Wednesday, September 2, 2015

UNTUK BERSATU ORANG MELAYU SENDIRI BANYAK CENGKADAK..

Semua orang Melayu pada mulutnya bersetuju untuk Melayu bersatu..
Kalau boleh PAS pun boleh duduk bersama.. berada dalam komponen BN sama seperti berda dalam Pakatan Pembangkang sebelum ini..

Isu lebih tertumpu kepada Najib...dan isu pesaing ialah Tun Dr Mahathir.
Mendiamkan Mahathir - persetujuan untuk Melayu bersatu mudah tercapai..
Undurkan Najib - Melayu bersekutu bertambah mutu..

Itulah formula, agak pelik untuk mempertahankan Najib semata-mata dia Najib kerana PM dan Presiden UMNO boleh silih berganti dan tidaklah wahid kepentingannya.

Apa sebab penyatuan Melayu tidak tercapai (?)
Baca semula di atas..

5 comments:

  1. Oh Septmber 2015,
    bulan penuh teka teki tentang nasib bumi...
    Jika baik yang datang, kami memujiMu & bersyukur padaMU,
    Jika buruk yang mendatang, kami redha padaMu,

    Y Allah, Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa sekalian Muslimin & Muslimat, Mukminin & Mukminat samada yang masih hidup atau pun yang telah mati.

    AMIN.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersepah duit yg disonglapkan.... sekejap di Cayman Island, pastu di Spore, pindah pulak ke akaun peribadi di negara...alih2 muncul pulak di Hong Kong...?
      Betullah nasib malang kita rakyat Malaysia seperti dalam lagu Mat Sentul. "Oh malang, nasibku malang. Ikan ku panggang dah tinggal tulang. Ayam di reban, disambar dek musang". MUSANG TAK BERJANGGUT, BERPERUT GENDUT.

      Delete
  2. Bukan saja banyak cengkadak. Juga banyak cengkarung dan cengkurik. Najib dan mcm cicak putus ekor. Tak tentu arah, terlari sana terlari sini. Lari dr NothingToHide dan semalam TI punya Sidang Anti-Korapsi.

    Bila mula PAS, Melayu pecah dua. Mula Anwar Al Juburi, pecah tiga. Najib ngampu Cina, Melayu pecah empat. Melayu Sekor bangang bangsat tuh.

    ReplyDelete
  3. KEJUJURAN bila mempersetujui katasepakat adalah KUALITI PERPADUAN.

    UMNO, PAS dan entiti NGO BUMIPUTERA mempunyai kaedah tafsiran tersendiri dlm menyatakan KEJUJURAN yg berlandasan sosio-politik,ekonomi dan pentadbiran,namun didapati ujud " grey area" yg selalu menjadi unsur menyebabkan perpecahan berlaku.

    jika ada katasepakat, jadikan perjanjian yg boleh dijadikan rujukan yg diterimapakai, yg terbaik berpandukan Al Quran dan sunnah( mufti2 boleh dilantik sebagai penasihat dalam merangka perjanjian)

    takrif PIMPINAN misti dijelaskan sejelas2nya, jangan jadi mcm sekarang MARUAH BOLEH DIPERNIAGAKAN, pemimpin melakukan provokasi bertujuan mencari pengaruh, mana2 rakyat kurang berilmu terjebak disebabkan kurang arif dgn maklumat disalurkan.

    ambilkan iktibar yg lepas kenapa PAS MENGATAKAN UMNO MUNGKIN JANJI DALAM PERCATURAN POLITIK YG TELAH DITERIMA KATASEPAKAT, INGAT TIPUDAYA "PECAH DAN PIMPIN" ADALAH KAEDAH YG ZALIM DALAM MENYATUPADUKAN RAKYAT.

    semoga kita disatukan dalam wadah fisabillillah, permulaan sesuatu yg telah terluka sukar, berbisik2lah kembali kemeja rundingan sebagai amanat agama bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  4. Kata nukilan mutiara hari ini,

    "Kamu ada kuasa, saya ada Allah SWT!!!"

    Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...