Sunday, April 5, 2015

Kenapa Najib Tidak Lakukan Perkara Yang Paling Mudah..

Dengan perkembangan isu politik semasa, ketika Tun Dr Mahathir seolah sudah bersedia dengan satu politik marathon dan siap di tangannya ada pisau dan alat pembedahan. Sudah tidak dapat di elakkan lagi, koma dan noktah juga semakin hampir samada Najib perlu berundur atau Mahathir perlu berhenti dan berkompromi serta sedia mengaku kesilapannya.

Adakah sesuatu yang sukar untuk mengatakan Mahathir hentam kromo dalam segala isu yang diperkatakannya termasuk yang terkini, menghampiri peribadi Najib dan keluarganya.

Sikap berdiam diri seperti Paklah menunjukkan itu menjadi kelebihan kepada Mahathir, Najib mengulangi kesilapan tersebut...

Apakah sudah ada petanda Najib akan berundur (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang menjauhkan diri darinya (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang mula merapati Muhyiddin (?)

Muingkin semua itu terlalu awal tetapi pasti ada penghujungnya...

Dalam ketika isu semakin panas,Kj telah mencuri tumpuan dan menunjukkan kematangannya...ianya lebih sukar buat Najib...

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.
"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.
"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.
Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.
"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.
Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.
Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.

19 comments:

  1. agak ironi kali ini apabila Khairy yang menyeru bosnya menjawab sendiri semua persoalan yang TDM lontarkan. Janggal kerana ketika zaman Pak Lah di persada kuasa Khairylah antara yang disebutkan sebagai punca masalah hingga menyebabkan PM ke-5 itu terpaksa meletak jawatan. Dahulu Muhyiddin yang lantang dan berterus terang manakala Najib ketika itu TPM ambil jalan selamat. Kali ini nampaknya Muhyiddin bermain selamat. Muhyiddin maklum bahawa pelantikannya adalah atas ihsan PM dan bila-bila masa boleh ditukar dengan orang lain. Mukhriz yang dahulu lantang juga menyepi kali ini. Sebaliknya seteru politiknya pula yang bersuara terhadap PM. Nampak permainan yang semakin menarik jalan ceritanya. Mungkin ada kompromi yang tidak dapat diduga oleh kita. Dalam politik musuh boleh jadi kawan dan sekutu boleh menjadi seteru dalam keadaan yang berbeza. Najib semakin kesuntukan masa dan semakin kecil pilihan yang boleh dibuatnya. Orang sekelilingnya pun nampak sudah hilang arah dalam strategi mereka. Yang masih nampak macam garang ialah blogger bangangnya yang cuba meremehkan soalan TDM termasuk Lokman Nor Adam yang dah tersisih dari arus politik. Ezam yang dibayar habuan besar pun sepi. Jika gerakan menurunkan Najib adalah baik untuk Islam dan Malaysia, kita berharap Allah akan mempermudahkan usaha ini.

    ReplyDelete
  2. GERAKAN ETD Najib.
    Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib)
    Mesti daftar.
    Semua mesti ikut undang undang.
    Pemimpin dan pelapis ramai.
    Blogger pun ramai.
    Syarat Aliff BA TA.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  3. salam,
    ku nan kata ah jib gor tak perlu jawab. diam itu lagi baik, nasihat su agung umno. kj pusing balik kata tdm silap dan bn n umno akan menang besar dlm pru14 kerana semua isu yang dilontarkan tdm bukanlah isu yang besar telah dijawab berulang kali. mungkin ahli umno yang faham, tapi bukan ahli umno tak faham n bodo. perpecahan pr dan sokongan umno terhadap hudud pas akan buat umno dan bn menang besar dalam pru14. tak perlu merancang terlalu lama. cukup la bila parlimen bubar baru merancang untuk menghadapi pilihanraya.14 nanti. semua ketua bahagian sokong penuh presiden ah jib gor.

    ReplyDelete
  4. Najib dah tak layak dah. Tun M very methodological in his acts. sooner or later Najib will be shown out and hopefully bring to court for 1MDB debacles.

    ReplyDelete
  5. sudah-sudahlah Tun.. berehat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Saya bukan orang umno dan juga bukan "orang malaya". Akan tetapi saya sokong BN sejak saya layak mengundi.

      2. Saya telah melihat prestasi ke semua 6 PM dan yang paling menonjol adalah TDM (PM 4) dan yang
      paling teruk adalah Najib (PM sekarang). Umno masih menerajui BN dan BN Sabah dan Sarawak menjadi "simpanan tetap".

      3. Melihat senario politik malaya di mana umno diterajui najib adalah ditahap paling lemah dengan dipalit oleh masaalah2 tertentu, saya juga yakin pru14 akan menyaksikan umno/bn akan dikuburkan jika BN Sabah dan Sarawak tidak "membantu" dari segi kerusi parlimen.

