Tuesday, April 5, 2016

FITNAH VAGANZA TERHADAP TUN... ALHAMDULILLAH TETAP ADA YANG MAHU BERCAKAP BENAR

Disebalik serangan bertubi2 oleh balaci2 Najib terhadap Tun Dr Mahathir, bermula dari Petronas hinggalah terkini Proton, muncul pula Armin Baniaz Pahamin, berkongsikan pendapat serta pengalaman beliau selaku Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA),

Admin merasakan adalah sangat perlu untuk kita mengetahui apakah masalah sebenarnya yang berlaku sehingga Proton mengalami masalah kewangan yang begitu serius setelah pencetus ideanya iaitu Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Sebelum itu, apa kata kita ketahui dulu segala fitnah2 dan dakyah2 yang telah digarap oleh balaci2 Najib terhadap Tun dalam isu Proton dalam usaha untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap Tun,

Apa kata Datuk Abdul Rahman Dahlan...?
1. Dr Mahathir Perlu Perjelas Masalah Melanda Proton,
2. Tun (Dr Mahathir) perlu tampil ke hadapan dan menjawab mengapa Proton dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat telah disalurkan kepada Proton,
3. Sejumlah RM13.9 bilion telah disalurkan kepada Proton sejak 1983.
4. Ahli lembaga pengarah dan pemegang saham Proton perlu berani untuk menyelesaikan masalah legasi yang ditinggalkan oleh bekas pengerusi,

Apa pula fitnah Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Anuar Musa terhadap Tun...?
1. Sikap degil bekas pengerusi Proton Holdings Berhad (Proton), Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan antara punca kegagalan syarikat pengeluar kereta tempatan itu menjadi kompetitif dalam saingan industri automotif,
2. Kerajaan sukar untuk memperbetulkan keadaan kewangan syarikat milik kerajaan itu kerana bekas perdana menteri itu enggan menerima pendapat orang lain,
3. Sekiranya sesiapa dalam syarikat itu menawarkan idea yang berbeza dengan pandangannya (Dr Mahathir), maka orang itu akan menghadapi masalah,"
4. Semasa di bawah Mahathir juga, katanya, Proton telah melakukan beberapa urusniaga yang menyebabkan syarikat itu berada dalam keadaan terumbang ambing antaranya termasuk kerjasama dengan Group Lotus Plc,
5. Walaupun Proton menghadapi masalah kewangan yang serius namun Proton dilihat kebal serta terkongkong dengan idea dan kepercayaan Dr Mahathir.
6. Beliau berkata pada satu ketika dahulu, Proton pernah menguasai 70 peratus pasaran kereta tempatan dan kini tidak sampai 30 peratus.
7. Ini bermakna Proton semasa di bawah Tun Dr Mahathir sebagai penasihat,  bertahun-tahun menghadapi masalah kewangan yang besar, malah kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar untuk memastikannya untuk terus beroperasi," katanya.
8. Justeru, katanya, pengunduran Mahathir dilihat sebagai peluang terbaik kerajaan untuk memulih dan menyelamatkan syarikat kereta nasional negara itu daripada terus mengalami kerugian.

LIHATLAH, BAGAIMANA BUSUKNYA PERUT BALACI2 NAJIB NI DALAM MENABUR FITNAH DAN MENGHENTAM TUN DALAM USAHA UNTUK MEMPERTAHANKAN BOSS MEREKA...?

TAPI ALHAMDULILLAH, MASIH ADA LAGI INSAN YANG BERJIWA MURNI YANG SUDI BERKONGSIKAN PENGALAMAN SERTA PENDAPAT BELIAU SELAKU Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA),

DISINI ADMIN KONGSIKAN PENDAPAT SERTA PENGALAMAN BELIAU,

Armin Baniaz Pahamin;
Permasalahan yang berlaku dalam Proton bukanlah berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kemelut perusahaan otomobil nasional bermula selepas ia diserahkan kepada Khazanah Nasional oleh pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara itu didakwa Presiden Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA), Armin Baniaz Pahamin menerusi entri terbaharu di blognya.

Beliau mendakwa Proton hilang kedudukannya sebagai pesaing pertama kereta nasional ketika ia dipengerusikan Datuk Mohammad Azlan Hashim, yang dilantik Khazanah.

“Khazanah Nasional, melalui Datuk Mohammed Azlan Hashim, menterbalikkan keputusan Tengku Mahaleel (Ketua Pegawai Eksekutif) menamatkan EON sebagai pengedar Proton apabila EON enggan menyumbang kepada dana penyelidikan dan pembangunan yang dipohon selepas kerajaan menghentikan geran R&D kepada Proton.

Langkah itu mengakibatkan terwujudnya rangkaian jualan dengan 400 wakil penjual di Malaysia. Keputusan membinasakan ini telah melemahkan rangkaian jualan yang kukuh dan permulaan siri malapetaka,” tulisnya.

Malah, Armin berkata Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, juga tidak mempunyai wawasan yang jelas dan pelan jangka panjang untuk memacu syarikat nasional itu.

Armin berkata demikian menjawab dakwaan menteri Datuk Rahman Dahlan yang menyalahkan Dr Mahathir sebagai punca kegagalan Proton.

Untuk rekod, Mahathir merupakan penasihat kepada Proton sejak 2003 selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Selanjutnya dalam muatnaik Armin, DRB-Hicom telah diminta mengambil alih Proton atas alasan politik. DRB-Hicom kemudian menyahsenarai Proton dan memodalkan aset-aset perusahaan kereta nasional itu.

“Masalah sebenar Proton bermula apabila Khazanah Nasional mahu mengawal Proton dengan menyingkirkan Pengarah Urusan Proton, Tengku Mahaleel,” dakwa Armin, dan menambah Khazanah ‘memperkosa’ Proton sehingga semua rizab tunai dan aset kehabisan.

“Tun Mahathir dipanggil semula sebagai Pengerusi Ekskeutif Proton untuk menyelamatkan apa yang masih berbaki di syarikat itu.

“Jika ada yang patut dipersalahkan kerana kegagalan Proton, ia adalah Khazanah, bukan Tun Mahathir,” ujarnya.

UNTUK PENGETAHUAN,
PAK LAH (sekutu kuat Najib) adalah Perdana Menteri ketika keputusan itu dibuat.

APA STANDARD PEMIMPIN2 SEPERTI Abdul Rahman Dahlan dan Anuar Musa NI NAK HENTAM TUN, SEHINGGA SANGGUP DAN TERGAMAK MEMFITNAH TUN SEBAGAI PUNCA KEGAGALAN PROTON...?

APA SALAHNYA PROTON MEMINTA BANTUAN KERAJAAN DARI SEGI KEWANGAN SETELAH BERPULUH2 TAHUN MENABUR BAKTI DENGAN MEMBERIKAN PULANGAN KUTIPAN CUKAI BERJUMLAH BERBILION2 RM KEPADA KERAJAAN...?

MAS YANG SATU SEN PUN TIDAK MENDATANGKAN HASIL KEPADA KERAJAAN, BOLEH PULA DIBANTU DENGAN DUIT KWSP SEBANYAK RM6 BILION...?

DAH LA TAK MEMBANTU MEMBANGUN DAN MEMAJUKAN NEGARA, YANG ADA NI PUN NAK DIMUSNAHKANNYA...?

MAKIN BERTAMBAH2 BENCI LA RAKYAT KAT KERAJAAN YANG SEDIA ADA YANG DIPIMPIN OLEH DS NAJIB NIH,

ADMIN SENDIRI PUN DAH JATUH MELUAT...!

PANDAI2LAH KORANG BUAT PENILAIAN...

Whisper : Tak habis2 balaci2 Najib Razak nak memalukan Tun M.
Namun begitu Allah Maha Mengetahui...ada insan tampil menepis dan memberitahu keadaan sebenar....

52 comments:

  1. Raman dalan dan nuar musah memang kantoi bangang. Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far they are effective .... protun ?? masuk angin keluar asap.. nak main game politik learn dari DSAI... tapi kalau main game fitnah style DAP .... lupakan ... go fly kite bro !!

      Delete
    2. Apa maskud kau 700? Sebut DSAI sebab dah rindu ke? Sejak DSAI di penjara, lobang kau masuk asap?

