Tuesday, April 14, 2015

Siapa Yang Datang Jumpa Tun Minta Atasi Masalah (?)


KEMASKINI:
Ramai termasuk Rais Yatim meminta TDM berhenti dari mengkritik Najib, berilah ruang kepada Najib untuk mentadbir ikut caranya. Kononnya ini merugikan bangsa dan negara.

Jika Tun menganggap Najib lebih truk dari Paklah dan beliau berhenti mengkritik sekarang, sudah tentu itu tidak adil kepada Paklah.

Bagi Mahathir, jika Najib terus sebagai PM, UMNO akan kalah dan bangsa serta negara lebih rugi.

OLEH ITU ADALAH PENTING SEMUA PIHAK TIDAK MENYEBELAHI ATAU MENYOKONG NAJIB ATAU MAHATHIR SEBALIKNYA HANYA DENGAN SATU SERUAN, BERDAMAI, KOMPROMI DAN CARI JALAN TENGAH.
JIKA BERPIHAK...PEPERANGAN TERBUKA INI AKAN BERTERUSAN.

CONTOH TERBAIK IALAH DARI PUTERI UMNO - MEREKA TIDAK MEMIHAK TETAPI MINTA PERDAMAIAN..KENAPA KEMATANGAN INI TIDAK BERLAKU PADA NAIB PRESIDEN DAN SAYAP YANG LEBIH KANAN SERTA PEMIMPIN UMNO LAIN (???)

POSTING ASAL
Khabar gembira kerana hampir semua pihak yang patut menyokong Najib telah menyatakan sokongan
kepada Najib termasuk Kj kecuali Mukhriz.

2. Lebai Sudin wajar letak jawatan kerana tidak lagi menyokong Mukhriz dan selepas itu barulah wajar pula Mukhriz letak jawatan ( ikut jejak Lebai Malang )  kerana tidak meyokong Najib.
Mukhriz hanya kata tunggu selepas keputusan Odit Negara sepertimana Najib suruh rakyat bersabar kerana 1MDB sudah diserahkan kepada Odit Negara.

Sudahkah Odit Negara buat pengumuman bila nak odit, sewajarnya 2016 atau 2017 adalah tahun terbaik untuk mengodit.
Rakyat tidak ada masalah untuk menunggu.

3. Pertanyaan Mahathir sahaja sudah mengecohkan UMNO, belum lagi Mahathir serang dan membuat beberapa perakuan.
Rakyat mahu "Mahathir" diuruskan dengan baik, menjadikannya musuh sedikit pun tidak membawa keuntungan, tidak menambah undi kepada UMNO.
Menang sorak, kampong tergadai - itu yang sedang dituju.

Dalam blog Tun ada tulis, tidak wajar baginya diminta untuk mengatasi masalah. Harap Tun uraikan lebih lanjut maksudnya. Siapakah yang bermasalah dan datang kepada beliau untuk minta di atasi?

Tun pun kena jawab sepertimana beliau minta orang lain jawab.

50 comments:

  1. GERAKAN ETD Najib.aka Najib is not Irreplaceable.
    Sudah sampai masa untuk teruskan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib).
    Cukup lah dengan lakonan lakonan pelakon pelakon tambahan.
    Mesti daftar NGO.
    Semua mesti ikut undang undang.
    Pemimpin dan pelapis ramai.
    Blogger pun ramai. Syarat Aliff BA TA.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Banyak soalan untuk banyak pihak tapi jawapan samar-samar atau langsung tidak kelihatan. Elok juga ditambah satu lagi soalan dalam musim peperiksaan ini. Ketua cawangan (kc) umno adalah barisan kepemimpinan yang benar-benar rapat dengan akar umbi dan menjadi pusat rujukan untuk ahli bertanya. Pihak yang kata kbu sebagai pemimpin akar umbi itu hanyalah orang yang berbohong kepada diri sendiri. Najib dah beri penerangan kepada kbu serta yang terbaru pemuda. Semua kbu yang hadir dan pemuda berpuas hati dengannya serta menyatakan sokongan serta ketaatan kepada najib. Masalah sekarang kbu tidak berkongsi maklumat dengan kc apa yang najib terangkan hingga mereka puas hati. Bila ahli bertanya, kc juga tidak dapat menjawab kerana kalau berdasarkan yang tersiar dalam tv3 ialah soal tak jawab. Jadi kc sekarang mahu bertanya kepada najib, bila najib nak beri taklimat kepada kc supaya kc pula berpuas hati dengan penerangan sepertimana yang diberikan kepada kbu dan pemuda. Jangan harap kc akan nyatakan sokongan dan taat setia jika najib serahkan kepada pihak ketiga beri penerangan. Semua kc seluruh negara berharap dan menanti-nanti supaya najib memberikan penerangan terus kepada kc, sama ada secara berperingkat atau sebagainya. Jika semua kc telah menyatakan sokongan dan taat setia, barulah boleh dikatakan najib mendapat sokongan dari akar umbi umno. Najib kena ingat, dengan sistem pemilihan yang ada sekarang kc mempunyai pengaruh untuk menentukan siapa yang naik dan siapa yang tersungkur. Jika najib umum habuan dalam taklimat kepada kbu dan pemuda hingga mereka puas hati dan umum sokongan, kc juga mahukan perkara serupa. Jangan anggap bila dah beri kepada kbu kc dapat bahagian mereka. Untuk makluman najib, cawangan nak buat mesyuarat pun susah sebab tak ada peruntukan, apatah lagi nak jalankan aktiviti. Yang kc dengar, najib bela ramai blogger bangang dan beri habuan ribuan ringgit setiap bulan. Najib rasa blogger bangang lebih penting untuk dia atau kc yang lebih utama. Jika najib sanggup bela blogger bangang, pada masa yang sama mengabaikan semua kc terumbang-ambing, jelaslah najib bersikap menyusukan kera di hutan hingga anak di riba mati kelaparan. Soalan cepumas untuk najib, mana yang lebih dia utamakan sekarang ini, kc atau blogger bangangnya itu. Seluruh kc wajar menuntut habuan yang sama dengan para blogger bangang demi untuk menggerakkan cawangan masing-masing. Jawapan najib bukan dalam bentuk kata-kata tapi dalam bentuk tindakan. Semua kc menunggu jawapan najib.

    ReplyDelete
  3. Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr. Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang dia seorang negarawan tulen yang kononnya cukup prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara sepanjang tempoh 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.
    Di bawah ini kita perturunkan perkara-perkara yang mana boleh dikaitkan sebagai satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan beliau serta anggota kabinet beliau sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri :

    a) Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni kanan BN seperti dalam kes:

    * Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara atas alasan kononnya kekurangan bukti;

    * Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan menjadi pengamal rasuah yang tersohor;

    * Sekatan terhadap siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi berapa byk sekatan la , ni dah macam cerita rekaan.

      Delete
  4. b) Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni Mahathir dalam kes;

    * Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (apabila perbicaaan dilakukan secara olok-olok di mana akhirnya Eric Chia dibebaskan selepas meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik atas tuduhan terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ (yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan);

    * Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF di Hong Kong;

    * Siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman;

    * Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC, S Samy Vellu;

    * Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320;

    * Penyiasatan kes membaik-pulih rumah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dengan kos RM5 juta dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu saja kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Dia hanya didakwa kerana memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lain punya salah dan dah terbukti pun Tun m yang salah ka apa punya mangkok

      Delete
  5. c) Menyekat kebebasan badan penguatkuasa; dengan cara

    * Campur tangan terhadap tugas-tugas polis;

    * Mengganggu penyiasatan BPR;

    * Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan

    * Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam sundal chow kit yang punya idea ini low class , hehehe

      Delete
  6. d) Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam

    * Penyelewengan RM40 juta wang PPRT;

    * Kerugian pelaburan oleh Tabung Haji;

    * Kerugian RM15b di Bank Negara;

    * Kerugian RM40 juta AIM;

    * Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan

    Kemerosotan hasil keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada tahun 2000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak fitnah lebih baik , kamu tulis Tun M pun gila juboq macam anuar peliwat ... kut kut orang percaya ini cerita ynag tak pernah ujud ... ni dah stress mati pucuk ka apa ... ni

      Delete
  7. e) Menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera

    * Menutup dua MRSM di Terengganu ketika pemerintahan PAS;

    * Menutup sekolah-sekolah agama rakyat; dan

    * Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek matematik dan sains di sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skandal mahathir kamu ini otak betul ka atau dah putus wayer ni , makin lama makin nampak macam tak berapa betul , kalau stress juboq sakit tak kena balun jangan mai bising kat sini.

