Sunday, August 2, 2015

MUHYIDDIN WAJAR BERCUTI KE LUAR NEGARA...

Apakah Muhyiddin dalam persimpangan di antara takut ditangkap ataupun ikrarnya untuk tidak.membisu khusus 1MDB.

SATU lagi ancaman dan risiko ialah dipecat dari Timbalan Presiden jika terus.bersuara dan.menjadi ancaman.

Untuk memecatnya sebagai Timbalan bukanlah suatu kerja yang sukar, bila-bila masa.

Meletakan jawatan Timbalan Presiden juga bukan satu cadangan yang boleh diketepikan.

Mengambilkira kesilapan Anwar selepas dipecat ialah Anwar.memilih untuk melawan dan akhirnya dipecat keahlian dari UMNO dan seterusnya hingga kini sudah menjadi sejarah.

Apa yang berlaku pada Muhyiddin, dipecat adalah atas kelalaiannya sendiri, lambat bertindak pada masa yang tepat, sehingga memberi ruang kaberap pada pihak lain.

Adalah wajar Muhyiddin keluar negara bercuti sekarang, tinggalkan masalah UMNO kepada pengasas masalah itu sendiri.

Jika UMNO selepas ini kuat atau lemah, serabut atau kaput, kita sudah kenalpasti siapa bapa punca segalanya.

Adalah tidak wajar meminta Muhyiddin join atau tubuh parti baru dalam usia sebegini. Lupakanlah politik bukan satu kerugian dan dosa pun.

11 comments:

  1. Muhyidin wakar bercuti ka luar negara

    AhJibNgok wajar letak jawatan

    ReplyDelete
  2. KD, dalam politik tiada istilah berhenti apatah lagi kalo da jadi pemimpin bangsa MELAYU, ini amanah..dlm hal ini, TSMY adalah imam kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imam dok depan, bukan play safe...
      Imam dok depan, buka tersepit baru cari rakyat..
      Imam dok depan, bukan buat najis sorang2 kemudian minta orang lain pakat-pakat cuci...
      Imam pegang amanah bukan pecah amanah...

      Delete
    2. setuju ..aku sokong KD

      Delete
    3. KD.. aku selalu ikuti blog ko dan kerap kali bsetuju dgn apa yg ko tulis..

      tp dlm isu TSMY ni, aku x nmpk yg dia main playsafe pd mulanya.. apa yg aku nmpk ialah dia hny akan btindak lebih agresif jika tdapat fakta atau bukti yg menyakinkan..

      sebelum ini tlalu byk hearsay atau ckp2 dari pelbagai pihak.. maka, utk memastikan sahih atau tdk.. dia kerap btanya di samping menggalakkan siasatan dilakukan.. itu yg aku nmpak apa yg TSMY lakukan sehingga la dia dipecat..

      jd kita berikanlah TSMY satu peluang jika benar2 ingin melihat satu perubahan baik di dlm umno.. jika, TSMY berada di dlm landasan yg btl.. maka, berikan lah sokongan kpd dia wlaupun mungkin agak tlewat sedikit..

      itu adalah lebih dari najib pun kita kritik, muhyidin pulak kita bidas.. jika bterusan begini, lg teruk la umno pd akhirnya..

      ini sekadar pandangan aku yg sentiasa mengikuti blog KD.. fikirkan..

      Delete
  3. Lu dh tk de modal dh poraaah.

    ReplyDelete
  4. Muhyidin dah dah jadi tikus bukan imam. Dia menggunakan pentas perasmian mesyuarat UMNO utk hentam Najib.

    ReplyDelete
  5. Imam.......? Hangpa dok cerita pasai imam.....? Hangpa sebagai makmum mcm mana pulak? Dah betoi dah ka cara hangpa sebagai makmum? Buat sujud shahwi.....istiqamah. Jangan mencarut n mencaci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat saya. Klau imam x betul dlm solat, sye mufarakah je. Berdosa klau dh tau silap tapi masih nk berimamkan yg wat salah.

      Delete
  6. Beri ruang pada tsmy berehat dan berfikir dengan tenang ... dalam situasi dugaan di pecat... emosi akan bercampur baur antara maruah, ego dan menerima takdir. Hanya Allah yang dapat memberi petunjuk dan jalan yang sebaik2nya. Semoga tsmy sentiasa dipimpinNya dalam setiap tindakan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...