Tuesday, July 28, 2015

MEMPERJUANGKAN KEDUDUKAN MUHYIDDIN TIDAK BERBALOI..






Harapan kepada Muhyiddin untuk
menyatakan sesuatu atau bertindak sebenarnya sudah lama diminta dan
diharap, seawal apabila Tun Dr Mahathir membuat teguran dan menarik balik sokongan kepada Najib.
Malangnya Muhyiddin juga "play safe" demi jawatan dan pangkat.

Kalau bukan kerana itu, kerana apa? Sampai ke satu tahap, harapan kepada Muhyiddin sudahpun tiada malah di anggap sebakul dengan Najib.

Kelalaian Muhyiddin memberi ruang dan peluang kepada Najib untuk menyusun pelbagai strategi termasuklah rancangan untuk menggugurkannya pada masa dan ketika yang tepat. Bom itu gugur serentak pada semua sasaran !!!

Ada yang berpendapat Muhyiddin menyuarakannya pun apabila mengetahui bahawa dia memang akan digugurkan bila-bila masa dan kesempatan di ambil (last kopek) untuk mengkritik Najib supaya dilihat digugurkan atas kritikan tersebut (?) - terpulang kepada penilaian masing-masing !!

Nasi sudah menjadi bubur.

Memperjuangkan kedudukan Muhyiddin tidak berbaloi kerana itu isu sampingan. Fokuslah kepada 1MDB dan pengaliran masuk wang ke akaun peribadi Najib sebagai keutamaan. Fokus kepada Muhyiddin sekadar masuk perangkap mengalihkan isu sebenar.


18 comments:

  1. Memang la tak berbaloi..... pemimpin datang dan pergi. Patah tumbuh hilang berganti. Cuma teloq penyu sahaja selelu dicuri orang.....

    ReplyDelete
  2. Umno semakin nazak. Bakal di Talkin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan PM akan datang adalah Lim Guan Eng . Mari kita semua sokong Guan Eng supaya Malaysia maju seperti Singapura .

      Delete
    2. eh, bukan anwar berahim ke? rakyat malaysia asyik kene tipu je la ngan ahli politik

      Delete
    3. Why S'pore ? Bodoh lah kau ni...Lim Guan Eng terus buat pact dgn CHINA. Boleh lah share minyak kat kepulauan Spratly dgn Beijing? BTW Penang ada maju macam S'pore kah? Bodoh punye statement.

      Delete
    4. anon 9.45, anon 9.26 berkias kot tue..

      Delete
  3. TSMY bertindak mengikut bukti yg ada slps mendapat maklumat Peguam Negara sudah mempunyai bukti yg kukuh mendakwa Jibby...he did d right thing...byk cara bole jatuhkan PM...undang2 kita sama je mcm kt US, presiden Nixon bole d jatuhkan, ini kan pulak si pondan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSMY dpt bukti dan info dari Peguam Negara utk dakwa Najib? Info "keropok tora" mana yg kau dpt ni? Malaysian Kini & TMI pun tak berani nak buat dakwaan seperti kau Labu. Ya Nixon memang boleh dijatuhkan oleh bahalol mcm kau sebijik mcm Forest Gump.

      Delete
  4. Najib sekarang kne lantik TMSY sebagai pengerusi PAC. Baru rakyat akan percaya keputusan nya nti.

    ReplyDelete
  5. Sesiapa ada bukti Najib terlibat dengan salah laku sila tinggalkan no tel/email untuk saya hubungi. Saya sanggup bayar USD2 juta untuk bukti yang boleh mengaitkan salah laku. Pastikan bukti itu tulen dan saya tidak perlu ubah bukti tersebut bukti tersebut untuk mengaitkan Najib bersalah. Jika bukti itu didapati palsu, Saya akan buat laporan polis. Dan saya tidak akan bayar walau satu sen pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pi sembang kedai kopi dengan ahmad maslan

      Delete
  6. Macai ni sungguh bengappp. Otak beku x boleh buat analisis sendiri. makan dedak expired bnyk sgt. org nk selesaikn masaalh... hidup nk kena suap info satu persatu... ini soal INCOMPETENT. Mcmna jd menteri kewangan CASH>>ASSET>>UNIT x bleh nk clear. ini bukn super junior banker tp FINANCE MINISTER. berani berdepan isu TPPA???

    ReplyDelete
  7. Kalau dulu pencacai Najib tuduh Tun M diktator nampaknya Ah jib gor lagi lah diktator....habis media2 disekat mulut2 menteri yg tak sehaluan dengan dia dipecat dan digam oleh Ah jib gor...semuanya kerana bala 1MDB.

    ReplyDelete
  8. Yang salah Madey Dictator tunjok tauladan buruk. .. .anak buah ikut sahaja . ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)

      .. yg bodoh benak mmg la ikut saje..maruah dan pendirian tak pernahnya ader?..tak gitu ted..

      p/s: cuba hang meniaga lembu pulak..sesuai dgn profile hang..

      Delete
  9. Sebenarnya yang mengatakan sesiapa BODOH adalah dia lebih BODOH. Kamu tau ke fakrta sebenar apa yang berlaku di dalam 1MDB. Mana kamu dapat maklumat berlaku penyelewangan 1MDB? Sumber mana? Dari mahkamah ke? Apa buktinya?
    Bukankah penerangan demi penerangan telah dibuat oleh pihak terlibat?

    Saya berpandangan selagi tiada bukti yang kukuh dari Pihak berkuasa dan Mahkamah maka tidak perlu kita menghukum sebelum diadili. Ini konsep yang asas sekali.

    Melainkanlah kamu dari pihak yang sengaja mewujudkan suasana resah serta rasa bersalah dari sumber yang tidak diketahui hujung pangkal dan dengan sengaja menimbulkan rasa kebencian kepada kepimpinan yang sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh..tak pakai nama SHASHA ker??!!..pakai anon jer??!.. kahkahkahkahkahkah..cai najib buat kelako..

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...