Thursday, March 31, 2016

ANUAR MUSA DEDAHKAN SIAPA MAKAN DEDAK...

KEMASKINI:

INI CONTOH KALAU TAK MAU MAKAN DEDAK, DEDAK DEPAN MATA PUN TAK HINGIN ATAS PRINSIP..


VERSI BM
SIARAN MEDIA
NOTA KEPADA EDITOR
Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30hb. Mac 2016.
Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.
Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuat kuasa 30hb. Mac 2016. Keputusannya telah disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim.
Selain itu, Dr Mahathir juga telah meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan-jawatan ini.
Pejabat Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31 Mac 2016









Ada ,beberapa persaolan utama...

Apakah Anuar Musa sahkan yang menyokong dan mempertahan Najib adalah demi dedak (?)

Adakah Anuar Musa ingat, Tun Dr Mahathir itu serupa dia, perjuangan demi dedak (?)

Siapa yang heret kuli sokong Najib (?)
Dedak atau Anuar Musa (?)

Apakah tugas Ketua Penerangan UMNO (?)
Terangkan missi parti atau sekadar serang Mahathir (?)

27 comments:

  1. Tiada lg keraguan keatas pm Najib.Awan mendung semakin berarak lalu.Keadaan semasa sah mainan perspeksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenalah di bawah mentari yang bersinar disebalik awan mendung yang berarak lalu tu...tp igt...sekali UMNO tumbang bersama najib, dengan barisan pemimpin pengampu yang UMNO ada skarang...sukar untuk umno bangkit kembali...

      Delete
    2. Awan mendung semangkin tebal, Beb. Bila sampai masa nya, akan ribut taupan hujan berterusan hingga banjir seperti tsunami. Tsunami Cina, Melayu dll.

      Dah tsunami Cina di PRU13. Najib dapat keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO dan negara. Popular votes pun pigi ke pihak Pembangkang.

      Dahtu, buang ISA, buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi hak dan kepentingan Melayu yang UMNO bersumpah pertahankan sejak di tubuhkan. Coba ambil hati Cina dan DAP, membongkok kebelakang ketepikan DEB, kasi biasiswa kpd kaum Cina yang terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun hingga kaum Melayu pun marah.

      Anuar Musa ada beribu tan kerja nak coba tukar persepsi pengundi di PRU14. Tapi, kalau Najib undur atau di gantikan, begitu banyak persepsi akan bertukar. Sudah tentu caci mencaci dan keji mengkeji terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion akan berhenti bila Najib undur atau di gantikan.

      Delete
  2. Ya la awan mendung berarak berlalu. Mungkin lihat dengan cara pejam mata dan tutup telinga

    ReplyDelete
  3. keh keh keh.. ramai dah yang ngaku makan dedak. best ke makan dedak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Projib mengata makan dedak tuh, depa ada lah badak. Ada yang pekak badak tak dengor apa orang kata, ada yang buta rabak tak aca apa yang orang tulis berkenaan Najib buat tak betul di negara ini.

      Berjela jela boleh di tulis pasal kepincangan Najib tapi memadai lah dengan ini dulu.

      Delete
  4. Mai aku cerita sikit pasai dedak…

    Masa kecik2 (1960an) dulu aku kena tolong jaga lembu2 tokwan aku. Tak banyak, 7-8 ekoq saja. Dan tak susah jugak kalau dah dilatih. Pagi2 bukak kandang dan teriak “PPPIIIII….”. Lembu2 akan keluaq pi padang dan ragut rumput. Musim kemarau saja aku kena kerja lebih sikit, kena cari rumput extra di tempat lain. Petang2 teriak “BALIKKKK…” semua akan masuk kandang. Tak payah naik kuda halau lembu.

    Masuk pemerintahan ayah aku pulak (1980an) dah senang banyak, semua aktiviti dlm kandang saja. Sekali-sekala saja bawak makan angin di luar. Masa ni lah lembu belajar makan dedak. Tapi ada formula khas dan mesin tertentu yg akan jadikan pellet. (Pellet utk ikan ternakan lain sikit, ada jugak bela tilapia 2 kolam). Cukup senang bagi makan, tak payah keriau “PPPIIIII….” “BALIKKKK…” dah… Tapi aku panggil jugak “BUUUU…” (singkatan utk LEMBU) dan lembu2 ni akan beratur tepi palong tunggu hidangan dedak pellet ni…

    Bila baca kisah Mat Bashah kena “BOOO…” dgn orang Kedah tak lama dulu, aku kerenyeh sorang2, teringat kisah lama aku ni…

    Satu perkara yg hangpa patut tau pasai makan dedak ni ialah siapa yg makan dedak, otak depa tak berapa cerdik sangat. Ayam kalau makan dedak/pellet, nak jalan pun tak pandai kalau kita lepas dari sangkar. Lembu pulak ikut saja macam orang bodoh pi tempat sembelih. Anjing pulak akan menyalak saja siang malam bila depa lapaq, sampai kena terajang dgn tuan.

