Friday, July 31, 2015

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG..

Melantik dan memecat HAK Perdana Menteri... - Mahathir.

Kita AKUR... - Muhyiddin.


Tentunya jawapan ini mampu membuatkan Najib dan penyokongnya tidor lena dan tidak cemas lagi.

Kenyataan itu sepatutnya telah menunjukkan Najib betul dan benar 100% tanpa ragu-ragu.

Suasana terkawal dan selamat ini harus disusuli dengan tiada lagi penyingkiran kepada mana-mana pihak.

Tidak wajar ada lagi gambaran dihantui dan takut dengan bayang-bayang sendiri.

MENTERI KABINET BARU PECAH DARA..

Bukan niat kita nak mencari salah, tetapi kalau salah itu terbentang di depan mata - apa nak kata...sikit pun kenalah komen juga.

Tidak baik kata orang bodoh, tapi tuan punya badan tunjuk memang dia bangang - nak buat macam mana.

Lebih lebih lagi kalau itu yang terpacul (pecah dara) buat pertama kalinya selepas dilantik semula ke dalam kabinet.

Hanya selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said bukan saja menunjuklan ciri-ciri pengganti kepada Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.

Mengulas mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa
mengalir masuk ke dalam akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Perdaha Menteri, Azalina antara lain berkata:-

-  wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.

- tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

- kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?


Thursday, July 30, 2015

RELAX BRO...SEMUA TERKAWAL

Kena percaya UMNO itu masih kuat.

Kena cakap UMNO itu masih hebat.

Kena akur Najib PM yang paling disayangi rakyat.

Kena ingat, semua yang negatif itu konspirasi jatuhkan PM.

Kena terima, semua tuduhan ke atas PM adalah fitnah.

Kena ingat, apa saja tentang Madey adalah.jahat.

Kena berjanji, hanya pangkah UMNO.

Kena takut, bertanya juga adalah satu jenayah.

Pengkritik adalah pengkhianat.

CASH IS KING KONG



# Ini tulisan terbaik, tulisan of the year - penawar buat yang panik dan takut bayang sendiri.

JANGAN MARAH KALAU RAMAI MELAYU TAK MAU JOIN UMNO

Sekarang ini ramai betul blogger dan penyokong UMNO sebok sungguh dengan parti lain terutama pembangkang yang dikatakan porak peranda dan kacau bilau.

Meteka mempersendakan pemimpin parti pembangkang dengan pelbagai gelaran yang tidak sepatutnya. Kalau pemimpin sendiri dilabel agaknya macamana?

Blog ini akui permasalahan di parti pembangkang, akui sikap melampau dan kurang ajar mereka.

Tetapi memburukkan mereka berlebihan tidak pun membantu UMNO dan pemimpinnya nampak hebat.

Lebig-lebih lagi sekarang..di dalam UMNO itu sendiri cukup huru hara, cukup kurang ajar dan tidak hormat bawahan kepada pemimpin atasan mereka.

Mereka jadi biadap sekadar jadi ayam tambatan kepada Presiden untuk melanyak Timbalan Presiden.

Oleh itu berlebihan mengutuk parti pembangkang sedangkan parti sendiri tahap pariyah memang tidak wajar. Kain carik orang di jaja, kain sendiri koyak robak nampak kemaluan tak sedar diri...

Apa sangat penyokong UMNO hilang kestabilan emosi apabila ramai orang Melayu termasuk golongan intelek join DAP.

Memang itu satu kerugian, satu yang pelek, satu yang kita marah atau tidak sokong tetapi apa wadah dan sikap UMNO untuk menarik perhatian mereka.

Ertinya UMNO perlu menunjukkan dan memberi keyakinan kepada mereka untuk join UMNO. Mesti tunjuk matang, ada visi sejagat, pemimpin atas jadi contoh.

Hari ini, apa hebatnya, apa bagusnya join UMNO...tolong senaraikan...
Perjuangan apa yang mereka pegang...
Apa keutamaan yang mereka pertahankan...



PENYINGKIRAN MUHYIDDIN GAGAL..

Harapan untuk melihat
penyingkiran Muhyiddin sebagai TPM gagal mengalih sedikitpun pandangan rakyat tentang isu 1MDB dan Pengaliran Wang Masuk ke akaun peribadi Najib.

Perkara ini akan diungkit sepanjang hayat oleh rakyat dan tiada lupa dan tiada maaf, yang bersalah perlu dihadapkan ke mahkamah.

Jika ada pemimpin yang terlepas sebelum ini, termasuk mantan2 PM terdahulu jika ada biarlah salah, khianat dan dosa itu menghantui mereka. Mungkin rakyat masih boleh diperbodohkan pada era itu, tetapi tidak sepatutnya era sekarang.

Kecurangan dan penyelewengan jika ada harus dibayar dengan harga yang setimpal.

AUDIT, PAC DAN PASUKAN SIASATAN KHAS perlu diteruskan walau diragui ketelusan mereka.

Pelbagai pihak perlu terus mendesak supaya satu suruhanjaya diraja yang lebih berwibawa ditibuhkan untuk membuat siasatan.

Dalam masa terdekat, sudah ada beberapa isu baru, lama, recycle sedang diputarkan untuk mengalihkan fokus.

Bila tersepit, soal memperkasa melayu kembali dengar...
Melayu mana yang mahu diperkasa? Bangsawan, kroni, CGPA 3.8, atau yang pandai main golf atau asyik melawat melayu geladangan..atau
Melayu yang sudah dijinak dengan BRIM.

Zahid sendiri selepas dihabuan TPM tiba-tiba menyarankan perangi judi. Ada lagi ke rakyat berlebihan duit untuk berjudi(?)

Selama ni polis tak buat kerja? Siapa Menteri KDN sebelum ini? Siapa Ketua Siasatan Jenayah sebelum ini...

Bukankah tugas TPM sepatutnya membisikan pada PM secara tertutup apa yang dia patut jawab pada mantan TPM tentang duit masuk akaun petibadinya.

Bagaimanapula kita boleh percaya salleh said keruak boleh mendengar pelbagai idea berhubung dasar kerajaan sedangkan sebelum ini saban saat mempertahan membabi buta Najib dan menolak pandangan orang lain.

Bila sudah diberi kuasa, elok saja tetus mempertahan Najib dengan menguatkuasakan lagi undang2 untuk sebarang berita termasuk blog dari tetus.mengkritik Najib.

Blog inipun tidak lama lagi akan.menutup penulisannya sebagai menghormati kabinet baru Najib.

Wednesday, July 29, 2015

KETENANGAN MUHYIDDIN BANYAK MEMBERI KEGUSARAN

Sesetengah berharap ia akan berlaku kekecohan penyokong dan Muhyiddin sendiri akan membuat ucapan
berapi api seperti suasana Anwar dipecat.

Jika ini berlaku mudahlah pelbagai tuduhan dibuat ke atas Muhyiddin dan penyokongnya.

Ketenangan Muhyiddin dan vedio pengakuannya tentang pengakuan Najib menerima sejumlah wang memberi satu kejutan kepada semua pihak dan kesan jangkapanjang.

Adakah itu semua menyebabkan beberapa perjumpaan UMNO dibatalkan tanpa tarikh baru dan potensi Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Presiden terbantut.

Kehadiran Mukhriz ke kediaman Muhyiddin sangat gentleman dan bertanggungjawab atas kapasiti lawatan politik.

Kenyataan UMNO Perak dan Johor untuk menerima Muhyiddin untuk perasmian Bahagian juga satu tamparan kerana rakyat Johor dan Istananya penyokong kuat UMNO setakat ini.

Lagipun Mahathir belum bersuara panjang.Peluru yang belum dimuntahkan mempunyai 1001 kemungkinan.

Ketenangan Muhyiddin janganlah dipandang sebelah mata dan jangan dilayan seperi habis madu sepah dibuang.

Timbalan Speaker UMNO Malaysia mengingatkan jika UMNO hancur selepas ini, kita tahu siapa yang patut dipersalahkan.


KEMASKINI:

Bolehkah PM sekarang melantik Zahid untuk menggantikannya sebagai PM jika dia berhasrat berundur (?)


SOAL PERIBADI SUDAH DINEGARAKAN

Kritik Najib bererti tolak UMNO...
Kritik Najib..bererti jadi dapigs..
Kritik Najib..tak masuk syurga..
Kritik Najib..tak setia pada ulil amri..
Serang Najib bererti konspirasi kepada PM...
I

Persoal 1MDB bererti sabotaj ekonomi Negara...
Tanya duit masuk akaun peribadi ...bererti memfitnah..
Tanya penjelasan..bererti mendahului siasatan..

Kritik tertutup...buat pekak..
Kritik terbuka...pecat

Nak saman...tak saman
Nak tangkap...ikan bilis
Nak mesyuarat...batal
N2H...lari lintang pukang..
Nak siasat...ketua dah kena pecat..
Nak siasat..panel dapat jawatan..
Nak siasat..kena tangguh
Ada kuasa...beli masa...




#
Saya tak pernah ambil satu sen pun duit rakyat - anwar
Saya tidak akan khianati rakyat - najib


Tuesday, July 28, 2015

MEMPERJUANGKAN KEDUDUKAN MUHYIDDIN TIDAK BERBALOI..






Harapan kepada Muhyiddin untuk
menyatakan sesuatu atau bertindak sebenarnya sudah lama diminta dan
diharap, seawal apabila Tun Dr Mahathir membuat teguran dan menarik balik sokongan kepada Najib.
Malangnya Muhyiddin juga "play safe" demi jawatan dan pangkat.

Kalau bukan kerana itu, kerana apa? Sampai ke satu tahap, harapan kepada Muhyiddin sudahpun tiada malah di anggap sebakul dengan Najib.

Kelalaian Muhyiddin memberi ruang dan peluang kepada Najib untuk menyusun pelbagai strategi termasuklah rancangan untuk menggugurkannya pada masa dan ketika yang tepat. Bom itu gugur serentak pada semua sasaran !!!

Ada yang berpendapat Muhyiddin menyuarakannya pun apabila mengetahui bahawa dia memang akan digugurkan bila-bila masa dan kesempatan di ambil (last kopek) untuk mengkritik Najib supaya dilihat digugurkan atas kritikan tersebut (?) - terpulang kepada penilaian masing-masing !!

Nasi sudah menjadi bubur.

Memperjuangkan kedudukan Muhyiddin tidak berbaloi kerana itu isu sampingan. Fokuslah kepada 1MDB dan pengaliran masuk wang ke akaun peribadi Najib sebagai keutamaan. Fokus kepada Muhyiddin sekadar masuk perangkap mengalihkan isu sebenar.


RAIKAN KEJAYAAN..

Apa saja isu yang membelengukan peribadi Najib dan Rosmah dikira selesai dan terungkai.

Sudah ada barisan baru yang sedia mempertahankan Najib dari dikonspirasi.

Muhyiddin juga dijangka pulang ke Tangkak sebagai ahli biasa atau rakyat biasa tanpa sambutan sebagai seorang superhero atau wira.







# Drama Tamil baru nak mula / Astro 202

APA KHABAR UMNO JOHOR..ORANG JOHOR, RAKYAT DAN ISTANA JOHOR.

Cuaca di Johor keseluruhannya mendong dan hujan.
Rakyat Johor masih sebok dengan amalan budaya mereka bermarharban dari rumah ke rumah.

Teruskan, tingkatkan kesabaran, kumpulkan kekuatan...

Striker JDT dah kena kad merah, dah kena buang padang - yang tinggal semua kaki bangku...

MUHYIDDIN DISIASAT...

Astro AWANI / Shahir Omar
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.MUHYIDDIN DISIASAT

Sumber wassap

Siapa lagi next senasib (?)

Monday, July 27, 2015

Apakah peralihan kuasa akan berlaku selepas ini..

Kepanikan yang luar biasa..strategik tetapi agak gelojoh...
Bagaimanapun kepujian kelas pertama kerana berani,,julung dan buat pertama kalinya..

Adalah juga kurang selesa jika Muhyiddin masih terus berada di dalam UMNO.. kapasitinya sebagai Timbalan Presiden UMNO tampak masih kuat.

Secara positifnya, Najib mungkin lebih mudah memberi laluan kepada Zahid sebagai PM dan Hishamuddin sebagai Timbalan jika Najib memilih untuk berundur dengan beberapa term and condition selepas ini..





# Kita akan melihat beberapa perkara mengejutkan lagi akan muncul selepas ini, unsangkarable dari pihak kerajaan Najib.
Apapun tidak banyak perubahan yang lebih baik berpihak kepada Najib walaupun Muhyiddin disingkirkan sekiranya Mahathir masih kekal hero dan suara rakyat.


RAMAI YANG MENUNGGU MUHYIDDIN DISEKAT..

Semua pihak diminta berhenti cakap-cakap tentang 1MDB yang sedang dalam siasatan. Masih dalam proses, tiada keputusan dan akhirnya kena lah tunggu keputusan mahkamah. Mungkin semua proses itu akan mengambil masa paling cepat 2 hingga 3 tahun dan berlarutan 10 tahun.

Itu berkaitan dengan 1MDB sahaja tetapi kalau menyentuh The Edge, SWJ, SR, Justogate, Claire Brown, Mahathir, Lester dan lain-lain, semua itu tidak perlu tunggu siasatan...terus kepada keputusan dan kesimpulan. Semuanya dituduh dokumen palsu, kenyataan palsu, konspirasi, dalang, berniat jahat, sabotaj ekonomi.


Malah kerajaan juga telah bersikap menghentikan rakyat dari membaca dan mendengar kecuali dari TV3 dan Utusan Malaysia.


# Semangat ahli dan penyokong UMNO kembali pulih untuk memperkasakan semula parti tanpa Najib.

Peranan seterusnya menjadi lebih mudah jika Kj bersikap lebih terbuka.













Siapa Yang Buat Buat Tak Faham...


KEMASKINI:
Seperti yang dijangkakan, siapapun yang bertanya saolan, hatta malaikat sekalipun,  Najib and the gang tidak menjawab dan tidak ada jawapan..

Paling terbaharu, seperti dijangkakan, mereka minta Muhyiddin berundur jika tidak sokong lagi Najib.

Mereka ini lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan negara. Mereka mempertahankan individu dan bukannya integriti parti dan kerajaan.



POSTING ASAL:
Keanehan sedang melanda kerajaan.

Di satu pihak berbueh mulut pasukan Najib (bukan dari mulut Najib sendiri) bercakap tentang 1MDB hingga melalut pula ke domumen palsu dan konspirasi.

Ada pula yang menambah, kepimpinan Najib di sokong ulama Al Azhar...
Ingat lagi Anwar...dia pun disokong Yusuf Qadrawi..

Di satu pihak Timbalan Perdana Menteri mendakwa tidak faham isu 1MDB dan hanya membaca The Edge sebagai panduan kerana kerajaan sendiri tidak menjelaskan isu dengan baik.

PM membalas dengan meminta Muhyiddin sabar menunggu laporan penuh Audit, PAC dan Siasatan Khas.

Sebahagian pula menempelak Muhyiddin kerana tidak faham isu 1MDB sedangkan hakikatnya Kem Kewangan sudah membentangkannya beberapa kali.

Betulkah Muhyiddin tidak faham isu 1MDB dan tidak sabar menunggu hasil siasatan?

Kurang logik.

apakah muhyiddin cuba menyampaikan apa yang dibentangkan oleh kementerian kewangan itulah sebenarnya palsu, menipu rakyat...ingat lagi isu tunai menjadi unit di bank Singapura?

Begitu juga dengan Najib yang berdolak dalik apabila SWJ mendakwa ada kemasukan duit dengan jumlah yang besar ke akaun peribadinya...

Sudah tentu Muhyiddin mahukan jawapan yang jujur dan bertanggungjawab dari Najib dan tidak perlu isu itu mahu dikaitkan dengan siasatan khas.

Isu 1MDB, isu akaun peribadi adalah isu politik...
Isu maruah dan integriti Perdana Menteri...

Apakah Muhyiddin juga hilang kepercayaan kepada Pasukan Siasatan Khas?

Perang dingin Muhyiddin dan Najib sudahpun bermula...
Harapan Muhyiddin untuk kekal TPM adalah tipis...
Muhyiddin sudah tidak boleh berpatah balik...


Sunday, July 26, 2015

MUHYIDDIN SENDIRIAN...

Selingan tengahari lepas makan.. (flight delay ke melaka) layan mengantuk..
Di Kota Bharu Airport.

Hari ni lega..bukan sebab Muhyiddin bidas PM..itu tak menarik pun sebab serangan ke atas Muhyiddin sudah pun bermula.

Yang bestnya...
Bila Muhyiddin diserang..sokongan kepada Mahathir bertambah..sokong Mahathir bererti sokong rakyat.

Yang leganya...
Muhyiddin sendiri tidak faham 1MDB..maklumat hanya dari The Edge...kalau the edge tipu...mana originalnya...sorang pun tak tahu dan tak pernah tengok..
Jadi MACAI MACAI yang dok sembang sini, bela sana sini..sembang temberang je lah rupanya..habuk pun tak tahu..mana ekor mana kepala..

Tu sebab hujah mereka mesti ada maki hamun dan putar alam supaya nampak hebat...rupanya tin kosong.