      Delete
    3. Go fly kite dh jdk signature kpd cai najis yg seko ni..
      Kihkihkih..
      Game politik nk learn dr DSAI..
      kahkahkah..
      Cai cerdikkn diri sikit sblm komen.
      Blaja sikit sejarah siapa yg naikkan dan jatuhkan dsai pujaan fly kite..
      Kahkahkah

      Delete
    4. Sejarah yang DAP bikin atau tulis semula ye? Yang korang PKR jadi anjing nye.

      Komen takda isi, buang dedak DSAI taburkan salepas banduan Sg Buluh tak mau makan lagi.

      Padan le bodoh piang, asyik makan dedak DSAI.

      Amacam, bila nak dapat DSAI di bebaskan? Bila nak dapat ke Putrajaya dan buang semua Akta laput, konon? Tak cukup dengan Najib dah buang ISA ke?

      Delete
    5. Zaman Mahathir, kita ada kenderaan sendiri bentuk kecil tapi menawan...
      a) Kancil
      b) Kenari
      c) Kelisa

      Zaman Pak Lah & Najib pun tak kalah ada lebih kecil....
      .............. KELENTIT.....!!!!!!!!!!

      Delete
  2. Kasi taichi.....kihkihkihkih...itu je la.

    Semasa Dr. Mahathir dipecat dari UMNO tahun 1971 Tun Razak tubuh Pernas dengan modal dibenar RM50 juta dan modal berbayar RM12 juta. Pernas diberikan hak ekslusif untuk mengedar, mengendali dan membeli barangan dari China semasa lawatan Tun ke Beijing bernilai lebih RM400 juta. Selepas kematian arwah Raslan, Ku Li ambilalih Pengerusi Pernas. 

    Syarikat Pernas MNI diberi hak ekslusif kendali semua insuran kerajaan. Berdasar pada rangkaian runcit Boots di UK, Booker McDonnell di Africa dan Carribean, Pernas Edar ditubuh untuk bantu peruncit Bumiputera.

    Tahun 1971 juga Pernas Construction, Pernas Properties, Pernas Trading, Pernas Engineering, Pernas Securities ditubuhkan . Pernas Engineering jslin kerjasama dgn Nippon Electric, Arnold Otto Meyer Hamburg, Munck International Norway, Gliksten Export UK. Pernas Securities pula jalin kerjasama dgn Far Eastern Hotel Dev (Hilton), Goodyear Tyre, Sime Darby, Hickson Chemical, Cadbury Confectionary, Electrolux.

    1978 Pernas Mining ditubuh untuk ambil alih semua kepentingan London Tin (MMC). Pernas juga kuasai PNSL. Pendek kata diawal 70-an harta Pernas bernilai berbilion ringgit yang menyumbang kepada sebahagian dari 15% ekuiti Bumiputera di segenap bidang dari peruncitan, pengedaran, insuran, perkapalan,hotel, harta tanah... satu keajaiban yg tak dapat disangkal. Soalnya siapa yang rompak seluruh harta Pernas, yang bunuh Pernas Edar, Pernas Trading? 

    Ke mana hilang nya berpuluh bilion harta Pernas?

    Mari kita lihat pula sejauh mana keberkesanan pimpinan dalam melaksanakan agenda bumiputera berdasarkan fakta yg baru saya perolehi dari EPU JPM -

    Peratus pemilikan ekuiti Bumiputera mengikut tahun SEJAK DEB DI LANCARKAN adalah seperti berikut:-

    1970-2.4%(pelancaran DEB)
    1983-18.7%(awal Tun M)
    2002-18.7%(akhir Tun M)
    2004-18.9%(awal Pak Lah)
    2010-23.1%(awal DSN)
    2011-23.5% . 
    Data 2014 sedang dikemaskini oleh EPU/SSM .

    Menarik statistik ini..SUKAR DI PERCAYAI TAPI ITULAH REALITINYA..22 Tahun di tampuk kuasa dgn segala projek mewah dan mega...tetapi pemilikan EQUITY BUMIPUTERA dibawah DEB/DPN di zamannya meningkat 0%!!!

    Legasi yang ditinggalkan ialah beberapa SUPER RICH/MAHA KAYA BUKAN BUMIPUTERA YG MENGUASAI TELCO,IPP,PERJUDIAN,HARTA TANAH DLL TANPA PERLU DI 
    SEBUT SIAPA MEREKA...siapa yg menghancurkan ekonomi dan hak Rakyat? - Dari FB Rafi Awang Kechik

    FAKTA.