    Pengajarannya: Jangan makan dedak, walaupun dianggap halal sebab diderma secara ikhlas oleh Tok Arab. Kecualilah kalau sengaja nak jadi bangang macam umat UMNO di dalam parti Untuk Mohd Najib Only tu...

    ReplyDelete
  5. Anuar musa yang paling junior didalam keluarga pendedak ni.Jadi dia kena buktikan kemampuan dia supaya bos perasan akan kehadiran dia.Sebab tu dia berusaha keras untuk menonjolkan diri.
    Anuar ni cek nak habaq mai .Mu lewat dedak dah tinggal serdak.Kalau mu sanggup juga nak mentedarah serdak hati2 takut tercekik.

    ReplyDelete
  6. Annuar Musa baru saja mengaku, di muka depan paper pulak tu, bahawa dia memang makan dedak. Cuma dia perlekeh orang lain yang katanya tak dapat makan dedak. "Yay yay, kau tak dapat makan deeeedak."

    Bodoh betul ketua penerangan UMNO baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesemuanya bangang..td masuk tv ali rustam plak..x lama lg dptlah penasihat sekurang2nya tmpat yg tun tinggalkan..

      Delete
    2. Ali Rastam tak boleh, Bang. Sebab Jawatan Kuasa Disiplin UMNO dapati dia bersalah, di hukum tak bolh bertanding di masa dulu.

      Ooops, silap, bebudak Kerry pun giitu juga, tak di pedulikan 1-2 tahun lepas jadi Ketua Pemuda, pastu kedudukan najib goyang, nakkan sokongan, lantik jugak dia. Berteraburan dan bertempiaran le yang "double e" (Azees dll) mengampu itu ini Hingga si Azees lulus SPM aj dapat jadi Pengerusi Tabung Haji, gaji berpuluh ibu, bersiung sana sini naik kapal terobang, Bang.

      Di zaman Najib merintah, apa saja boleh. Nak tulih kepincangan nya, berbulan tak habih.

      Delete
  7. cry baby cry.. itu lah gelagat TDM supporter... pusing dan pusing ... fitnah dan fitnah... syok sendiri... hakikatnya better go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg pusing?
      Kahkahkah..
      Cerita penderma dh abes pusing lum?
      Kahkahkah

      Delete
  8. Aku nasihatkan tun balik alor setar, balik buka balik kedai ubat dia kat pekan melayu...Kedai Ubat Zaher.. Lama dah kedai tu dijadikan pot printing banner oleh kroni dia Pak Hamid anak beranak.. Jom balik..jom balik..jom balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau apa pun dakwaan datang bertubi-tubi dgn dokumen sahih sebagai bukti, Najib akan dinasihat oleh isteri tersayang,
      "Cool it baby".. "Cool it baby"..(Kulit babi).

      Delete
    2. Kulit badak, Bang. Tebal, liat, keras nak mampos.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillah hirabbil aalamin...

    ReplyDelete
  11. Awat yg hang gaduh sangat pasai Tun? Dia nak balik mana pun suka hati dia la. Yang jadi plobrem la ni bukan Tun, tapi Mohd Najib, lanun yg teringin nak jadi raja. Yang herannya hangpa serang Tun, bukan si lanun bugis tu.

    Kalau Tun gila kuasa dia takkan letak jawatan PM secara sukarela. Kalau dia nak buat dinasti, awal2 lagi dia dah tarik Mukhriz duduk bawah ketiak dia. Lepas 22 tahun, dia pencen dan Mukhriz naik ganti tempat dia. Tak payah nak susah2 ada agenda tersembunyi yg baru nak dibuat. Dia pun dah tua, baling gelas pun tak pecah.

    Kalau Tun yg songlap dan seleweng harta rakyat, tangkap dia, hukum dia. Dia bukan nak lari mana. Mohd Najib yg berkuasa sekarang ni. SPRM, PDRM, Peguam Negara ada dan sedia menjalankan tugas. Pasai apa tak mau buat?

    Tahun 1986 Diktator Ferdinand Marcos tersungkur. Aku harap tahun 2016 ni giliran Raja Tunai Mohd Najib pulak. Malaysia tak boleh simpan pemerintah macam ni lama2. Dah buruk sangat nama Malaysia di mata dunia. Makhluk yg duduk bawah tempurung memang tak tau apa2, rasa seronok pulak kalau dapat dedak. Pekakkan telinga dan keriau fitnah, fitnah saja. Itu saja yg Mohd Najib ajaq hangpa? Ada akai ka satu dunia dok fitnah dia? Gila ka hangpa kalau tak tau berbillion duit masuk ke dalam buku bank dia? Aku rasa Mohd Najib la ni lebih kaya dari Tok Arab yg derma dekat dia.