Tong tong tong.. masih adakah hujah bernas dari mereka.

Ooooppsss...audit negara, pac, siasatan, ikut undang2'....bla bla bla

BERUNDUR BERSARA BUKAN PENAMAT SEGALANYA..MASIH BELUM TERLAMBAT









KEMASKINI:

Muhyiddin wajar sebagai pengganti, walaupun dikatakan kurang karisma tetapi belakang parang kalau di asah selalu, tajam jadinya.

Pengalaman dan rekod yang tidaklah begitu buruk, lebih baik dari yang ada sekarang.

Saturday, July 25, 2015

BILA BERMASALAH...POKOK BERGOYANG PUN DIKATA ADA HANTU...

Chai mula bimbang dengan Pemuda..atau sendiri sudah takut dengan bayang-bayang.



HANYA PEMUDA MEMPUNYAI KATA PEMUTUS..

Jika ada cakap-cakap Najib merayu Ketua Pemuda untuk menyokongnya - kurang logik tetapi tidak mustahil.

Jika Kj, Ketua Pemuda memberi sokongan penuh kenapa pula perlunya Setiausaha Politik Najib, berhubung mesra dengan beberapa Ketua Pemuda Bahagian untuk memberi sokongan secara langsung kepada Najib.

Apakah sebenarnya memang ada gerakan senyap lain dari dalam yang sedang menunggu masa dan ketika untuk menyerang Najib (?)

Ertinya konspirasi yang digembar gemburkan sekarang bukanlah bahaya sebenar...




Friday, July 24, 2015

Semua Sedang Berpihak Pada Najib

Dalam ketika dikatakan semuanya sekarang sedang berpihak kepada kerajaan dan Najib tetapi dalam masa yang sama kebenaran itu terserlah ketika cengkaman demi cengkaman dibuat.

Dalam ketika Najib menafikan semua perkara, pada masa yang sama beberapa pihak yang menyumbangkan maklumat disekat.

Dalam ketika semua dokumen dikatakan palsu, dokumen mana yang sepatutnya rakyat boleh percaya betul? Tv3? Utusan? Bernama?

Apakah buletin Harakah, Roket dan Keadilan yang tidak diharamkan bermaksud pemberitaan mereka betul?

Thursday, July 23, 2015

Badan Penyiasatan Khas Perlu Lebih Bijak Dari Lanun Dan Perompak...

Rakyat seharusnya sedang mengalu-ngalukan sebarang bentuk siasatan kepada semua pihak oleh pihak berkuasa terutama dalam tiga isu:
Pemalsuan dokumen
Penyaluran wang masuk ke akaun peribadi dalam jumlah yang begitu besar
Penyelewengan 1MDB

Di mana sahaja ianya bermula sudah pasti ia akan berakhir kepada siasatan terhadap Perdana Menteri sebagai pemusatan kuasa atau pengesahan sesuatu perkara.

Mahkamah akan jadi penentu dan biarlah yang ariff dengan undang-undang menyelesaikannya dalam ertikata keadilan yang semampu mungkin.

Dalam masa yang sama parti dan pemimpin politik perlu berhadapan dengan mahkamah rakyat melalui pilihanraya. Masa inilah kita dapat menyaksikan paling ramai pemimpin hipokrik dan penipu rakyat yang turun padang.

Letakanlah mereka ditempat sewajarnya.

Kepada Badan Penyiasatan Khas, kita berharap mereka boleh pekakan telinga dalam pelbagai bentuk cemuhan dan pujian tetapi jangan butakan mata menyaksikan kebenaran yang perlu ditegakan kerana itulah kepuasan amanah yang perlu didahului.

Mereka perlu lebih bijak dari seorang lanun dan perompak.
Mereka perlu lebih hebat dari SR, The Edge dan SWJ.
Mereka perlu lebih bebas dari belengu politik ampu dan bodek.
Jangan jual diri pada orang politik.
Cash Is Not Always King.
Mereka perlu bersih dan nampak bersih.

Wednesday, July 22, 2015

SAYA MASIH SAYANG ANAK TUN RAZAK...

Selepas Paklah, Najib naik..
Kenapa Najib,
Ahli percaya, yakin dan sayang Najib..

PRU13 mendebarkan..
Mahathir sokong...
Ramai yang sokong...akhirnya menang juga..
Rakyat percaya, yakin, bagi peluang dan sayang Najib...

Tsunami Cina,
Najib salahkan...

Tidak lama selepas itu,
Dalam sedang Najib sebok berslogan,
Mahathir nasihat,
Tegur..

Tarik balik sokongan..
Saran undur...
Kenapa...

Tun hormat mentor, Tun Razak..
Masih sayang Najib..
Jangan kalah PRU14 dan malukan legacy segala usaha gigih Bapa Pembangunan Malaysia..

Tun tarik balik sokongan..
Ingatan keras..
Rakyat sokong..
Najib diambang risiko undang-undang...
Berundur sebelum lambat..
Demi parti. Ugama bangsa dan Negara..

Rakyat bukan tidak suka, benci tetapi kasihan dan masih sayang pada Anak Tun Razak...

Saban hari, yang tua datang bertongkat, yang buta datang dipimpin..mereka masih saran Najib berundur atau jawab dengan telus...

Bagaimana dengan Pak Menteri, Pak Naib, Pemimpin Majlis Tertinggi.. kenapa diam seribu bahasa...kalau menyokong kenapa babubi buta..

Mereka suka kalau Najib ditimpa celaka, mereka suka Rosmah padan muka, mereka suka Najib dipenjara?
Mereka biarkan Najib teraba-raba...


Yang bersungguh membela hanya laksamana muda yang mencuba nasib..untung sabut timbul, untung batu tenggelam... karam.

Bangkai sudah membesar
Menjadi gajah..
Nyiru masih
jadi kancil..
Malam berganti menjadi siang
Mencari kambing hitam.