    Pentaksub Mahathir kata dialah yang memajukan orang orang Melayu, dialah yang membela nasib Bumiputera TETAPI bila aku bertanya KENAPA DEB GAGAL pada zamannya?

    Jawapan yang diperolehi :

    1. Mahathir berani menyelar Yahudi
    2. Mahathir bina KLCC, KLIA, SIC bla bla bla
    3. Mahathir buat Proton (yang dah 30 tahun tak pernah untung)

    Maka aku ulangi soalan : 
    KENAPA DEB GAGAL dizamannya? 
    Jawapan recycle yang diberi iaitu 1,2,3 dan kentut Mahathir wangi (ni saja aku tambah)

    MASIH TAK NAMPAK LAGI KENAPA DAP AMAT BENCIKAN NAJIB?
    MASIH TAK NAMPAK LAGI KENAPA CINA BEGITU SAYANG PADA MAHATHIR?

    Sudah lupakah kita siapakah yang menguasai senarai terbaru 50 Individu terkaya Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai Mamat yang pakai crest negara malaysia, konon nya nak nunjuk kamu ni Kerajaan ke? Nunjuk kamu kera mungkin ler, Kerajaan tidak le, Mamat woi.

      Apekedarahnye kamu cakap pasal Pernas dsb nya? Orang cakap pasal Proton. Kamu mata juling ke, atau tak baca pos KD tuh, sebab terlompat lompat nak keluarkan copy paste kamu?

      Kalau nak main sasau ape bende aje, kenapa tak sebut pasal 1MDB, RFM2.6 bilion yang Najib songlap? Yang Anak tiri dia alih alih kaya raya beli harta di New York, Los Angeles dll beratus juta dolar?

      Dahtu, PMO keluarkan kenyataan (dari Nenek Tempayan FLOM gamak nya) mengaku ada "legacy of wealth" konon. Tak malu ke Najib bila SEMUA ADIK ADIK NYA keluarkan kenyataan brtanda tangan mengatakan takda "legacy of wealth" dari bapak nya? Legacy dari 1MDB ler. Mana nak rasa malu dan undur bila makan nasi kangkang kata oang.

      Delete
    2. Woi Mamat, kamu keluarkan statistik kejayaan DEB yang kamu reka sendiri ke?

      Yang di zaman TDM dah capai 24% kekayaan korporat kaum Melayu tapi di landa dek Asian Financial crisis kamu tak sebutkan ke? Kamu ingat Crisis itu Jepun, Taiwan dll tak kena atau boleh tepis ke?

      Namun demikian, masa TDM letak jawatan, masih ada 22%, ko tak mahu sebut ke? Mata juling lagi atau pekak tak dengar orang merata cakap di masa itu dan selepas nya ke?

      Yang kamu cakap di zaman Najib (yang letak DEB di belakang nak ambik hati DAP dan Cina), ko kata ada 23.5% kekayaan korporat Melayu tu, ko ambik angka dari lobng mana? Awat tak kasi link nya? Atau sebut punca yang boleh di percayai?

      Awat tak sebut di mana DEB di bawah Njib sekarang? Kasi bisiswa kpd kaum Cina yang terkaya di negara ini dah berpuluh tahun ye?

      Punca kamu itu FLOM ke? Dia punya kekayaan tuh 99% dari 23.5% tu gamak nya?

      % 2014 sedang di kemaskini? Belom siap sebab nak tengok PAC punya laporan ke Parlimen di terima rakyat ke tidak ye? Itu pun belom siap jugak ye? Sebab pening pala mikirkan macam mana hal komen Juruodit Negara di rahsiakan? Macam mana nak bikin rakyat caya apa yang PAC kata pasal MDB dan RM2.6 bilion?

      Chhehhh

      Delete
    3. Keris Berayon aka Macai Cap Longkang,

      Pertama, Saya setuju dengan anon 2.44 pm. Kalau bukan kerana Asian Financial Crisis, peratus pencapaian di era Tun sesungguhnya akan jadi lebih hebat.

