Friday, July 17, 2015

REALITI DI BUMI BELUM BERES.. KONSPIRASI MASIH TAHAP LANGIT

Apa yang penting sangat dokumen petrosaudi dipalsukan dengan pertanyaan rakyat Malaysia tentang pengurusan 1MDB oleh kerajaan yang tidak dijelaskan hingga sekarang'

Apakah dokumen palsu itu lebih penting dari siasatan Audit Negara dan PAC?

Adakah dokumen palsu itu ada kaitan dengan penyaluran wang ke akaun peribadi PM dan Rosmah?

Urusan Petrosaudi dan 1MDB setakat 10%  dan tanpa dokumen palsu itupun, urusniaga sebenar Petrosaudi pun masih samar..

Dokumen palsu Petrosaudi...setakat mana menjejaskan ekonomi Malaysia? Ada laporan pakar ekonomi boleh sahkan?

Dan setakat mana dokumen palsu merudumkan matawang ringgit Malaysia?

Dan setakat mana dakwaan Polis Thai itu betul tentang dokumen palsu dan perjumpaan di Singapura? Setakat mana Justo bercakap benar atau dipandu berbohong?

Apakah mentaliti rakyat Malaysia kelas 3 untuk di ajak teruja dan berpegang kepada hearsay evidence dari negara jiran yang banyak agenda...

Jika usaha untuk menyatakan inilah konspirasi...ia masih jauh di langit..realitinya masih di bumi...Najib masih gagal menjawab persaolan dengan telus


11 comments:

  1. KD....tak perlulah cuba nak menafikan apa yang semakin nyata. kenapa pula nak dipersoalkan apa sahaja yg hendak di korek daro dokumen palsu petrosaudi tu... biarlah... bukankah segala tuduhan berentetan dari maklumat palsu dari sumber-sumber yang saudara sendiri tahu. biarpun tak sampai 10%.. bukankan segala kepala tohmahan ada tertumpu kepada perkara 10% tu. usah berdalih lah... biar lengkap bagaim,ana sekalipun jawapan yang di beri...anda golongan anti najib tetap tidak akan terima. anda sendiri tidak telus menerima realiti dan kebenaran... tapi mahu melagakkan diri umpama arjuna tapa yang bijak laksana. SEMUA NAJIB SALAH..... tidak sekelumit pun ada rasa syukur setidak-tidaknya menyatakan alhamdulillah sejauh ini berita kelmarin menyatakan tiada salah laku mahupun penyelewengan di dalam pengurusan 1MDB. beri lah ruang lagi... sebab kebenaran akan terserlah. adakah bila 100% kebenaran terserlah anda akan terus menyepi dan menutup mulut???? tidak ..kerana dalam hati kesumat yang sebenar adalah hendak menurun kan NAJIB..... seperti juga TUN yang kami kasihi.... dia bukan daja hendak membetulkan keadaan yang katanya salah.... yang paling utama dan menjadi kepala tengkolok mereka adalah NAJIB mesti turu....tak begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, lu sudah tertinggal keretapi..

      Sekarang bukan isu Najib berundur, itu teguran dan sentimen politik dalaman, sekarang sudah jauh lebih dari itu..

      Delete
    2. Bro, lu sudah tertinggal keretapi..

      Sekarang bukan isu Najib berundur, itu teguran dan sentimen politik dalaman, sekarang sudah jauh lebih dari itu..

      Delete
    3. TAKBIR2× isu 1mdb , ada kebenaran yg cuba disembunyikan, najib makin tertekan, satu persatu akn dibongkar ..apapun kita mkn dulu kd, hehehe

      Delete
    4. 7.59..lu memang al-khinzir tak tau malu ciplak the ORi Ted Manoff

      Delete
  2. Pencacai memang tak faham. Najib perlu turun sebab incompetent. Dokumen 'PALSU' tu kah yg menyebabkan 1mdb bayar bunga dengan banyaknya. Tu belum lagi cara company sarat hutang ni berniaga. Perkara tu macam menjerut leher sendiri... Pencacai akan terkangkang bila issue ni ditimbulkan. Sebab tu seboleh2nya issue utama hendak didivertkn. Cari punca masaalah... cegah sebelum parah... jgn tunggu terlalu lama.

