Monday, April 11, 2016

PM kita yang tercinta akhirnya bersih...

Alhamdulillah...sejak PAC buat laporan...macam ada satu kelegaan, macam rasa semua perkara telah selesai..kita buka cerita di satu pihak...

Dah boleh buat kenduri pisang.
Laporan PAC yang begitu lama di olah, tangguh, jalan rehat. semput jalan semula (buying time) akhirnya selesai dengan satu laporan....

air keroh, jadi jernih, anak ikan pun nampak. bapak ikan tersengeh celah batu...

Selepas ini sudah tidak ada isu, yang sorak rosmah di stadium melawati semalam,  mungkin belum baca laporan PAC, belum baca utusan dan belum tengok tv3.

PAC langsung tak sebut pun nama Najib terlibat dalam segala bentuk kelemahan dan kekurangan.
Yang disebut hanya kambing hitam.

Minta maaflah seperti aku tak baca Deklarasi Rakyat, aku pun tak baca laporan PAC ini, tapi aku sudah bersetuju sejak azali lagi, Najib ini difitnah.

Aku puas haati betul, rasa bangga macam bapak berok dapat bunga bila orang tua 91 tahun itu dikutuk kaw kaw oleh kawan kawan kami pemakan dedak ( oooopppss sory termengaku lah pula, pecah lubang)...orang tua tu lepas ni tentu terus mebisu, aku harap sangat dia diheret ke mahkamah...
paling tidak kalau dia mati pun, takkan ada yang mengiring jeazahnya, takkan ada yang menangis.... malah ramai yang akan rasa lega dan boleh tidor lena selepas ini.

Lepas ini elok diburu semua yang sokong Pro Tun, tetapi aku tahu ramai yang dah lintang pukang menyembunyikan diri.

Dengan segala pembersihan ini, tentu esok sebelum ayam berkokok, berpusu pusu rakyat berator untuk masuk umno, parti keramat.

PRU, ini kalilah UMNO sapu  berrsih...

40 comments:

  1. Wow, KD punya bahasa boleh buat pemakan dedak sakit jangtung mungkin juga boleh bawa maut tak sempat mengucap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat menguchap tu macam mana ye? Sedih Macham tak dapat hisap rokok ke?

      Delete
    2. Dahsyat sungguh bahasa jiwa bangsa KD klai ini. Betul2 umpama serampang 2 mata. Dalam pada dia guna syair2 indah, di hujung tombak ada racun berbisa yang tidak ada penawar. Hebat & tahniah.....!!!!

      Saya tabik hormatlah....!!!

      Delete
  2. You know what I am going to say next. Go fly kite. ;))

    ReplyDelete
  3. I can only smile ... have good night sleep guys ... will dream to fly kite ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarkan dia hanyut dgn layang2nya. Biarkan..biarkan..!!

      Delete
  4. Yang suka cakap fly kite tu, pigi min sabun dalam bilik air le. Kalau tak pigi jumpa Azemin dalam bilik air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulak dah..jadi shaiton menganjor perkara mungkar..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Biarkan Kejora hanyut dgn layang2nya. Biarkan..biarkan..!!

      Delete
  5. Mana bersih nya, Bang. Kotor bagi nak mampos. Laporan PAC tak menyelesaikan isu. Tak menjawab soalan soalan yang rakyat dok tanya tanya selama ini.

    PAC menambahkan lagi soalan. Saperti apasal benarkan switch off microphone masa cakap atau bincang benda2 sensitif. Nak menutup pekong si Ah Jib Gor.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Rafidah: Secrecy over AG's report on 1MDB raises questions
      Free Malaysia Today

      Former minister says the PAC is accountable to the public and hence all information it gathers on matters of public interest should be disclosed.

      Delete
    2. It is not done comprehensively, leaving no investigation on the 3 fugitives + Najibul Bullshit himself. The world is watching & laughing at us. What a shame....!!!

      Delete
  6. KD, semalam aku minum teh with leboh kurang 10 or 11 org pemandu teksi kat aloq setaq. bila aku sentuh tentang pac depa kata, budak tingkatan satu pun tak akan percaya segala report tuu, hanya pemakan dedak saja yg kata ok. depa kata, kami tak akan pangkah barisan and umno dah...pie mampuih buang dengan umno and barisan and najib kali nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah...mentaliti pemandu teksi memang macham tu..pusing2 nak tambah meter jalan lebih

      Delete
    2. Kuasa undi tidak mengenal derajat, pangkat, jawatan. Alaahhh...Yang bangsawan pun dah kelakuan macam bangsat.

