Friday, April 17, 2015

Permatang Pauh - Pembangkang dah menggelupor awal..

Di laporkan Pembangkang akan menggunakan Rozita Che Wan dan Siti Nurhaliza yang menyatakan sokongan kepada Mahathir untuk dijadikan modal dalam kempen pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.

Tidak dinyatakan secara jelas samada kedua artis itu akan turut diheret untuk berceramah atau sekadar menggunakan bantahan mereka untuk dijadikan modal kempen.

Apapun dipercayai kedua artis tersebut walaupun menyokong penuh Tun Dr Mahathir tetapi tidaklah sampai menjadi alat dan perkakas kepada pembangkang yang kehausan idea dan modal. Angan-angan pembangkang itu juga sudah menunjukkan tanda-tanda awal mereka sendiri sudah menggelupor untuk mencari faktor kemenangan.

Semoga Tun juga tidak turut terlibat walaupun sudah menarik sokongan peribadi kepada Najib kerana kemenangan BN adalah penting di Permatang Pauh untuk mengembalikan keyakinan kepada UMNO bahawa mereka mampu menang di PRU14 akan datang.

Najib mungkin lebih mudah berundur jika BN menang di Permatang Pauh dan Rompin !!!

5 comments:

  1. Ambil artis.. Tengok apa dah jadi dgn ustazah instant Abby . Dah habis madU.. Tak ada nilai lagi..
    Hex3.

    ReplyDelete
  2. dato ct dan che ta pun tak kelapaq nak kempen bg pkr.....

    ReplyDelete
  3. Ambik sapa pun kalau orang dah benci,tetap benci.

    ReplyDelete
  4. Cubalah anda menjadi orang yang waras sedikit

    1. Mahathir bukan pembangkang nak jatuhkan najib dan umno/bn. Dia hendak mintak najib undur supaya umno/bn9 kembali kuat dan menang pru14

    2. Mahathir sayang umno yang diasaskan oleh melayu muslim. Najib kalah tak per asal umno boleh menang. Masaalnya najib leader of umbo/bn.

    3. Siti dan rozita bukan penyokong pembangkan. Mereka sokong tdm. Orang yang rasional tak bertindak menuduh penyokong tdm as pembangkang. Orang yang menuduh itu semestinya bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. TD Mahathir sayangkan UMNO tetapi mengajar segelintir ahli tolak undang2 UMNO.

      TD Mahathir kena faham isu 1mdb yg diwar2kan boleh membahayakan negara hanya cakap orang bkn pakar ekonomi..
      Bank Negara kata malaysia ok..
      Pakar2 penarafan dunia kata Ok
      Malah 1mdb akan keluarkan sukuk maknanya pelabur asing kata ok..

      Apahal TDM ni????

      Isu 1MDB sekarang sudah spin cerita penyelewengan pulak dah takda isu Malaysia dalam bahaya besar @ kita akan kebuluran negara lingkup hidup susah...

      Kita tengok la sejauh mana spin TDM berjaya....petro saudi punya cerita apahal dah senyap ya? takut kena saman ke?

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...