Sunday, June 21, 2015

AMARAN: Setakat Mana Politik Johor

PERTAMA-TAMA: Jangan cuit Istana Johor untuk di politik kan
Jangan cuba try test Khalid Nordin - ia pada kadar natural dan boleh diterima akai.

Jangan cuba singkir Muhyiddin - pengaruhnya tidak mengancam sesiapapun tetapi menjadi sebaliknya jika disingkir.

Berita kurang baik buat UMNO: Walaupun hubungan pusat dengan pusat PAS dan DAP bercerai berai tetapi DAP JOHOR dan PAS JOHOR masih cintan cintun untuk mengambil alih kuasa negeri.

100% solid kawasan MCA dan MIC akan jatuh ke tangan DAP dan kekal menang di kawasannya.
DAP sedang membantu PAS JOHOR untuk menang di semua kawasan kelabu UMNO.
Berdasarkan strategi 70% akan berjaya mengambilalih kerajaan negeri tanpa perubahan besar seperti MB masih kekal Melayu tetapi DAP mendapat tempat untuk beberapa exco dan UMNO akan jadi pembangkang seperti di Selangor.

DAP JOHOR bukan sahaja akan bekerjasama dengan PAS Johor tetapi sedia bekerjasama dengan mereka yang tidak berpuashati dengan kerajaan sekarang.

Adalah penting UMNO sebagai PARTI (kepentingan ramai) menyelesaikan isu Presidennya (individu) dengan TDM (individu) tanpa berlengah sesaat pun.

DAP bukan sahaja bijak mengambil kesempatan tetapi sudah pun jauh ke depan dengan strategi, meninggalkan UMNO yang sedang meletakan sentimen dan emosi di depan dengan membelakangkan rational dan realiti.

# Pemimpin UMNO  yang memperjuangkan kepentingan peribadi dan menjadi beban parti perlu disingkirkan - itu antara ramuan dan formula berkesan besar untuk mengekalkan kuasa.

# Semangat juang akar umbi sudah luntur melihat pemimpin atasan berperang mengumpul harta dan berhujah memperbodohkan rakyat.
Apakah pemimpin atasan tidak sedar "kencing" mereka berbau hancing sampai ke akar umbi.

38 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. DAP PARTI RASIS MEMANG PANDA MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEADAAN PORAK PERANDA MELAYU APATAH LAGI BANGSA CINA SENDIRI YANG TERKENAL DGN KERASISAN NYA SELALU BERSATU BILA MENENTANG BANGSA LAIN.

    ReplyDelete
  3. tunggu berbuka nak maki!!! bulan puasa beb...selawat lagi pahala...

    ReplyDelete
  4. jangan salahkan akar umbi melayu pas atau umno atau pkr...Ini semua salah pemimpin melayu tak kira parti sebab tak jadikan sejarah kerajaan ottoman sebagai panduan...baca Quran banyak2 tapi tak ikut...rakyat biasa apa bole buat...tunggu saja kemusnahan Melayu kerana pemimpin mendengar bisikan Syaiton. dan perangai pun mcm yg seangkatan dengannya.

    ReplyDelete
  5. Sudah tak ada jalan lain bagi UMNO dan Barisan Nasional selain dari mendesak Najib letak jawatan, jika Najib enggan, maka UMNO perlu memecat Najib dari UMNO, malahan Barisan Nasional perlu buat undi tidak percaya di parlimen untuk dipersembahkan kepada YDP Agong bagi tujuan pemecatan Najib dengan perkenan YDP Agong, inilah caranya yang boleh selamatkan UMNO dan Barisan Nasional yang makin hari makin teruk, makin ditolak oleh rakyat.

    Malahan kita juga perlu selamatkan ekonomi negara kita, 1MDB adalah suatu malapetaka kepada Malaysia, kerana nak bayar hutang 1MDB, wang dari GLC, badan berkanun dipergunakan sesuka hati untuk bayar hutang 1MDB hinggakan badan berkanun dan GLC itu sendiri menerima padah pula.

    Sampai bila kita boleh biarkan ini semua berlaku? Kita lihatlah dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 nanti pada hujung tahun nanti, jika tiada perubahan ke arah kebaikan, maka kepada semua ahli UMNO sekalian, maka kamu beradalah dalam dunia kamu semua sendiri, kerana penyokong UMNO walaupun tidak jadi ahli UMNO selama ini akan jauhkan diri dari UMNO.

    Walaupun penyokong UMNO jauhkan diri dari UMNO, bukan bermakna menentang UMNO, bukan bermakna menyokong PKR, DAP atau PAS, tetapi kekecewaan melihat pimpinan UMNO terutama di peringkat tertinggi makin rakus, sedangkan kepimpinan UMNO bahagian menjadi pak turut membuta tuli, malahan ahli UMNO kalau menyokong kemungkaran ini, maka apa guna lagi sokongan rakyat kepada UMNO?

    Desakan supaya Najib meletak jawatan bersama dengan kuncu-kuncunya bukanlah kerana dengki atau nak rampas jawatan Presiden UMNO dari Najib, tetapi kerana kepentingan negara, banyak kerosakkan dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya selama ini, jika dibiarkan, makin lama makin teruk, rakyat akan benci kepada UMNO, rakyat akan labelkan UMNO parti jahat dan sebagainya, oleh itu sedarlah wahai ahli UMNO sekalian, sebelum penyokong UMNO yang selama ini setia menyokong UMNO dan Barisan Nasional berpatah arang dan berkerat rotan dengan UMNO yang kini sudah dipimpin oleh penyangak, penyamun, perompak yang menyamun harta negara dengan dibiarkan sahaja oleh ahli-ahli UMNO tanpa sebarang tindakan pembetulan.

    Sedarlah.

    ReplyDelete
  6. Ekonomi Malaysia menuju kehancuran seperti Greece yang kini dah bankrap, cuma tak diishtiharkan lagi sahajalah.

    1MDB adalah antara punca keruntuhan ekonomi negara, bila GLC dan badan berkanun negara yang punya wang digunakan untuk bayar hutang 1MDB sedangkan pada masa yang sama 1MDB berhutang lagi, maka badan berkanun dan GLC itu akan lingkup, sedarlah bahawa GLC dan badan berkanun yang ada wang seperti KWSP, KWAP dan lain-lainnya itu adalah aset strategik negara, lingkupnya mereka menandakan lingkupnya ekonomi negara ini.

    Kita sudah tidak boleh biarkan perkara ini berlarutan, kita sendiri tidak faham dengan PAC, Audit Negara, Bank Negara Malaysia, SPRM, Polis, mengapakah tidak diambil tindakan terhadap apa yang berlaku di dalam 1MDB sekarang ini?

    Kerana 1MDB ini walaupun pengurusan atasannya, lembaga pengarahnya disyaki melakukan penyelewengan dan jenayah komersil, tetapi masih dibiarkan begitu sahaja. Patutnya kerajaan melantik satu jawatankuasa khas untuk mengambil peranan lembaga pengarah 1MDB dan pengurusan atasan 1MDB supaya ketelusan dapat dilaksanakan, tetapi sekarang ini lembaga pengarah, pengurusan atasan masih berkuasa, mereka menggunakan pengaruh dan kuasa politik untuk menyelewengkan wang dari GLC dan badan berkanun yang ada wang untuk bail out 1MDB dan menyembunyikan serta melupuskan bukti-bukti berkaitan penyelewengan di dalam 1MDB sebelum ini. Lihatlah cara penyelewengan untuk bail out 1MDB, TNB dipaksa membeli stesen janakuasa yang masih tak siap, yang mempunyai masalah pembinaan yang mana dijangka akan mengalami kelewatan pembinaan paling kurang tempoh 1 tahun yang mana menyebabkan kos akan meningkat sebanyak hampir RM 1 bilion, apa kejadahnya semua ini?

    Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka jangan hairan dan jangan terkejutlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian bahawa ekonomi negara ini akan lingkup, UMNO dan Barisan Nasional akan kalah pilihanraya, UMNO dan Barisan Nasional akan jadi pembangkang, ketua-ketua cawangan UMNO, MIC, MCA, Gerakan, dan lain-lain parti komponen yang salama ini jadi pengerusi JKKK/JKKKB akan kehilangan jawatan, malahan kesenangan yang mereka nikmati kini akan lingkup sekelip mata jika UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak.

    1MDB ini isu yang dahsyat, dalam PRU 14, pihak pembangkan akan mainkan isu ini untuk menghasut rakyat, walaupun sekarang ini ada ahli UMNO, pimpinan UMNO menuduh Tun Dr. Mahathir mengkritik 1MDB kononnya nak jatuhkan Najib, sedangkan kalau Tun Dr. Mahathir biarkan isu 1MDB ini makin parah tanpa sebarang usaha untuk pemulihan UMNO dan Barisan Nasional, dalam PRU 14, 1MDB akan jadi bom atom yang akan menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya.

    Oleh itu sedarlah semua ahli UMNO sekalian, kita tidak dengki dengan Najib, tetapi kita perlu utamakan negara, kita, kita utamakan parti kita, itu yang lebih utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan. Kau tau ke apa yg kau cakap kan ni.???

      Delete
    2. Saya tau apa yang saya tulis, cuma juak-juak Najib sahaja yang tak tau, kerana mereka hanya tau diberi habuan oleh Najib setiap bulan sahajalah.

      1MDB memang bermasalah besar, bukan sahaja akan melingkupkan ekonomi negara, malahan akan menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional.

      Cuma pak turut dan si dungu yang menjadi pecacai belaan Najib yang diberi makan seperti 'lembu di kandang' sahajalah yang tidak mengerti akan apa yang telah dijelaskan itu.

      Delete
    3. Ini ke pakar ekonomi kau kd? Wkakakakakakaka...nak samakan greece dengan Malaysia.Stipulus greece cuma sama dengan singapore. Tak sama dengan Malaysia. Komen dia macam komen pakar kopitiam dap je. Blog ko dah jadi tempat babi2 dap kembangkan fitnah dia org ke? Jelas sangat bodohnya.

      Pasal 1mdb, sikit punya sebijik macam tulisan tony pua. Ke si tony pua komen kat sini gak? Kd, lu tengok debat gua pasal pendapat tony pua...lama sebelum si mamak tu masuk campur hal 1mdb. Adakan google pkus atas nama pena aku. Ko tengok....bangsa ko yg bijak ke atau bangsa babi ni. Ko baca. Aku tulis tak panjang tapi beratus reply dan sebahgian besarnya adalah tony pua sendiri yg menyamar. Sebahagian lagi red bean army.

      Byk red bean army kat sini bro. Jangan syok sendiri la. Kat outsidethe bontot pun sama. Che det lagi la. Kononnya nak bagi persepsi org tak suka najib. Teruskan kerja ni kd....alhamdulillah org melayu dah tahu siapa mamak tu. Juga...blogger2 syok sendiri macam ko dah ada peminat dari kalangan red bean army. Sebelum ni tak jelas tapi hari ni punya komen....diaorg dah mula tunjuk belang diaorg...

      wkakakakakakakakkaa.....red bean army menyokong blogger umno.....hebat tu....kihkihkih..

      Delete
    4. Palawan bugis x bertelor da jumpa telor? Hehehe...dlu hebat citer kebugisan nya..last2 kena telan balik...

      Malula pondan bugis da x leh nak kata apa...hehehe sian pondan bugis...mula2 n2h, pastu TMJ, pastu jemputan soal jawab, pastu NYT dan WSJ pastu MIC heheheh....masak pondan dikejakan atas bawah depan blkg...awww!!!

      Delete
    5. Alahai mangkok berayon..ko pegi jer lah race motor..komen kau tu sesuai kat blog mykmu..bikin propa zaman 50 an..cai penyapu

      Delete
  7. Mesyuarat UMNO peringkat cawangan perlu membahaskan isu ini, kemudian dibawa ke peringkat bahagian untuk diusulkan kepada Perhimpunan Agung UMNO untuk mendesak Najib meletak jawatan atau Najib perlu dipecat dari UMNO jika enggan untuk meletak jawatan.

    Malahan mesyuarat peringkat bahagian perlu jemput Najib dan kuncu-kuncunya terutama Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Ahmad Maslan, dan tanyakan kepada mereka mengenai 1MDB ini. Malahan seeloknya mereka menjemput Tun Dr. Mahathir untuk memberikan penerangan mengenai 1MDB ini dan dijawab oleh Najib dan juak-juaknya.

    Malahan Tun Dr. Mahathir perlu diberikan peluang untuk hadir dan membahaskan usul mengenai 1MDB ini di perhimpunan agung UMNO. Tetapi saya percaya bahawa Tun Dr. Mahathir akan disekat, tetapi sedarlah wahai ahli-ahli UMNO, jika kamu bersubahat menyekat Tun Dr. Mahathir dari jadi perwakilan khas, maka apakah nilai UMNO sekarang ini, kemungkaran dibela habis-habisan, kebenaran ditentang habis-habisan. Fikir-fikiranlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ??? Merapu kau ni. Sabau le, PAC tengah siasat tu, melompat-lompat ikut orang nak buat hapa?

      Delete
    2. Siasat apa bendenye dah tangguh hingga ogos , AG (audit negara) pula tak akan bentang pada awam , dan tangguh juga sebelum ini hujung june ,sekrang june dah dekat lepas hari raya , Najib pula minta nyawa bagi sehinnga hunjung tahun , elok la pusing sana pusing sini ambil masa tutup taik guna duit rakyat kemudian nampak dah satle baru umum , kamu mungkin tak ikut perkembangan asyik dok baca apa yg TV 3 suap rakyat yang tanggung beban sampai anak cucu , kau dan penjilat najib asyik tidur .

      Delete
    3. PAC tengah siasat apa? Memang tengah siasat, tapi pada masa yang sama, pengurusan atasan 1MDB serta Lembaga Pengarah 1MDB serta Najib sendiri dibiarkan menggunakan politik untuk paksa badan berkanun yang ada wang di negara ini serta GLC untuk dirampas wang mereka dan digunakan untuk bail out 1MDB. Patutnya pengurusan 1MDB yang disyaki terlibat dengan penyelewengan serta lembag pengarah 1MDB termasuk Najib sebagai pengerusi perlu digantung tugas dan sebuah jawatankuasa khas dilantik oleh parlimen kerana kalau dilantik oleh kerajaan, maka Najib akan masuk campur, jawatan kuasa ini untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan tertinggi 1MDB dan lembaga pengarah 1MDB, barulah betul.

      Kalau bail out 1MDB dan 1MDB akan selesai masalah tak apalah juga, tapi bail out guna wang negara, tapi masalah tak selesai-selesai, malahan menyeret ekonomi negara ke arah kehancuran, apa kejadahnya semua ini?

      Jangan ingat rakyat Malaysia ni macam zaman 60an atau 70an yang kurang mendapat maklumat, ini zaman maklumat, zaman teknologi, rakyat mendapat maklumat berbagai cara, malahan maklumat yang diperolehi itu pun kita dah tapis dan perhalusi bahawa ada kebenarannya.

      Kalau berani, nanti jemput Najib rasmi mana-mana bahagian UMNO kecuali Pekan, lepas tu Najib heret sekali Mat Maslan, Shahrir Samad, Tunku Aziz, Zamil KITA, Nazri Azizm, Idris Jala, dan kuncu-kuncunya yang lain untuk jawab di hadapan ahli-ahli UMNO akan soalan yang ditanyakan oleh Tun Dr. Mahathir yang turut dijemput ke program berkenaan. Nothing To Hide konon, pooraaah!!!!!!!!!

      Delete
    4. Apa yg kau merepek ni kaki fitnah..

      Delete
    5. Macai Najib dah tak ada modal untuk putar belit, buat tuduhan melulu pula.

      Dalam isu pelaburan 1MDB dengan Petrosaudi, kononnya melabur di Turkmenistan, kononnya ada telaga petroleum di sana, tapi tak ada pun, telaga petroleum yang dikatakan pelaburan 1MDB dan Petrosaudi itu adalah sebenarnya milik syarikat dari Kanada. Makin bertambah parah 1MDB sekarang ini, sekarang ini dah terbongkar bahawa wang berbilion ringgit yang kononnya dibuat pelaburan sebenarnya 'pelaburan' ke lain, 'pelaburan ghaib'.

      Dari merapu tak tentu hala, lebih baik macai-macai Najib jawab soalan yang diajukan.

      Delete
    6. Lepas najib letak jawatan, apa pulak? Ingat dakwaan pasal budak tingkat 4 semasa paklah jd pm? Setelah najib ganti paklah, apa tindakan kpd budak tingkat 4? Dijadikan menteri penuh bukan? Sejak zaman tunku abdul rahman jd pm, semuanya lepas jawatan kerana campurtangan mahathir. Adakah dgn najib lepas jawatan maka isu kronik 1mdb akan selesai. Memang jelas 1mdb adalah isu besar, tp dgn pm melepaskan jawatan tak akan selesaikan masalah. Adalah mungkin wang berpuluh bilion yg dibisingkan oleh mahathir akan datang balik bila najib turun? Yg bertanggungjawab mesti jalankan usaha utk selesaikan masalah. Bukan dengan cuci kaki lepaskan jawatan utk diselesaikan oleh org lain. Sgt tidak berprinsip. Duit rakyat yg hilang akan disenyapkan bila najib turun...pehhh!! mudahnya kerja...

      Delete
    7. Anon 5:42 am...

      Selepas Najib digugurkan, orang lain boleh memangku buat sementara jawatan president parti sehingga pemilihan pada Perhimpunan Agung.

      Mereka yg didapati bersalah mesti dikenakan hukuman berat, harta & Wang dirampas. Kalau di Vietnam & Republik China, pengkhianat begin dihukum tembak sampai mati.

      Delete
  8. Ketua Polis Negara kata dah siasat laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan, mantan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, tapi siasatan mangkuk apa entahlah, Najib pun tak dipanggil untuk beri keterangan, sedangkan Najiblah kepala ketua bagi masalah ini.

    Malahan pelaburan 1MDB dengan Petrosaudi, sebenarnya Petrosaudi ni pun macam 1MDB jugalah, berniaga atas angin, putar sana, putar sini, kononnya ada telaga petroleum di Turkemenistan dan Argentina, tapi membohong sahajalah kerana telaga petroleum yang dikatakan pelaburan 1MDB dengan Petrosaudi ini adalah dimiliki oleh sebuah syarikat dari Kanada.

    Satu persatu terbongkar, tapi juak-juak Najib sebab diberi makan suap, perkara salah pun mereka sokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni main sedap mulut fitnah tanpa bukti ikut logik dan terpengaruh sgt dgn sarawak post, the edge dan dap musuh kau jg.. perasan mcm pandai tapi apa yg kau ckp tu hanya buih di lautan..mana bukti beb.. tak sabo nak jadi auditor ke, ke tak sabo nak jadi pac..

      Delete
    2. Kalau kata saya fitnah, buktikanlah yang saya tulis ini fitnah.

      Patutnya kamu yang kena kemukakan bukti kepada saya kalau kamu kata siasatan 1MDB itu dah dibuat, mana buktinya?

      Malahan bukti mengenai USD 1.103 bilion yang dikatakan tunai pada bulan Mac, tetapi Tun Dr. Mahathir dan para blogger mengatakan USD 1.103 bilion yang kononnya disimpan di BSI Singapore Limited itu bukan tunai, tapi paper asset yang tidak diketahui jumlahnya, Najib masih menafikannya, tetapi pada bulan Mei, lebih sebulan Najib cuba nak menipu rakyat dan sidang parlimen, Najib buat 'pembetulan' bahawa yang disimpan itu adalah aset, bukannya tunai, kemudian Kementerian Kewangan buat 'pembetulan' lagi, kata bukan aset, tapi unit pula, jumlahnya tak diberitahu, aset apa, unit apa pun tak diterangkan. Jadi apa yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa yang disimpan di BSI Singapore Limited oleh 1MDB itu bukannya tunai adalah benar, yang menjadi penipu besar adalah Najib, buat 'pembetulan' sebab Penguasa Kewangan Singapura memberikan maklumat kewangan kepada Bank Negara, dah tak boleh auta, maka buatlah alasan kononnya p'embetulan'.

      Sekarang ni siapa fitnah siapa? Kalau tuduh saya fitnah, sila beri penjelasan mengapakah boleh berlaku 'kesilapan' hingga terpaksa dibuat 'pembetulan' oleh Najib sampai ambil masa sebulan lebih, malahan sebelum itu orang dah tak percaya yang disimpan di BSI Singapore Limited itu adalah tunai, tetapi paper asset yang tak diketahui jenis dan jumlahnya serta nilainya.

      Sabar kena kepada Najib dan kuncu-kuncu, sekarang ni tengah pergunakan aset-aset negara secara semberono untuk bail out 1MDB, tapi hutang 1MDB tak selesai, aset negara lingkup, GLC dan badan berkanun yang punya wang pula kerugian berbilion ringgit kerana dipaksa menjalankan 'pelaburan' di dalam 1MDB itu.

      Delete
    3. Anon 2:11 am...Salam Ramadhan.

      Kalau bedak menjadi powder...saya boleh terima. Tapi duit tunai nak disamakan dgn 'unit'...hisssyy memang nampak sangat awta & membohong.

      Mula2 kata US$1.103 billion simpan di Cayman Island. Setelah kena sound hantar balik duit tersebut.. dia kata tak boleh sebab puan Zetty & Bank Negara banyak songeh... lalu terpaksalah duit itu disimpan di BSI Spura. Bila tembelang bohong dipecahkan oleh pihak BSI duit itu tak pernah tersimpan di BSI Spura..dia gelabah dan tukar statement duit itu dah digantikan dgn 'unit'. Tambah bahlol lagi, si biol Menteri Kewangan II buat lawak bodoh konon staff kementerian kewangan tersilap taip 'unit' sebagai tunai/cash.

      Ingatkan Anwar Gay saja kaki klentong...tahu2 presiden UMLO pun sama2 kuat klentong, pendukung Liberalisme & pengampu Yahudi.


      ps:
      UMLO - United Malay Liberal Organization

      Delete
  9. Lari sikit dari tajuk...kenapa kat masjid surau selalu bagi reference hadith...hadith..hadith...kenapa takda reference dari Quran??? Selain daripada doa2 lah...

    Asik2 kata sahabat nabi kata bahawa rasullullah bersabda....

    Betul mmg hadith adalah sebahagian dari ajaran tapi bukan ke kita di ajar bahawa pegangan kita ialah kpd Quran dan hadith...kenapa banyak hadith dari Quran? Quran adalah sumber utama sepatutnya dan bukan hadith...hadith adalah sokongan kpd Quran

    Org2 agama da malas nak tafsirkan Quran ke? Hadith tak mungkin 100% betul tapi Quran berjuta kali% betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang di dalam Al-Quran diterangkan secara umum, maka kaedah pelaksanaan melalui hadis. Apa kamu ni anti hadis ke sampai pertikai begitu rupa?

      Delete
    2. Sya bukan anti hadis tapi kalau manjang g masjid surau asik2 duk crita hadis si polan kata si sahabat kata dia kata org tu kata...bila masa dorang nak refer Quran betul2??

      Kenapa tak buat refrence dari Quran? Yg mana 1 lgi afdal? Rukun iman kata percaya kpd hadith ke Quran? Kalau yg jdi imam/ustad x tau g blajar la pastu sampaikan kpd ummah.