      Delete
  7. Coba lah fikir betapa kudut nya Najib, dah tahu Undang Undang Tubuh (Memorandum & Articles of Association) syarikat 1MDB tak betul sejak April 2009, diamkan sehingga hari ini, sebab dia hendakkan semua kuasa pemutus (final say) dalam 1MDB -

    Tan Sri Seregar, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan kata di mmesyuarat PAC: M&A (Memorandum & Articles of Association) nya jelas. Sebagai contohnya, special shareholder ini MoF tetapi Menteri yang didefinisi dalam M&A ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

    And then ada juga item 117 dalam M&A jelas menyatakan segala urusan ini mesti mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri. Walaupun hendak tukar board member kah, hendak buat investment apa semua, .. dalam M&A, Artikel 117, jelas everything had to go through PM.

    Jadi, nyata lah Najib bertanggung jawab di atas salah laku 1MDB. Busuk menaus pekong dia.

    ReplyDelete
  8. Woi KD, hang jangan le menyindir. Macam Tun kadang2 buat. Ramai yang makan dedak Najib tak faham menyindir. Maalom lah jenis yang makan dedak, tak cukup hasiiat nak bena otak.

    Nanti depa percaya hang kata Najib bersih, rugi le, kawan. Sebab Najib kotok bagi nak mampuih. Songlap duit, belanja wang mcm sejuta tu dah tarak harga lagi.

    ReplyDelete
  9. Pengerusi PAC tanya di mesyuarat nya:

    Who is actually in charge, who is actually responsible for this 1MDB?
    Pasal apa nampak macam kedua-dua jabatan kerajaan ini jadi fasilitator sahaja. Akan tetapi siapa yang ambil decision?

    Dato’ Dr. Mohamad Isa bin Hussain [Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan]:

    Isu yang pertama, tiada wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah 1MDB. .. So, I repeat again. Tiada wakil kerajaan dalam Lembaga Pengarah 1MDB.

    MKD tidak mempunyai wakil di dalam Lembaga Pengarah disebabkan Undang Undang Tubuh (Memorandum & Articles of Association) syarikat 1MDB. Syarikat tidak membenarkan pelantikan mana-mana pegawai kerajaan dalam Lembaga Pengarah 1MDB.

    Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar bin Abdullah: If you have this M&A … you refer to Article 117 … You know, Article 117 jelas even amendment to this M&A must go through PM, anything…

    Komen aku: Najib maukan semua kuasa 1MDB dalam tangan dia. Jadi, segala tahi dalam 1MDB, dia punya lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Isa kata: Artikel 117 ini menyatakan perkara-perkara berikut hendaklah mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri untuk dilaksanakan. Pertama, pindaan M&A, Kedua; pelantikan dan penamatan Pengarah. And also, appointment of key personnel in the company.

      Delete
  10. Saya pun lega sangat KD, sebelum ni rasa nak pangkah pembangkang bila memikirkan Najib dan 1mdb etc... tapi bila keluar laporan PAC ni barulah hati saya mula terbuka untuk mengajak kaum keluarga keluar umno... macam TUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah keluor UMNO. Mintak Najib undur atau di gntikan saja.

      Takda parti yang boleh jaga hak dan kepentingan Melayu. UMNO dah jaga 60 tahun. Ha nya Najib yang buat hal. Gantikan dia.

      Delete
  11. Tan sri igp tweeter kata polis akan siasat selepas laporan pac keluar. Katanya semua fail dah kembali dan polis boleh siasat. Ke nak tunggu laporan polis dulu. Bnm dah selesai, sprm dah selesai, tunggu polis belum mula lagi.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum KD..

    PAC adalah istitusi negara.Laporan yg dibuat berdasarkan fakta. Setiap sen 1MDB disiasat dgn teliti dan mengambil masa utk disiapkan.

    Laporan PAC diibarat langit dan bumi dgn laporan WSJ dan SR.

    Ketika laporan WSJ dan SR dijadikan hujah kehakiman (walaupun sehingga kini tiada lagi proses mahkamah dimana- dunia) ..analisa-analisa yg dibuat oleh pro Tun M sudah menjatuhkan Najib bersalah.

    KD...seperti saya katakan sejak dahulu lagi dan konsisten kami dipihak pendokong kerajaan meletakkan kepercayaan tinggi kpd semua institusi negara.Ini bermakna PAC paling layak memberitahu dibawah dibidang kuasanya.

    Analisa -analisa pro Tun M seperti isu tandatangan yg di war2 kan agar menampakkan Najiblah yg mengoperasi 1MDN bkn CEO adalah merupakan andaian sahaja..Selagi lagi kami tetap dan tegas hanya mempercayai golongan2 pakar yg diamanahkan oleh kerajaan Malaysia.