    ReplyDelete
  3. KD aku rasa pelik la , kalau hang tengok baik baik kes justo penyangak ini aku tak tahu la di mana relevannya dengan hal najib bugis aka 1MDB ini , Najib berbohong kata ada wang dari cayman nilai US 1.1 billion sudah disimpan di singapore tapi bank singapore nafi , kemudian menteri najib kelengtong kata unit pula , justo punya maklumat tak di pakai pun , kemudian rosmah akui ada RM 2 juta wang deposit dalam tempoh dua bulan awal tahun ini tapi dia kata bukan 1MDB punya (tu org tak peduli yg penting wang ada dalam akaun) ada kah ini relevan dengan justo , kemudian kemudian wang RM 2 .6 billion masuk dalam akaun AMbank Najib dia diam cuma kata dia tak guna wang 1MDB dan banyak lagi pembohongan , di parlimen kata tak kenal jho low dan tak terlibat dengan 1MB tapi kemudian PAC kata akan panggil jho low dipercayai cina ini ada kaitan dengan 1MDB , apa relevan dengan justo , dan banyak lagi pembohongan najib ,Sebenarnya kita tak tau pun apa maklumat yang justo ini ada adakah relevan dengan maklumat yang kita sudah tahu tentang 1MDB , munipulasi Najib dan kuncu kuncu nya ini tak semua kita tak tahu , tapi yang pasti justo ini seorang penyangak macam jho low dan tok arab yang sudah kelengtong najib yang akhirnya rakyat terpaksa menanggung beban hutang ini . Melayu selalu mudah di tipu kerana cepat lupa sejarah .

    ReplyDelete
  4. Aku nak tanya la semua menteri menteri bangang yang dok defend Najib bugis , kalau hampa asyik dok perbodoh rakyat dengan asyik dok menipu ada satu soalan aku nak tanya , kalau tah tahu justo pundek aka diupah najib dan arab ini buat dokumen palsu , sampai hari ini ada dak sesiapa dari pihak Najib dan 1 MDB ini buat tindakan saman secara rasmi keatas Sarawak report ? jawapannya - tiada , ok pasai apa tiada , jadi justo aka paria najib ini tak ada relevan .

    ReplyDelete
  5. Ini saya setuju. Masalahnya kita tanya soalan berdasarkan kenyataan dari pihak 1Mdb itu sendiri. Dokumen palsu kepala bana tak ada kesan apa2 pun. Contoh dari Tunai ke Unit ini tak ada kena mengena dengan dokumen palsu pun ini kenyataan yang dikeluar oleh Ah jib gor sendiri. Bukan Justo. 1Mdb kena bayar interest sahaja 2.6 bilion tak ada kena mengena dengan dokumen palsu pun sebab yang keluarkan kenyataan ini menteri kewangan si Husni tu bukan Justo! Ah jib gor sendiri yang mengaku 1Mdb tu bermasalah bukan Justo ok? Soalan tak jawab dah melalut kot dokumen palsu la cita? Bila ditanya Unit apa??? Tak jawab2 juga...ini lah kebodohan Ah jib gor dan pencacainya yang kuat spin...bila kita tanya soalan berdasarkan kenyataan Ah jib gor sendiri pun dituduh berkonspirasi...........kesian

    ReplyDelete
  6. Rajin dan ramahnya Polis Thai bercerita dengan wartawan, tak perlu buat press statement, sembang sambil berdiri...macam cerita dengan kawan-kawan, jangan tak baca..Semuthitam80.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Polis Thailand ni bekerja utk najib ker?..pembunuhan beramai ramai muslim Takbai tak pulak diaorang setelkan...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...