      Kedua, keupayaan Najib melonjakkan angka itu bermula daripada apa? Adakah dia ambil alih negara ini dalam keadaan papa kedana tanpa asas-asas yang kukuh? Apabila bapa (baca: legasi Tun) meninggalkan kepada kamu harta yang cukup, ilmu yang cukup, reputasi yang baik, tidak susah untuk kamu melonjakkan pencapaian. Cuba yang Tun tinggalkan kepada Pak Lah sebuah Malaysia yang tunggang langgang, itu tak ada ini tak ada, jenuh tadah tempurung kat Arab la agaknya kita semua...

      Delete
    4. Syabas 244 dan 413. Harap tuan2 semua masuk sini selalu.

      Penglipur lara, sedap dengar, bisu si Pembangkang akibat nya.

      Bertambah peluang Deklarasi Rakyat di pegang majoriti di negara ini.

      Delete
    5. Saya sebagai pegawai gomen, satu je parameter yg saya nak buat perbandingan.

      Apsal dengan ekonomi yg 'baik' seperti dicanang oleh kerajaan Najib, banyak peruntukan jabatan dan kementerian dipotong? Kudapan masa meeting pun dah kena potong..apa cer..?

      Kalau setakat bermain dengan angka tetapi realitinya tidak seperti itu. Duk berhalusinasi sahajalah Najib n Co.

      Delete
    6. Padan muka beruk ma'arip yang berayon kena tibai tak tentu pasal.

      Haa... nak tanya nie, cerita unit apa kesudahannya? Berapa nilainya...ada lagi ke?

      Delete
  3. jgn layan kaum tamak haloba kuasa protun ini... syok sendiri jer... kaki fitnah ... go fly kite lah korang semua .. hah hah hah !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini sekor burung kakak tua asyik ulang kata kata yang ama di sana sini. Jenis yang paling di keji, takda guna sebiji. Bola pun dia takda. Kalau ada, dia beri fakta dan hujah2.

      Delete
    2. Yang patut jangan layan ialah macai-macai dedak tak bermaruah. Satu alam dah bercerita tentang keburukan negara sendiri, masih cuba juga nak tegakkan benang basah.

      *Er, kenapa tak cuba pertahankan bab shopping di Hawaii tu?

      Delete
    3. Betul kata 414 -

      Atau kenapa tak coba ceritakan macam mana anak tiri Najib alih alih jadi kaya raya, beli harta di New York, di Hollywood harga beratus juta dollar.

      Jangan cakap ada "legacy of wealth" mcm PMO buat dulu. Dah kena ludah dek semua adik adik Najib yang mengatakan bapak diaorang bukan kaya pun.

      Delete
  4. wlupun tun bukan pm tapi dia masih lagi penasihat berbayar kpd proton. kalau tau proton bermasalah takkan tun duduk diam jer. nak singkirkan najib begitu gigih sekali. nak salah kan paklah pun tak boleh sbb tun yg lantik paklah..bila menantu paklah nak tolong kena kondem pulak. sekarang ni tgk... menantu paklah success sebagai menteri belia dan sukan... sporting dan semakin ramai rakyat dan orang2 muda yang sokong kj. and tun?....sad to say... asik kena boooo jer...

    ReplyDelete
  5. satu je saolan aku...ada tak wang billion masuk akaun peribadi...

    kalau ada akaun siapa(?)
    a-mahathir
    b -tun razak
    c- paklah
    d - ........ (tulis jika bukan semua di atas)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mainan old school guna kroni... rakyat yg rugi... kroni yg untung... dah tu tamak tak sudah .... dana politik takda rulling bro.. so toksah nak buat perception benda salah ...ulang ulang pasal masuk acc sendiri... syok sendiri lah lu kluangman ... bolayan .. go fly kite !!!

      Delete
    2. Aku sokong Kluangman. Pengomen di 10.10 AM tu mengarut.

      Buta dan pekak tak nampak dan dengar hal bahawa si Mamat Najib mula mula diam bila keluar skandal RM2.6 bilion, kamdian kata tak ambik wang utk guna sendiri, lama kamdian baru ngaku ada terima RM2.6 bilion dalam ekaun2 bank dia.

      Dahtu tak mau cakap dari siapa, untuk apa. Kuncu2 dia saja yang cakap itu ini. Sekarang badak2 dia buatkan surat palsu pulak, ngata konon anak Raja Arab kasi "gifts". Kalau surat itu betul, tak tipu, dia dah melompat keluarkan bila skandal itu pecah dulu.