Tuesday, July 21, 2015

KEMARAU TUDUHAN KONSPIRASI DAN N2H...MAJORITI RAKYAT DOAKAN NAJIB SAMAN SR, The Edge, WSJ


PERSAMAAN LIM KOK WING DAN DATUK KHAIRUL

Kedua-duanya letak jawatan dari gerombolan Najib secara misteri..

Keduanya cuba mengheret Tun Dr Mahathir...tetapi sendiri terjerut leher..

Banyak lagi nama-nama seperti Tunku Aziz, Nazri, Shabery Chik, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Husni Hasnadzlah yang cuba menjadi hero tetapi akhirnya terlondeh...

Tiada siapa boleh paksa Najib berundur, tetapi Najib juga tidak boleh paksa sebahagian besar rakyat (melebihi 52%) menghormati dan percaya kepadanya semula...



Monday, July 20, 2015

SARANAN NAJIB BERUNDUR DIBUAT SECARA TERBUKA..TIADA KONSPIRASI

Adakah Najib sedang dikonspirasi...TIDAK..sebab secara terbuka memang rakyat mahu dia berundur..
5. So again where is the conspiracy!! It is all in the open. There is no need to conspire. There is open campaigning for his ceasing to be Prime Minister - Tun Dr Mahathir




Adakah meminta Najib yang dipilih,  berundur satu kesalahan di bawah Perlembagaan ? TIDAK 
15. Then there is this insistence that since Najib was elected, no one has any right to demand he should step down.
16. How short is their memory. Don’t they remember Abdullah who was also elected being asked by Najib to step sown. And he did.
17. And I myself, also an elected PM, did step down in 2003.
18. All over the world elected Presidents and Prime Ministers have been asked or forced to step down and they all did. In fact in some countries, if something untoward happens, Ministers, Prime Ministers step down.
19. So don’t be silly and demand that since Najib was elected, no one has a right to ask him to step down. Abdullah won more seats in 2008 than Najib in 2013. If Abdullah was prepared to step down, Najib after his poor performance in the general election should not even offer to be the PM. He should resign from being President of UMNO and head of BN and let somebody else lead and become PM - Tun Dr Mahathir




Ahmad Husni terpancut awal....errrr..YES
10. Then there was a minister who, after saying that the interim report shows nothing wrong with 1MDB, then went on to advise people not to say anything about 1MDB until the report is out. But he himself had made a premature statement - Tun Dr Mahathir





# PERTANYAAN

Dari peringkat awal lagi, pendedahan WSJ dan SR adalah lebih ditujukan kepada peribadi Najib dan bukannya serangan langsung kepada kerajaan dan negara.

Najib dan Rosmah sendiri telah menggunakan peguam peribadi untuk mengendalikan semua dakwaan tersebut. Jika belum selesai, jika difitnah, jika dikonspirasi..ambillah tindakan...rakyat akan sokong !!!

Tetapi kenapa pula sekarang di alihkan sebagai konspirasi memburukkan ekonomi negara dan mereka yang berjumpa dengan orang luar (disyaki) dituduh bertubi tubi sebagai pengkhianat negara dan PDRM serta Peguam Negara dan lain-lain agensi campurtangan untuk memberkas dan mendakwa mereka.

Rakyat bersetuju supaya siasatan dilakukan tetapi hendaklah berdasarkan setakat mana mereka telah sabotaj ekonomi  dan mengancam keselamatan negara. Benarkah perjumpaan itu telah mempengaruhi ekonomi negara dan matawang ringgit merosot.

Jika 1MDB sedang melalui kepayahan, ia lebih kepada masalah dan kebolehpercayaan pengurusan mereka sendiri.

Jika semua itu serangan peribadi mereka ke atas individu bernama Najib. Wajarlah peguam mereka masing-masing selesaikannya.

Adalah tidak wajar isu peribadi dinegarakan...

Brilliant Question From Datuk Abdul Rahman Dahlan - Lim Kit Siang Terkedu kedu sakan..

“Lim Kit Siang and the DAP leadership have been challenged to deny Tony Pua’s involvement with former PetroSaudi International Ltd former executive Xavier Andre Justo.
“’Can Lim Kit Siang and DAP leadership deny that Tony Pua (DAP Petaling Jaya Utara member of parliament) has nothing to do with Justo and not involved in any way?
“”Yes or no? Barisan Nasional strategic communication director Datuk Abdul Rahman Dahlan posted on Twitter yesterday.”


Kenapa Menteri tidak tweet perkara ini juga..

Kedua-duanya memetik dokumen siasatan 1MDB yang dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara sedar mengenai hal itu.

Dokumen itu menunjukkan AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi kerajaan, bank dan entiti berkaitan 1MDB dan akhirnya ke akaun peribadi perdana
menteri dalam 5 deposit berasingan, lapor WSJ.
“”Yes or 

Sunday, July 19, 2015

JANGAN MARAH PADA AKAR UMBI BACA INTERNET...



Nur Jazlan Mohamed kena pantau sikit anak buahnya

Strategi Melayu Lupa Diri TV3 Berkesan..

3 hari raya sudah berlalu. Strategi Penasihat Najib dibantu media seperti TV3 nyata berkesan kerana rakyat marhaen yang ditemui nyata langsung tidak tahu 1MDB dan permasalahannya.

Mereka tetap sokong UMNO dan percaya bulat-bulat pada Najib hal urusan negara, malah Tun M dipersalahkan.

Justogate, pembohongan WSJ, pemalsuan SR, konspirasi kepada Najib diterima betul dan benar.

Walaupun pencerahan dibuat nyata puak ini termasuk jawatankuasa cawangan lebih ghairah dan terasa teruja bangga lebih kepada menghadiri open house Ketua Bahagian.

Jika mentaliti rasa selesa dan selamat ini dibawa sebenarnya mereka tidak tahu bahaya di depan. Kepalsuan semua ok sekarang ini akan makan diri.

