Monday, June 8, 2015

NAK TACKLE SEMULA MAK JANDA LAMA...

Aku nak nasihat sikit pada PAS !!!
Who are you...
Aku layak menasihat sebab aku ada satu kuasa undi mutlak dan beberapa lagi undi yang boleh dipengaruhi..

PAS perlu berjuang tentang kebenaran..secara sendirian atau usahasama..

Berhati- hati lah dengan DAP - musuh nyata
Berhati-hati lah dengan PKR - teman tertawa di masa senang.
Berhati hatilah dengan UMNO - banyakan makan antibiotik...

11 comments:

  1. Ya..ya..Pas perlu berhati2 dengan sikap U-turn nya..he he he

    ReplyDelete
  2. Pemimpin turun kampung ajak rakyat berubah, transformasi bla bla bla
    Kena btg idung sendiri, takut hendak berubah... Alasan, takut perpecahan la, rakyat belum matang lha...
    hahahaha....
    Kalau berani, pa takut nak berubah... balik2x fesen lama... Dulu lain sekrang lain, hah, tunjuklah lain sikit, zaman dah berubah. Gesa rakyat pandai, tapi tak pandai cermin diri sendiri.

    Pemimpin kena berani 'bercakap' dan berhujah di mana mana platform. Orang suka x suka lain citer.
    Bukan pandai buat statement akhbar sahaja.
    Itulah baru namanya transformasi kepimpinan melalui teladan.. hehehehe.... X gitu UMNO?

    ZAMAN DAH BERUBAH BEB.... BETUL BETUL KORANG BANGANG KALAU MENYANGKA RAKYAT SEKARANG, SAMA MACAM DULU DULU...
    RAKYAT SEKARANG SUKA TRANSPAREN, BERANI DAN VOKAL.
    TAPI AWAS JANGAN MAIN ANGKA ANGKA ATAU KATA KATA BODOH2XKAN RAKYAT.

    Kesimpulannya : HANYA PEMIMPIN YANG BERANI, BERSIH, JUJUR, X U-TURN2 AKAN DIPANDANG MASYARAKAT NANTI AKHIRNYA. PEMIMPIN SEMACAM INI, AKAN MUDAH DAPAT PENGIKUT.
    SO PEMIMPIN YANG MANA AKAN BERANI NAK KEDEPAN BERUBAH?
    HARAP HARAP BUKAN DAP YANG TERUS KE DEPAN DAN KE DEPAN MENJADI VOKAL DAN TUNJUK PERUBAHAN TERSEBUT DI MATA RAKYAT. TAKUT LAMA LAMA NANTI ORANG MELAYU PUN TERPESONA DAN TERMAKAN! PRU14 DAH TAK LAMA DAH. HISH, SELISIH!

    ReplyDelete
  3. Dan aku tambah ckit.... BERHATI-HATILAH DENGAN KD..... KERANA DIA NI LALANG.....DI MANA ANGIN BERTIUP.....DI SITULAH DIA MENYEMBAH.....HEHEHEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD berhak gunakan power undi dia... Demokrasi kan? Hahaha...
      Tang pendapat KD tu, dia cuma luahkan perasaang dia (secara nyata) di alam maya.
      Perasaang boleh berubah-ubah beb. Semua orang kadang2x buat keputusan lain di saat akhir.
      Kita kena hormat lha. Baru nama demokratiknya.

      Teringat dulu masa aku part time tumpang jual sate kat sebuah kedai makan di Tampoi, Johor.
      Tokei melayu orang kuat DAP (kununlah), kat situ jugak malam2 pelanggan dia ada orang PAS, UMNO (PKR belum wujud lagi lha). Seronok tengok diaorang bergaduh (mulut jer lah). Aku senyum jer. Kadang2x aku dengar ada part diaorg sumer 'sekepala'. Kalau bab x sekepala, ada yang 'merajuk' tak datang ngeteh. Panas hati katakan. Tapi selang 2-3 hari, mesti muka diaorang dtang balik. Eh, mcm budak2 kan, boleh 'kawan' balik. Hahahahaha.... Aku suka org Johor. Diorang moderate, jenis x main hati. Kawan tetap kawan walaupun x sebulu bab politik2x ni... Tapi bab agama, x penah diaorg main, sensitif... Dah tua-tua, faham sendfirilah.

      AKU HARAP BLOGGER DAN PEMBACA BLOG KD PUN GITU JUGAK.
      ANGGAP BLOG KD NI KEDAI KOPI. KITA NI PELANGGAN KD YANG MACAM2 KEPALA.
      GADUH2X TAPI JUST KAT MULUT JER. JANGAN AMEK HATI AAAR.
      KD SEBAGAI TOKEY, KENALAH TAHAN TELINGA, PEMBACA PUN SAMA. BIAR KITA CAKAP KAT MULUT JER. TAPI HATI TETAP SAYANG SESAMA BANGSA SEAGAMA KITA.
      JADIK, SESIAPA NAK LUAHKAN PENDAPATNYA MASING-MASING, SENDIRIK PAHAM LAH.
      KALAU KD ADA MASA AND FULUS, SESEKALI PER SALAHNYA JEMPUT KITAORG DUDUK SEMBANG NGETEH REAL PUNYA KAT SATU TEMPAT, BORAK2 GADUH2 PASTU SSALAM2 BELAH DAN SEMOGA KITA DAPAT BERJUMPA LAGI UNTUK GADUH.
      CHAU CHIN CHAU... Hahahaha

      Delete
  4. Kalau NGO Melayu dan pemimpin politik melayu lemau dan lembik dah x bley pakai, apakata kita jadik ahli MACMA. Memperkasa islam secara global, berani dan vokal ke depan mendepani masalah islam di Malaysia ini.
    Melayu lahir2 dah nama islam, tak pandai nak jaga maruah agama dia, malu weih kat bangsa lain yang masuk islam. Diorang lebih menjiwai islam daripada kita dan anak-anak kita.