      Dah macam macam tipu helah, pengundi dah bosan dengan Najib nih. Kalau dia tak undur atau di gantikan cepat, akan lingkup UMNO di PRU14 dan jahanam hak dan kepentingan Melayu di buat nya.

      Delete
    3. Selain soalan berpuluh-puluh saya tak terjawab, hujah2 & soalan dari sdra2 seperjuangan A Bakar, QalamQabut, Roslan Othman, Mujahid dll juga dibiarkan tergantung-gantung tak bertali.

      Itulah keperibadian sebenar Kejora Liberal yg berlagak pandai, pengecut, penyamar pelbagai karektor, pukul curi-baling batu sembunyi tangan, kaki temberang, kuat mencarut, tak hormat pada orang tua, tak ada adab/bahasa, kaki tiru/copy paste & putar belit fakta sebenar.

      Delete
    4. Selain soalan berpuluh-puluh saya tak terjawab, hujah2 & soalan dari sdra2 seperjuangan A Bakar, QalamQabut, Roslan Othman, Mujahid dll juga dibiarkan tergantung-gantung tak bertali.

      Itulah keperibadian sebenar Kejora Liberal yg berlagak pandai, pengecut, penyamar pelbagai karektor, pukul curi-baling batu sembunyi tangan, kaki temberang, kuat mencarut, tak hormat pada orang tua, tak ada adab/bahasa, kaki tiru/copy paste & putar belit fakta sebenar.

      Delete
  6. keris berayon, kalau setakat masuk blog ni pakai otak dilutut, copy paste kau sendiri pun tak baca, tak faham..tak yah le buang masa.

    jawab saoolan di atas, guna akai di otak di kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kluangman mangkuk... jgn syok sendiri nak game kan org dgn fitnah.. itu perangkap fitnah bukan soalan legit ... layan lah syok sendiri tu.. go fly kite bro !!!

      Delete
    2. Kahkahkah..
      Cai najis duk pusing fitnah ja..
      Ce cek 2.6b dlm akaun najis tu fitnah ke bukan?
      Kahkahkah..
      Kalau semua fitnah xde pun najis mulakan saman..
      Kahkahkah..
      Merayu2 rakyat mntk najis saman wsj..
      Kahkahkah

      Delete
  7. Wahai pendedak tengok dan belajar bagaimana orang memberi penjelasan mengenai masalah yang berbangkit.Bila timbul persoalan mengenai proton maka perbincangan berkisar pada proton .
    Tak macam puak pendedak bila orang bercakap hal proton tiba2 dia menyampuk hal kilang dedak.Dah lari tajuk macam Datuk Sri Mukhriz cakap orang tanya hang nama apa . Dijawab saya berasal dari Kedah.
    Nak gelak takut hampa malu tak gelak tak boleh tahan.Gelak la pelan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak ler sampai keluar anak tekak... tak kemana game fitnah ni...go fly kite bro !!

      Delete
    2. anon 10:03, hang nama apa?
      aku fly kite...

      aku ketawa sampai terkentut kentut melayan bangang2 ni... (dengan izin)

      Delete
    3. cam TDM selalu habaq ... apanama apanama ... my name is irrelevant to you ... what matter your name is kluangman... wasting time slandering with hope people will believe and support to bring down PM n goverment undemocratic way .. naive in politic ... better fly kite bro !!!

      Delete
    4. 10:15 amat bodoh cakap bring down PM n government undemocratic way. Bangang tak tahu bahawa rakyat ada hak bercakap dan berhimpun nakkan si Najib undur atau di gantikan.

      Takda siapa cakap nak gulingkan gomen melainkan puak2 Najib yang dah gigil lutut, satu dunia dah tahu dia buat tahi di negara sendiri. Di luar negara, jugak. Switzerland sedang selidik US4 bilion 1MDB money laundering, Spore bekukan ekaun anak syarikat 1MDB, Qatar ke UAE ke ambik tindakan jugak, di US pun ada siasatan berkaitan 1MDB.

      Delete
  8. Baca apa yang admin paparkan.Acu bagitau yang mana fitnahnya dan apa yang betulnya .Kalau asyik cakap semua fitnah tapi apa yang betulnya tak cakap apa kelas bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas yg tak layan kerja buang masa ... learn from DSAI movement.... TDM movement is clear wasting time ... kih kih kih !!!

