Monday, March 28, 2016

DAH ADA ORANG BELAJAR ....PENYAMUN MUKA SELAMBA

Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.

"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"

Semua orang meniarap dengan ketenangan.

[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"

[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda(Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."

Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'

[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank".

[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."

[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"

[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan.

[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

Share kalau dah faham .

12 comments:

  1. Istilah sering dipermainkan begitu juga tafsiran..Ramai yg lupa pada satu lagi undang2.
    Setiap kesalahan perlu dibutikan agar bersalah dan dibawa ke mahkamah.

    KD ..baru saya faham kenapa anda sering meracau mengatakan Najib tak sesuai menjadi pemimpin kerana sering menjadi bahan bualan hinaan sedangkan hakikatnya dimalaysia majoriti yg gunakan media internet golongan pembangkang...kalau dilihat semenjak zaman Tun M lagi kekuatan pembangkang adalah internet.

    Kerana itulah bila undi di kg2 dipakai anda merasa lemah...begitu juga akar umbi UMNO yg berada di kg2 mrk pendokong kuat sistem UMNO..

    KD..bukalah mata undi bkn sekadar di bandar2 tetapi merangkumi hingga sabah sarawak..KD anda tahu kepimpinan Najib menjadi kekuatan di sarawak.

    Projek 1MDB yg dicemuh dgn hinaan menjadi projek tulang belakang di sarawak...dibawah kelolaan 1MDB projek 16B diberi kpd rAKYAT SARAWAK TIADA lagi istilah kroni.

    Di semenanjung hanya masa buktikan..bila projek bandar malaysia bermula rakyat akan mula memahami 1MDB bkn sekadar perniagaan tanpa gunakan modal billion hanya sekadar 1 juta tetapi bakal melaksanakan berbagai2 projek utk rakyat malaysia...

    kepada semua kaki fitnah tak perlulah nak kritik berlebih2 1MDB..ajar lim guan eng dan azmin ali bagaimana membangunkan GLC agar menganti kroni itu aje susah sangatlkah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 1MDB nak buat Bandar Malaysia dah lama dia buat. 1MDB start 2009, hutang RM42 bilion dikumpul menjelang 2013. Sepatutnya "Bandar Malaysia bermula" tahun 2013 lagi. Tapi apa yang ada di sana? Tanah yang diberikan kerajaan kepada Bumiputera kini terjual sebahagian kepada kuasa asing. Hutang tak habis juga lagi. Untuk apa hutang sebanyak tu dibuat? Apa pendapatan 1MDB selama ni? Edra? Berapa peratus sumbangan Edra kepada kewangan 1MDB sampaikan duit bunga pun tak mampu nak bayar?

      Delete
  2. wah..16b..mana 1MDB dapat sedangkan hutang byk..saudara x confius ke? jgn buta mata, buta hati bila dia buang duit macam tu..tujuan utk tutup kes2 1MDB, SRC dan 2.6b..saudara mmg patut menyokong najib sbb org macam saudara le yang senang dikelentong, tutup mata, tutup hati saudara..so sad masih ada org yg sayangkan najib walau pun damaged had been done...so sad bro..

    ReplyDelete
  3. Saudara anos 8 pm jika saudara selalu melawat blobg ini saudara tenth terjumpa komen saudara Othaman yang mengemukakan beberapa persoalan.
    Jawap persoalan itu dengan fakta dan jawapan yang logik .
    Saya akan sokong pm najib sekiranya jawapan itu menepati apa yang dipersoalkan

    ReplyDelete
  4. Anon 8.00,
    Kamu ini masih tidoq ke ,1MDB sekarang nak bayar hutang pun terpaksa jual asset kemudian asset (Harta atau modal tetap) itu pula adalah hak rakyat dan negara seperti jana kuasa dan tanah sg besi(bekas Kem tentera udara) KL dibeli murah dari kerajaan(rakyat) jual kepada syarikat cina hanya semata mata nak bayar bunga hutang jadi untuk pengetahuan kamu ini perniagaan buluh kasap yang selepas najib diturunkan bukan menjana pembangunan ia bala kepada anak cucu untuk bayar hutang ,bahalol.Projek bandar malaysia besar kemungkinan akan tergadai kepada syarikat asing dan tiada boleh dibanggakan oleh rakyat malaysia cuma bahalol saja yang akan duduk mimpi.

    Lagi satu dah terbukti pun najib ada kes dalam isu kes SRC ini kes straight forward dan AG Apandi pun dalam media conference sudah tunjjuk carta SPRM bagaimana wang seleweng SRC masuk akaun najib RM 42 juta tapi najib jahat telah memecat AG Gani patail untuk buat pendakwaan ,jadi macam mana nak bukti kalau Najib kawal habis semua saluran perundangan bahalol dan AG apandi pun takut nak tuduh najib sebab dia pemakan dedak.

    Kamu tak malu ka Anon 8.00 cakap guna fakta bodoh mengatakan 1MDB boleh mengajar Azmin dan Lim G N sebenar 1MDB mengajar kita bagaimana ahli seumur hidup dan juga penyokong tegar DAP pulau pinang iaitu Jho Low menipu president umno yang bahalol dengan merembat wang yang diberi jaminan rakyat malaysia melalui kerajaan bangsat Najib dan Najib yang akan masuk sg buloh ha ha ha

    ReplyDelete
  5. jangan menegakkan benang yang basah... kalau benar PM Najib seorang yang tulus. Kenapa selama ini dia sering berbohang, menipu, memutar belit fakta dan memerlukan orang lain menjawab masalahnya pada rakyat. Apa gunanya sebagai seorang Pemimpin sekiranya pentadbiran Najib tidak bermaya, lemah, tidak tulus, menganggu pejawat awam dan mengunakan wang untuk sokongan. Sampai bila kewangan negara kita mampu bertahan untuk menampung cara politik Najib yang Cash Of King.

    ReplyDelete
  6. Mana kempen respectMyPM????? Dah berkubur.........terima hakikat....Buat ler kempen mcm mana pun....Imej Najib dah tak boleh dibersihkan.....Najib PM yg haprak......RASUAH...........

    ReplyDelete
  7. Bandar malaysia milik china, ipp milik malaysia dijual kpd orang asing china. Memang hebat berniaga. Duit jualan bayar hutang. Untung banyak ke? Melabur luar negara, tapi kena tipu. Duit tak pulang2, sampai bnm dah bising. Sekarang arul ceo kata 1mdb salah tadbir krn hutang banyak. Fitnah lagi ker? Orang tanya sapa perompak, jawab lain.

    ReplyDelete
  8. Selagi isu 1mdb dan 2.6b dan src TIDAK DIJAWAB DENGAN JUJUR oleh orang2 berkenaan...selagi itu orang akan persoalkan. Ingatlah..kamu tidak selamanya di atas...
    apabila kamu dah tersembam nanti..kamu pasti akan terima akibatnya.

    ReplyDelete
  9. Four Corners......oh four corners...


    Tak malukah kamu semua wahai penyokong najip?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...