Wednesday, September 16, 2015

TAHNIAH BAJU MERAH...

Sudah berjaya...
Masalah Melayu selesai...
Maruah Melayu meningkat...
Masalah Negara selesai...
Kaum asing dah takut..
Ekonomi orang cina lumpuh..

Satu lagi perhimpunan perlu di adakan...
Tuntut Bank lupakan hutang 1MDB..
Namakan: Perhimpunan Bijak Pandai...


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas bolehku bayar,
Dapat derma dibawa mati...

25 comments:

  1. Ye lar KD.. selepas Himpunan .. melayu semakin meningkat kualiti kehidupannya..semakin maju..kehkehkehkeh!!

    ReplyDelete
  2. Melayu kna brubah la...wat keje x fokus, meyonglap, menipu, malas, mengkhianat, mudah dibeli tpi agama islam menyuruh sbaliknya!!!

    Tiap mgu g syang jumaat, puas dengar khutbah x juga berubah...klu dlm group2 whatsapp crita produktif sgt kurang..blk2 crita pompuan, brg baik, ngumpat, artis & benda2 yg kurang manfaat. Klu muda2 ok la ini yg da brumur 40 keatas pun sma gak ceritanya...

    Bangsa lain pun mrepek gak tpi x sparah melayu. Bla ada melayu atau bangsa lain buka topik pengetahuan/ilmu mula la MELAYU pandang atas bawah kiri kanan...resah tak keruan...klu macamni bla melayu nak maju?

    Skrg pun masih byk melayu x sedar diri, bodoh, sombong, fikiran singkat, kaki ampu, perasuah & peminta sedekah!!! Tengok je la sifat ahli2 umno yg berkuasa skrg.

    Melayu kna ada sifat kental, kreatif, berwawasan, berdaya maju, berdaya saing, efficient, bijak, jujur dan semua sifat2 baik yg digalakkan islam. Barulah blh maju...

    Knp cina, india & lain2 lebih cenderung gajikan pekerja asing? Dgn populasi majoriti negara knp melayu masih meminta2, masih berharap, masih manja, masih nak jadi macai bangsa sendiri & bangsa2 lain? Cuba bayangkan kalau populasi melayu negara ini menguasai ekonomi, akademik & sebagainya...bangsa lain pun akan pandang kta tinggi!!! KnpTun Mahathir di pandang tinggi dlm & luar negara? Pasal dia dedikasi kerja, berfikiran jauh, inovatif, bijak, memberi manfaat kpd negara, rakyat & agama, bertanggungjawab & berhemah tinggi!!! Sya x kenal 1 org ISLAM dri mana pelusuk dunia pun yg sehebat Tun!!! Apa perasaan anda sebagai org islam Malaysia bila dia di puja dunia? Knp dia dipuja?

    Bahagian mana dlm Al Quran melarang umat nya dri maju, menggunakan otak, menimba ilmu & belajar dari kafir utk kebaikan umat islam? Buka minda & berusaha, berusaha & berusaha...kemudian baru berserah kpd Allah!!! Knp Allah jadikan bangsa2 lain termasuk Yahudi itu maju? Utk mengajar umat islam supaya berusaha utk menjadi lebih maju!!! Tak malu ke bila kita duk sebut agama islam & penganutnya hebat tpi tiada kemajuan utk manusia sejagat utk dibanggakan. Maksud kemajuan bukan sahaja dri segi teknologi, ilmiah & kehidupan shj malah dri segi keagamaan juga

    Memang Tun amat dedikasi dlm kerjanya. Beliau x pernah lewat ke pejabat malah sentiasa lebih awal dri kebanyakan pekerja lain & pulang lebih lewat drpd mereka. Dgn umur yg sudah lebih 70 tahun masih mampu berucap/bekerja pagi-malam. Siang di negeri selatan, tgh hari di sekitar KL & malam di negeri utara. Yang byk duk komplen tun ni dedikasi ke bila bekerja?

    Maka jika kita melayu ingin maju, kita harus berpemimpinkan seorg seperti Tun atau yg lebih baik drinya. Bukan seorg bugis pondan yg penakut, mencuri & mengkhianat negara & rakyat. Bla pemimpin itu baik jadikan teladan & ikutan hidup supaya dpt baiki diri kearah kebaikan.

    Bagi sya seorang ahli umno caw tmn cantek, cheras, biar umno mahupun pkr/pas/dap atau mana2 parti sekalipun jika x membawa manfaat maka saya akan tinggalkan. Dengan jibgor sebagai pemimpin, melayu bukan shj dibangsatkan malah melayu sedang dikebumikan...

