Friday, April 3, 2015

How To Correct Mahathir...

Tidak ada isu politik yang lebih hebat sekarang ini dari semuanya tertumpu kepada Najib..

Semasa Mahathir tidak berada di dalam negara lebih kurang tiga mingu yang lepas, Najib dan panglimanya seolah sudah bangkit dan menawan semula, menang di fikiran mereka.

Isu hudud hampir tenggelam,  isu GST sedang panas, rupanya ada yang lebih panas dari itu - kalau tidak berubah air muka, kalau tak pening kepala tak tahulah apa nak kata..

Ia menjalar naik kepada isu peribadi, satu pertanyaan yang menjadikan persepsi bertambah rancak dan sukar untuk dikawal lagi.

Ia bukan sekadar kena batang hidung Najib tetapi juga Ketua polis Negara dan Peguam Negara..apa respon mereka !!! yang selalunya KPN mampu menangkis pendustaan dan serangan pembangkang. Bagaimana kali ini (?)

Sejauh mana pengakuan Sirul itu benar dan ada dibuat, atau hanya sekadar khabar angin. Kalau pun Sirul tidak dapat dibawa pulang tetapi sekadar menyiasat atau ambil kenyataan tentunya tidak dihalang oleh pihak berkuasa Australia atas hubungan akrab yang terjalin sejak MH370 (?)

Samada Najib berundur dengan tekanan terbaharu Mahathir adalah satu topik lain. 

Tetapi soal integiriti PM dan UMNO sudah terlanggar tembok, bagaimana harus dibersihkan dan mengembalikan kepercayaan !!


Persaolan juga timbul kenapa pembangkang tidak mengambil kesempatan ini untuk menjuarai isu dan memberi tekanan hebat kepada Najib. Apakah mereka lebih bimbang jika Muhyiddin mengambilalih dan menjadikan halangan kembali besar untuk mereka tawan Putrajaya (?)

Dan persaolan yang lebih besar adakah Najib merasakan dia memang ada melakukan kesilapan dan sedang memperbaikinya atau bagi Najib apa yang dibuatnya betul belaka.

Jika kesilapan dan ketidakfahaman itu adalah atas Tun Mahathir sendiri, bagaimana Najib mahu membuat correction (?)

11 comments:

  1. Old skool dgn new skool tentu berlainan cara... macam football.. coach lama mana setanding untuk corak permainan yg masa kini...walaupun dulu dia hebat...sekarang cabaran bentuk lain...dia tentu outdated... Begitu juga smber maklumat dan keluhan yg sampai pada old skool.. tentulah dari yg rapat dan senang ases dgn dia..mereka ni old regim yg dapat tongkat dan red carpet zaman old skool berkuasa..kini.. no mpre...tapi hutang piutang masih banyak.. maknanya kepentingan individu yg dipupuk olih old skool masih nak bergayut dgn new skool..malang game play dah berlainan.. kecewa dan hasrat nak ganti New skool pun diketengahkan... It billion dollar affair at stake... Rakyat dihasut..dgn fakta yg mengelirukan... Macam terbaru .. Nego Mas dgn Syarikat Vendor (old skool circle).. yg menampakkan potongan harga tender dan discount yg dikenakan atas hutang Mas pada mereka... Ini untuk kebaikan Mas dan menghentikan charges yg sepatutnya tidak berlebihan... Hari sekali... Old skool adal medic student... New skool pulak lulusan Economi kelas pertama.. maknanya ..Kalau nak dengar lagu biarlah penyanyi yg nyanyi... kalau nak makan Briani biarlah chef yg masak... ini mesti faham.. supaya tidak terpedaya dgn permainan Monoply & Politic Machv... Harap Rakyat biarlah rational dan biarkan mereka ini.. menyalak .. sebabnya bersebab..kita tidak ada sebab malah menanti sinar baru yg cuba diacukan new skool... harap bersabar.. result dah mula menampakkan positif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah 1MDB - Najib lebih bijak, new skul...tapi new skul kenapa tak jawab pada old skul - kenapa asyik lari - kenapa simpan billion kat bank kemetot di singapura - kenapa tak simpan kat BNM (?) janan buat alasan BNM cerewet sedangkan kamu adalah PM dan Menteri Kewangan @ Penasihat 1MDB - konon kamu tak ada kuasa !!!! atau memang ada buat salah (?)

      Mahathir dan geng-geng pyangaknya tu old skul - ok kita terima.
      Tetapi generasi Y sekarang ni pun new skul - kenapa mereka turut marah (?)
      takkan nak kata mereka burung kakak tua pada old skul pula - mereka pun ada otak !!!

      Harap bersabar !!!! kereta nak masuk gaung, kapal dah nak karam..bersabar kepala hatok kau..

      Dan akhir sekali, new skul atau old skul..apa cerita kes sirul...tak payah skul le kes tu..kenapa tak siasat semula, kenapa awak tahu itu merepet ..sirul tak kata pun itu arahan dari awak (???)

      Delete
  2. Aku ttp melihat Najib seorg PM yg cool. Hanya Najib yg membuatkan aku sokong BN. PM sebelum ni tk pernah memikat, malah tk tahu mcmana membuktikan perangai anwar sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua betul betul mau muntah kali ni dengan lu punya statement...

