Wednesday, March 23, 2016

NAHATHIR MOVE BUAT PENDEDAK SAKIT JIWA

Saat yang paling bahagia dan kepuasan awal ialah apabila Mahathir saman Najib. Sedangkan sepatutnyalah sudah lama Najib saman Mahathir (peluang pertama) tetapi sebaliknya menggunakan PDRM untuk menakutkan. Malangnya salah orang.

Mahathir juga sudah tentu tidak saman jika semalam (selasa) Najib segera saman AWSJ (peluang kedua) seperti yang pernah dijanjikan. Kalau lembu dipegang pada tali, tentulah lebih teruk dari lembu kalau manusia tidak pegang pada janji.

Tun Dr Mahathir sendiri sedar, MKN menunggunya selepas diwarta (peluang ketiga).

Oleh itu langkah trio menyaman selepas Najib tidak menggunakan tiga peluang, sangat bijak dan tanda tanda awal keberkesanannya  apabila ada ketakutan dan panik amat sangat di kalangan pendedak samada bertaraf menteri. timbalan dan penguncup.

Pelbagai label yang mereka berikan kepada Tun Dr Mahathir tetapi setiap kali Tun buat "move" merekalah yang paling awal terkencing dalam seluar.

Seperti kata Peguam Tun Dr Mahathir, mereka yang bermulut longkang itu sepatutnya berfikir sebelum memberi komen dan jika gatal sangat nak bercakap, tunggulah sapina untuk berhujah di mahkamah.

Sudah tentu locus standi kini menjadi penentuan (?) Biarlah Mahkamah yang membuat keputusannya dan bukan taraf Timbalan Menteri seperti Nur Jazlan untuk membuat komen.

Pendedak patut ucap terima kasih kepada Tun kerana Tun,  perkhidmatan mereka masih perlu dan dilanjutkan.

Samada mahkamah membenarkan atau tidak, maksud saman sangat jelas dan sudah mencapai matlamatnya.
Jika dibenarkan, ia sekadar bonus... umpama tendangan penalti  !!!


33 comments:

  1. kah...ah..kah..kah.... kau buat lawak lah KD..... hang ninpeguam property jer ker?.... ceh..... beb itu saman tak ada Locus Standing lah beb..... boleh di tolak mahkamah awal2 pun tak sempat masuk mahkamah...... Apa yang TUN mahu sebenarnya adalah meningkatkan kebencian takat sebelum 27 Mac neh...... bila MAHKAMAH tolak..... maka TUN ngan balacinya anak buat pengumumam kata PM dah kawal mahkamah sedangkan... saman tu saman bodoh jer...... tolonglah KD jangan ingat org di luar lingkungn TUN semuanya bodoh. aku tau kau pandai....TAPI jangan perbidohkan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai...knp takut sangat ni? Itu hak setiap rakyat membawa kes ke makamah... Biar lah makamah Yg menentukan... Banyakan berdoa agar pm kesayangan menang dlm kes ni...habis cerita... Lps tu suroh dia saman blk tun... Adil kan...

      Delete
    2. Orang yang bodo pun tak akan suka2 mau saman orang.
      Anon 5.30 kau suka ka saman orang yang tak kau suka walaupun kau tak tahu atas sebab apa.

      Delete
    3. Dah bnyk kali dah mahathir ni gagal utk kenakan najib. Fail all time! Ni adalah cubaan yg terakhir mungkin. Tapi tanpa locus standy, boleh ke mahkamah layan saman tu? Atau mahathir jadi kuda tunggangan ainina dan khairudin? Mahathir adalah negarawan dan bnyk pengalaman, namun cubaan2 saman sebegini tanpa fakta, bahan bukti dan locus standy yg mwncukupi, boleh lekatkah saman tersebut? Kasihan mahathir, diusia senja masih sibuk tentang hal2 kuasa dunia sedangkan ramai rakan seusianya yang telah meninggal, atau sibuk mengimarahkan masjid sebelum tinggalkan dunia. Tapi itu pilihan mahathir, apa boleh buat...

      Delete
    4. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran tak akan ada kesudahannya selagi kemungkaran masih bermaharajalela
      Amal maaruf nahi munkar.
      Sekiranya patah sayap dan terpaksa bertongkat paruh perjuangan tetap akan diteruskan
      Bagi tun biar putih tulang jangan putih mata.

      Delete
    5. 644 bro tau ke ada bukti ke tidak?...dahsat belum apa apa dah tau jalan cerita... Sabar je ye...hal ni masih dlm proses...jangan takut n bimbang berani kerana benar...

      Delete
    6. 6.44...ko tak tahu ke tun m pegi arab saudi...saman difailkan selepas tun m 'telah dapat apa yang dia perlukan'..

      Apa itu? Kita pun tak tahu...mungkin bukti...? Mungkin si penderma...?

      Tunggu je...

      Delete
    7. Only loco fellas will tend to believe that the TDM, Khairuddin & Anina's lawsuit against Najib & AG Pandir has no locus standi. locus standing my foot...!!

      A govt is made up of elected reps. The PM is like CEO of a co. If he is found cheating or corrupted, he is subjected to the laws & can be charged for CBT. If the PM is not Public Officer or Servant, why on earth is he being paid monthly salaries, extravagant perks, allowances, exclusive residence, luxurious cars with chauffeurs driven, countless bodyguards & escorts, luxurious well equipped jet, etc. Paid him from tax payers & public fund for what...is he a king or perhaps pahlawan bugis.....???? When he retires, why he continue to receive pension & perks if he is not govt servant? After all, even the king is no longer above the law. Hope Najib & Pak Pandir got this message.

      Delete
  2. Majoriti rakyat Malaysia tak kisah pun... sebab kedua-dua nya tidak mendapat sokongan majority rakyat Malaysia... kita tgk jer la drama ni sambil makan kuaci... oh yer... bangsa lain tepuk tangan tgk dua2 org melayu ni gaduh...

    ReplyDelete
  3. Kalau mahkamah cakap kes ni tk boleh disaman diatas tidak menepati berkenaan hal2 perundangan (locus standi) harap cai2 jgn tk boleh terima pulak.Kita biarkn mereka yg arif bab2 perundangan ni buat keje mreka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt cai2 akan salahkan mahkamah la pulak sbb tak layan saman mathir. Mahkamah kena ikut ckp mathir walaupun dia bukan pm malaysia mcm dulu...

      Delete
  4. Kena faham undang2 tort. Memang undang2 ni leceh. Bila dah org yg disaman buat leceh kena lawan guna yg leceh la.

    ReplyDelete
  5. Kenapa pencacai pemakan dedak 5.30 pm mengelabah macam cacing kepanasan. Mahkamah belum buat keputusan yee.. jangan nak menghina mahkamah.

    ReplyDelete
  6. Adui sedih betul Mahathir ni, dah hilang aura kepimpinan dia. Akan diingati dalam sejarah sebagai orang tua nyanyuk yang sakit hati.

    Baca artikel Malaysia Today RPK. Analisis yang mantap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RPK tu bukan setakat Mahathir, Obama pun takut dengan dia.
      Kalau hidup zaman Firaun, dah lama Firaun sembah dia.
      Ulat Najis dalam jamban pun dia analisa.

      Delete
    2. Kahkahkah..
      Cai dl lu xde baca ke analisa penjualan scorpene?
      Kahkahkah

      Delete
  7. Kalau Nahathir memang orang cuak. Sebab tak kenal tapi kalau Mahathir...kah kah kah! Billionaire yg siap ada rumah yg dibina di kawasan proksi dia tu lupakan saja.

    “Saya tidak akan lupa krisis perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan.“Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaikpulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di Istana-istana Johor.“Malah bonda saya juga ditahan oleh kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila tanya TMJ balik apakah dia ingat lagi ke bagaimana seorang kedi golf dipukul oleh datuk beliau sehingga mati di padang golf hanya kerana ketawa dan bagaiamana seorang jurulatih hoki dibelasah hingga lembik oleh datuk beliau kerana bapa saudara TMJ pukul pemain lain di padang dan diambil tindakan oleh jurulatih.

      Malahan seoarang imam atau mufti telah ditampar oleh datuk TMJ kerana imam atau mufti itu menegur perbuatan datuk TMJ pakai gelang emas yang mana emas adalah haram dipakai sebagai alat perhiasan oleh lelaki.