      Delete
  8. f) Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman

    * Kes fiasco Tun Salleh Abbas;

    * Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam di New Zealand;

    * Kes tape V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes, maka ia pun ditutup.

    * Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu di DUN Likas;

    * Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim;

    * Penghapusan bukti dalam kes seks D. P. Vijandran;

    * Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua taik orang lain buat tak kan Tun M nak kena tanggung kut . otak letak kat teloq kut

      Delete
  9. c) Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni Mahathir sendiri.

    * Mengagihkan projek lebuh raya Utara-Selatan kepada syarikat milik kroninya, iaitu UEM.

    * Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail-out) 50.6% saham MAS milik kroninya, Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika harga semasa cuma RM3.60 sesaham;

    * Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada kroninya, Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b;

    * Pengambilalihan syarikat kroninya, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Danaharta;

    * Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroninyai yang menjadi rakan kongsi - YTL Corporation;

    * Pembelian saham syarikat kroninya Technology Resource Industries (TRI) oleh Danaharta;

    * Pengambilalihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom;

    * Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan syarikat kroninya L&G dan PLUS Berhad;

    * Memaksa Petronas membeli saham Proton;

    * Memaksa Petronas mengambil-alih Litar Sepang;

    * Memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326b milik kroninya BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain;

    * Memiliknegarakan kroninya IWK setelah ia mengalami kerugian besar;

    * Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir;

    * Kes anak Ling Liong Sik yang memiliki harta RM1b ketika berusia baru 28 tahun;

    * Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cerita kamu reka sendiri dan ada dah di jawab , dan ada tu melibatkan operasi selamatkan ekonomi negara tahun 1998. kamu tak baca sejarah.

      Delete
    2. Salah ke keluarga Tun Daim terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan? Hujah macam orang tak pernah bersekolah.

      Tun Daim sebelum mencebur diri dalam politik sememangnya beliau adalah ahli perniagaan, yang kau dengki sangat tu pasal apa?

      Ikut sukalah Tun Daim dan keluarganya nak berniaga, bukannya menggunakan harta benda kau pun Skandal Mahathir.

      Ada ke kau dan ibu bapa kau, bini atau suami kau, adik beradik kau dipaksa jadi hamba abdi bekerja di syarikat milik Tun Daim dan keluarganya itu tanpa dibayar gaji dan dikerah bekerja sampai mampus saperti buruh landasan keretapi maut di di Myanmar masa zaman Jepun dulu?

      Sudah-sudahlah nak membuat serangan yang kononnya serangan maut, tapi memang serangan maut juga, serangan maut untuk diri kau dan puak-puak kau sendiri yang dilihat sangat terdesak sampai menggunakan kaedah keji untuk sekat kebenaran.

      Delete
    3. Daim ada kilang tak? Daim niaga apa ya?
      Daim ni kalau korang nak tahu niaga BANK tahu.... Kalau nak niaga Bank kena kawan dgn siapa ya...Cuba baca sejarah Bank dan mudah tak membuka dinegara2 lain...

      Delete
  10. Skandal mahathir...balik buka buku undang2 tingkatan lima semula...hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi nak naikkan anak dia jadi PM, Tun M sanggup bersama geng Fuckatan untuk menjatuhkan UMNO dan Najib. Jangan la korang termakan hasutan2 orang tua ni dan puak Fuckatan tu. Dato tidak sempurna tapi buat masa sekarang ini, Najib is the best choice la. Dato Najib telah berkerja siang malam untuk menaikkan orang melayu. Insaf dan bersyukurlah korang dapat PM camni. Cukupla! Sokong dab bagilah peluang PM Najib mentadbir negara dengan caranya sendiri.

      Delete
    2. helo skandal mahathir , semua yang kamu merepek diatas jelas menunjukkan kamu ini macam stress tahap bangang macam Najib gelar kat kamu dan blogger blogger yang puja dia , byk cerita kamu reka dan byk kesalahan diatas dilakukan oleh individu individu yang melakukan perkara tersebut atas kapasiti mereka sendiri , saya nasihatkan kepada kamu kalau ada masalah pribadi macam mati pucuk ka , juboq dah lama tak kena taro belakang ka itu kamu pi sattle sendiri la tak yah nak mai merepek sana sini la . ohh lagi satu sejarah kejadian di malaysia ni kamu amat lemah dari segi ingatan dan kefahaman , semua kamu dapat dari mulut mulut manusia fasiq , atau kamu memang suka kena tipu.

      Delete
  11. Hang rujuk la buku ini."Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times".
    Boleh ke hang suroh Tun M jawab pertuduhan semua ini? Suroh dia cerminkan diri sendiri dulu la wei...Nak tuduh Najib kononnya.


    Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, menurut sebuah buku baru tentang mantan perdana menteri itu.

    Menurut Barry Wain, penulis buku yang akan dilancarkan ‘Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, kerugian langsung dalam skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.

    ReplyDelete
  12. Kepada SKANDAL MAHATHIR,

    naper terlalu stressful? Its okay for you to defend najib. But your comments here appeared to suggest that you felt uptight and gelabah, why?

    ReplyDelete
  13. Mendedahkan (kononnya) buruk orang lain pada masa lalu tidak akan menghalalkan perbuatan salah yang sedang dilakukan. Sebab itu dalam eksperimen sains di makmal, semua dicatatkan. Ujikaji yang gagal pun direkod supaya tidak diulangi semula. Membazirkan sumber tyermasuk bahan, radas, tenaga dan masa. Yang berulang kali mendedahkan (kononnya)buruk orang lain, apatah lagi bersumberkan penulis luar adalah satu tindakan desperado bila tidak dapat menjawab isu yang dibincangkan. Satu usaha untuk melencongkan isu. Jika inilah kualiti tentera siber yang najib upah hingga ribuan tinggit sebulan, maka memang wajar setiap ketua cawangan menuntut sejumlah habuan yang sama, melainkan najib merasakan peranan kc tidak penting dalam parti terutama untuk menjaga ahli akar umbi. Para kc perlu sedar diri di mana kedudukan mereka di mata najib sedangkan kc yang paling berhadapan dalam menerima cemuhan yang rakyat lemparkan kepada parti.

    ReplyDelete
  14. nak tanya sikit kpd skandal mahathir...semua yg dinyatakan tu melibatkan kehilangan nyawa tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nyawa Memali ada lagi cuba ingat....

      Delete
  15. Berhubung persoalan yang ditimbulan oleh Skandal Mahathir, beliau hanya mencedok dari buku pihak yang memang iri hati dengan Tun Dr. Mahathir.

    Malahan jikalau Tun Dr. Mahathir gagal semasa pentadbiran beliau, apakah kita dapat mengecapi kemakmuran yang diusahakan sejak era pentadbiran beliau?

    Tun Dr. Mahathir tidak menjual harta negara, malahan menambahkan harta negaran dengan pengambilalihan banyak syarikat yang memberi untung kepada negara. Malahan syarikat British Guthrie pun berjaya dikuasai oleh Malaysia melalui perancangan Tun Dr. Mahathir.

    Saya melihat pembangunan prasarana pada era pentadbiran Tun Dr. Mahathir tak merugikan pun, malahan memacu ekonomi negara dengan lebih pesat. Malahan tuduhan memberi projek kepada kroni, apakah kita lihat projek-projek mega di era Tun Dr. Mahathir bermasalah? Semuanya berjalan lancar dan memberi faedah kepada negara.

    Isu berhubung kejadian yang berlaku semasa krisis kewangan 1997-1998, strategi Tun Dr. Mahathir dengan pihak swasta telah berjaya untuk memulihkan ekonomi negara, malahan syarikat swasta milik bumiputera banyak membantu Malaysia untuk keluar dari krisis ekonomi seperti Tan Sri Halim Saad (Renong), Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI-Celcom) dan ramai lagi. Tetapi pihak-pihak yang tidak tahu dengan jelas apakah yagn sedang berlaku menuduh yang bukan-bukan.