      Delete
    2. Kau belajar la dengan DSAI
      Sikit hari lagi kau dapat la langkah panjang berak pun senang

      Delete
    3. learn politic lah bagidol samdol ... hancuss protun !!!

      Delete
    4. Cai najis ni jenis bdl br grad nk sembang politik..
      DSAI kn dlm TPM... mcm mn end up dlm jail?
      Kahkahkah..
      Nk learn dari dia pastu end up dlm jail?
      Kahkahkah..
      Cai najis punya komen je mesti bodoh

      Delete
    5. Minta maaf la.Tu la lain Kali jelas betul2 supaya orang tak salah faham.
      Contohnya kalau duit orang sedekah untuk apa berapa banyak dah belanja ada baki
      berapa lagi
      Kan senang orang pun tak salah faham.

      Delete
    6. Seribu kali kesal saya dulu sokong & kempen untuk Najib & BN. Kenalah berhati-hati, takut pisang berbuah 2X. Kena juga lihat siapa pasangan hidup bakal pemimpin itu. Jgnlah terkena yang lebih kuah dari sudu macam jelmaan Rosmelda Marcos.

      Syarat pertama kalau nak jadi PM adalah – Mesti jujur & beramanah. Jika nak berhutang duit negara kenalah bawa berunding dan bawa berbincang dengan kabinet. Janganlah berahsia. Milik rakyat ni kita tak boleh buat rahsia. Kita kena buat cara terbuka. Kena ada musyawarah. Yang kena bayar kan rakyat, bukan pemimpin.

      Kalau ada pertanyaan daripada orang (mentelah pemberita), jangan cabut lari, apa lagi aniaya mereka yg betanya. Tak boleh upah orang suruh jawab. Kita kena jawab sendiri!

      Tengok Tun Mahathir, steady & relax saja... sebab itu dia sentiasa jadi buruan & disegani pemberita seluruh dunia. Soalan spontan dan jawapan spontan. Najib di tv3 suku, semua ikut script yang dah disediakan awal lagi.

      Delete
  9. Standard budak main layang-layang je lah benda-benda peliharaan Mat Maslan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah suka main layang - layang protun ni... main tuduh mat maslan .. aku kenal dia pun tidak... aku pengundi BN.... pembangkang belum ada standard lagi lah nak rule goverment... ni pulak protun nak jalan pintas .. ikut lah doktor politik tu mmg tak kemana ... dlm umno dulu kuat lah ... dah jadi macai pembangkang mmg hancus !!! syok sendiri lah lu... bolayan !!!

      Delete
  10. Nothing to hide yesterday, today n tomorrow.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. why hiding when you're PM ... do PM job well ... people will love it.. coz PM have the power ... TDM showed the way for 22 years .. got it !!!!

      Delete
    2. Yes, DSAI got it, masuk penjara last year.

      Now Najib uses power tapi buat cara "hidden hands" pulak - buang Gani Pattail dengan serta merta, takda surat doktor pun mengesahkan sakit buah pinggang nya tak membolehkan dia menjalankan tugas, kasi tukar serta merta pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang membuat siasatan ke atas 1MDB dan RM2.6 billion.

      Dahtu, buang TSMY dan DSSA dari kabinet, singkirkan ahli2 dari parti, lucutkan sementara jawatan TP TSMY, dan gerta sana ugut sini. Givap le, Najib, negotiate dengan pihak yang kamu rasa boleh ambil alih jawatan kamu, pergi ke mana mana negera yang kamu pilih - di US anak tiri kamu dah ada banyak harta.

      Jangan lupa, dapatkan janji kamu tak akan di prosecuted selepas pergi.

      Jangan khuatir, DSAI akan terus dalam penjara, Harapan akan jadi PANTAT.

      Delete
  11. Bila pencacai2 dan pemakan dedak menghentam Tun pasal Proton..Tun dengan sendiri menulis untuk memberi penjelasan. Tak macam orang itu..elegant silent yang amat tinggi..pencacai dan pemakan dedak yang berlebih2 melalak sana sini menjawab bagi pihak pemakan dedak.

    ReplyDelete
  12. Lawak la KD ni aku ingat Armin nak bincang psal teknologi.Setakat bincang psal edaran proton tak pyah la nak suka sangat...

