Monday, April 6, 2015

Giliran Shahrir Jadi Tukang Jawab..

Semasa Paklah di asak oleh Mahathir - situasi yang sama berlaku, ramai-ramai akan kata sokong dan berdiri teguh di belakang Paklah tetapi sebaik sahaja Paklah turun ke mana mereka (?)

Sokongan yang dilaungkan tidak membawa apa-apa makna jika mereka berasal dari jenis burung kakak tua dan terdiri dari orang yang sama (KBU) seperti yang didowngrade oleh Ku Li.

“Dr Mahathir does not know what we are doing. We are on the ground and closer to the voters - Shahrir Samad.

Di mana agaknya telinga dan mata Shahrir ketika rakyat membantah GST - kalau mereka dekat dengan pengundi sudah pasti GST tidaklah dilaksanakan seburuk ini yang mengakibatkan harga dan servis naik secara drastik dan tiba-tiba.

Seperkara yang penting, yang berulang - yang jawab tetap masih tukang lawak.



16 comments:

  1. Ini (mukhriz) mungkin satu isu,

    Namun ISU berkaitan NAJIB masih belum terjawab lagi.

    Kalau Najib & Mukhriz tak bagus, kedua2nya layak dihukum.
    KES Altantuya, 1MDB masih misteri. Seolah2 ada SEsuatU yang cuba diSOROKKAN

    Jika Sirul memberi penjelasan, ADAKAH UMNO bersedia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa UMNO pulak perlu bersefia? Kenapa Sirul tak buat apa-apa kenyataan sejak 8 tahun lepas sejak dia mula dituduh, bila nak terima hukuman baru nak buat kenyataan. Bagaimana pula dengan Azilah, bukan kah mereka berdua sama-sama dihukum. Kenapa pula Azilah yg ada dlm negeri tak nak buat apa-apa kenyataan? Bukan kah Azilah juga dihukum gantung?

      Delete
    2. Bro, jgn bebal sangat, kes Altantuya ni bertahun2 mcm ada sesuatu yg cuba disembunyikan.

      Zaman sekarang manusia lebih kritis terutama sekali dalam menilai moral PM .

      Kes ini semakin jadi perhatian kerana mungkin Sirul dikunci mulut dan terlepas di Australia. Azilah di Malaysia boleh dibunuh bila2 masa.

      Persoalan dari pihak pembangkang juga akan diambil kira.

      Hang jangan fikir rakyat akan bagi 100% dgn maklumat TV3, stesen yg semakin rugi.

      Delete
    3. Sejarah TDM merosakkan Intitusi mahkamah menyebabkan masyarakat Malaysia tidak yakin lagi..Inilah hakikatnya.

      Walaupun kes altantuya mengambil masa yg lama masyarakat tetap menolaknya malah group pro TDM mahu Najib masuk campur dalam urusan mahkamah.Persolanya boleh kah Najib sebagai PM masuk campur?

      Baca link dibawah...

      http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

      Delete
  2. Pelaksanaan GST bukanlah penyebab hharga barang naik. Ianya disebabksn oleh peniaga yg
    mementingkan keuntungan semata-mata. Peniaga mahu mengekalkan keuntungan mmaksima dan
    Membiarkan pengguna membayar gst tanpa tidak mahu langsung menyerap 6% gst tst, sedangkan menjual pd harga
    biasa pun peniaga dah untung. Tiba masanya pengguna memboikot peniaga yg tamak tst. Banyak keperluan asas spt beras, gula dan tepung tidak dikenakan gst.

    ReplyDelete
  3. Semasa PRU, PAS untuk semua, tapi hukum Hudud untuk umat Islam sahaja. Mana semua?

    ReplyDelete
  4. BAB KATA TUN... DATO NAJIB KENA JAWAB..... SIMPLE.
    WHY THE HULLABALLOO.
    MENGAPA NAK BUAT PERKARA MUDAH JADI SUSAH !
    NAJIB JAWAB DENGAN JELAS HABIS CERITA.

    ReplyDelete
  5. Tun M kalau buka mulut he means business dan bukan nya cerita maharaja lawak , tak kan tak kenal orang tua ni 22 tahun memerintah negara kalau masih tak kenal makna hampa dok tidoq la , jadi tolong jawab najib jangan biaq dekat mangkok , mangkok lain jawab macam jawapan budak tak sunat , terutama sekali soalan soalan Tun M yang berbentuk pribadi takkan nak biaq mangkok kakak tua ni jawab , ini bukan masalah pribadi depa Najib jawab la takkan nak kak Rosmah jawab kut ni dah dayus , aku tahu bila arwah J J dah tak ada najib lagi tambah pening tak orang nak tolong pikiaq , lebih baik berhenti la Najib jangan buang masa .

    ReplyDelete
  6. Salam Bro,aku berpendapat TM hanya mahu PM jawab semua persoalan secara detail.TM mahu semua jawapan ini akan mematikan segala tohmahan yang dilemparkan kepada PM.Bukan TM tak suka PM.Aku rasa ada benarnya juga.Bila PM jawab segala persoalan pembangkang tentu mati kutu.Tak gitu ?

    ReplyDelete
  7. Apple polisher TAK FAHAM maksud Tun.
    RAKYAT NAK CERITA DAN JAWAPAN SEBENAR.
    Yang ADA personal vendetta TERHADAP Tun WAJAR BERDIAM diari.
    MENGAPA bila tun BERSUARA MELENTING.
    a DAP PKR BERSUARA DIAM, MATI KUTU, MACAM BODOH !

