Sunday, April 24, 2016

DAH TAK RAMAI NAK JADI PECACAI... MASING MASING DAH MULA CARI KEM BARU AGAKNYA...

Sudah ramai yang tarik diri jadi pecacai ke sehingga Setiausaha Akhbar PM terpaksa turun padang menyerang  (?)


Selain Mukhriz pernah ke tidak MB negeri lain cuba merebut jawatan Naib Presiden (?) sebelum ini. 

Apakah Naib Presiden jawatan untuk jadi PM atau jawatan untuk berkhidmat pada parti (?)

Yang kita tahu untuk jadi PM semestinya Presiden, pernahkah Mukhriz bertanding jawatan Presiden untuk beliau difitnah kemaruk sangat nak jadi PM (?)

Samada bercita cita atau tidak untuk jadi PM, saolan itu tampak bodoh jika ditanya pada Mukhriz (ADUN), lebih baik tanya Ku Li (MP) yang lebih layak, menunggu bola bergolek ke kaki...

UNTUK JADI PM, TANYA AHMAD MSELAN PUN DIA TIDAK AKAN TOLAK TETAPI TAKKANLAH AHMAD MASELAN SEGELOJOH ITU...
HAKIKATNYA UNTUK GANTIKAN NAJIB, SEKADAR STANDARD PM SEKARANG, RASANYA SEMUA ORANG BOLEH....

Hayati saolan dan ulasan kurang cerdik di bawah...







23 April 2016

1. Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam semua akhbar asing semalam berkata bahawa beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi kenapa beliau bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2013?

2. Setiap orang dalam politik Malaysia tahu bahawa hanya seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO, sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri, akan menduduki kerusi sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu langkah utama untuk menjawat jawatan tertinggi tersebut.

3. Mungkin kerana beliau sudah kalah dalam pertandingan maka Dato 'Seri Mukhriz memilih jalan yang sebaliknya dengan berkata beliau tidak mahu menjawat jawatan tersebut. Atau mungkin kerana beliau telah diberitahu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau sendiri mahupun ayahnya mahukan beliau untuk menjawat jawatan tersebut, kerana beliau telah bertanding dalam pilihan raya sebagai Naib Presiden.

4. Semalam, Dato 'Seri Mukhriz juga berkata beliau akan menyaman saya jika saya tidak menarik balik komentar saya mengenai ayahnya menjanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawatan Perdana Menteri, dengan pemahaman bahawa beliau akan menyerahkannya kepada Dato' Seri Mukhriz .

5. Tetapi ada cara yang lebih cepat untuk Dato 'Seri Mukhriz dan bapanya untuk menghentikan semua spekulasi mengenai Tun Mahathir sedang 'membuka jalan' untuk anaknya. Tun Mahathir hanya perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mengapa beliau selalu mengelak daripada menjawab satu soalan mudah tetapi penting ini? Kenapa beliau secara konsisten mengelak untuk menyatakan perancangannya bagi masa depan politik Dato 'Seri Mukhriz?

6. Jika Tun Mahathir mahu usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri mempunyai kredibiliti, beliau sekurang-kurangnya mesti memberi jawapan yang kukuh mengenai siapa yang layak untuk calon alternatif. Jika beliau masih enggan, beliau perlu menghentikan kekacauan seperti ini kepada Malaysia dan menjalani tempoh persaraan beliau sepertimana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas negarawan.

7. Ia adalah berkenaan semua rakyat, bukan hanya seorang lelaki, yang di letakkan di bawah Perlembagaan dan berhak secara demokrasi untuk memilih Kerajaan dan Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.


DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

17 comments:

  1. Assalam Bro,Cuba kita pada Tengku Sharifuddin ni pula ? Dia nak tak jadi PM kalau ditawarkan ?

    ReplyDelete
  2. 1)"...Jadi kenapa beliau bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2013?"

    Dalam perlembagaan umno tak benarkan ahli bertanding ker, pudin?

    2.) "Setiap orang dalam politik Malaysia tahu bahawa hanya seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO, sekaligus...."

    Budak spastik pun faham asas sesebuah organisasi, politik, perniagaan malahan organisasi sosial.

    3.)"Mungkin kerana beliau sudah kalah dalam pertandingan maka Dato 'Seri Mukhriz memilih jalan yang sebaliknya dengan berkata beliau tidak mahu menjawat jawatan tersebut...."

    Kenapa spekulasi? kenapa cakap mungkin? ada mukhriz bertanding sebagai presiden? timbalan? Menang, kalah adat bertanding pudin, ada dia cakap nak ambil alih tempat najib?

    4.)"...ayahnya menjanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawatan Perdana Menteri, dengan pemahaman bahawa beliau akan menyerahkannya kepada Dato' Seri Mukhriz."

    Ini spekulasi ke atau fitnah pudin? ada bukti? ada rakaman perbualan? keluarkan lah pudin.

    5.)"...Tun Mahathir hanya perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri."

    Mental kami masih baik pudin, seingat kami apabila ditanya wartawan siapa pengganti najib?, tun berkata "sesiapa sahaja" ada dia cakap mukhriz sebagai timbalan ke pudin?

    6.)"..beliau sekurang-kurangnya mesti memberi jawapan yang kukuh mengenai siapa yang layak untuk calon alternatif."

    Budak spastik pon boleh jawab, ahli la pilih...tun ahli umno ke pudin?

    7.) "Ia adalah berkenaan semua rakyat, bukan hanya seorang lelaki, yang di letakkan di bawah Perlembagaan dan berhak secara demokrasi..."

    Dan perlembagaan juga berkata pemimpin mesti menjaga kepentingan rakyat dan bukan pergi berjoli sakan ketika rakyat di timpa musibah dan membelanjakan 15 juta untuk membeli barang mewah!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia heboh duk tanya Tun M sape jadi TPM sape PM. PRU 14 pun belum tentu boleh menang. Kalau ye pun nak cakap lebih tunggula PRU14. Sibuk tanya pasal TPM dan PM walhal menang kalah PRU 14 pun tak tau lagi. Kalau jadi pembangkang macam mana?? Masa tu boleh ke diguna pakai TPM dan PM yg korang pilih??

      Jangan dok sebok suruh Tun bagi nama utk TPM dna PM, Tun dah kata parti yg dapat kerusi majoriti dlm parlimenlah yg akan tentukan sape TPM dan PM dan membentuk kerajaan memerintah. Parti yg diundi rakyat majoriti, yg menangla yg berhak tentukan TPM dan PM. Jangan over confident sangat, buatnya kalau lepas PRU 14 korang jadi pembangkang apa macam??

      Delete
  3. "Menjatuhkan perdana menteri yang ada kredibiliti"????
    Tidak ada perasaan malu langsung.. jenis muka tebal macam najib juga.
    Semua rakyat tahu siapa bapa pencuri dan penyamun dalam 1mdb. Setakat buat umrah, ambik gambar tunjuk kat rakyat belum dapat menyucikan jenayah yang dilakukan.

    ReplyDelete
  4. KD
    Setiausaha Akhbar Najib ini macam baru bangun tidur isu ini dah dijawab dia baru nak mula tanya lagi mungkin baru bangun tidur.

    Muhkriz nak bertanding jawatan naib presiden umno itu hak dia dan penyokong dia bahalol dia terima undi pencalunan dari bahagian bahagian umno jadi dia kena tanding la berok bangang hoi bukan dia pandai pandai sendiri bubuh nama dia untuk bertanding kalau macam tu semua yang tanding naib presiden malah sayap umno ada plan nak jadi PM la ,apa punya bahalol la setiausaha akhbar , ini bukan masalah ada niat jadi PM ini adalah kehendak penyokong dan ahli umno bahagian yang nak dia bertanding yang bagi undi pencalonan. jadi dia tanting la.

    Tun M mahu TS Muhyidin jadi PM kemudian buat persediaan jalan serah kemudiannya pada Muhkriz ini apa punya cerita macam cerita dari mulut kote tak bersunat ini , bahalol tak habis dia ini muhkriz bukan ahli parlimen faham dak kalau muhyidin jadi PM setelah Najib di beramboskan kena tunggu pilihan raya lain kemudian kena tunggu pemilihan umno lain kena jadi timbalan presiden ini ambil masa mungkin Tun M pun dah tiada(meninggal)jadi kalau dalam masa 5 tahun tak mungkin oleh itu kenyataan ini cuma tudohan dan spekulasi atau lebih tepat fitnah lah.