    Malahan penulis buku orang barat yang menghentam Tun Dr. Mahathir adalah kerana mereka dengki sebab pihak Barat tidak dapat untuk mencucuk hidung Tun Dr. Mahathir supaya mengikut telunjuk mereka, malahan Tun Dr. Mahathir sering kali dapat memulas telinga pihak Barat hingga mereka tak dapat membalasnya.

    Sedarlah bahawa di luar sana, Malaysia adalah sangat sinonim dengan Tun Dr. Mahathir, jika ke luar negara, jika orang bertanya dari mana, jika kita jawab Malaysia, terus mereka menyebutkan 'Mahathir'. Malahan ada masyarakt di negara luar tidak tahu kedudukan Malaysia, tetapi jika menyebut Tun Dr. Mahathir terus mereka kagum dan rasa hormat dengan kita. Ini membuktikan ketokohan Tun Dr. Mahathir di seantero dunia.

    Harapnya pihak yang berdengki dengan Tun Dr. Mahathir dan cuba untuk menegakkan benang yang basah dengan untuk menyekat Tun Dr. Mahathir dari bersuara menegakkan kebenaran, tak payahlah nak menduganya kerana Amerika yang digelar Polis Dunia pun tak mampu mengawal Tun Dr. Mahathir, malahan dengan selambanya dalam Perhimpunan Agung PBB semasa di era Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Mahathir mengkritik Amerika, Israel dan pihak Barat yang berat sebelah dalam isu konflik di seluruh dunia terutama di Palestin dan Asia Barat.

    Saya melihat percubaan oleh Naib Presiden UMNO, Pemuda UMNO, Wanita UMNO, 154 Ketua Bahagian, serta cybertrooper Najib untuk menentang Tun Dr. Mahathir dan memaksa Tun Dr. Mahathir mengikut kehendak mereka dan berdiam diri tidak membangkitkan isu-isu yang diutarakan adalah sia-sia kerana mereka telah tewas dari awal kerana mereka tiada maklumat untuk 'berperang' dengan Tun Dr. Mahathir dan para penyokong Tun Dr. Mahathir yang mempunya maklumat, data, bukti sahih untuk menyokong isu-isu yang dibangkitkan itu.

    Sekarang ini di pihak sebelah sana yang dah kalah dari awal itu, berhentilah merosakkan diri sendiri dan kumpulan anda. Malahan 'panglima' anda yang patutnya memberikan penjelasan untuk menjernihkan apa yang keruh sekarang ini.

    Dan ingatlah isu-isu yang dibangkitkan itu bukannya suka-suka hati atau hendak merampas jawatan sesiapa, tetapi kerana untuk kepentingan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Panglima' korang dah tua dan nyanyuk dah. baik duduk diam2 je le. Nanti lagi banyak skandal2 akan dibongkarkan pulak kepada umum. Mahu keh korang?

      Cukuplah, nasihatkan 'Panglima nyanyok' korang tuh berhentilah. Nak dapatkan jawatan PM tapi Menteri Besar dilucutkan dulu pulak. Nak ke tu berlaku?

      Delete
    2. Panglima kami yang dituduh 'Nyanyok' itu ada berjuta penyokongnya di seluruh negara, kalau dia nak buat come back jadi PM semula pun akan menang besar punyalah berdasarkan pengaruh beliau yang menerima sokongan ramai di semua lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa, di bandar, di kampung, profesion kerja apa pun menyokong Tun Dr. Mahathir. Tapi Tun Dr. Mahathir bukannya nak merampas jawatan PM dari panglima korang tu, dia hanya bertindak untuk kepentingan negara dan rakyat.

      Sekarang dah mula menyerang Datuk Seri Mukhriz yang tak ada kena mengena dalam kemelut antara Tun Dr. Mahathir dengan 'panglima' korang yang langsung tak berani ke hadapan, hanya hantar para pengampu dan pembodek yan tak ada maklumat dan data untuk melawan Tun Dr. Mahathir yang lengkap dengan bermacam maklumat dan data untuk memusnahkan para pengampu dan pembodek itu.

      Sekarang ni dah buat ugutan pula, kalau nak selamatkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz di Kedah, maka kena hentikan kritikan kepada panglima korang yang sedang menyorok itu. Memang dahsyat mainan politik puak-puak ni, pakai main cantas tak peduli apa dah. Sungguh keji dan tak bertanggungjawab.