    ReplyDelete
  8. Siapa Shahrir Samad?Kelab penyokong BNBCC ? Mana panglima2 Najib yang sebenar? Bila Najib tak nak jawab,kita tahu kenapa. Seperti kata pepatah melayu-"Berani kerana benar dan takut kerana salah".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamulaikum KD

      Alhamdulillah lah KD serangan blogger terhadap TDM hanya serangan singkat dan hanya beberapa blogger terlibat sahaja.

      KD shahrir itu hang kena baca betul2..Sharir nak bagitahu bahawa Ahli parlimen dizaman Najib bebas bersuara malah isu penyelesaian 1MDB adalah cadangan dari mereka. Zaman TDM menteri2nya dipanggil burung kaka tua kerana hanya tahu mengangguk dan takut bersuara.Ini disebabkan kalau silap projek akan ditarik.

      Cuma yg peliknya suara mengatakan MT UMNO di zaman Najib kaki anguk adalah serangan dari bloger UMNO..Ha Ha Ha dunia dunia.

      KD bagusnya blogger pro TDM apabila sahaja TDM bersuara maka bertubi-tubi serangan ditujukan kepada Najib dan groupnya..KD panas la Kalau tidak kerana kesabaran memang dah perang besar ini.

      Selama ini blogger pro Najib dihina oleh group engkau dgn penghinaan bermacam-macam sedangkan hakikatnya mereka lah barisan depan mempertahankan UMNO. Terbukti 2 PRU lepas blogger pro UMNO berjaya mengawal aliran maklumat.Malah Red Bean Army pun kagum dengan gerakan tersusun bloger pro Najib ini.

      KD insyaallah blogger pro Najib akan berhenti menyerang TDM...tapi tak tahulah kalau depa hilang sabar. Yang pastinya ini lah sifat ahli UMNO suka berpolitik setiap masa. UMNO ada undang2 dan jelas Najib menjadi pemimpinUMNO yg sah.Kemenangan Najib masa pemilihan UMNO memberi kebebasan kpd beliau mentadbir sehingga tempoh tamat. Malangnya orang2 UMNO generasi TDM tidak suka berpegang kpd undang2 tersebut.Ini hakikatnya.

      Delete
  9. KD aku menghormati pendirian engkau cuma satu je yg aku minta siap pemimpin yg bakal memimpin UMNO?

    Apa yg aku tahu la group engkau paling tidak tersusun malah belum terbukti boleh mengepelai PRU akan datang..

    KD samada kau dapat berita ini atau tidak tetapi Muhiydeen masih berhati-hati menerima pelawaan TDM agar melawan Najib. Malah seperti mana aku bgtahu sebelum ini Muhiydeen tidak akan sekali kali menentang PM.Muhiydeen asli johor dan faham perjuangan UMNO. Muhiydeen meletakkan kekukuhan UMNO sbg matlamat utama.harap jgn perli la...

    Perjumpaan antara Mukriz dan Muhiydeen sudah banyak kali tetapi resultnya masih kabur. Kelakarla KD bila blogger pro UMNO mengatakan TDM hendak naikkan mukriz maka blogger pro TDM menolak dgn berbagai-bagai alasan..Hakikatnya alasan yg cuba ditolak tiada asasnya.

    KD Mukris tidak akan mengepelai perjuangan menentang Najib krn beliau tahu pasal tersungkur awal. Tengku Razaleigh cuba menyambut baton ini tetapi tak tahu la aku..apa kesudahanya..
    KD engkau ada dengar ke KJ cuba ditarik? Propaganda permainan politik kuasa ni memualkan la...

    Apa juga berlaku KD harapan melihat UMNO semakin kukuh sudah terobek dan sukar diubati. Bila engkau pun faham skandal pula menjadi ugutan tahulah kita Malaysia tidak didalam bahaya...1MDB yg dicanangkan bakal memuflis malaysia hanya sekadar serangan peribadi.

    Cuma utk pengetahun engkau group tegar politik sudah mengumpul semua fakta urusan ekonomi anak TDM .KD engkau ingat tak masa Anwar dan TDM bergaduh...yg buruknya UMNO ..kerana pergaduhan 2 pemimpin hancurlah kredibiliti UMNO.Sehingga sekarang UMNO dicop RASUAH .Inilah hakikatnya.

    Cuma aku yakin zaman Najib tidak akan berlaku perkara tersebut.Najib berusaha memastikan UMNO sebagai pelindung kpd rakyat Malaysia..cuma masa sahaja menentukan..

    1.Isu Altantuya melalui proses mahkamah selama 9 tahun tetapi kesudahannya mahkamah dipertikaikan...salah siapa? Percaya tak KD TDM merosakan institusi Mahkamah? Insyaallah Najib berusaha memastikan intergriti mahkamah.

    2.Isu 1 MDB Najib menyelesaikan menggunakan agensi kerajaan yg diberi amanah.Hari ni masyarakat Malaysia yakin dengan Audit negara.SPRM semakin kukuh intergritinya .PAC yg terlibat sama memeranjat ramai pihak.KD 1MDB sudah check mate Najib berani tak

    ReplyDelete
  10. Owh sebelum lupa 3 orang penasihat Najib

    1.Datuk Fuad
    2.Datuk Jamaludin Jarjis
    3.Datuk Azlin

    semuanya sudah dijemput Allah..semoga Allah memberi rahmat kpd ke tiga-tiganya..Ada masa bacalah siapa lah mereka agar kita faham siapa penasihat Dato Sri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  11. Masih ingat semasa pentadbiran pak Lah. Shahril naikan harga minyak dengan mendadak kepada RM2.70 seliter.

    ReplyDelete
  12. Tolonglah sokong tok jib..... kalau boleh sampai pru nih...

    Bagilah idea lagiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...