    Aku harap nanti, Malaysia akan jadik sebuah negara yang berkad pengenalan ISLAM. Semua bangsa (islam) mahu berhijrah ke Malaysia kerana pasport ISLAM. JIka semua bangsa jadikan AKIDAH ISLAM sebagai teras kehidupan dan perjuangan mereka, maka lebih selesa diterima dalam masyarkat majmuk Malaysia dan sama-sama memakmurkan negara iaitu melalui sumbangan idea, kerja keras dan sumbangan wang (sedekah) dan zakat.

    Kalau perkara ini berlaku di Malaysia (aku seakan percaya benda ni akan berlaku tapi tak tau lah dengan asbab apa ianya akan berlaku nanti) nescaya benar kot pendapat yang mengatakan bangsa melayu ni adalh ibu bangsa kepada bangsa-bangsa lain. Sebab tu amat menghairankan, nama melayu, bangsa melayu, ada mak bapak jawa totok muka anak lak ada macam omputeh, orang arab, org spain, orang korea, orang cina dan semualah, ada gelap, ada puteh, ada kuning. Pelik tengok muka orang melayu!

    ReplyDelete
  5. aku setuju bab lalang tu...

    ReplyDelete
  6. Lalang (?)

    Yang dimaksudkan dengan mufaraqah ialah seseorang makmum berpisah daripada imam. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada makmum meneruskan solatnya sekiranya imam telah batal solatnya. Caranya ialah dengan niat dalam hati untuk berpisah daripada imam, atau tidak mahu mengikut imam lagi.


    ReplyDelete
  7. “Najib boleh melarikan diri daripada forum ‪Nothing 2 Hide. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara.
    “Kamu boleh hancurkan diri kamu dengan 1MDB. Tapi jangan hancurkan negara dengan 1MDB. Cukuplah kamu meranakan rakyat dengan GST, janganlah kamu meranakan generasi masa depan dengan 1MDB,” katanya.
    - Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

    ReplyDelete
  8. Hebat sangat ke Najib tu sampai tak boleh nak kritik? Aku setuju KD hang nak sokong sapa pun itu hak hang. Apa yang aku nampak Umno sekarang memang dah tahap sangat teruk kronik dan jijik. Sampaikan orang Tua yang dah umur 90 tahun tu pun dihina bagai tak ingat dunia! Sedangkan orang tua tu tegur untuk kebaikan Umno jugak. Tapi disebabkan periuk nasi punya pasal. Hakikat untuk Bn kalah teruk dibawah Najib memang tak dapat dinafikan pergi lah cerok mana pun semua orang akan bercakap pasal tak suka Najib. Orang atas pagar ada dua pilihan. Undi Umno dengan syarat Najib letak jawatan. Undi pas kalau pas keluar dari pakatan. Pilihan ketiga dok umah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab hang ckp ni aq memang suka sbb aq penah bgi cadangan kat PAS. Nak amek ati org melayu (UMNO & atas pagar) senang jer. So aq repit balik:
      1. Disbbkan TGNA dah xde, jadik aq cadangkan kat TGHA ke depan mintak mahap kes kapir mengkapir dengan setulus ikhlas & mintak semua ahli PAS berbaik sangka dengan sedaranya dari UMNO dan parti lain
      2. Berhikmah dalam kata2x dan perbuatan mencontohi kumpulan Tabligh yang tak pernah putus asa
      3. Bermualamat guna contoh gerak kerja AL Arqam yang berantai-rantai pernigaaan mereka (sehingga merisaukan peniaga cina)
      4. Belah dari pakatan (DAP).
      5. Buang semua pengikut ANWARINAS dan DAP (ini dah berjaya 99.99%)

      So, pa lagi PAS, tak pandai guna peluang ker?
      JANJI NAWAITU IKHLAS DAN KERJA PUN NAMPAK IKHLAS.

      Tapi.... apa tujuan UMNO berbaik2x dengan PAS sekarang?
      MUNGKIN:-
      1. Najib sedar dia xde harapan kalau lone ranger @
      2. UMNO nak jaga periuk nasi depa supaya x hilang kuasa, jadi berpakat PAS dengan janji2x tertentu @
      3. UMNO hendak memberi kuasa kepada PAS dengan pakatan2x tertentu yang dipersetujui (sebab sedar UMNO mungkin kalah teruk dlm PRU akan datang) @
      4. kita sangka baik, mereka berpakat atas dasar hendak menjaga perpaduan (keselamatan agama islam) maka kesukuan politik dikurangkan - aku jangkakan mereka akan bergabung dalam satu platform sahaja tapi tak taulah namanya apa. Hehehehe. Kalau ini menjadik, mungkin usaha kearah negara islam total akan berjaya tercapai - SOKONGAN PADU DARI SEGENAP ORANG MELAYU DAN ISLAM. Kalau ada yang menentang pun, mungkin parti melayu cap ayam yang berDNAkan Dapigs.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...