Faktor sebenar kerana sebahagian besar buta internet dan yang pegang jawatankuasa bahagian dan cawangan majoriti 50an...

Insiden di lowyatt juga tidak mendatangkan apa-apa rasa bimbang kerana yakin polis dapat mengawalnya...Persepsinya, yang bersalah ialah Melayu, yang mencuri...

Melayu bukan sahaja mudah lupa tetapi juga lupa diri..

Saturday, July 18, 2015

INI BUKTI BOLEH DISERAHKAN PADA PAC

Pengarah Komunikasi dan Strategi BN boleh gunakan fakta ini untuk membuktikan 1MDB tiada masalah dan boleh di anggap selesai...

Jika benarlah Tony Phua akan masuk penjara Polis Thai seperti yang diangin angankan  oleh orang Najib, lagi cepatlah isu 1MDB  selesai.

Malang sekali tidak pula diberitakan nama Mahathir dalam Justogate.

Rujuk perenggan akhir

Dikonspirasi dan Gagal Memberi Jawapan dua isu yang berbeza..

Katakanlah, kononnya, andaian Najib dikonspirasi (oleh siapa dan kenapa dan apa untungnya Najib turun)....

Rakyat akan sedia dan setia menunggu kesudahannya..
Rakyat akan sokong, kembali sokong dan tambah sokongan...
Tetapi skrip, jalan cerita, plot mesti bagus, clean...

Jangan serabut dan belum sempat 24 jam, dilondehkan, hilang integriti dan malukan diri sendiri..

Itu isu, kerajaan yang cakap, lebih tepat puak dan pemimpin umno yang claim ada konspirasi..

lebih bagus kalau TPM sahkan, setakat Pengarah Strategik dan Komunikasi yang bercakap.. rakyat kurang konfiden.

Lately kalau KPN atau Zahid bagi hangin pun..tak berapa ada keyakinan..

Mesti datang dari mulut Muhyiddin sendiri...

Itu boleh mengelak dari cakap-cakap Muhyiddin juga terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Najib..
Kalau orang tak bercakap hari ni, besok orang bercakap juga.

Lebih lebih lagi kalau dah desperate dan muflis isu...

Adalah ganjil Muhyiddin melarang sebarang saolan dari wartawan di Hari Terbuka Aidil Fitri di Kediaman Rasmi PM jumaat lepas.

Apa yang gusar sangat dengan saolan wartawan (?)

Dalam ketika di konspirasi, Najib ada sekurang-kurangnya 3 peluang terbuka untuk mempertahankan dirinya, menjelaskannya dan paling baik secara dua hala...

1. Keika Tun Dr Mahathir bertanya dan minta penjelasan...Najib banyak membisu.

2. Ketika forum N2H..Najib tak datang... ada kata chickening.. Nazri kata Tun tak layak berhujah dengan Najib..dan Najib sendiri ada alasannya selepas beberapa hari..damage has been done.
Isu keselamatan juga dikatakan faktor...

3. Ketika ditanya oleh wartawan di Hari Terbuka Aidil Fitri di Kediaman Rasmi PM - Najib terkedu.
Isu keselamatan langsung tak timbul...

Jika semua ada alasan dan mungkin masa dan tempat tidak sesuai.

Agaknya bila Najib berani menjawab (?) secara berani dan telus...


PERBUATAN LEBIH KURANG..LABEL TAK SAMA

Tajuk tu  menarik perhatian... mulut tak ada insuran lebih-lebih lagi dalam suasana hari raya...

Manusia lazim melakukan kesalahan atau kesilapan tetapi melabelkan ke tahap itu agak melampau walau berbeza fahaman politik... agak-agak le sikit.

Serangan melampau ke satu pihak yang kurang berdaya untuk melawan balik akan melahirkan simpati...

Simpati bukan kepada perbuatan tetapi simpati kepada label yang tidak sama kepada dua manusia yang berbeza atas kerana, pangkat dan jawatan...

Apa agaknya reaksi kalau tajuk tersebut " RAFIZI RAMLI memang dilahirkan unruk menipu" tukar kepada nama orang lain... contoh ABU BIN AHMAD .... KASSIM BIN SELAMAT atau ANNAR BIN IBRAHIM atau NAJIP BIN RAZAK atau AHMAD BIN DAHLAN memang dilahirkan untuk menipu...

Agak-agaknya, esok kena repot polis tak atas akta fitnah, hasutan atau sekurang-kurangnya dituduh konspirasi...




# Jika ada yang bersetuju Hafizi dilahirkan sebagai penipu, kenalah bersetuju ramai lagi dilahirkan serupa termasuk pemimpin anda.
Jadilah jantan untuk terima hakikat itu.

Friday, July 17, 2015

REALITI DI BUMI BELUM BERES.. KONSPIRASI MASIH TAHAP LANGIT

Apa yang penting sangat dokumen petrosaudi dipalsukan dengan pertanyaan rakyat Malaysia tentang pengurusan 1MDB oleh kerajaan yang tidak dijelaskan hingga sekarang'

Apakah dokumen palsu itu lebih penting dari siasatan Audit Negara dan PAC?

Adakah dokumen palsu itu ada kaitan dengan penyaluran wang ke akaun peribadi PM dan Rosmah?

Urusan Petrosaudi dan 1MDB setakat 10%  dan tanpa dokumen palsu itupun, urusniaga sebenar Petrosaudi pun masih samar..

Dokumen palsu Petrosaudi...setakat mana menjejaskan ekonomi Malaysia? Ada laporan pakar ekonomi boleh sahkan?

Dan setakat mana dokumen palsu merudumkan matawang ringgit Malaysia?

Dan setakat mana dakwaan Polis Thai itu betul tentang dokumen palsu dan perjumpaan di Singapura? Setakat mana Justo bercakap benar atau dipandu berbohong?

Apakah mentaliti rakyat Malaysia kelas 3 untuk di ajak teruja dan berpegang kepada hearsay evidence dari negara jiran yang banyak agenda...

Jika usaha untuk menyatakan inilah konspirasi...ia masih jauh di langit..realitinya masih di bumi...Najib masih gagal menjawab persaolan dengan telus


Sambungan... YANG KHIANAT TIDAK AKAN KEMANA MANA

Gerakan Harapan Baru parti untuk orang-orang kecewa tewas jawatan akan jadi seperti PKR parti perjuangan peribadi dan dendam.

PKR akan jadi UMNO parti berlandaskan Cash Is King.

Dan UMNO akan jadi seperti sekarang...

Pilihlah parti dan pemimpin yang tidak dilanda skandal besar.
Pilihlah parti dan pemimpin yang tidak menangguh dan menghalang pertandingan..
Pilihlah parti yang tidak hanya memusatkan kuasa pada satu kepala tetapi merujuk kepada jemaah, syura dan ulama.

Pilihlah parti untuk semua, untuk dunia dan untuk aqirat..



# PAS yang dikecam sebagai alat dan secara kasarnya dipanggil barua, kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung kepada DAP oleh cai UMNO akhirnya mengorak langkah bermaruah memutuskan hubungan dengan DAP... UMNO masih ditahap lama..menikus depan MIC dan MCA.

YANG KHIANAT TIDAK AKAN KE MANA-MANA

Tubuh Parti Baharu Adalah Golongan Kecewa - PAS Terengganu

"Semasa menjadi calon mereka ini telah melafazkan sumpah baiah dan sepanjang sejarah PAS, mereka yang khianat tidak akan ke mana-mana dalam hidup mereka" - HADI

Antara anggota jawatankuasa interim parti itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, serta bekas pemimpin kanan parti seperti Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli dan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Thursday, July 16, 2015

Dunia ini jika diciptakan Allah tanpa diiringi dengan Hari Akhirat, tentulah kehidupan ini amat mengecewakan banyak manusia. Apa tidaknya, entah berapa ramai insan yang dizalimi haknya sedangkan dia tidak dapat menuntutnya kembali disebabkan kedhaifan dirinya, atau keadaan yang tidak membelanya.






“Rasulullah saw tidak keluar pada hari Idul Fitri hingga beliau makan, sedangkan pada hari Raya Kurban beliau tidak makan hingga kembali (dari masjid) lalu beliau makan dari sembelihannya”. (HR Tirmidzi, Ahmad,).

اَللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ، لآَاِلهَ اِلاَّاللهُ وَاللهُ اَكْبَرُاَللهُ اَكْبَرُ وَ ِللهِ الْحَمْدُ
اَللهُ اَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَّاَصِيْلاً. لآَاِلهَ اِلاَّاللهُ وَلاَنَعْبُدُ اِلاَّ اِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْكَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآَاِلهَ اِلاَّاللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَاَعَزَّجُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلاَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآَاِلهَ اَلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ وَ ِللهِ الْحَمْدُ 

Wednesday, July 15, 2015

PILIH PARTI DAN PEMIMPIN YANG TIADA SEKANDAL BESAR

PAS walaupun dilihat semakin kecil keahlian atau pengaruhnya tetapi dalam masa yang sama dapat membina imej baru yang lebih meyakinkan kerana golongan muda dan pelapis kini diberi ruang dan tempat.

Lebih sederhana tanpa mengorbankan asas perjuangan parti. Ini adalah satu tuntutan yang telah dibuat sekian lama untuk PAS kembali kepada perjuangan asal dengan memutuskan ikatan dengan DAP bagi merelevankan PAS dalam perjuangan seterusnya mengisi kekosongan dan sebagai alternatif yang lebih berkesan.


Sejarah Islam menunjukkan kemenangan bukan semestinya bergantung penuh kepada besar anggotanya tetapi kualiti diutamakan.

"Yang telah buat keputusan untuk
berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP."

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," 

"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," 
- Nik Abduh (sekarang Ketua Pemuda PAS)

#Pada peringkat awal ini PAS mungkin tidak mempunyai senarai nama besar tetapi memadailah nama-nama kecil yang ada jiwa, roh yang bermaruah, tenang  dan bersih.


# admin memilih tajuk yang lain pada kali ini membolehkan pihak-pihak yang bertelagah dalam UMNO dapat menghadam kueh raya dengan sempurna. 

MENJELANG RAYA - PELBAGAI KABERAP AKAN TERPAPAR

Sedarkah anda pelbagai kaberap dalam segala bentuk sudah mula dipapar dan dikeluarkan menjelang Aidil Fitri kerana pihak tertentu menyedari viral yang akan bertebaran sepanjang musim perayaan khusus isu 1MDB dan penyaluran duit ke akaun peribadi PM yang masih panas.

Pelbagai bentuk pendedahan dan penafian, semuanya kosong atau lebih tepat biarlah pihak-pihak berkuasa memberi pengesahan akan sesuatu perkara itu.

Dalam dunia maya, semua orang boleh membuat pelbagai pengakuan, pertuduhan dan penafian sekadar untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Satu sahaja matlamat mereka - cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Najib sedang dikonspirasi...

Hakikatnya mereka terlupa mengolah jawapan-jawapan Najib yang lebih meyakinkan terhadap semua isu.

Apapun hak mereka untuk menghiburkan hati sendiri di Aidilfitri ini,  selamat mencuba !!!




PERINGATAN: Kluangmanexpress.blogspot  tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Tuesday, July 14, 2015

IKUT JEJAK KAWAN KAWAN TUTUP KEDAI..

KEMASKINI 4:

Ahmad Husni disaran henti menyebarkan maklumat palsu 1MDB, berhenti mengajar dan mengajak rakyat berbohong dan berhenti mengajak rakyat percaya kepada pembohongan.
Gunung dikejar takkan lari, sabar tunggu laporan penuh Audit Negara hujung tahun ini.