      Tapi apa yang saya tuliskan sebelum ini, jangan haraplah korang dapat nak tumbangkan Tun Dr. Mahathir, kerana Amerika yang begitu berlagak kononnya Polis Dunia pun tak mampu nak kawal Tun Dr. Mahathir agar mengikut telunjuk mereka, tetapi Amerika pula yang kena pulas telinga dengan Tun Dr. Mahathir, sedarlah bahawa sokongan kamu semua kepada Najib adalah sokongan yang membuta tuli, patutnya menjelaskan apa yang berlaku dalam isu yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir itu, bukannya merapu entah apa-apa.

      Delete
    3. Pengaruh Tun M maseh kuat? Kepala hotak kau. Memang reputasi Dato Najib jatuh sedikit kebelakangan ini, ttp itu adalah kesan drpd perlaksaan GST, bukan disebabkan orang tua nyanyuk korang tu.

      Orang ramai bukannya kesah sgt isu2 yg dimainkan oleh 'Geng nyanyuk yg dah nak mampos tu'. Memang orang terasa sedikit pasal GST sekarang, ttp lepas BRIM dilepaskan, isu2 ini boleh diselesaikan dgn senang.

      Orang tua korang tu nak menyalak cam giler pun Dato Najib tak kesah pun. Pengaruh Najib masih kuat dikalangan orang UMNO. Orang tua nyanyok tu yg dikatakan pengaruh kuat tapi x nampak pun ade sesiape yg keluar utk beri sokongan. Yg ade pon bbrp kerat yg dah jadi Past-Tense dlm politik negara ini. Sedarlah diri sikit.

      Delete
    4. Kalau pengaruh Tun tak kuat, mana mungkin seluruh lapisan masyarat boleh menyokong dia dan mempertahankan dia yang diserang oleh puak sebelah sana itu.

      Akar umbi memang menyokong Tun Dr. Mahathir, yang ada jawatan sahajalah itu pun di peringkat bahagian yang menyokong puak sebelah sana itu, sebab ada habuan jika menyokong pemimpin puak sebelah sana itu.

      Delete
  16. Sorry la - kalau cakap Tun M nyanyuk - Otak lebih tajam dari Najib.

    Nak tanya - Najib ada berani debat secara terbuka dengan Tun M pasal isu2 yang Tun M highlighted! Baru tahu siapa nyanyuk siapa ada telur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak debat pe? Isu 1MDB sedang disiasat oleh Auditor Negara, tunggu habis siasatan dulu la. Dok menyalak cam orang giler ape hal?

      Isu Sirul, nak tahu siape suroh bunuh perempuan, tanya le Si Sirul tu la, nak Najib jawab ape? Bukan pon Najib kenal perempuan itu.

      Jadi, nak debat ape? Ingat Najib senang sangat keh nak layan semua tuduhan si tua kutuk tu?

      Delete
    2. jenis suka debat2 ni ialah puak2 PR peliwat negara sbb xde keja dan xde undang2 dlm hidup mereka.
      So sama jgklah spesis atas tu. 1MDB dlm siasatan Audit Negara dan PAC.
      1MDB tu jd isu sebab Mukhzani Tun Mahathir tak dapat bahagian sama itu je puncanya

      Delete
  17. Ingatkan Anwar dah masuk jail, dah aman le dunia ni..rupanya Anwar tu putar setakat kecil-kecilan je.

    Yang ada sekarang lagi ler bapak segala bapak putar alam, nampak macam baik rupanya harraammm

    ReplyDelete
  18. Yang jahat sekali bukan anwar.. tp Tun Mahathir..
    percayalah Tun lah dajjal sebenar yg menjahanamkan negara.
    Mahu terima atau tidak.. terpulang.

    Tunggu dan lihat.. jika Najib letak jawatan maka Dajjal kecil ini menang lagi.

    Jgn harap TS Muhyiddin akan naik.. TS Muhyiddin adalah musuh senyap Tun M.

    Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia masa zaman Tun Dr. Mahathir apakah mundur seperti Somalia? Setahu saya yang membesar di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, negara ini pesat membangun, ramai rakyat menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir.

      Mungkin saudara barul lepas balik dari Somalia selepas bertahun-tahun tinggal di sana, sebab itulah saudara merapu tak tentu hala.

      Delete
  19. Replies
    1. Itu je ke yang boleh komen? Ada ahli keluarga kau mampus sebab kebuluran semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Negara dan rakyat sangat maju dan sejahtera semasa Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, sebab itulah setiap kali PRU yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir, Barisan Nasional memang 2/3 kerusi di parlimen. Allah Taala membantu orang dan pihak yang baik.

      Delete
  20. Lebuhraya Utara Selatam (PLUS)
    Jambatan Pulau Pinang
    Universiti Islam Antarabangsa
    Bank Islam
    Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
    Menara Berkembar Petronas (KLCC)
    Putrajaya
    LRT/Monorel
    Penyelarasan Waktu Semenanjung Sabah Sarawak.
    Dasar Pandang Ke Timur
    Penerapan Nilai-nilai Islam
    Malaysia Boleh
    Wawasan 2020
    CHOGM
    Sukan Komanwel 98
    .......
    (Tak larat nak tulislah pulak)

    Najib ada
    utc, utc, pusat pelbagai perkhidmatan........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib

      SPRM diperkasakan ...semua agensi kerajaan dipantau oleh sprm.SPRM dipilih oleh anggota tersendiri yg berautoiriti.
      Terbaru SPRM menangkap setiausaha sulit Menteri di JPN.

      Najib berikrar intergriti .Pakatan tiada langsung.Terengganu negeri ke 2 selepas serawak mewujudkan majlis intergriti....Itulah Transformasi...Najib bapa transformasi...Projek2 tebelangkai dizaman TDM dan Paklah sudah diselesaikan..sebab itulah sudah tiada lagi bangunan usang yg ada banyak bangunan baru.

      Najib hanya melakukan projek yg ada impak kpd rakyat cth memperluaskankan jaringan LRT/Monorel

      Delete
    2. Yang berasiam senaraikan tu tidak ada impak kepada rakyat kot. Semua gajah putih pada mata yang tidak mampu melihat, hati yang tidak tahu menilai.

      Delete
  21. Multimedia Supercorridor (MSC)

    yang buat kita boleh guna Internet bergaduh ni pun dia punya mamak tu punya jasa juga......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya MSC memang dibuat oleh TDM tetapi tidak memberi impak kpd rakyat.ZAman Najib semua agensi dah mula menggunakan email tiada lagi pengunaan kertas.
      Semua laman2 web kerajaan diperkasakan.

      Delete
    2. Impak kepada pengguna bila Najib perkenal GST sampai nak topup pun kena cukai. Konon tak kena tapi kena juga. Memang impak sungguh. Itulah impak sebenar pemerintahan Najib dalam MSC. NBA lainlah, semua perkakas gajet dan jalur lebar ditaja dengan upah daripada Najib.

      Delete
    3. Yelah, 1MDB pun banyak guna email dalam komunikasinya dengan bank dan sesama sendiri. Sebab itu ada email 1MDB yang terbocor walaupun dah cuba dihapuskan.

      Delete
  22. Zaman TDM paling teruk sekali adalah UMNO sentiasa bergolak.Perpecahan UMNO sehingga terpecah 2 UMNO baru dan semangat 46.

    UMNO berpecah lagi kepada PKR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Semangat 46 bubar dan menyatu kembali dalam UMNO berlaku pada zaman Najib agaknya. Baru aja Ku Li bubarkan Semangat 46 semalam dan masuk UMNO hari ini sebab yakin pada kepimpinan Najib sebagai PM.

      Delete
  23. Tun kaki putar belit dan pemecah belah org Melayu..
    depan ckp lain belakang cakap lain..
    sampai umur 80-an pun masih TAMAK dan DENGKI..
    ingat kan Anwar dh masuk dalam.. negara aman.. rupanya syaitan bertopeng manusia sebenar sudah tunjuk taring..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun fakta dan alasan..majoriti rakyat dah meluat dengan karenah najib dan pengampu bodeknya..
      najib kuat kerana disokong oleh duit. mana itu 1MDB punya loit?? buktikan itu loit atak atau tatak..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...