Sunday, April 5, 2015

"SKANDAL" - Tun merepet lagi...

Untuk berlaku adil:

Najib tak perlu jawab
Najib tak dapat jawab
Najib tak perlu berundur
Mahathir terus tanya

Agak-agaknya siapa yang akan menang dan berkuasa di Putrajaya kelak !!!

UMNO yakin menang
Pembangkang ambil kesempatan dan yakin menang
Mahathir memberi amaran

Apakah faktor "Mahathir" sudah tidak relevan...

Walaupun Mahathir tidak berperanan sebagai Ketua Pembangkang seperti Anwar, tetapi persaolannya boleh dianggap tidak mampu dirungkai oleh UMNO, melabelkannya dengan apa sahaja langsung tidak menguntungkan UMNO. Untuk dikatakan UMNO cukup kuat untuk mengekang Mahathir juga sangat diragui.

Anwar yang terpalit sebagai bekas banduan dan kini menjadi banduan semula dengan dikaitkan beberapa kes liwat dan zina yang merosakan reputasinya pun masih liat untuk UMNO urus dan hadapi apatah lagi Mahathir yang lebih bersih, lebih berpengalaman dan peluru yang dimuntahkan bukan peluru dan omongan kosong, mampu meledak !!!

  PS -  "Kalau dia nak selamat, saya fikir dia kena tukar pemimpin... pasal terlalu banyak skandal dan dia tak dapat jawab," - Tun Mahathir.

Skandal - perkataan yang sangat sensitif...aaaarrrggghhhhhh. Tun omongan kosong kot...


Kita sering minta dan bertanya-tanya kenapa Najib tidak jawab sendiri dan Ku Nan sarankan supaya Najib jangan jawab..
Kita mungkin terlepas pandang ayat Tun...'DIA TAK DAPAT JAWAB"...


" Khalid’s failure after 48 hours to name police officers who had met Sirul in Sydney immigration detention centre and rebut the former corporal convict’s accusation that the top cop in the country had lied is the top national embarrassment of the year " - LKS


19 comments:

  1. Mungkin najib Tunggu jadi pembangang...opss pembangkang baru nak jawab rasanya!!!!kalau rasa diri dah hebat bubar parlimen besok!!""

    ReplyDelete
  2. Suruh Rosmah jawab , semua dari dia ?

    ReplyDelete
  3. GERAKAN ETDNAJIB.

    Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.(gerakan estimated time of Departure Najib)
    Mesti daftar.
    Semua mesti ikut undang undang.
    Pemimpin dan pelapis ramai.
    Blogger pun ramai.
    Syarat Aliff BA TA.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  4. Kalau Najib jawab dgn baik,
    NAJIB akan suci dari tuduhan,

    Malangnya blogger2 Najib pula yg jadi gila.
    mahu tak mahu Rakyat nak tau.

    Bukan soalan Mahathir, ia soalan RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete
  5. Kalu org biasa tanya, jawapan dia bodonya kau. Kalu pembangkang tanya, itu fitnah. Kalu tdm tanya, awat tak sedar diri lagi ni. Pi masjid nuu dah tua bkn zaman awak lagi. Semua tak jawab, pusing ke laut

    ReplyDelete
  6. Najib perlu menunjukkan keberanian untuk menjawab secara langsung dan lengkap atas semua persaolan Mahathir, keberanian itu sangat penting sebagai ketelusan.

    Jikapun ada sebarang kelemahan atau kekurangan serta terlepas pandang dari beberapa aspek, perkara itu boleh difahami dan diterima serta diperbaiki di masa hadapan.

    Najib perlu ada jawapan dan memberi jawapan bukan sahaja kepada Tun Mahathir tetapi lebih penting kepada rakyat Malaysia dan dunia untuk menunjukkan dan membaik pulih integiritinya. Apa guna jadi PM kalau saban hari diperlekehkan oleh rakyat sendiri, penyokong sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tun M dah pencen inginkan sesuatu untuk Mukriz. Siapa tahu? Anak bapak

    ReplyDelete
  8. Siapa berani tegur boss..nak mampos..hilang segalanya..hanya org kuar saperti Tun M yg mampu

    ReplyDelete
  9. Kegagalan terbesar Najib adalah Najib gagal mengawal Rosmah.... sepatutnya Rosmah di arah untuk mendiamkan diri atau tidak terlibat dengan apa-apa projek atau memakai barangan-barangan berharga yang terlalu menonjol kerana selagi mana Rosmah terlibat selagi itulah ianya terdedah dengan pelbagai berita dan Umum mengetaui Najib tidak mungkin dapat mengawal nafsu besar Rosmah.

    ReplyDelete
  10. DSNajib sepatutnya menjawab sendiri segala isu2 berbangkit untuk memuaskan hati rakyat jelata.Kalau DSNajib tak berani nak jawab maka bermacam2 spekulasi timbul. TDM cuma menyampaikan hasrat rakyat (kebanyakannya silence voter Melayu). yg dah letih bertanya dan meminta tapi tak didengari. Tak payahlah nak berangan sangat nak menang PRU akan datang hanya mengharapkan bilangan ahli UMNO aje. Lagi satu aku nak tegur sikit apasallah dok beli jet pada masa hutang kerajaan dah melimpah ruah. Lepas tu buat pulak GST.Tak payahlah nak cerita brim ke atau brom ke sebab kebanyakan silent voter ni tak dapat BRIM pun tapi kami dapat hanya dapat GST dan jangan lupa kami juga dapat mengundi.

    ReplyDelete
  11. Blogger UMNO takut dibangangkan kali 2.......play save ok.

    ReplyDelete
  12. Muhkriz Menteri Besar Gagal di Kedah...

    Tun M sajer nak alih perhatian kegagalan Mukhriz.

    Mukhriz tak tahu malu, nzk jadi Pm Malaysia... Mukhriz tak ayak pegang apa2 jawatan dlm Kerajaan...

    Mukhriz species yg amat memalukan, nak kena Bapak bukak jalan...malu lah sikit Mukhriz ...

    Nak jadi PM pon sabir jangan nak menangis suruh Bapak kau Mahazalim, Mahafiraun, MahaCelaka yg tak relevan merapu, merepek, meraban...

    Suruh bapak kau solat ker zikir ker...sebelom dia mampus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini (mukhriz) mungkin satu isu,

      Namun ISU berkaitan NAJIB masih belum terjawab lagi.

      Kalau Najib & Mukhriz tak bagus, kedua2nya layak dihukum.
      KES Altantuya, 1MDB masih misteri. Seolah2 ada SEsuatU yang cuba diSOROKKAN

      Jika Sirul memberi penjelasan, ADAKAH UMNO bersedia?

      Delete
  13. Anon 2:50, baru dapat kerja ke...
    Baru masuk syif petang..
    Berapa dapat upah..
    Kerja rajin-rajin k..

    ReplyDelete
  14. Jangan panggil orang maha firaun. ..satu jari tunjok keluar dan 3 jari tunjok dalam..kalau marahkan mahathir dan mukhriz guna fakta...kena pro sikit lah

    ReplyDelete
  15. 1. Sape yg arah sirul/azilah.
    Jawapan: Rosmah dgn pengetahuan Najib. Jenatah berlaku dirumah TPM ketika itu. Agaknya yg tembak itu Rosmah Dan azikah/sirul diarah hapuskb mayat mlm itu juga dengan C4 tersedia.

    2. Najib/Rosmah telah,khianati azilah/sirul pabila arah mahkamah persekutuan jatuhi hukuman mati.

    3. KPN adalah lantikkan politik, sudah tentu tugas utamanya melindungi PM/Rosmah. Jika tidak KPN akan jadi mcm KPN Abdul Rahman semasa bapa najib PM. Tak boleh salahkan KPN 100% berbohong spt azilah berbohong sehinggalah mereka dikhianati. Najib/RM.

    3.Najib dibangangkan RM sebab najib memang bangang. Kalau tak caya tanya adik beradik najib.

    Untuk pengetahuan umum, RM sudah lama terlibat dlm penghapusan musuh2 nya yg pada fikiran RM boleh menggagalkan cita2 BESARnya.

    Deraf buku yg pernah ditulis oleh seseorang yg tahu akan jenayah RM ada pada salah seorang setiausaha Abdullah Badawi semasa di Kementerian Luar. Sedihnya penulis itu mati secara misteri di sebuah hotel si Thailand sebelum sempat dipublish buku tersebut.

    4. Selagi RM wujud dalam kehidupan Najib tiada kuasa dibumi ini yg dapat nyahkan Najib dari kerusi PM Malaysia. Serangan Tun M pun tidak mampu jatuhkan Najib.

    Dan sekiranya Tun M bergabung dgn lain termasuk parti pembangkang akan pasti gagal menyahkn PM selagi RM ada.

    Jangan sekali2 underestimate the power of a short fat lady by the name of ROSMAH @ RM @ FLOM!

    DetKecik

    ReplyDelete
  16. Saya bukan orang politik dari negeri malaysia timur dan mohon pencerahan daripada both camps.....TDM and Najib.

    1. Setelah ISA dihapuskan....adakah menjadi lebih selamat atau sebaliknya?

    2. Siapakah yang menggagalkan repeal of Sedition Act Dan dengan cara apa?

    3. Apakah dan siapakah yang mendapat keuntungan dari pemberian BRIM dan macam mana negara akan terus pemberian ini serta puncanya?

    4. Apakah 1MDB menjanjikan pulangan yang besar dalam jangka masa panjang given the fact that a lot of inconsistencies of facts and mounting debt.?

    5. In the event of breached of repayment schedule, who would bear the loss and assuming BN lose in pru14, who would shoulder the burden?

    6. What is the assurance that TPPA is good for malaysia and what if it goes wrong killing local companies?

    7. if Bn loses in pru14 (though khairy is quite confident of winning), who would suffer most?

    8. Sapa tanggong dosa rakyat yang kena dimainkan oleh pemimpin yang buat keputusan salah?

    Dan banyak lagi......

    Wallahuaklam

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...