Monday, November 23, 2015

MENCARI DALANG....

Mengikuti blog ini dan sesekali memberi komen yang tidak sehaluan atas ketidak percayaan segala tuduhan ke atas Najib.

Bagaimanapun insiden beberapa ketua cawangan tampil mendesak Najib berundur memberi satu petunjuk yang jelas.

Walaupun ia dipandang remeh oleh zahid, ku nan, kj dan pihak2 lain kerana kuantiti, tetapi dari segi kualiti dan keberanian mereka menunjuk muka meluahkan pandangan jauh mengatasi ketua bahagian mereka sendiri.

Atau apakah ini satu manifestasi dan restu ketua bahagian mereka sendiri yang lebih gemar baling batu sembunyi tangan dek kerana sudah termakan budi.

Bagaimana nanti kalau setiap hari akar umbi mula keluar menyatakan pendirian.

Menuduh ada dalang yang menggerakkannya merupakan satu penafian membuta tuli sengaja untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya, api kecil menjadi kawan, api besar menjadi lawan.

Pandangan akar umbi adalah lebih ikhlas tanpa kepentingan peribadi. Kenapa Zahid yang lebih cepat melenting sedangkan fokus undur pada Presiden?

Zahid bukan Timbalan Presiden, sekadar Naib Presiden yang pandai cari makan...

Sekadar Timbalan Perdana Menteri tanpa kedudukan politik Timbalan Presiden belum tentu selamat...

Dalam hal ini, Zahid lebih sesuai berpotensi sebagai dalang yang mendesak Najib cepat berundur ???????????????


STILL ANON

4 comments:

  1. mereka nak hapuskan dalang yang tak sokong presiden sekarang agar lebih bebas untuk jual aset negara kepada negara asing. biar malaysia dijajah kembali. mereka ingat mereka hebat. mereka spin spin spin tetapi hakikatnya presiden mereka dah jual aset negara kepada orang asing. bukan 1mdb yang jual tetapi pengerusi 1mdb, menteri kewangan yang jual sapa menteri kewangan? ada lagi ahli yang tepuk tangan pasal 1mdb dah berjaya kurangkan harta negara dengan jual aset bayar hutang. hore kepada pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  2. Hahahaha..
    Ko gunakan logik akal.. salah tu KD.
    Analisa dlm umno jgn gunakan logik akal tp logik duit
    Guna logik duit.. duit dtg dari mana.. dari kuasa..
    Maka siapa yg dalam kuasa mesti betul.. kalau rakyat satu malaysia kata yg dalam kuasa xbetul, maka rakyat satu malaysia pengkhianat..
    Sila keluar negara..
    Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10:55..tolong jangan baca ketika mabuk...
      Tolong jangan buat komen masa datang bulan...

      Delete
    2. Aik.. marah..
      Hahahaha
      Sekarang bukan masa pemimpin dgr kehendak akar umbi..
      Akar umbi berguna pada dua waktu shj..
      Pemilihan dan pilihanraya..
      Lain2 g jahanam

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...