      4. Di Sabah, pemimpin seperti salleh said keruak dan bung tidak lagi disukai rakyat. Kalau umno sabah memberontak, selamat tinggal BN sabah. Di sarawak, kebencian terhadap umno malaya sangat menebal.......do not lose sight of this development in bumi kenyalang.

      5. TDM may have had an holistic look at UMNO BN and sensitivities of sabah and sarawak. Mahathir normally does his homework before developing his case. Be it political and religious sensitivities, current issues he termed as scandals etc etc.

      6. So Anon 9.31......many of us in east malaysian states do not agree that TDM should stop his actions of criticising present regime. Several false and fatal moves by najib would see this beautiful country of ours going to the dogs. By then, jangan harap nak menang semula. Penang, selangor, kelantan were and or are glaring examples.

      7. Umno dep president, 3 vps, 3 heads, 191 KBUs and whole grassroot members must make up their mind fast. I do not want to see our children, grand children and generations after us pee on our graves for our "greed".....

      Walahuaklam

      Delete
  6. Korang ingat nanti kalau Najib bagi penjelasan, semuanya settle ke???

    Jgn ikut rentak pembangkang.......bagi pembangkang kalau kita buat pun salah , tak buat pun salah. So, nak buat apa???

    ReplyDelete
  7. Dulu byk keputusan Tun semasa jadi PM tak disenangi oleh pembangkang dan rakyat...tapi dia buat bodoh ajer...

    Sekarang ni bagilah chance pada Najib mentadbir.....Nak mentadbir Negara ada 1001 macam cara......sekarang dia jadi PM, bagilah dia guna cara dia.....nanti lepas 5 tahun, kita tgk hasilnya....baik atau buruk. Kalau buruk, kita tukar.
    Ini namanya demokrasi....

    Rileks la....pasal 1MDB tu kan sedang diaudit oleh ketua udit Negara ....tunggu ajelah keputusannye...
    Yang semua tak sabar macam cacing kepanasan dan macam beruk kena belacan, apa cerita...

    Pasal pembelian Jet utk kegunaan PM dan kenamaan Negara, dah dijelaskan.....kenapa masih tak faham????
    Bongok ke ?

    Jet sekarang ni dah lebih 25 thn, kos penyelenggaraan terlalu tinggi sbb jet dah lama, dah outdated (tak canggih)...
    Kenalah beli baru sebbab nak bawak org tertinggi kerajaan dan Negara. Keselamatan sgt penting...

    Pasal Altantunya pun nak dimasukkan sekali......kenapa Najib perlu nak jelaskan benda yg dia tak tahu menahu. Dia pun tak kenal Altatunya tu.....Mahkahmah pun dah buat keputusan.....so, apa lagi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah2lah mengampu.....rakyat tak bodoh sedara.....semua orang mengeluh pasal GST.... GST tu membebankan rakyat....

      Delete
  8. 1. Saya bukan orang umno dan juga bukan "orang malaya". Akan tetapi saya sokong BN sejak saya layak mengundi.

    ---> BN should be the only party you should elect. At the moment we still don't have stable and good alternative.
    Pakatan Rakyat - hampeh

    2. Saya telah melihat prestasi ke semua 6 PM dan yang paling menonjol adalah TDM (PM 4) dan yang
    paling teruk adalah Najib (PM sekarang). Umno masih menerajui BN dan BN Sabah dan Sarawak menjadi "simpanan tetap".

    --> Najib paling teruk???....Please give the statistic and evident. Sorry to say, for Sabah Sarawak, how much they
    get from Federal during Tun Mahathir era?? You compare now during Najib time.

    3. Melihat senario politik malaya di mana umno diterajui najib adalah ditahap paling lemah dengan dipalit oleh masaalah2 tertentu, saya juga yakin pru14 akan menyaksikan umno/bn akan dikuburkan jika BN Sabah dan Sarawak tidak "membantu" dari segi kerusi parlimen.

    --> Semua org boleh menjangkakan....in fact BN should kalah masa 2008 dan 2013. Pakatan rakyat confident
    boleh menang. Tapi apa yg berlaku??? PR kalah sebab Allah masih mahu BN memerintah. Islam, Melayu
    dan Raja akan tergugat jika PR memerintah. Ini yg perlu dipertahankan...jgn main main dgn DAP...

    4. Di Sabah, pemimpin seperti salleh said keruak dan bung tidak lagi disukai rakyat. Kalau umno sabah memberontak, selamat tinggal BN sabah. Di sarawak, kebencian terhadap umno malaya sangat menebal.......do not lose sight of this development in bumi kenyalang.

    --> Jadilah rakyat Malaysia yg bersyukur. Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan tertinggi semasa era Najib.
    Paling sikit masa era Mahathir. Saya yakin, org Sabah dan Sarawak majority masih sihat akal...dan tidak
    termakan fitnah dan hasutan dari pembangkang....apa dah jadi dgn PAS di Sabah dan Sarawak??? Ini
    contoh, Allah nak tunujukkan betapa pakatan Rakyat tak boleh pakai

    5. TDM may have had an holistic look at UMNO BN and sensitivities of sabah and sarawak. Mahathir normally does his homework before developing his case. Be it political and religious sensitivities, current issues he termed as scandals etc etc.

    ---> Kalau di lihat...sebenarnya byk skandal semasa era Mahathir. Sabah & Sarawak terpinggir, Masalah
    sensitivity agama dan kaum dicetuskan oleh pembangkang sebab dah tak ada modal dan ini isu yg mudah
    dimanipulasi especially di sabah dan Sarawak. Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, be carefull.

    6. So Anon 9.31......many of us in east malaysian states do not agree that TDM should stop his actions of criticising present regime. Several false and fatal moves by najib would see this beautiful country of ours going to the dogs. By then, jangan harap nak menang semula. Penang, selangor, kelantan were and or are glaring examples.

    --> "Several false and fatal moves by najib" - what do you mean by this ayat??? Please list down what are the
    false and fatal moves? ...You cannot just read Malaysia Today, Malaysia Kini, mMalaysia Insider, Harakah,
    keadilan daily, read certain blog ....Your brain will be corrupted!!!!! and you become manusia yg tak pernah
    bersyukur di bumi Malaysia yg bertuah ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 5.55.....

      ---> BN should be the only party you should elect. At the moment we still don't have stable and good alternative.
      Pakatan Rakyat - hampeh

      ))))) please read the sentence correctly...i am not saying i shud no longer vote for bn. But who can stop others from voting the oppositions, not even orang malaya umno like you yang dah kucar kacir. I work in semenanjung for almost half of my life. I know the sentiments well enough.

      --> Najib paling teruk???....Please give the statistic and evident. Sorry to say, for Sabah Sarawak, how much they
      get from Federal during Tun Mahathir era?? You compare now during Najib time.

      ))))) sorry, you do not understand my statement. I do not look at material contribution by najib. I look at holistic moves and steps by najib involving the country. ISA abolishment? We almost lost Sedition Act had it not being contested by former umno veterans, ex CJ and many others! Humiliation of the malays and muslims, sultans, agong. 1MDB.! Upcoming TPPA etc

      --> Semua org boleh menjangkakan....in fact BN should kalah masa 2008 dan 2013. Pakatan rakyat confident
      boleh menang. Tapi apa yg berlaku??? PR kalah sebab Allah masih mahu BN memerintah. Islam, Melayu
      dan Raja akan tergugat jika PR memerintah. Ini yg perlu dipertahankan...jgn main main dgn DAP...

      )))) Wrong again...trying to deviate from the issue. If umno malaya do not play your card well you may lose. Do not underestimate all east malaysians voters! Irrespsctive of what people think about dap or pkr or pas, do not think people are all the time in agreement with you.

      --> Jadilah rakyat Malaysia yg bersyukur. Sabah dan Sarawak mendapat peruntukan tertinggi semasa era Najib.
      Paling sikit masa era Mahathir. Saya yakin, org Sabah dan Sarawak majority masih sihat akal...dan tidak
      termakan fitnah dan hasutan dari pembangkang....apa dah jadi dgn PAS di Sabah dan Sarawak??? Ini
      contoh, Allah nak tunujukkan betapa pakatan Rakyat tak boleh pakai

      )))) you have your perspective wrong and deviating from real issues. We are always bersyukur pada ALLAH swt...but we are not materialistic like you. No wonder all your KBUs are materialistic, tak kisah isu keseluruhan!!!!!! We eadt malaysians are not easily hoodwinked by opositions as alleged but we want out pm to act properly in the interest of the country, not bringing us to the dogs.

      ---> Kalau di lihat...sebenarnya byk skandal semasa era Mahathir. Sabah & Sarawak terpinggir, Masalah
      sensitivity agama dan kaum dicetuskan oleh pembangkang sebab dah tak ada modal dan ini isu yg mudah
      dimanipulasi especially di sabah dan Sarawak. Kepada rakyat Sabah dan Sarawak, be carefull.

      )))) maaf you have to correct yout perspective of east malaysians. We are not as mzterialistic as you. We can claim to have highest limit of tolerance in multiracial setting and religion. So do not assume east malaysians as intolerable and arrogance as you orang malaya

      --> "Several false and fatal moves by najib" - what do you mean by this ayat??? Please list down what are the
      false and fatal moves? ...You cannot just read Malaysia Today, Malaysia Kini, mMalaysia Insider, Harakah,
      keadilan daily, read certain blog ....Your brain will be corrupted!!!!! and you become manusia yg tak pernah
      bersyukur di bumi Malaysia yg bertuah ini....

      )))) read my point no.2 again viz yr comments above.

      Delete
  9. 7. Umno dep president, 3 vps, 3 heads, 191 KBUs and whole grassroot members must make up their mind fast. I do not want to see our children, grand children and generations after us pee on our graves for our "greed".....

    --> No doubt....UMNO have to work hard because so many " taik", "najis", fitnah, berleluasa di internet.....All this
    not exits during Mahathir's era...That's why, he can berkuasa for 22 years....
    Now, in IT era, any information can be spread within second to all over the country and the world...
    That's why for Najib and future PM, the task will be hard and challenging.
    Saya bagi contoh, ada sorang tu nampak Ali masuk kedai arak. Lepas tu keluar internet kata Ali beli dan
    minum arak. Secara zahir dan ikut mata kasar, kita Nampak dia masuk kedai arak mestilah beli arak.
    Tapi tak semestinya orgmasuk kedai arak beli arak....sebab mungkin dia masuk kedai arak sebab dia Nampak
    ada orang pengsan di dalam kedai tu dan masuk untuk menolong. Itulah realitinya, apa yg berlaku sekarang ni.
    Org menulis dalam blog/internet apa yg dia Nampak...tapi apa yg sebenarnya berlaku, dia tak tahu. Sebab tu
    byk persoalan timbul. Kita dah explained, tapi explaination tak sampai kepada semua org yg dah membaca.
    Maka, dalam pemikiran sebahagian org yg dah membaca berita tu akan beranggapan yg Ali peminum arak...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 5.55...

      Please do not lie to yourself. Your example is irrelevant. The issue at hand is "PRU14 AND THE DOWNFALL OF UMNO/BN" if problems are not resolved quickly.

      Never assume people are not intelligent enough to differentiate between falsity and the truth in information presented to them

      Never assume people will always support you even if there are no alternatives. Penang? Selangor? Kelantan?

      Never underestimates east malaysian states especially sabah!!!!!?

      Never assume east malysians are as materialistic as orang malaya. Kami sentiasa bersyukur ke atas Allah swt...tetapi pada masa yang sama tak mahu pemimpin yang bawa kami ke longkang.

      I remember a quote by sarawak CM that if any immigration officers who cannot perform in sarawak...please leave the state for there are many willing indiduals who can perform better.

      Wallahuaklam

      Delete
  10. Setuju..patutnya ikut orang tu masok kedai arak. ..lihat apa di buat...kalau beli arak baru kata dia beli arak..kalau dia masok tolong orang pengsan maka kata dia bukan beli arak...tak payah nak agak2, andai2. .nantibsemuanya jadi jelas dan terang benderang...orang pun tak kata kita bawa mulut

    ReplyDelete
  11. Ted Manoff hang mabuk ka..

    ReplyDelete
  12. apa hak tun untuk memaksa najib menjawab? siapa tun? adakah tun tu bapak najib atau tun itu timbalan presiden umno? atau tun adalah ketua pembangkang di parlimen? terpulang kepada najib samada nak menjawab atau tidak soalan2 tun sebab tun ketika ini adalah setaraf rakyat biasa seperti aku dalam negara ini. semasa tun menjadi pm, adakah tun menjawab semua keresahan rakyat yang tidak setuju dengan corak pentadbiran tun? apa jawapan tun bila dibangkitkan tentang kehilangan rm30 bilion kerana kesilapan pelaburan? zaman tun juga rugi, dan tun buat apa bagi mencuci tangannya kerana kerugian tersebut? betullah kata2 tun sendiri - MELAYU MUDAH LUPA.

    sah lepas ini aku akan dapat gelaran jemuan2 belaan najib. lantak korang la. bukan senang nak dapat taraf jemuan belaan ni, massyukk mesti lebat beb. kena pulak bos aku memang lembab, slow, makan wayang para punahsihat dan jarang gunakan otak. hahahaha...best dapat bos mmacam ni....

    ReplyDelete
  13. 1. Olang melayu...kalau lu olang kalah plu14, mana lu olang mauk lari?

    > nagari cina kah? Haiya kena pandai makan tidak halal loh. Saya ingat itu nagara cina tatak suka sama olang melayu loh

    > nagara indiya kah? Hari2 makan tosey tahan kah?

    2. Saya ingat tak aper....lu kelija gomen saja...jadi tukang kibun, dliver, opis boy.....ok bah...dpat makan juga.

    3. Kalau lu punya tuan cina dap...bagus loh...kasi bonus tiap2 tahun. Vely good.

    ReplyDelete