    LK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula berpendapat hanya ada 2 orang Melayu kelas dunia yg diiktiraf jasa serta bakti mereka di bidang masing2...P Ramlee & Mahathir Mohammed. Kehilangan mereka tak akan berganti. Ketika mereka hidup, mereka dicerca hina...setelah tiada barulah disedari betapa berharganya insan istimewa dan ketika itu tangisan berdarahpun tidak membawa erti.

      Delete
    2. Aku setuju dgn LK dan abg othaman..

      Delete
    3. Setuju juga dgn LK dan Othaman.

      Nak tambah: Melayu yang penjahnam, rasuah dsb nya tuh bukan peduli lagi ajaran Qur'an. Kalo Najib begitu, takkan lintang pukang negara sekarang.

      Nak kena pujuk dan sembah ahli ahli UMNO juga - mintak depa mintak Ketua2 Bahagian depa gantikan Najib. Itu saja obat nya kalo nak UMNO/BN terus merintah.

      Delete
  3. Rasanya mereka sudah berjaya untuk sepakat bagi tujuan "BERSATU".
    Apabila sudah bersatu mereka tidak perlu lagi mengikut acuan lama UMNO, PAS atau PKR.
    Mereka boleh adakan suatu wadah baharu bagi menggantikan 3 organisasi korup tersebut.
    Kemungkinan besar mereka akan meminta sesuatu yang lebih besar daripada apa yang tertulis di atas.
    Penghujungnya satu revolusi baharu yang akan terlahir.
    Terimalah hakikatnya yang zaman sedang berubah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Revolusi, revolusi lah. Tapi jangan cakap revolusi demo haram jalanan. Masuk lokap nanti kawan.

      Delete
  4. SALAM BRO,AKU AHLI UMNO TETAPI NAJIB MESTI LETAK JAWATAN KERANA DIALAH YANG MENYEBABKAN MARUAH UMNO MERUDUM.NAJIB MUST GET OUT.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong bebenor apa ko kata, bro. Teruskan cakap gitu kpd sesiapa ahli UMNO ko jumpa.

      Aku buat gitu juga. Yang tinggi perinkat Ketua Cawangan. Ada yang setuju, ada yang tak, tapi tak dapat kasi penerangan yang memuaskan, contoh nya pasal 1MDB dan "derma" RM2.6 bilion.

      Delete
    2. Kau tak minta azmin letak jawatan bila syarikat rm2 urus dana 30 bilion dan kebal audit?
      Kau tak minta guan eng yang meanapkan 24 kg tradisi dan menikkan cukai sampai katil hotel pun kena cukai dan meja makan pun kena cukai?

      Delete
    3. Hari ini kalau Najib letak jawatan...
      Besok..kami akan ramai ramai sekeh azmin dan Lim guan eng..

      Malu le kalau terpekik terlolong suruh Asmin dan Lim guan eng letak jawatan kalau Najib tidak diturunkan. Masalah najib masalah negara.

      Delete
  5. Hahaha hohoho hihihi. Geliga otak ko, KD.

    Tuntut Bank lupakan hutang 1MDB. Sangat lucu. Nak pecah perut aku ketawa.

    Menyindir besau kau, ye...

    ReplyDelete
  6. Cakap dan tulis dalam blog bolih lah,konon ahli UMNO,Kalau betul ajak pula lah ahlix lain buat demo suruh Najib turun.
    Masaalahnya ahli UMNO sendiri keliru siapa nak dipilih jadi pengganti,kes Najib pun makin hari makin banyak timbul faktax yang banyak tuduhan yang faktanya telah diada adakan menjuruskan kepada konspirasi dan ini diakui olih TSMY sendiri kerana beliau telah ditemui olih kumpulan ini.
    Saranan 12.44 amat relevan pada masa kini,tetapi kita memerlukan pemimpinx muda post Merdeka yang daya pemikiran mereka tidak dicengkam olih budaya yang dianuti olih pemimpin sekarang tak kira apa parti sekali pun.
    Bila dikaji semula kita perlu ada cabaranx saperti demo siri Bersih,untuk menyedarkan kita dan buktinya telah pun ada dengan sambutan Demo Baju Merah.
    Tetapi agak malang juga ada segelintir Melayu kita yang berfikiran liberal terutama golongan urbanites yang bersikap materialistik dan memyebabkab mereka terperangkap dengan kos hidup tinggi dibandingkan dengan golongan semi urban dan luar bandar.Ini membuatkan sikap anti establishment mereka menebal,apa jua Kjaan lakukan semua tak betul dan kritik tanpa memberi satu idea yang bernas untuk menyelesaikan dan terikutx dengan gelagat Pembangkang.Mereka harus ingat bukan mereka saja rakyat,orang luar bandar pun rakyat juga.
    Apa jua pun semalam kita telah lihat Melayu kita bolih bersatu apabila kiata diasak dan digniti kita dicemar.
    Satu ingatan pada bangsa lain rakyat Malaysia siapa tuan di sini dan ianya juga perlu diambil perhatian golongan orang Melayu teknokrat dan Melayu Liberal supaya perlu adakalanya ingat asal usul mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ketika muda, saya juga turut terpengaruh dengan fahaman Melayu Baru Liberal yg didukung Anwar Gay...kononnya inilah gerakan Melayu educated, yg bergerak maju, bebas & tidak dihambat oleh adab & adat kolot bangsa & agama. Mujur saya cepat disedari oleh Almarhum Ayah bila kita menyetarakan semua agama sama, kita jatuh syirik & sesat. Dalam hal ini, saya dapati Anwar Gay & Najis sama2 Liberal mengetepikan hak istimewa bangsa sendiri. Mereka berdua bertambah sesat apabila memilih bangsa Yahudi Laknat sebagai sahabat & penasihat.

