Thursday, September 24, 2015

JOM BERPANTUN: Dari kapal bugis, Pindah kapal jawa...

Apabila Presiden MCA dalam bahasa germannya "memberi amaran" atau ingatan kepada Najib supaya menghentikan segala bentuk demonstrasi jalanan, terutama ala baju merah - ianya merupakan satu tindakan biadap.

Kenapa amaran yang sama MCA tidak keluarkan pada Bersih 4.0 sedangkan majoriti pada perhimpunan tersebut juga bersifat kecinaan.

Kenapa MCA sepi apabila gambar PM Najib dipijak pijak oleh kaumnya sendiri (?)

Kenapa MCA tidak mengecam ahlinya yang hadir di Bersih 4.0 (?) Malah bersikap mempertahankan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang yang berani memutuskan hubungan degan PM.

Kenapa MCA rujukan peringatan tersebut kepada PM seolah NaJib terlibat secara langsung menganjur perhimpunan Red Shirt sedangkan hakikatnya dianjurkan oleh NGO.

Tindakan melulu Presiden MCA sangat dikesalkan kerana ia memalukan PM tetapi hingga ke takat ini belum ada pemimpin atau KBU yang bangun mencela MCA dan mempertahankan Najib selaku PM.

Kj selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN seharusnya vokal dalam isu seperti ini.

Najib seharusnya tidak ditinggalkan sendirian karam dengan kapal bugisnya walaupun semakin ramai telah berpindah ke kapal jawa.

5 comments:

  1. selain kapal bugis, dgr citer ada kapal minang yg akan menyelamatkan "dia" kalau kapal bugis karam...."dia" je la yg selamat, yg lain pandai2 la nak hidup.....:)

    ReplyDelete
  2. Tuai Padi Antara Masak,
    Esok Jangan Layu Layuan,
    Nakhoda Bugis Memang Tak Layak,
    Jauh Sekali Di Gelar Jagoan.

    ReplyDelete
  3. Berjalan Jalan Di Kebun Cina
    Kebun Berhias Banyak lah Bunganya
    Nak Harapkan Pemuda Lupakan Saja
    Harapkan Lagak Gegak Gempita..

    ReplyDelete
  4. Buaya batuk harimau demam.
    Garu kepala si beruk tua.
    Dahlah gemuk bertambah tembam.
    Licin ditala harta negara.

    ReplyDelete
  5. Buah mangga mangga kweni,
    makan dengan sekerat roti.
    Begitulah hidup ini
    kadang tak sesuai dg hati.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...