    Proton bkn msalah org edar la..kat mydin pun ada jual proton tau..Masalah proton ..hmm...malas la nak sembang bodoh bebenor korang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku yakin bila Tun M blah dari proton insyallah syarikat tersebuat akan berjaya ...kita tunggu sahaja..Cuma ya la kepada geng KD jgn marah ya..korang nak cakap cakap jela apa2 hal Zaman Najib insyallah segala2nya menjadi....

      Jgn lupa baca skim biasiswa terbaru utk pelajar ..


      Arrr satu lagi terlupa nak habaq jumpa member beli rumah prima yg Najib buat bkn tun M..dia habag aku beli 30K ja..tak sangka la harga la ni 300 ribu kalau tunggu 10 tahun wow..Najib rupa2nya nak bagi org melayu tanah dibandar la bkn rumah ja....Kalau Tun M semua tanah dibandar bg kat kroni cina.

      Delete
    2. Pembohong penipu bukan main lagi kau, Mamat 607.

      Kalau betul, awat tak kasi link. Atau sebut saja di mana, bandar nya, pekan nya, nama projek perumahan nya dsb nya. Temberang tak habis2 punya keroja.

      Lebih baik kau mintak Jibo resign le sabelom PRU14.

      Delete
    3. Pada awalnya Najib memang perwatakan baik, lurus bendul, mudah didekati dan ramah mesra. Dia bertukar karektor setelah mengahwini janda 2x bernama Rosmah Mansor.

      Saya sudah dididik jangan berbohong dan mengaku jika kita berbuat salah. Sampai ke akhir hayat pun mendiang ayah berpesan anak2nya supaya jujur agar selamat dan dipercayai orang.

      Berbalik pd isu duit derma & 1 mdb, kenapa Najib mesti berdolak dalik, bercakap bohong & berahsia sehingga orang no. 2 ketika itupun tidak tahu? Bank Negara hanya dimaklumkan pengaliran duit masuk tapi untuk tujuan apa dan cara mentadbirnya tidak dimaklumkan. Setelah berbelit-belit dan berbagai-bagai kenyataan dikeluarkan oleh Najib dan macai-macainya, nak cover pun dah tak ter'cover'. Heran, kalau boleh kutip RM2.6 Billion melalui derma buat apa menyusahkan rakyat dengan GST & memberhentikan sabsidi minyak? Tidakkah itu menzalimi/menindas rakyat semata-mata?

      Lagi satu, kenapa Najib & Rosmah menunjuk-nunjuk sikap boros & kemewahan seperti shopping sakan, belanja kahwin juta2 untuk anak mereka mengalahkan putri raja, menggunakan jet kerajaan untuk urusan peribadi. Lagi satu hal, macam mana pulak dalam akaun Rosmah ada juta2 sedangkan dia suri rumah sepenuhmasa yg mengharapkan gaji bulanan suami sebagai PM sebanyak RM23,000 sahaja. Anak Rosmah pulak mana dia cekau duit ratusan US$juta bikin filem hollywood dan mampu beli apartment2 mewah di Beverly Hills & New York....???? Ini yg melenyapkan keyakinan saya terhadap Najib.

      Delete
  13. Aku harap setiap komen penagih dedak kat sini dibayar sebanyak 5 sen. Upah komen mesti setanding dgn kualiti penulisan.

    ReplyDelete
  14. waktu pak lah kena suruh turun, takde la pulak org cakap nak turunkan gomen.....tapi bila suruh najib turun, mati2 cakap ni nak guling kerajaan....

    tu la otak kat buntut, hari2 main layang2......dah biol......main layang2 tu kan main telo namanya.......memang la otak biol......

    #lickmypm#

    ReplyDelete
  15. Saya dah cukup masak permainan dia hampir 2 tahun di blog parpukari & pisau net. Walau apapun samaran dia, bau bangkai busuknya tetap menyengit.. terutama lenggok gaya bahasanya, itulah Kejora Liberal Tanpa Nama dan Tidak Diketahui Asal Usulnya.

    Mana jawapan kamu bagi soalan2 saya yg masih tergantung-gantung.

    ReplyDelete
  16. Hai hai hai....semuanya KEPALA........

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...