      Delete
    2. 703...Semua org tau siapa siap tuan negara tpi masalahnya betul ke tuan? Tuan peminta sedekah? Tuan pemberi dan penerima derma? Tuan yg suka menyiksa bangsa sendiri?

      Mana lagi bagus kalau tuan di negara sendiri dan ruan ditempat kerja atau perniagaan atau akademik dll atau tuan yg disebutkan diatas?

      Bila masuk kerja je berubah tuan jadi kuli....

      Saya sangat setuju kata LK...Berubah la fikiran tu...Kalau kita maju berjaya tak payah sibuk2 nak suruh org panggil tuan, dorang sendiri akan panggil tuan.

      Malu la bila 'tuan' hanya jadi macai kat opis...

      Delete
  7. Selangor pun Najib tak boleh rampas dari pembangkang masa PRU12/13...apa lagi yg dia ada selain ada bini, ada 2.6B?

    ReplyDelete
  8. Sudahla cina cekik melayu kt penang apa cita

    ReplyDelete
  9. 4.56
    Memang kita tuan,tapi ketuanan kita dicabar olih kaum pendatang
    Yang membuat ketuanan kita ini tidak kita rasai adalah disebabkan wujudnya dari kalangan bangsa kita sendiri yang menebal sikap PHD,alah dengan kebendaan,kesenangan segera dan sanggup mengkhianat bangsa sendiri.
    Tidak wajar sdr membuat tohmahan yang kita bangsa Melayu jadi macai dalam pejabat,
    Tentu sdr faham organasasi di pejabat,ada ketua,timbalan sampai lah kepada budak despatch.Di pejabatx kjaan adakah semua bangsa kita hanya jadi macai?.Malah di kompenix swasta pun tak semua bangsa kita jadi macai,malah ada yang jadi Chairman,Presiden atau MD
    Persepsi saperti ini amat mengecewakan dan ia nya akan menjuruskan bangsa kita ke taraf Inferiority complex.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca orang asing & rakyat bukan Melayu tidak menghormati status istimewa Melayu/Bumiputra datang dari pemimpin Melayu Liberal yg menghapus DEB sejak pengunduran Tun Mahathir. Kewujudan Pemandul telah memandulkan kebolehan Melayu. Dulu Petronas dikuasai oleh anak Melayu tapi kini tidak lagi. Malah stesyen2 minyak sepanjang lebuhraya PLUS sudah dipenuhi syarikat2 petrolium Yahudi. Dulu syarikat2 swasta digalakkan mengambil staff & pengurusan bumiputra berkelayakan, tapi kini tidak perlu lagi atas dasar liberal & 1Malaysia. Saban tahun puluhan ribu lepasan sekolah nganggur kerana kitchen kabinet Najib gagal menyediakan peluang pekerjaan. Lebih malang lagi, si Zahid mengimport jutaan Bangla. Apa nak jadi..sampai sekarang berserabut lagi...!!!?

      Delete
    2. abg othaman

      itulah kebenarannya, pada pandangan zahir kita nampak pemimpin liberal cukup sifat akal pancaindera menjalankan amanah dan tanggungjawab diberi, hakikat yg kelihatan bertentangan, andaian SEBELAH MATA DIPEJAM DITUTUP RAPAT, SEBELAH MATA LAGI GALAK TERSEMBOL KELUAR, sifat BERMATA SATU jelas dalam membuat keputusan penting dlm amanah diberi.

      tetap mendoakan mereka diberi taufik dan hidayah, undur secara terhormat sebelum terlewat. ingatlah kekuasaan Allah swt meliputi segala sesuatu, diluar batas fikiran makhluk.

