Wednesday, June 22, 2016

APAKAH NAJIB SUDAH BEBAS DARI TEKANAN...

Situasi sekarang setakat mana pelaku sedang cuba buat sebanyak mungkin "perkara baik" untuk menutup "kesalahan besar" yang dilakukannya.

Menahan kesnya diseret kemahkamah adalah salah satu cara, kekal berkuasa adalah untuk memastikan semua cerita buruk dapat dilenyap atau dipadamkan.

Itu perancangan manusia, macam sedang sukses jalan ceritanya. Lebih lebih lagi majoriti rakyat Melayu malas baca, malas fikir dan undi berdasarkan ikut ikut dan kerana sekampit beras.

Kemungkinan besar usaha Mahathir tidak akan berjaya kerana pembangkang juga sedang bercelaru tetapi kritikan berterusan Mahathir masih berbisa, masih membuatkan empunya diri kadangkala takut pada bayang sendiri.

Bagi Mahathir ia mungkin satu permulaan tetapi bagi Najib ia sudah kepenatan mencari hujung penyelesaian.

Apa yang sedang berlaku di luar negara seperti siasatan dan dakwaan. adalah diluar kawalan. Setakat mana ia memberi kesan secara langsung kepada negara sehingga Majlis Raja Raja membuka mata tidak mustahil untuk diramalkan.

Apapun permainan ini belum tamat, tidak ada titik noktah untuk Najib merasa bebas dan begitu selesa atau dia sendiri lebih tahu hari dan waktunya.

Air tenang jangan disangka tiada buaya.

# Ada Melayu yang rasa dirinya terlebih melayu menganggap Tun menggadai prinsip bila sepentas DAP, ini namanya Melayu malas fikir, dungu... hakikatnya sepentas DAP atas nama Deklarasi Rakyat, tidak lebih dari itu.
Dari prinsip akhlak kemanusiaan, apakah Najib lebih mulia dari Lim Kit Siang (?)

28 comments:

  1. Setuju semua yang KD kata melainkan "Kemungkinan besar usaha Mahathir tidak akan berjaya kerana pembangkang juga sedang bercelaru .." Kemungkinan ada tapi tidak besar.

    Kejatuhan Najib bukan sahaja boleh berlaku dari perkembangan politik dalam negara tapi jugak dari tindakan jenayah di luar negara. Ada 7 negara yang membuat siasatan salah laku 1MDB. Spore telah menyediakan pembicaraan satu daripada enam orang yang di siasat berkenaan itu. Tidak mungkin Najib boleh meminta negara luar tidak mengambil tindakan mahkamah sebab itu boleh di anggap sebagai "an attempt at interfering in the internal affairs of the countries concerned."

    Kes kes "money laundering" berkaitan 1MDB di US mungkin "lembab maju" sekarang sebab Najib ada lah "kawan golf" Obama. Tapi Obama akan habis tempoh sebagai Presiden di hujung tahun ini.

    Mungkin ada skandal lain yang di bawa ke mahkamah atau di umumkan di luar negara yang menjadi tekanan kuat kapada Najib di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Kemungkinan Majlis Raja Raja "membuka mata" sentiasa ada. Majlis itu dulu telah mngeluarkan kenyataan akhbar mahukan isu 1MDB dan berbilion Ringgit masuk ke ekaun bank Njib di selesaikan secepat mungkin.

    Tradisi budaya Melayu yang sudah beratus tahun: Rakyat payongkan Raja dan Raja payongkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis Raja Raja boleh mesyuarat tanpa PM dan Menteri Menteri Besar. Dulu di buat sebagai "Pre-Council Meeting".

      Salepas yang keluarkan kenyataan akhbar itu Majlis ada bermesyuarat lagi di Pengerusikan oleh Sultan Selangor tapi tak keluarkan kenyataan akhbar.

      Kita rakyat ramai memohon kapada Raja Raja Melayu "beri perhatian" kapada kempen "Selamatkan Malaysia" saperti yang Tun Dr Mahathir sudah membuat nya.

      Delete
  3. Adakah VVIP jet dilengkapkan dengan payung terjun?

    ReplyDelete
  4. outrightly wrong ..no comparison of LKS with DSN ... plain stupid !!!

    its not about Madey succeed or not ... DSN will surely not staying in power 22 years.. coz he will succeed his mission and vision shorter than that.. but Malaysia will no longer control by madey and his cronies.. that is good for Malaysia future ... as far as madey is concern he is a sore loser .. he deserve it .. protun go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jing Projibo, go polish balls. Surely not 22 years becoz maybe toppled at PRU14 if not replaced before that. His mission is shorter than his barang. He does not have a vision apart from Cash Is King. His early exit i good for Malaysia's future.

      Delete
    2. yes, kita doakan supaya lebih pendek dari barangnya...
      moga moga doa rakyat yg teraniaya dimakbulkan Allah SWT
      to go fly kite...jng lupa peringat boss hang najib kamjat utk pie mahkamah selasa depan nooo...nak saman WSJ....ada teloq ka ? berani ? confirm boss hang tak ada teloq....

      Delete
    3. Ada teloq tapi kecut hingga bola pun dah hilang

      Delete
    4. all your brains full of madey bullshits ... masih riak dgn kuasa nyanyok madey... cakap melangit ... jatuh kebumi berkecai ... pitty your stupidity .. go fly kite !!!

      Delete
    5. But your brains are worse - not only full of Jibo bullshits, Rozy's, too. You may think it's nice to have Rozy's shits, but, alamak, mesti busuk punya, Jing Projbio. Tell me what you got from Jibo? Dua posen. Aisehman, orang lain dapat berjuta atau beratus, berpuluh ribu, kau dapat dedak and dua posen aje. Bodoh.

      Delete
  5. PRU 14 akan menyaksikan ramai ADUN yang akan kehilangan kerusi mereka dan apa yang didengarkan di akar umbi...PAS akan memerintah beberapa negeri pada masa akan dating. Yang penting PAS jangan kena musahabah diri....jangan terlibat dengan apa apa skandal.

    Insyallah PAS akan menjadi terbaik di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabun dah cabut keluar dari PAS, takda le skandal lagi gamak nya. Kawan tuh licin dengan bini kawan dia di Hotel Perdana Bilik 121 di masa Nik Aziz Menteri Besar yang tentukan perkara itu tak panjang lebar di mahkamah Syariah.

      Tapi meleret di mahkamah orang ramai hingga hari ini.

      Delete
    2. Tapi Mat Sabun ke apa, asalkan boleh jatuhkan Najib di masa itu, jalan.

      Harapkan UMNO gantikan Najib sabelom PRU14. Kalau tak, rakyat akan gulingkan dia dengan gomen dia sekali di PRU14.

      Aku Protun, sokong UMNO, tapi kerana tak tahan dengan penyelewengan Najib, jatuh UMNO/BN pun, ikut lah.

      Delete
  6. tentu mati mati nak kekalkan kuasa...betui, kalau tak, semua cerita buruk sampai mahkamah.....tapi camna nak lenyap atau padamkan songlap wang berbilion tu.....tak bole punya, Bang.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abu Kassim letak jawatan Chief Commissioner MACC mulai 1 Ogos, laporan Bernama. Ada yang kata kena pressure hingga dia "mohon" di gantikan.

      Di gantikan dek orang dari pejabat Pandi AG Chambers. Teruk le negara ini. Kot tak lama akan keluor kenyataan dari CC baru Naji takda salah laku, macam Pandi buat tak lama salepas dia di lantik dulu.

      Amacam, jadi Third or Fourth World standard of rule Malaysia ni ke?

      Delete
  7. Bagi atas pagar, apa yang melata antara ProTun versus Projib hanyalah perebutan ke atas padang lebih hijau. Tiada kena mengena dengan Abata atau selamat itu dan ini... purely about bread and butter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana "purely about bread and butter" nya, Bang. RM4.2 bilion dalam ekaun Najib, RM1 bilion dalam ekaun bini dia, RM1 bilion dlm ekaun anak tiri dia tuh "about bread and butter" ke?

      Pssst, kamu Jing Projibo menyamar dengan nada lain pulak ke?

      Delete
    2. Bagi atas pagar, 200 bilion dalam tempoh 22 tahun lesap tanpa kesan adalah lebih besar impaknya berbanding 6.2 bilion. