Tuesday, June 21, 2016

ADA YANG RESAH BILA PAS DIPINANG PAN...

# Diberitakan PAS melalui Naib Presidennya Nik Amar menolak kerjasama dengan PAN atas dasar DAP di belakangnya. Tidak diketahui samada ini merupakan pernyataan rasmi PAS atau sekadar pandangan peribadi seorang Naib Presiden.



PAN dan PAS (kuali panas) bercerai baru talak satu, biasalah saling tuduh menuduh dan salah menyalah.....ertinya belumlah sangat terlalu benci kerana tidak berlaku penderaan kecuali perbezaan pendapat.
Apabila PAN mengambil langkah meminang PAS, bererti dah mengaku salah le tu, cuma tak khabar. Itu biarlah bermaaf maafan dalam kelambu kelak.
Kita pun tak nak lah campur tangan, jangan jadi batu api dan jangan pula tidak restu kalau niatnya berbaik semula.
Berbaik semula kalau boleh biar tak banyak syarat dan berbaik boleh dengan siapa sahaja, tidak semestinnya dengan U sahaja, dengan I pun bolehlah...jangan double standard soal perpaduan dan penyatuan ummah Melayu Islam..

Bila dengar Melayu nak bersatu menyuburkan Islam, yang patut rasa bimbang ialah kaum kafir, sewajarnya bukan orang kita.
Tapi kalau takut sesuatu, busuk hati...tentulah cemas semacam

DARI BLOG PUJAAN, http://www.mykmu.net/2016/06/pan-mimpi-pas-terima-pinangan-untuk-bersama-dap-pkr/DIPERSEMBAHKAN:
Mendengar cerita tentang Parti Amanah Negara (PAN) yang ‘meminang’ PAS supaya menyertai Pakatan Harapan bersama dua lagi sekutu mereka, DAP dan PKR, benar-benar membuat penulis ketawa. PAS sertai Pakatan Harapan?
Setelah berakhir pertandingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAN khabarnya berpandangan bahawa PAS perlu dibawa masuk ke dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).
Maka mungkin kerana itu maka bekas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kini menjadi berjawatan ‘lebih besar’ sebagai Timbalan Presiden PAN cuba tunjuk baik memujuk agar bekas partinya itu menyertai Pakatan Harapan.
Soalnya, sudikah PAS terima ‘pinangan’ PAN itu?
PAN lupa tentang label ‘syaitan dalam jemaah’, ‘jebon’, ‘Anwarinas’ dan sebagainya dulu? Dan kini mereka yang dikatakan cuba merosakkan PAS dari dalam cuba berbaik-baik mengajak PAS bersatu? Bersatu bersama ‘syaitan’? Cukuplah Mahathir seorang saja…
Kenapa perlu PAS sertai Pakatan Harapan? Kenapa tidak PAN saja yang bubarkan parti dan sertai PAS? Apa kata kalau PAN bubarkan saja parti dan ‘rujuk’ kembali dengan PAS?
Tapi PAN perlu jadi ahli biasa dan ‘bertaubat’ dulu. PAN juga sebelum sertai PAS semula perlu berjanji untuk tidak lagi menjadi ‘syaitan’ seperti yang pernah dikatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dulu. PAN setuju?
Kemudian, PAN ajak sekali PKR sertai PAS yang kini bersama parti IKATAN. PAN dan PKR perlu jadi ‘junior’ dan tunduk hormat pada parti pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir itu yang lebih senior di dalam blok ‘pembangkang ketiga’.
PAN tidak perlu ajak DAP. Malah PAN perlu mula menghentam setiap pemimpin DAP yang pernah berlaku biadap terhadap Abdul Hadi dan PAS sebelum ini. PAN lupa pada mulut celupar DAP menyerang PAS bertalu-talu dulu?
Jika PAN enggan, maka lupakanlah untuk cuba menghasut PAS menjadi ‘keldai tunggangan’ seperti dulu. Pada pandangan penulis, PAS sudah serik setelah ‘terhantuk’. Masa mereka untuk menjadi ‘tunggangan’ sudah habis, kini PAN pula menyerahkan ‘leher’…
Setelah bertahun PAS hampir hancur dikerjakan DAP, PKR dan ‘harum manis’ sebelum ini, penulis melihat parti itu sedang bertatih memulihkan maruah dan cuba kembali ke haluan asal perjuangan mereka mencari redha Allah.
Redha Allah itulah diperlekehkan pemimpin PAN di Kuala Kangsar tempohari. Kononnya PAS tidak boleh menang pilihan raya dengan redha Allah? Untuk pengetahuan PAN, dengan redha Allah itulah UMNO menang tidak terkalah dalam pilihan raya sejak merdeka. Tanpa redha Allah, jangankan UMNO, siapa pun takkan menang!
Pada hemat penulis, eloklah PAN bawa pulang saja ‘sireh pinang’ yang dibawa kepada PAS. PAN makanlah ‘sireh pinang’ itu bersama DAP di Sungai Buloh, sambil berfikir untuk menewaskan PAS pada PRU ke-14 nanti. Tanpa DAP dan PKR, mungkinkah PAN boleh kalahkan PAS? Fikir sendiri…