      Delete
    3. 456..betul kta tuan org kta x jdi macai keseluruhan terutama dlm kerajaan. Sya lbh lihat swasta krn kurang politik.
      Betul byk melayu menjawat chairman, ceo, md & jaw.tinggi yg lain tpi hakikatnya??? Dijadikan melayu menerajui sesuatu sykt sebagai org bsr adalah lbh kpd boneka atau kata lainnya macai jugak!!! Knp sya kta gitu? nama & kedudukan mreka diguna utk mudahkan urusan dgn gomen & berkaitan melayu shj. Brp byk sykt melayu yg bermula dr kosong hingga disenarai dibursa umpamanya? Kaum lain mungkin buka kedai roti tepi jalan, uli tepung, masak adunan sehingga jadi roti & kemudian kehulu kehilir menjual roti, mengutip hutang dll lgi. Spai 1 waktu perniagaan membesar hingga blh beli 1 kilang besar utk buat rotinya...Melayu? Bila sykt tu da besar, dgn nama & kedudukan tiba2 jdi org besar...pengalaman niaga dr mula sgt kurang. Knp bhg operasi/pemasaran/penjualan kta lihat biasanya bgsa lain yg mengepalai? Melayu sendiri byk x caya keblhan melayu. Bank unta cthnya, Knp?

      Kta mahu pemimpin yg blh bwa melayu setanding jka x lbh baik drpd bangsa2 lain ni, yg tahu a-z & bkn sebhgian shj, yg blh teraju kepimpinan dlm segala sektor krn mempunyai pengalaman & pengetahuan luas dlm bidang mreka ceburi. Kta mau melayu lbh maju dr smua bgsa didunia ni.

      Jka setakat jdi org bsr tpi x pernah tempuh keperihan utk majukan bisnes dr mula maka melayu belum cukup maju.

      Yahudi, kristian, cina dll berusaha dr kosong. Mreka blajar & perbaiki sgala yg dipelajari utk jdi lebih baik.

      Ambil cth filipina dlm bidang hiburan cthnya & semangat juang utk berjaya dlm kehidupan mreka. Ya memang mreka ada msalah2 sdiri namun yg baik patutnya kta contohi. Jka pernah tonton asia got talent, the apparentice (klu x silap-dgn tony fernandes air asia) & byk lgi rancangan2 lain pasti dpt kta lihat brp ramai penyertaan, kreativiti & semangat juang dr peserta2 negara mereka. Mreka x malu utk cuba walau x semuanya bagus. Org Malaysia trutamanya melayu TERLAMPAU byk pantang larang sehingga kurang menonjol! Dlm bidang sukan pula brp kerat melayu yg betul2 berjaya banding cina, india dll? Kno? D filipina, anda blh nyanyi dikhalayak ramai tanpa segan silu dgn 50sen (mesin karaoke spt jukebox) tpi di malaysia kita MALU! Hidup org Melayu sgt rigid!! Knp?
      Tun dah buka jln yg luas utk melayu maju namun malangnya di tutup oleh pemerintahan skrg. Tun pernah kata "instead of us calling them (bgsa lain termsk mat saleh) yes boss/sir, why dont we turn the situation so that these people will call us boss/sir"?
      klu yahudi blh belajar dr AlQuran cara2 utk majukan mereka knp x kta jga belajar dr mreka? Knp biar mreka jdi lbh bijak dgn hak kta iaitu AlQuran? Patutnya umat islam yg paling maju dlm dunia ni!
      Ya betul yahudi dikutuk dlm agama namun salah ke kta blajar sesuatu yg blh untungkan umat islam & manusia sejagat? Adakah itu di LARANG Allah? Adakah blajar sains utk sembuhkan penyakit, bijak dlm akademik, guna pc utk kemajuan/kemudahan yg dipelopori oleh yahudi ditegah agama? Jka kta labelkan smua yahudi & bgsa asing itu buruk/haram dll, dimna nak ambil cth utk majukan bangsa, agama & negara? arab yg asyik perang, sombong & kurang idea? melayu yg x habis2 dgn benda2 yg kurang memajukan? Knp dlu Tun buat dasar pandang ke timur? Org jepun tu malu, malas, buang masa kah? Camna jepun blh jdi negara maju hebat yg blh cabar yahudi? Sudah byk sya dengar keluhan dr pekerja perodua skrg bahawa operasi kilang perodua jepun yg ada sekrg berbeza dr yg dipunyai negara sebelum ni. Skrg mreka harus bersenam tiap pgi seblum mula kerja, x blh byk borak dll lg. Bukan ke bersenam baik utk kesihatan? Agama galakkan kta sakit atau sihat? Fokus kerja pun sya rasa digalakkan agama.
      Bab ketuanan sya rasa x perlu kta org melayu risaukan lg...klu x silap sya hak kta dah termaktub dlm undang2. Dah tiba melayu perlu ubah fikiran utk betul2 maju. Jka pemimpin kta seorang penipu/perompak/pengkhianat maka kta pun akan rosak juga!

      LK

      Delete
  10. Yang dok pertikai pasal melayu di Pulau Pinang tu ini anak melayu asal Pulau Pinang nak cerita. Sejarah Malaysia merdeka tahun 1957 dan semenjak itulah kerajaan yang memerintah di Pulau Pinang adalah kerajaan yang memerintah di KL jugak iaitu BN. Cuma sejak tahun 2008 saja baru BN kalah dan DAP ambil alih kerajaan negeri.

    Apa hampa fikiaq masalah orang melayu Pulau Pinang ni hanya bermula sejak 2008 ka..???? Hampa fikiaq orang melayu Pulau Pinang generasi kedua dan ketiga yang sekarang ni dah ramai pindah pi Kulim dan Sungai Petani, Kedah cuma mula dari tahun 2008 ka..????

    Kalau tak tau cerita kalau tak tau hujung pangkal masalah melayu Pulau Pinang toksah dok mai sembang pasal masalah melayu Pulau Pinang kat sini. Kenyataannya sejak merdeka lagi kalau ikut kerusi ADUN yang di DUN Pulau Pinang yang sebenarnya ADUN melayulah yang paling banyak jumlahnya dikalangan komponen BN. Tapi kerajaan pusat yang diketuai UMNO yang bagi muka kat cina Gerakan jadi Ketua Menteri dan melayu hanya jadi Timbalan Ketua Menteri. Walaupun melayu Pulau Pinang pernah ada 2 orang yang jadi Timbalan Perdana Menteri dan seorang jadi Perdana Menteri tapi apakah nasib melayu Pulau Pinang terbela waktu kerajaan negeri di bawah perintah BN dulu..????

    Selama 50 tahun BN perintah negeri Pulau Pinang dan sejak 50 tahun itulah juga orang melayu mula dihalau secara sistematik oleh kerajaan BN. Satu persatu kampung tradisi melayu dikorbankan atas nama pembangunan dengan tanpa mengambilkira kemampuan dan keupayaan orang melayu bertahan disana. Seperti yang sekarang baru dirasakan oleh orang melayu KL, kami dah lama pun rasa tekanan hidup dan tekanan ekonomi untuk terus dapat bertahan di tempat asal kami. Dengan nilai pampasan diberi sekitar 40-80 ribu tetapi dibina pula rumah yang berharga 100-200 ribu dimanalah kemampuan orang melayu untuk bertahan. Pilihan yang ada hanyalah berpindah dan berhijrah ke negeri jiran iaitu Kedah kerana kos rumah kediaman disana masih lagi dibawah 100 ribu dan itu saja yang mampu kami beli.

    Secara sistematik, orang melayu penduduk asal berhijrah keluar dan diganti pula dengan orang cina yang mampu membeli rumah yang baru dibangunkan yang berharga 100-200 ribu tersebut. Maka salah siapa sebenarnya semakin hari orang melayu semakin hapus dan orang cina pula semakin bertambah yang akhirnya kerusi ADUN juga terpaksa diberikan kepada calon dari parti Gerakan dan MCA. Dan setelah orang cina ini merasa mereka tidak pula terbela nasib mereka di tangan BN mereka memilih pula untuk menukar kepada DAP.

    Jadi korang cuba bagitau, siapakah sebenarnya yang menjadi punca kepada segala ibu masalah orang melayu Pulau Pinang? Adakah kerajaan DAP yang baru memerintah sejak 2008 atau BN yang mula memerintah sejak merdeka sampailah mereka kalah pada tahun tersebut..????

    ReplyDelete
    Replies
    1. penerangan yg bernas Nick, sama seperti di Kuala Lumpur sebagai contoh kg melayu abdulah hukum di bangsar sudah hilang dari peta atas dasar permodenan pembangunan.

      rajin2 pergi tengok sendiri apa yg berlaku sekitarnya, mampukah bumiputera membeli hartanah yg telah dipertingkatkan infrastruktur serba moden, mungkin hanya segelintir sahaja, yg mampu.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...