    Kami hanya percaya audit negara yg mempunyai kepakaran meyiasat setiap sen begitu juga kami hanya percaya SPRM yg mempunyai kepakaran diiktiraf antarabangsa dalam melihat unsur2 jenayah.

    Kami hanya percaya pada Bank Negara yg memyimpan semua maklumat akaun secara tepat dan lengkap beserta sistem kewangan yg kukuh agar ekonomi Malaysia terjamin.

    Kami hanya percaya pihak polis yg mempunyai keanggotaan yg ramai dan kepakaran disemua bidang.

    Akhir sekali diharap dgn penjelasan kepakaran setiap institsi negara akan memberi penjelasan bahawa persepsi yg dibuat oleh mereka2 yg hanya duduk didepan komputer tertolak kerana sebagai rakyat Malaysia yg taat pada isntitsusi negara kami tidak menerima jawapan daripada mana2 pihak yg bkn institusi bertauliah.


    Walaubagaimanapun istitusi negara asing2 yg mengatakan terdapat salah laku dialu-alukam agar dapat memberi maklumat dan kerjasama dgn Malaysia kerana negara kami adalah negara berdaulat semenjak 1957.

    Ok lah KD Kalau isu scorpene memakan masa banyak tahun sehingga kini tiada lagi pendakwaan terhadap Najib .Nasihat saya tunggu lah dgn sabar dari pendakwaan singapura ,hong kong dan Australia.
    Cuma SWISS tak perlu tunggu sangat kerana jelas tidak mengaitkan dgn Persana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf kepasa semua penyokong rakan2 KD...

      Kamu boleh mempercayai Tun M dan rakan2nya..dan media barat WSJ dan SR kamu boleh jadikan sbg dokumen yg benar dan sahih.

      Kamu boleh menolak semua fakta yg dibawa SPRM,Audit,bank Negara.Peguam Negara dan PDRM.
      Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dari barat..itu hak kamu tetapi sebagai ahli UMNO dan UMNO yg memerintah malaysia sejak merdeka kami berhak pertahankan kerajaan yg sah dan menolak apoa sahaja persepsi dari sumber ANDA.


      Akhir sekali Kami berbangga dgn UMNO ketika melanda isu 1MDN komitmen kerajaan dgn program rakyat dan ekonomi malaysia terus berjalan dan meningkat setiap masa.

      Berita minngu ini...

      KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan rekod tertinggi bagi jumlah pelaburan baharu membabitkan syarikat MSC Malaysia pada 2015 meskipun berdepan persekitaran ekonomi mencabar. Pada 2015, jumlah pelaburan baharu bagi syarikat MSC Malaysia adalah sebanyak RM4.6 bilion, tertinggi sejak penubuhannya pada 1996. Jualan eksport syarikat MSC Malaysia menyumbang RM16.2 bilion daripada RM13.7 bilion pada 2014. Dari segi kewujudan peluang kerja, jumlah pekerjaan bersih meningkat 16 peratus kepada 10,981 pada tahun lalu.

      Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/142742


      p/s bahasa mudahnya pelaburan tertinggi dizaman NAjib.

      Delete
    2. ANON 6:02

      Ni masalah bila dah buta hati..aku pun org UMNO..tp aku tolak najib sbb dia dah banyak rosakkan UMNO..kalau x tahu nak bezakan Najib dengan Presiden UMNO biar aku terang sikit..Nama Najib selagi dia masih bernyawa, dia tetap Najib..Presiden UMNO akan ada org lain..bukan Najib sampai kiamat..tolong bezakan sebab kalau tuan x tau bezakan, tuan akan bercakap macam jatuhkan najib, UMNO akan jatuh..Najib punya salah, dia seret UMNO..dan org2 macam saudara ni le yang byk beri dia kekuatan untuk terus cari harta untuk diri sendiri dengan menggadaikan kekayaan negara..fikir2 le saudara..lebih baik mencegah dari mengubati..

      Delete
    3. Betul apa yang 7.25 cakap tu, selagi ada najib, diupah pula hasil duit haram, lihatlah sendiri komen pencacai 5.52 & 6.02.

      Yang jadi mangsa parti umno bukan united macai najib only (sebab mereka diupah, untuk tulis segala jenis sampah sarap)

      Najib umpama pemandu (maaf, najib sebenarnya tak tau pandu kenderaan, basikal boleh la)

      Semuanya tersedia dan tersusun rapi, kakitangan terlatih, pelajaran dan panduan agama mana hala dan haram, kemudahan dan kelengkapan siap tersedia, semuanya telah dirancang rapi oleh pemimpin terdahulu terutamanya Tun Mahathir.

