tetap benar Ds Najib oii... Lama mana nak sweep under the carpet..last-last menggelembung jugak carpet tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke tak jawab atau ramai dikalangan kita semakin malas membaca?

      TDM suka menggunakan cara debat sedangkan Najib meletakkan tanggungjawab kepada individu atau agensi terlibat.

      Delete
    2. Sdra Anon 6.52,

      Kurang tepat kalau kata TDM suka cara debat. Sanusi Junid kata TDM seorang doktor. Seorang doktor akan bertanya bermacam2 dan bertubi2 kepada pesakitnya sebelum memberi penyelesaian kepada masaalah pesakit tersebut. Kata Sanusi TDM sekarang dalam fasa "pembedahan" untuk menyelamatkan pesakit.

      Walaubagaimanapun, anda sangat tepat memperkatakan tentang najib. Beliau "taichi" masaalahnya untuk diuruskan oleh inner circles and advisors.

      Delete
  5. Wahai Ds Najib…, renungilah pandangan Ulamak Sayyid Qutb dalam menghuraikan maksud al-Haq (kebenaran) …. Oleh sebab itulah al-Haq pasti menang dan kebatilan dan kepalsuan akan musnah. Walaupun keadaan-keadaan zahir nampaknya tidak begitu, namun akhirnya kebenaran akan tetap muncul dengan begitu ketara :

    “Malah Kami lontarkan kebenaran ke atas kepalsuan lalu ia mengalahkannya dan tiba-tiba kepalsuan itu terus lenyap” (Surah al-Anbia': 18)

    Ayat ini menggambarkan bahawa al-Haq (kebenaran) akan dilontarkan kepada kebatilan yang menyebabkan kebatilan akan terhapus, musnah dan hilang. Kebatilan adalah sesuatu yang baru dan menyimpang dari sistem Ilahi dan tidak diredhai Allah.(Justeru bermuhasabah dan insaflah Ds Najib sebelum terlambat……)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayyid Qutb adalah khawarij dan penentang bersenjata kpd kerajaan Mesir.Daripada gerakan beliau lahir berbagai-bagai jemaah antaranya Al qaeda dan PAS.

      Delete
    2. Kalaupun Sayyid Qutb itu adalah khawarij atau syiah sekalipun, yang nak ditekankan di sini adalah isu Haq atau Kebenaran. Dalam bahasa mudahnya berkata benar. Habis tu kamu nak letak kat mana peringatan Allah SWT dalam surah al-Anbia : 18 tu yob.....??? Fikir-fikir seribu kali fikir....

      Delete
    3. Anon 7.15....syabas pada anda yang mematahkan komen Anon 6.58

      Manusia ini, sekali macai sekalian kalinya pencacai

      Delete
  6. Saya percaya pengomen2 di atas adalah orang melayu islam dari malaya. Ada yang berpihak kepada DSN dan ada yang menghormati pandangan dan concerns TDM dengan Malaysia (not najib per se).

    By the way, saya orang melayu islam dari malaysia timur.

    Sharir, salleh said keruak, bung dan ramai lagi pemimpin umno would like to impose on the rakyat to view TDM's criticisms as PERSONAL ATTACK ON DSN. Unfortunately, saya as a non umno member and was born some 58 years ago and a staunch BN voter perceive the whole "commotion" as an immaturity on the part of DSN perhaps due to his inner circles and advisors (forget about their actual roles and individual interests).

    1. Questioning 1MDB is not a personal attack. Blogger Jentayu said,"amai orang sudah lupa, bahawa isu 1MDB sebahagian besarnya sudah dijawab sendiri oleh Jho Low, Petrosaudi dan juga pengurusan 1MDB. Oleh kerana ianya tidak memuaskan hati semua pihak, Najib menyerahkan kepada Jabatan Audit Negara, PAC, SPRM malah PDRM untuk melakukan siasatan berdasarkan laporan-laporan yang telah dibangkitkan".