KEMASKINI 3:

Najib suruh intai Lailatul Qadar - apa TV3 dapat..

# dicadangkan Mokhzani menjual semua kereta mewah tersebut dan dermakan kepada 1MDB yang sedang bermasalah membayar hutang.

KEMSKINI 2:

Kalau ada pemimpin yang buat ucapan selamat hari raya tahun ini dan berakhir dengan memohon ampun dan maaf darinya sekeluarga.
Minta maaf ye Tan Sri dan Dato' - rakyat belum dapat memaafkan sehinggalah Audit Negara membuat laporan terakhir hujung tahun ini dan masih banyak lagi siasatan yang sedang dibuat belum selesai.
Mohon maaf kena ikhlas dan sebut satu persatu kelakuan dan tingkah laku yang silap dan salah.

KEMAAFAN DITANGGUHKAN


KEMASKINI 1:

Untuk high profile isu semasa mencari kesimpulan, jawapan yang paling tepat, terunggul dan tersusun, angel politik, untouchble.  
Bacalah fiction and ghost story by MTRPK RM ARUL SDN BHD &  PARTNERS.




POSTING ASAL

# Empat Pendekar Private Investigator











Monday, July 13, 2015

Siapa Yang Lebih Tabah..

Wan Azizah atau Rosmah Mansor (?)

Buka mata hati apabila berbicara...

SHAHRIR SEDAR DIRI..


Sebagai Ahli Parlimen Johor Bharu dan berdekatan dengan Istana Bukit Serene, Johor Bharu sewajarnyalah Shahrir sentiasa ingat pesanan TMJ supaya yang dilantik menjalankan amanah rakyat.

Lagipun sebagai otai yang masih bersih dari segi skandal lebih baik berhati hati terperangkap atau sendiri yang hulor kepala.

Atas kesedaran itulah dalam usia 66, diberitakan Shahrir menolak jika ada tawaran dilantik sebagai Menteri dalam kabinet Najib dan menggesa diberi peluang kepada generasi pelapis.

Untuk duduk dalam kabinet seorang PM yang sedang bermasalah pengurusan negara dan peribadi memerlukan pertimbangan yang waras.

Jika Najib dan kabinetnya memulakan, biarlah mereka akhirkan dengan cara mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya Shahrir masih menunjukkan rasa hormat atas nasihat mentornya, Musa Hitam.

Sunday, July 12, 2015

Benda Senang Jadi Susah..


SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015



Apakah sama ertinya

Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib

Dengan

Tun Dr Mahathir menarik balik sokongan dan minta Najib berundur.

Dakwaan sebegitu jatuh dalam kategori mana..
Fitnah ?
Seleweng ?
Spin ?
Muflis idea ?
Semuanya ?

Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat tentang fakta sebenar kenapa Najib perlu berundur.
Serangan Sarawak Report dan WSJ kepada Najib dari pelbagai sudut sedangkan Tun fokus kepada isu paling besar 1MDB, walaupun nampak sama tetapi motif berbeza.

Pendedahan mereka ke atas Najib adalah untuk memburukan Malaysia, melumpuhkan ekonomi supaya Malaysia tidak capai Negara Maju sebaliknya miskin dan bergantung kepada barat.

Serangan juga mungkin ada kaitan dengan pemenjaraan seorang banduan politik.

Berbeza dengan permintaan Tun Dr Mahathir meminta Najib berundur demi kelansungan kejayaan parti dan kestabilan negara.

Tun lebih awal menghidu wrong doing Najib yang akan dipergunakan musuh untuk memberi tekanan kepada Najib dan seterus menghilangkan keyakinan rakyat kepada umno.

Tanpa teguran Tun pun, serangan luar negara akan berterusan untuk menunjukkan kepada dunia betapa corrupted nya Malaysia dan secar langsung imej Islam akan tercemar. Najib adalah sebahagian legacy Mahathir yang turut musnah.

Kekecohan politik sekarang kerana Najib tidak menerima nasihat tersebut secara baik malah mengambil sikap memburukkan Tun untuk kekal.

Persaolan pokok:
Najib tahu kesalahannya tetapi mengambil sikap menentang kebenaran kerana yakin dia mampu tutup dan perbetulkan kemudian.
Sokongan berkepentingan membuatkan Najib rasa lebih yakin tanpa tahu apa lagi di depannya.

Najib disokong musuh atau kawan !!!

NAJIB TIDAK UNDUR, SIAPA YANG PALING KECEWA

Betulkah penyokong Mahathir paling kecewa jika Najib tidak berundur sebelum PRU14..

Saolannya kenapa perlu paling kecewa?
Memperjuangkan sesuatu tanpa kepentingan diri tentulah berbeza dengan berhempas pulas mempertahankan kuasa, pangkat dan jawatan.

Kalau dia seorang ahli umno dan sokong Mahathir, dia kena akur kepada pendirian KBU yang dipilihnya.

Kalau dia bukan ahli umno, lebih sekadar penyokong atau pengundi atas pagar, sudah tentu dia sentiasa ada pilihan.

Kalau dia penyokong Mahathir dan dalam masa yang sama menyokong pembangkang, kenapa perlu kecewa kerana jika Najib tidak berundur, potensi pembangkang tawan Putrajaya adalah 101%.

Semasa PRU13, di Pulau Pinang orang Melayu diingatkan jangan sokong pembangkang tetapi mereka tetap pilih.... Siapa yang paling kecewa sekarang.

Jika hari ini Mahathir minta Najib berundur dan umno tetap mempertahankannya.. kita lihat nanti, selepas PRU14, siapa paling kecewa...

Jika Mahathir salah, kita lega, walaupun kita menyokongnya.
Jika Mahathir betul, kita lega kerana sudah menjalankan tanggungjawab..

Jadi, siapa yang paling kecewa (?)

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...