      Delete
  3. Pemuda umno sudah jd plastik...berpura2 konon nk bersama rakyat dlm hal gst isu caj prepaid tu...
    Itupon muncul 'lewat'..sblm gst lg dah timbul isu itu...la ni pemuda terhegeh2 mcm pondan konon sound telco..
    Xde konstruktif langsung..xde penyelesaian pon. Mcm bapok tepi jln sound org sj.
    Kastam pon longlai dlm dakapan sykt telco...diam trus lgsung x bersama rakyat..
    Mana ahmad maslan...mana hassan malek??
    Kastam dgn bodohnya blh ckp berpuas hati dgn peniaga dlm pelasaknaan gst...
    Sedangkan majoriti dlm fb x puas hati & byk aduan & kekeliruan...
    Nmpk x situ?
    Nmpk sgt kerajaan hanya nak mkn rakyat sendiri kemarok duit rakyat...
    Blom campor isu jet,altantuya,1mdb,skandal bank rakyat, duduk di bulan, jgn mkn ayam,jgn guna hway,isu no.plate blh sebabkan kemalangan,isu teksi dgn spad,tambang teksi,bas naik,isu zahid hamidi dgn surat ke fbi, isu rosmah,isu konsert korea,perkahwinan anak najib,eh byk lah isu umno ni..
    Munyiddin??
    Sy anggap dah terlalu lewat! Lembab sgt nk bertindak..kemarahan rakyat sudah meluap
    Kerosakan umno beyond repair..jgn nk main isu melayu lah skrang...
    Memalukan..seluruh rakyat mesia nmpk kepimpinan melayu umno adelah lemah,korup,x cekap,rasuah,takot bini pon ade.
    Umno runtuh bkn sebab najib seorg...tp sb umno seluruh nya..team player kan?

    ReplyDelete
  4. Kita hormat TDM.Memang Melayu mudah lupa.TDM dikritik hebat olih Al Marhum Tunku,malah sekongkol dengan Semamgat 46,tapi TDM selamat olih kerana ahli UMNO terutama MT berdiri kukuh di belakang TDM.Skript serupa berlaku sekarang.Diam diam Najib jangan ingat dia tidak ada strategi.
    Komen 6.26 ada benarnya kerana kalau kita lihat pihakx yang meyalak sakan untuk Najib diturunkan adalah proksix TDM dulu,tak payahlah saya senaraikan nama bloggers yang sekarang berlagak lebih pada Oppo.
    Kenapa tiada follow up dari Oppo,sebab mereka tahu apa yang biasa mereka dedahkan akan kantoi.
    GST....untuk orang Malaysia beri mereka sebulan,nanti senyap lah perkara ini setelah mereka memahaminya.Yang bising businessmen terutama mata sepet yan sekarang ini kena bayar tax
    Kes Sirul....serupa kes PI Bala,dah 8 thn berlalu,masa Pak Lah JADI pm.Kalau TDM tahu Najib terlibat mengapa dia endorsed Najib jadi TPM pada Pak Lah
    TDM tidak kata Najib perlu dijatuhkan,beliau hanya kata BN akan kalah pada GE 14 jika Najib jadi PM.Beliau tidak berani hendak menyatakan siapa pengganti Najib dalam UMNO sendiri takut tidak ada respon dan dari parti mana yang akan menang jika benarx BN tumbang sebab dari sudut hati beliau sendiri berpendapat tidak ada parti camporan yang benarx berupaya memberi cabaran pada BN.
    Last but not least TDM amat memafahi hati naluri ahli UMNO,mereka akan lebih kukuh dan jitu jika diasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:41 AM

      A middle-road analysis, balanced, albeit, tipped toward proponent of Najib's (fair comment though). Problem is the laundry list is long and full of QQQ??? Agreed UMNO's members would consolidate, however, the urgency is leadership not rock solid, that is the problem despite PR's (DAP-PKR_PAS) clear cut mess and it is at its lowest ebb, yet UMNO-BN is still seen as weak.

      If that is not a valid reason to question/s Najib, then what is?

      Macam nih lah, kalau orang sempurna sifat tidak boleh mengalahkan OKU (say kurang sebelah kaki) dalam larian jadi kelemahan UMNO tuh bagai lebih teruk dari OKU! Tuh yang DAP semua naik terlalu biadap di Perak dan banyak lagi incidence.

      Politic is politics, maruah bangsa, agama, bumiputera, negara needed to be retained and protected and defended AT ALL COST. Bila pemimpin lemah, the whole body-structure could collapse.

      Rakyat are well-informed these days within and without the country where ever they live but, when the rakyat are commenting and hop-surfing the internet for information on their beloved Tanah Melayu its a sense of belongings not only obligations.

      Melayu Luar Negara

      Delete
  5. Gerakkan ETD Najib.
    Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.
    Mesti daftar.
    Semua mesti ikut undang.
    Pemimpin dan pelapis ramai.
    Blogger pun ramai.
    Syarat Aliff BA TA.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum...

    Kenapa Ya TDM main Isu sirul???
    KD lihat dan fokus nanti kau dapat jawapan...

    ReplyDelete
  7. TDM sudah fedup dgn Najib dan sengaja main isu Sirul utk menekan Najib. Ternyata ianya medapat perhatian umum dan pembangkang ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  8. Cuma segelintir dikalangan generasi "Y" yang mengenal TDM serta pendirian nya. TDM adalah seorang yang tidak akan mengeluarkan sesuatu kenyataan atau persoalan sekiranya dia tidak mempunyai maklumat lengkap berserta dengan bukti - jadi tunggu sajalah saat kemusnahan yang bakal menimpa Najib sekiranya masih berdegil untuk berundur apatah lagi sekarang ini menggunakan pulak si Puad Zarkashi untuk menjadi pembelanya.

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...