    IT IS NOT A QUESTION OF TAK PUAS HATI. AWAK PAKAI BAJU MELAYU, BERSAMPING UNTUK PERGI JEMPUTAN KAWIN. ORANG NAK TAHU AWAK NAK KE RUMAH PENGANTIN LELAKI KE PEREMPUAN? AWAK JAWAB SAYA NAK PERGI MAIN BOWLING

    2. Minta polis siasat sapa instruct Sirul bunuh altantuya. Bunuh orang bukan kerja main2. Didapati bersalah kena hukum bunuh. Ingat ibu bapa, anak isteri sirul tak hendak tahu sapa suruh sirul bunuh? Awak jawab mahkamah dah buat keputusan sirul yang bunuh.IItu betul tapi tak jawab sapa suruh sirul bunuh. Its not a question of memperlekeh keputusan mahkamah, tapi it does not answer the question.

    It also applies to all concerns raised by TDM which I believe would readily be endorsed by the rakyat........

    Wallahuaklam


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu la pulak saya di serawak rakyatnya membicarakan soal 1MDB lebih dari projek Pan Borneo Highway..

      Pru akan datang Serawak akan kalah kerana isu 1MDB..?

      Delete
    2. Anon 6.56

      1. Betul apa yang dikatakan oleh orang malaya, orang umno khasnya pencacai najib memang MATERIALISTIC. Dapat fulus, mearapu tak guna fikiran

      2. Spelling Sarawak pun salah....bukan serawak.....simple but stupid mistake

      3.1MDB is about sovereign debt...implication on rakyat, not only malaya but sarawak and sabah.

      4. Remember, Sarawak and Sabah can never be permanently fixed deposit states....umno jangan perasan sepanjang hayat.

      5. By the way I am a BN voter.......but I would rather not go to vote if things does not change.

      Delete
  7. Wajarlah Sirultak puas hati... yg mengarah atau yg membuat dia terperangkap dlm kancah ini hingga kewarasan dia hilang bila dia membunuh terlepas diluar sana. Lain kali jgn curang pd isteri...boleh tenang ke hidup walau tak di hukum di dunia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bersetuju dengan anda

      Delete
    2. Nak jawab amende nya
      "Yes Tun, saya lah yang berak tengah jalan" (?)

      Hari tu pun dah bersumpah..
      Bala dah datang...satu demi satu...tak nampak ke..

      Delete
    3. Buat semua... ingatlah setiap ujian dan bala yg telah ditakdirkan didlm kehidupan kita memang ditujukan khas utk kita. Ambillah peluang untuk mendekatkan diri padaNya. Allah menguji kita agar kita mendekatkan diri padaNya kerana adakala kita akan balik padaNya hanya apabila di uji.