17 comments:

  1. Aku tak kisah sangat pasal PAS, PAN, TAT itu semua. Yang penting, mana yang boleh di gunakan untuk dapatkan Jibo letak jawatan atau di ganti.

    Kita kena teruskan melaung anti-Jibo supaya dia tak lagi pegang kuasa. Sekarang nih boleh - melalui UMNO Majlis Tertinggi. Tun harapkan Raja Raja Melayu, dah pun "mintak perhatian" mereka.

    Di PRU14, melalui undi. Kita mesti teruskan usaha uaha supaya dapat negara di selamatkan. Sehingga PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis Tertinggi UMNO dulu bantah Najib punya keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif dalm Perlembagaan negara berkenaan hak dan kepentigan Melayu. Najib U Turn.

      Majlis itu buat lagi sekarang pasal 1MDB dan berbilion masuk ekaun Najib, bini dia dan anak tiri dia. Tak payah dia turn ke kiri kanan tapi pergi terus, berhijrah selama lama nya.

      Delete
    2. Itu yang di harapkan, di doakan dan di sembahyang hajat kan.

      Tapi kalau Pandi Peguam Negara suddenly incapacitated, Acting Peguam Negara cepat cepat lah dakwa Najib macam yang Gani Pattail di katakan nak buat dulu.

      Delete
  2. Melayu bersatu? PAS, PAN, OKR, UMNO? Selagi Najib memimpin, tak usah harap le

    ReplyDelete
  3. Mereka bercerai bukan kerana itu, ini dll tapi kerana kuasa, dan kalaupun mereka rujuk semula semuanya kerana kuasa juga. Itulah kebenarannya dan itulah yang patut diulas...tiada kaitan dengan ABaTa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye le, sekarang ini Najib yang gila kuasa, berhentikan Gani Pattail dari jawatan Peguam Negara dengan serta merta tanpa alasan pun, lantik Afandi ke jawatan itu yang tak lama kemudian kata Najib tak bersalah terima wang RM2.6 bilion yang kemudian di ketahui jumlah sabenar nya ia lah RM4.2 bilion.

      Pakai "tangan ghaib (hidden hands)" tukarkan tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB serta merta, bubarkan Pasukan Petugas Khas menyiasat 1MDB, termasuk Bank Negara.

      Awak punya ulasan macam mana, sdr?

      Delete
    2. orang gila tak semudah itu dapat kuasa makanya tidak timul istilah gila kuasa ke atas mereka yang sudah dapat kuasa. istilah berkenaan hanya terpakai kepada mereka yang berusaha mendapatkannya tetapi masih belum berjaya.

      Delete
    3. 254,

      Tak setuju.