      Apalah sangat jika dibandingkan jika tidak disambut di lapangan terbang jika dibanding dengan seorang imam atau mufti yang ditampar oleh datuk TMJ kerana tegur supaya ikut syariat Allah jangan pakai gelang emas.

      Apalah sangat jika kemudahan di istana tidak dibaik pulih jika dibandingkan dengan seorang jurulatih hoki yang dibelasah hingga lembik oleh datuk TMJ hanya kerana jurulatih itu mengambil tindakan terhadap bapa saudara TMJ yang bersikap samseng memukul pemain lain di padang.

      Apalah sangat jika bonda TMJ diarahkan keluar dari kereta kerana pihak kastam hendak memeriksa kereta bonda TMJ itu jika dibandingkan dengan kedi golf yang dipukul hingga mati oleh datuk TMJ itu.

      Saya hanya mengingatkan sahaja, kerana TMJ pada tahun 1992 itu baru berumur 7 tahun, apakah dia ingat akan perbuatan zalim ahli keluarga beliau terhadap orang lain.

      Mungkin lepas ni ada yang buat laporan polis kata saya hasut supaya menentang raja pula.

      Sedangkan tak ada pun saya hasut menentang sesiapa, tetapi saya nak ingatkan TMJ bahawa apa yang dialami oleh datuk, bonda dan keluarga beliau itu tak ada apa sangat pun jika dibandingkan kezaliman yang dilakukan oleh keluarga beliau terhadap kedi golf, imam atau mufti, dan jurulatih hoki itu.

      Perlu ingat juga akan perjanjian antara Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat dan Sang Sapurba yang mewakili raja di mana rakyat taat dan setia kepada raja, tetapi raja juga hendaklah sedaya upaya untuk mempertahankan dan melindungi rakyat jelata, ini asas hubungan rakyat dengan raja, ada syarat, ada perjanjiannya, bukannya raja boleh buat suka hati dan bukannya rakyat boleh terima sahaja diperbuat sesuka hati hingga dizalimi oleh raja dan kaum kerabatnya.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Delete
    2. Pepatah melayu ada menyebut.
      Raja yang adil raja disembah raja yang zalim raja disanggah

      Delete
    3. AnonymousWednesday, March 23, 2016 10:59:00 PM, itulah perjanjian antara Demang Lebar Daun mewakili rakyat dengan Sang Sapurba mewakili raja pada suatu ketika dahulu.

      Raja jangan ingat dia berdarjat besar boleh berbuat sesuka hatinya, kerana tanpa rakyat, maka tak adalah raja, kecuali Rajagopal.

      Ini perlu difahami dengan jelas oleh para raja dan kerabatnya serta oleh rakyat sekalian, datuk nenek kita dahulu dengan datuk nenek para raja dahulu dah ada perjanjian, sebab itulah orang Melayu ni lain sikit, ada adabnya, tak kira samada dia raja atau rakyat ada adab yang perlu diikut sebagai lambang bangsa Melayu.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Delete
    4. Pusing lagi JDT untuk Wang yang lebih besar.
      2.6 billion tu ada lagi mana tau kot2 ada rezeki

      Delete
    5. Tmj masih umur 7tahun waktu itu...jadi toksahla blongang2 najip nak gempak pulak.

      Sedangkan waktu itu bukan tun m seorang dalam kabinet...ada berapa ramai wakil rakyat waktu itu? Even wakil rakyat pembangkang pun setuju dengan tun m waktu itu. So jangan pura2 bodoh ya. Thanks

      Delete
    6. Si Kitol Kejora pun mungkin ketika itu masih hisap puting & berpampers. Inilah jenis manusia yg memperperjuang kebathilan penuh dgn biadab serta fitnah. Saya adalah saksi hidup... Ketika itu menjawat Pengerusi Tetap Pergerakan UMNO Bahagian.

      Delete
  8. Hai burn ash.....apalah sangat...Mahathir saman Najibkan....tapi...sukalah sangat...Mahathir bersatu hati dengan kit siang sepupu chin peng ...ketua komunis yang mati...abu pun nak bawa ke malaysia pun tak boleh...so burn ash...rasa rasa ...boleh menang ke saman Mahathir...tu..dia nak bawa sapa ya..jadi saksi...Raja Arab Saudi tu dah meninggal...so sapa ..claire brown...laki si umi...ainina...sudah2 lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal menang atau kalah dalam saman itu, tetapi ini adalah isu suara rakyat yang diperjuangkan oleh Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Khairuddin dan Pn. Anina.

      Sebagaimana dalam komen-komen saya, saya sendiri berasa pelik bila kes wang RM 42 juta milik SRC International yang berada dalam akaun peribadi Najib ditutup begitu sahaja tanpa ada usaha oleh Apandi Ali selaku Peguam Negara untuk merungkai macam mana wang itu boleh ada dalam akaun peribadi Najib jika Najib kata dia tak tahu pun wang itu milik SRC International.

      Mengapakah tiada usaha oleh Apandi Ali untuk bawa kes RM 42 juta itu ke mahkamah untuk mengetahui siapakah yang mendalangi kemasukkan wang itu ke dalam akaun Najib, saya tak percaya dan adalah mustahil sama sekali wang RM 42 juta itu berjalan kaki masuk ke dalam akaun peribadi Najib, mesti ada manusia yang memasukkan wang itu dan apa yang hendak diketahui oleh rakyat siapakah manusia yang masukkan wang itu ke dalam akaun Najib dan apakah motif dia buat begitu.

      Tetapi pasal apa Apandi Ali tutup sahaja kes ini tanpa mempedulikan RM 42 juta wang milik SRC International, sebuah syarikat milik negara, milik rakyat wang itu lingkup begitu sahaja? Ini sangat membingunkan dan sangat pelik serta sangat meragukan.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Delete
    2. Selain itu, Tan Sri Gani Patail disingkirkan dari jawatan Peguam Negara secara tiba-tiba dan serta merta dengan alasan Tan Sri Gani sakit kronik hingga tak boleh buat kerja.

      Tetapi sekarang ini Tan Sri Gani dilantik menjadi Pengerusi Sarawak Hydro Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan di mana Menteri Kewangan adalah Najib.

      Pasal apa Sarawak Hydro, Kementerian Kewangan, dan Najib selaku Menteri Kewangan melantik orang yang sakit kronik yang tak boleh buat kerja seperti Tan Sri Gani itu sebagai Pengerusi Sarawak Hydro pula?

      Hingga sekarang perkara ini ditidak dijelaskan oleh Najib, Kementerian Kewangan, malahan Sarawak Hydro sekali pun.

      Maka sila jawab isu ini jika anda di pihak yang benar.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Delete
  9. Apa pun, kemelut ini memberi banyak advantage dekat kitorang geng pembangkang ni. Walau pun tak boleh jatuhkan BN, kita harap PRU14 nanti majoriti mereka akan makin kecil...

    ReplyDelete
  10. KD... ngko set balik jam ngko tu...
    aku masuk komen jam 2.45 pm, Thursday, March 24, 2016 (hari ini) tapi keluar Wednesday, March 23, 2016 11:45:00 PM... pehal ni bro....

    ReplyDelete
  11. Sebelum Bersara Zeti Akan Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap 1MDB...Syabas Gabenor


    Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah ASD$1.83 bilion yang berada di luar negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat dah.macam kes pertukaran AG hari tu
      Buang yang lama yang baru tolong bersihkan

      Delete
  12. Menghabehkan Boreh Ajo
    Cukup cukup la,jangan mempergunakan TDM
    Dia dah tua mungkin dah tiba masanya cara beliau membuat pertimbangan dan keputusan diusia lanjut ini tak begitu tajam lagi.
    Saya berani jamin kalau 10 atatu 20 tahun dulu,beliau tidak akan setuju buat saman ini
    Sekarang beban telah jatuh kepada beliau untuk membuktikan Najib bersalah di mana dari dulu lagi beliau dah akui tiada bukti dan bukan pada Najib untuk membukti beliau tidak bersalah
    Saya rasa juga belum kes ini selesai si Khairuddin tu dulu akan masuk penjara...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak saya kata? Si Kitol Kejora Liberal Tanpa Nama dah buat perangai lama macam di blog parpukari. Mulalah tu dia meraban songsang dalam loghat N. Sembilan tapi sumbang.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...