      Najib hanya pandu sahaja....

      Hubungan luar negara amat baik, malahan mereka memandang tinggi dan menghormati negara malaysia, malah hasil usaha pemimpin terdahulu terutamanya tun mahathir, malangnya yang dapat nama hari ini adalah najib.

      Apa pula najib telah lakukan hari ini?

      Sekelip mata nama negara malaysia jadi busuk hasil perbuatan najib dan lebih teruk adalah rakyat negara ini dianaiya dan dizalimi.

      Tak perlu tunjuk kemajuan negara kerana ianya hasil pencapaian otomatik negara berdasarkan hasil usaha pemimpin terdahulu.

      Delete
    4. 552,

      Banyak yang tak di bincang atau di rekod ke dalam Hansard. Pengerusi "cari makan" PAC apekenama nya beri tahu semua yg hadir boleh pilih nak pakai mik ke tak. Kalau tak mahu di rekod ke dalam Hansard Parlimen, boleh switch off mike, kata nya, Kupra worak dia.

      Padan le laporan dia tak sebut nama Najib pun. Dia tak pandai. Kalau macam Nur Jazlan dulu, dia bunyi keras terhadap 1MDB, Najib suap dia kasi jawatan Tmbalan Menteri.

      Pengerusi yang nih rasa nya tak dapat apekebende. Cuma maki dek rakyat sebab nampak nak lepaskan Najib lk macam Pandi buat.

      Delete
    5. Aku sokong apa 725 dan 803 cakap.

      Delete
  13. Salam takziah kepada KD dan kumpulan protun yang akhirnya mendapati laporan PAC tidak memihak kepada kehendak mereka. U all ada rancangan namun perancangan Allah SWT sangat sempurna. Ada hikmah yang boleh dikutip dan muhasabahlah diri. Adakah gerak laku kita memang betul2 di jalan benar atau separuh benar atau hanya kecenderungan kita memihak tanpa berfikir secara rasional.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6.31

      Acap kali (bukan kadang2) bila baca tulisan dan komen pencacai umpama tong kosong (memang tong kosong pun) takder isi dan takder nilai.

      Dikutip komen anti najib kemudian dikitar semula jadikan komen mereka dan hihihi, kikiki, kahkahkah pula macam mana?

      Hanya keldai je yang faham.

      Delete
  14. KD makin terbiasa menggunakan teknik sindiran sepertimana yang biasa dilakukan tun. Siapalah tun jika dalam ucapannya tanpa sindiran dan apa maknanya KD jadi pentaksub tun jika sarkastik tun tidak dapat dihadamnya.

    ReplyDelete
  15. meh kita ikut majority 3 agensi ini

    sprm: 1mdb ada kes utk didakwa
    bnm : 1mddb ada kes utk didakwa
    polis: baru nak masuk gear 3 dalam penyiasatan mereka

    2 vs 1 = ag =1mdb x bersalah

    ReplyDelete
  16. aku puji melangit tuuu....
    aku dah insaf...
    aku nak sokong Najib semula...
    aku nak u turn..

    kot kot ada lagi saki baki dedak+kahak yang hampa dok dapat.
    ada lagi kot, dengaq kata bukan 2.6B sahaja, tapi libihhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger spasis terlajak bangang sendiri tulis sendiri komen.

      Delete
    2. Sorryla KD.
      Terlambat. Kuota dh penuh.
      La ni dpt 50 sen je satu komen. Dl bleh demand lg 8500. Tb2 muncul bdk2 br grad xde keje, spoil market.

      Go fly kite....

      Delete
  17. Dengar nih, semua orang -

    Up to the public to draw conclusions on 1MDB, says Nur Jazlan, the former PAC Chairman

    PAC's report tabled in Parliament last Thursday clearly depicts 1MDB's situation, deputy home minister tells reporters.


    PUTRAJAYA: It is up to the people to draw conclusions on the recently published Public Accounts Committee’s (PAC) report on the national sovereign fund 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Former PAC chairman Nur Jazlan Mohamed said the report gave a detailed picture on the 1MDB issue.

    “I leave it to the people to evaluate and draw conclusions on what has been discussed by previous and present PAC members.

    Setakat itu, cakap dia ada makna. Tapi bila dia cakap yang di bawah nih, dia bodo -

    “What matters is that the report is produced together with the Hansard."

    Dia tak sedor ke banyak perbincangan tak di rekod - mike di tutup, di benorkan dek Pengerusi "cari makan" PAC selepas dia tuh? Terutama nya bila bincang perkara sensitif.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...