      Hadith x smuanya diguna pakai semua mahzab tapi Quran ya....

      Untuk ustd/imam/org kuat agama....tolong la ajar kami dgn Quran dan hadith....bukan dgn hadith semata2

      Delete
    3. Sya stuju....pelik tapi benar...Quran diturunkan Allah utk umat Muhammad bukan hadith. Nabi sendiri pun ikut Quran. Kenapa kita lebih refer hadith dari Quran walaupun kita tahu yg hadith ada banyak pendapat sedangkan Quran tidak?

      Islam yg diperkenalkan ada mahzab2 ke? Kalau smua menurut ajaran Allah melalui AlQuran akan ada isis? Perang antara ummah dll ke?

      Hasrat kmi adalah utk diajar berdaarkan kan quran dan hadis cuma buat sokongan kpd ajaran islam...bukan terbalik

      Delete
  10. admin.. jom exchange bloglist...

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard macai penyapu najib... kalo kritik najib jer terus di label red bean..lu sape mau sapa mau cabar orang..dasar mat rempit otak di lutut..ptuihh!!

      Delete
    2. Keris....Copy paste beratus kali tak layan. Kalau malas tulis, sila diam

      Delete
  12. Keris berayon ni jenis tak boleh terima hakikat...sapa yang kutuk Ah jib gor dituduhnya Red bean army...sedangkan memang ramai ahli umno akar umbi meluat kat Ah jib gor...cuma orang yang berkepentingan ja masih sokong Ah jib gor ni kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan sdra Muhammad Danial.

      Keris Berayon silap yg amat silap kerana saya adalah ahli UMNO.

      Pada saya Najib dgn tindak tanduknya dah jauh menyimpang dari perjuangan asal parti keramat orang Melayu. Dia sering kata dia Bugis. Dia juga megah dgn pendirian Liberalnya, 'I am Malaysian first'. Oleh itu, dia tidak layak jadi pemimpin UMNO. Atas sikap Liberalnya itu, selayaknya dia menjawat presiden UMLO (United Malay Liberal Organization).

      Salam Perjuangan & selamat menjalani ibadat berpuasa.

      Delete
  13. Akupun sokong Najib dari pemerhatian.aku tk dibayar tau!

    ReplyDelete
  14. Pada 11/6/2015, khamis baru2 ini kawan saya ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya di Changi Airport dia lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut umur bekerja sebagai pencuci.
    Apabila dia berjumpa sahabatnya seorang Doktor dia pun bertanyakan beliau tentang Melayu di Singapore kerana apa yang di lihat di airport suasana kurang selesa pada kawan saya.
    Dr itu memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia patut bersyukur banyak2 kerana nasib mereka di Singapore cukup ditekan.

    Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja.

    Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihat universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.
    Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti.
    Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuran yg tinggi. Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut.
    Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!

    Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat kawan saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah!
    Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup! Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi.

    Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA!
    Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut. Bentuk kesalahan adalah berbagai.

    Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan niakmat berkerajaan sendiri.

    Mungkin nasib kita juga sama dgn Melayu Singapore klu kita masih seronok bertelagah kerana politik.

    Jika DAP memerintah Malaysia lebih dahshat syarat2 akan dikenakan oleh DAP keatas Melayu n ramai akan dikorbankan nyawa
    seperti pemerentahan komunis dlm tahun 19 45 seramai lebih 24000 Melayu di bunuh oleh kominis.Ini Melayu ta mau tau ta mau faham ta mau sedar!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aikk..tak pakai pulak nama yahudi kau ted manoff..pakai anon jerrr..dlm blog TFK kau bg komen pakai nama yahudi kau..ted manoff..kalo kau da segan pakai name tu aku paham....kahkahkahkahkah..

      Delete
  15. Anon 11.03...ganjil juga si Ted ni...dalam blog lain declare..dalam blog ni sorok identity..dia jadi penakut macam kita yang juga pakai anonymous ni agaknya...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...