    Kemudian nak Tun M nama pula siapa bakal PM ganti najib paria aka penyamun , ini mana boleh takkan bodoh kut dah dikata berulang kali kalau najib masih PM apa pun tak boleh nak dibuat faham ka jadi yang penting najib berambus kemudian semua sistem dan instutuisi kerajaan mesti di pulih dan direformasi semula kerana sudah rosak dan tidak berjalan secara bebas dirosak oleh najib kerana siapa saja yang ambil alih jawatan selepas ini akan menghadapi masalah besar untuk cuci najis yang ditinggal oleh najib penyamun ,kemudian baru boleh dicakap pasal isu siapa ambil jawatan PM kalau tidak kerosakan akan berterusan siapa saja jadi PM kerana kuman kuman masih ada dalam sistem faham dak bahalol setiausaha politik PM .

    Jadi yang penting sekarang bukan tanya Tun M sepatutnya tanya najib tu siapa nama arab gila yang boleh beri derma samapai berbillion ringgit dan boleh suruh najib guna ikut suka hati dan ikhlas pula tak perlu balas ,jadi tanya siapa nama arab seekor ini serta bukti no akaun serta Bank yang jalankan transaksi ini semua penting untuk cuci nama PM penyamun dan kerajaan kalau tak dapat tunjuk bukti nama arab gila ini dan no akaun bank lebih baik la setiausaha politik najib ini pergi mampos atau diam saja lebih baik dan afdal daripada buka mulut nampak bahalol dan bangang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa juga tanya Pak Arab gila derma RM7 Juta yang didermakan pada Rosmah kerana terjumpa kotak safe deposit di atas kapal Pak Kuwait pula pada tahun 2009.

      Hairan juga macam mana tetamu jumpa kotak Pak Arab atas kapal tuan punya kapal.

      Kalau ikut logic tuan yang empunya kapal lah yang kembalikan kepada tuan yang punya kotak bukan nya Rosmah.

      SUNGGUH PELIK BIN AJAIB

      Delete
    2. Ye tak ye kan, kita dah lupa pasal derma sebab kak ros terjumpa benda berharga pak arab dulu. Elok juga recallkan balik kisah dulu ni.

      Delete
  5. Arab2 yang banyak skarang pun tak bleh lawan satu kumpulan zionis.

    Mcmnana nak percaya satu penderma arab?

    Kepercayaan semakin menghilang.

    Patutlah macaipun berkurangan!

    ReplyDelete
  6. DS T Sharifuddin,apa salah nya DS Mukhriz jadi PM. Lepas tu kita tak kan dengar lagi komen2 1/2 masak dari kaki bodekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana komen setengah masak 8.49?

      Delete
  7. Hey Pudin, ko ni baru bangun tidur kot. Cakap merapu...

    ReplyDelete
  8. Entah yg ke berapa ribukali dh aku dengar ayat nih dh tk berapa ramai dh yg nk jadi pencacai..masing2 nk cari kem baru.Semalam dalam lawatan Najib ke Papar dianggarkn 30k rakyat Sabah telah kluar menyertai program tersebut.Nampaklah sgt admin menulis hanya untuk mnyedapkan hati sendiri.

    ReplyDelete
  9. Cubalah jadi cerdik sikit, blogger artikel ni macam orang bodoh.

    ReplyDelete
  10. anon 10:09 dan anon 10:10 orang yang sama kot... patut le tak cerdik.

    semalam aku gi tengok bola, kedah lawan jdt, 40k yang datang...

    depa (40k) datang nak sokong aku ke atau datang nak tengok bola.

    justifikasi biar bagus, supaya tak mudah di klentong dan pamer kebodohan sendiri.

    ReplyDelete
  11. jawab satu soalan...... sifir mana yang korang pakai ... untuk perbetulkan UMNO Dan mengukuhkan UMNO adalah meminta sokongan DAP..... sejak bila DAP nak UMNO terus kukuh..... jawab soalan ni baru korang boleh pilih suka kepala tengkorak TUN nak pilih siaap jadi PM.... jawapan nya... anak dia Mukriz.... tu jawapan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon1:19, aku terpaksa jawab saolan bodoh hang..

      Deklarasi Rakyat mahukan Najib undur, itu yang disokong DAP.

      Bila Najib undur, harapan UMNO akan diterima semula majoriti Melayu.

      Kalau hang keliru dan bodoh, jangan kelirukan orang lain.

      Delete
    2. "untuk perbetulkan UMNO Dan mengukuhkan UMNO adalah meminta sokongan DAP..."

      Sudahlah fumakilla oiii, duit 5 ringgit kalau hilang tengah jalan pergi report polis la....

      Delete