      Delete
  8. Kepada penulis komen dalam blog ni yang nak hentam Tun M , tolong la jgn merapu macam najib kata bangang , bila Tun suka hentam ulama hoi bangang, yang Tun M hentam ulama suk iaitu yang jual agama dengan politik dunia , bangang . Ok pasai apa semua hampa ini susah sangat cara pikiaq , Tun cuma minta jawab dengan telus dan jelas jadi Najib jawab la terutama masalah penyelewengan melibatkan perbelanjaan pribadi , keluarga dan kenalan seperti anak cina haram jadah nama jho low tu melalui !MDB jawab ja , Dengan Tun M ini kita kena selalu orang putih jacap read between the line apa yang dia sebut , tak kenal Tun M lagi kut kalau tak kenal lebih baik pi mampos , dia bukan macam anuar peliwat suka penipu , tak kenal Anuar ha kalau tak kenal lebih baik pi mampos , Tun Kalau buka mulut mesti ada sebab tau tak bangang , dia dah pencen dan dah tua dah tak ada apa nak ligan (kejar) kecuali ada sesuatu melibatkan negara sudah tentu dia terpaksa buat sesuatu kerana kepentingan semua takkan biaq pi sampai lingkup kut , dia bukan macam hampa bangang boleh tengok saja , Kalau dia bina banyak GLC untuk menambah pendapatan kerajaan tiba-tiba mai dua mangkok PM jenis belagak pandai dengan pajak harta dan setengahnya jualkan melalui 1MDB buat macam harta sendiri aku pun naik angin satu badan , lepas tu ada orang -orang tertentu masa dia perintah digunakan kebolehan mereka dengan baik demi mamajukan GLC ini malah negara hujung hujung mai dua mangkok PM ini orang ini terus jadi JIN afriet untuk buat kerja kerja bagi depa senang mana boleh tahan jangan kata Tun M aku pun naik angin satu badan , seorang dah jadi arwah alfatihah, Jadi tu belum aku nak cerita bab lagak Bini pulak tak payah la tu personal dan tak larat nak taip , jadi memang zaman Tun M zaman memewahkan UMNO tapi hampa bangang , jadi kena cerita sikit start Anuar peliwat haram jadah menjadi menteri kewangan dan Timbalan perdana menteri lah, politik wang mula diperkenalkan dan diamal secara gila-gila sejak 1993 sehingga kini jadi tolong betulkan fakta atau buat catitan kalau bangang bukan aku kata Najib yang kata jadi tak payah lah nak kona dan belit , memang tun merevolusi kan negara ini menjadi negara industri dari pertanian tapi bukan niat dia agar orang UMNO akan kaya dan sombong ini balik pada sikap tak kan yang ini pun nak ajar , lepas tu ada juga beruk punya statement , tengok Najib la ni dah mendekati tahfis bagi bantuan ini bukan mendekati ini nak cari makan tengok orang semua dah minat nak berjubah malam cinta rasul dia pun sama lah tunjuk minat sudah la ni semua nak menunjuk utk popular , Hoi bangang kau tahu tak sebelum tahun 1985 semua gaji ustaz dan ustazah di sekolah kerajaan skim dia rendah berbanding cikgu biasa , kau tau siapa selaraskan semua gaji depa jadi sama macam cikgu biasa, ini orang yang dikata maha firaun ini kemudian dah senang ustaz ustaz ini lah yang kuat fitnah dia kerana kena tipu dengan anuar haram jadah , hoi bangang kau tau siapa punya idea suruh bina sebanyak mungkin surau yang selesa disepanjang lebuh raya supaya orang islam mudah solat bila dalam perjalanan , ya ini orang bernama TUN Mahadir yg depa kata firaun , lagi apa lagi hang nak pasai pembangunan islam , system kewangan islam , universiti islam , apa lagi mau cakap pasai islam ,sudah la jangan dik jadi barua Najib , Dari pemerhatian aku diperingkat bawah semakin hari semakin orang meluat dengan kirenah najib , terutama masyarakat Bandar dan sekarang luar bandar sudah menular , bukan orang tak suka BN tapi orang meluat dengan pelbagai polisi yang bodoh , kemudian cerita yang menyakit hati contoh buat majlis anak bertemakan flora belanja 30 juta , dandan rambut RM 1000 , dan lain lain jangan ingat cerita ini tak sampai kampong , aku la ni pun dok kampong orang asyik cakap , tak tau la kut kampong bangang tidoq , jadi nak selamat Najib tolong la lepaskan jawatan bagi kat muhyidin dan ingat tolong jangan buat kesalahan yang dibuat oleh kedua dua PM lepas dan najib.

    ReplyDelete
  9. Maaf KD, saya tukar tajuk daripada "Bezanya BLOGGER dengan BLONGANG" kepada "Bezanya UMNO DEWASA dengan UMNO MENTAH.

    KOMEN SAYA DALAM KURUNGAN

    SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

    Ini amanah dan maruah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Isu hormat tak relevan langsung (komen saya)

    Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

    Memang dah parah pun. UMNO is in critical condition and voters are running away if not carefully addressed (komen saya)

    "Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

    Are issues of 1MDB, Altantuya, TPPA, Abolisment of ISA etc etc personal p[roblems? Are we rakyat not equally concerned? Get your perspective right Associate Professor. (my comment)

    "Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

    What respect are you talking about if it involves integrity and credibility? (my comment)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf KD, saya tukar tajuk daripada "Bezanya BLOGGER dengan BLONGANG" kepada "Bezanya UMNO DEWASA dengan UMNO MENTAH.

      KOMEN SAYA DALAM KURUNGAN

      KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak patut bertindak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

      4 tahun dah diberi ruang, namun najib tak berganjak….Naper masih bisu sehingga TDM tak nak jumpa lagi? (my comment)

      Ahli Jawatankuasa Biro Perangan Umno Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Dr Mahathir turut mempunyai beberapa persoalan yang masih belum dijawab sehingga kini ketika zaman pentadbirannya.

      Kalau betul, sila keluarkan…kalau tidak itu fitnah (my comments)

      Sehubungan itu menurutnya, tidak sepatutnya Dr Mahathir melakukan tindakan menggesa Najib menjawab tuduhan terhadap kepimpinannya seolah-olah menggambarkan kepimpinan Najib lemah .

      IT is proven Najib is weak. How else can you explain THE GROWING SECURITY PROBLEM AND SCANDALS?

      “Kritikan Dr Mahathir tidak boleh diterima seratus peratus. Kalau hendak kira, masa Dr Mahathir perintah dulu ada beberapa isu seperti Petronas dan KWSP tidak dijawab sampai sekarang.

      Betul tak boleh diterima 100%. At least terima yang crucial or critical ones! Sila keluarkan Petronas dan KWSP issues so that rakyat pun nak tahu jugak. Asal jangan ada fitnah (my comment)

      Delete
    2. Maaf KD, saya tukar tajuk daripada "Bezanya BLOGGER dengan BLONGANG" kepada "Bezanya UMNO DEWASA dengan UMNO MENTAH.

      KOMEN SAYA DALAM KURUNGAN

      KUALA TERENGGANU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi sokongan dan peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat dan bukan melakukan kritikan secara terbuka.

      4 tahun dah diberi ruang, namun najib tak berganjak….Naper masih bisu sehingga TDM tak nak jumpa lagi? (my comment)

      Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau secara peribadi berpendapat peluang itu perlu diberikan berdasarkan tempoh kepimpinan Najib yang disifatkan masih baharu.

      Baharu? Because of baharu, banyak persoalan yang controversy yang boleh bringing us to the dogs (comment saya)

      “Bagi pandangan peribadi saya, sepatutnya Najib diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat kerana kita sedia maklum, ketika beliau menerima tanggungjawab itu keadaan kerajaan tak sekuat mana.

      Dah dinasihat tapi tak nak dengar (my comment)

      “Kita sedia maklum, zaman Tun Mahathir sendiri pun pernah alami pasang surut. Itu fenomena dan pengalaman yang perlu dihadapi semua pemimpin. Tun Mahathir galas jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, jadi Najib baru enam tahun,” katanya.

      Betul but he did it right albeit imperfections(my comment)

      [ ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya mahu Najib jawab soalan rakyat' ]

      Ahmad Razif berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tun Mahathir dalam tulisan di blognya yang mendakwa rakyat kini tidak lagi mempercayai kepimpinan Najib.
      Dr Mahathir turut meramalkan Umno dan BN akan kalah dalam PRU14 kerana terlalu banyak tuduhan dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya, termasuklah kes pembunuhan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

      The truths hurt(my comment)

      Justeru, Ahmad Razif berkata, beliau amat berharap agar Tun Mahathir dapat memberikan sokongan penuh kepada Najib dan dapat berbincang secara baik serta berhenti melakukan kritikan secara terbuka.

      “Saya berharap Tun Mahathir dapat memberi sokongan penuh kepada Najib kerana dalam keadaan ini, kita tak perlu menuding jadi sebagaimana slogan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB), kita tak boleh jadi ‘bangau oh bangau’.
      “Apa yang perlu kita lakukan sekarang, dalam keadaan ekonomi kita yang tak berapa stabil ini ialah bersatu,” katanya.

      4 tahun dah diberi ruang, namun najib tak berganjak….Naper masih bisu sehingga

      Delete
  10. Korang nk cakap apapun cakaplah.aku getap menyokong pentadbiran Najib.entahlah akupun tk tahu kenapa..nanti adalah yg cakap aku jamuan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan jamuan bro...Jemuan (Kaki Ampu, Bodek, Pencacai, Tukang Kipas dan yang sewaktu dengannya). Terpulanglah pada ko bro untuk terus jadi jamuan Najib. Gua beserta sekelian majoriti rakyat yang lain dah fed-up.... Cukup sampai di sini sayang Najib oii...Kalau dengan bini sendiri tak boleh nak control.., maknanya Najib kena Queen Control... Tak dayus namanya. Abih camano nak jadi Khalifah weiii,,,

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...