    Tapi kalau hangpa pikiaq semua duit tu rezeki dia, halal diterima dan halal didermakan dekat hangpa semua, lantaklah... Aku sikit pun tak cemburu. Tapi tengoklah apa dah jadi dengan negara kita. Hilang maruah negara kita bila Perdana Menteri kita dituduh korup, seleweng harta rakyat, pinda undang2 semata2 nak jaga keselamatan dia, bukan rakyat.

    Korup Kerajaan koruplah kakitangan kerajaan, Itu yg terjadi sekarang. Kalau itu yg hangpa suka, lantaklah hangpa... Tapi kami sebagai rakyat tak boleh berdiam diri. Kami tak mau anak cucu kami menyumpah di kemudian hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mukhriz bukannya bertanding kawasan Parlimen pun. Nak jadi PM macamana? Bodoh betul dedak Mat Maslan. Power sampai merosakkan otak.

      Delete
  12. Allo Allo...pemakan dedak Mamakkutti jangan gopoh..Mamakkutti Kerala terpaksalah letak jawatan...takut wooi. ...takut kalau Pengerusi Petronas yg baru ni pechat dia mana mau tarok muka wooi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mwahahah Tun Mahathir kena soalan maut bertubi-tubi dari BBC dia rilek je. Najib baru kena tanya soalan simple tepi jalan terus hilang telur. Siapa yang penakut? Mwahaha.

      Delete
  13. Pak Lah pun manusia biasa..ada sifat marah..kalau dipecat nya Tun dari jawatan Chanselor University Petronas Naya jugak. .baik chabuuuut awai2. .selamat sikit

    ReplyDelete
  14. Borings tengok penyokong najib dok komen n mengata Tun Dr Mahathir Mohammad...hangpa walaupun dapat bayaran, x payahlah menyerang peribadi manusia yang berjasa pada malaysia n negara-negara islam. Dia dah berjaya membangunkan Malaysia..dihormati and disegani di seluruh dunia. Kalau tidak kelemahan najib dalam menerima derma 2.6 billions or 4.4billions and perniagaan 1MDB yg mengelirukan dan kini disiasat oleh Singapura, hong kong, switzerland, amerika n yang terkini luxemburg, sudah tentu Tun sedang berehat bersantai menghabis kan masa tua nya dengan nyaman. Tapi sebagai negarawan ulung mana boleh beliau bersantai apabila negara yg dibangunkannya satu masa dulu sedang menuju kehancuran hanya kerana seseorang yg mempratikkan Cash is King untuk kekal berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan boring je, Kak. Teruskan menjawab, mengkritik dan melempar buah pala kpd kepala depa.

      Kalo Najib tak undur atau di gantikan, akan lingkup UMNO/BN di Pru14 dan merana le kita.

      Aku pun dok tulih sebanyak mana aku boleh di sana sini. Ayoh, kita teruskan.

      Delete
  15. Dah lama tak masuk blog ini - sejak di tukar sistem non-moderated comments. Nampak nya format blog dah di tukar, lebih senang di baca dan menjawab komen komen. Tahniah kpd KD

    Banyak nak di perkatakan kepincangan masyarakat Mlaysia di bawah Najib. Terutama nya akibat 1MDB dan RM2.6 bilion. Dulu Ahmad Maslan sebagai Ketua Penerangan UMNO selalu di ketawakan orang bila coba mempertahankan isu tersebut. Sekarang Anuar Musa coba menegakkan benang basah.

    Mana boleh. Dah londeh dah keadaan, dah lintang pukang Najib dan pasukan nya tak dapat nak pertahankan. Laporan berita Bloomberg, laporan ABC, Reuters dll di luar negeri dah pincangkan pemikiran dan pemandangan pihak luar negara terhadap Najib dan Malaysia. Rakyat dan pengundi di Malaysia pun dah bosan. UMNO/BN akan lingkup di PRU14 jika Najib tak undur atau di gantikan.

    ReplyDelete
  16. Ini lagi satu yang Anuar tentu pening kepala nak tuduh makan dedak ke tak, macam mana nak jawab apa dorng kata -

    straitstimes.com (Spore) kata

    Nazir 'received, then disbursed funds from Najib's bank account', says WSJ

    The WSJ said Mr Nazir disbursed the funds to Umno politicians ahead of the 2013 election.

    The Wall Street Journal (WSJ) reported that Datuk Seri Nazir received US$7 million (S$9.4 million) transferred into his account from his older brother's, and the money was then disbursed to Umno politicians ahead of the 2013 General Election.

    Mr Nazir's involvement in the disbursement of political funds has drawn surprise. Since becoming CIMB chairman in 2014, he has been vocal about national issues. He has slammed 1MDB and called for its board to resign, while bemoaning the state of the country that his brother has governed since 2009.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...