      Yang pegang kuasa dah merasa betapa seronok dan ghairah nya nya ada kuasa, lagi nakkan kuasa berterusan, sanggup buat apa saja untuk memanjangkan kuasa nya, kalau boleh, sampai mati.

      Tapi, malang nya, power corrupts, and absolute power corrupts absolutely. Itu lah keadaan nya di negara ini sekarang.

      Delete
  4. Senerio dan impact juga outcome ....Kalau Pan dibubar.. Pemimpinnya pasti tiada flatform..terus macam org gila yg berpolitik..dgn value sampah masyarakat Politik...Pas pasti tidak ingin sbb mereka pernah nak mencuri Pas lalui yamaran ..ini syndicate Political Pirate... tapi gagal..Dap pasti menutup ointu...sbb mereka ni ibarat kereta yg masih ada loan dan CC besar... perlu banyak perbelanjaan yg terpaksa ditanggung Dap..Hanya PKR saja yg berebut untuk menguatkan Kem masing masing.. Rasanya Azmin mungkin menang membida...sbb MB ada kuasa dan Funding..Sedangkan Azizah... in not out spending..stail hj bakhil .. Pas...akan kembali asal...bersih dari kenajisan dan kebutaan tuli yg disebabkan gulongan anwarinas(Pasma ke Pan ke Individu).. Yg gusar hal begini..ramai ..rata rata orang Anwarinas...dan bloger mereka..contohnya Kluangdiamond yg amat gusar..tapi mengalihkan kegusaran itu kepada awam konon... Actual awam amat selamat dan feel noting sbb Pan is Nothing hanya bebayang ketika disiang hari ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang di gelar Jing Projibo pun ada gunakan stail menulis begini - anarkistik, takda bentuk, takda ayat, takda perenggan. Main lanyak saja.

      Boleh keluarkan pendapat yang berlainan. Boleh tolerate dissent. Tapi bila menyentuh keamanan pembaca dengan cara penulisan yang ganjil dan provokatif, menuduh kluangdiamond tanpa justifikasi, pembaca juga boleh mengeluarkan suara berkenaan hal itu. Ini dunia bebas. Two-ways. Yang anarkis dan yang tidak.

      Delete
  5. Najib PM yang terbaik.
    Semoga masih berterusan di bawah lindungan Allah subhanawaataala...Aaminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori kalau tersalah, tapi aku rasa komen ini ia lah dari seorang yang selalu masuk di sini, sekarang pakai nama lain, menyamar lagi. Dia di gelar Jing Projibo.

      Dia seolah olah menuhankan Najib. Tapi takda satu pun yg baik pd najib yang dia boleh tuliskan. Siapa nak percaya?

      Delete
  6. Buat masa ni Najib adalah org yg terbaik untuk memimpin Malaysia walaupun terdapat kekurangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekurangan? Berbilion ringgit masuk ekaun bank pun kekurangan jugak lagi?

      Delete
    2. kamu joking ye, 6:19 AM?

      Delete
  7. apa hal nak resah dgn pan tat???

    ReplyDelete
  8. Siapa yg patut resah ni? Buat tuduhan lepas tu satu persatu bukti yg nyata menunjukkan tiada kes mahupun tuduhan cuma satu lagi penipuan menutup penipuan yg lain. Masuk pru Sarawak segala ramalan meleset dari nujum pak mamak. Kena pulak prk, dua dua kena tapaw.....

    Siapa yg resah? Kehkehkeh....asyik sebut rm2.6billion masuk akaun najib, kenapa tak sebut pulak pasal Keluarga diraja Arab Saudi yg masih melayan Najib dengan baik...siap dijemput beberapa kali dah ke istana Arab Saudi. Kalaulah semua jawapan yg diberi itu menipu masih lagikah sudi kerajaan Arab Saudi terima kehadiran Najib???....

    Bila dedak tak dapat...meroyanlah pihak Anjing menyalak....babi pun halal katanya....kehkehkeh....

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...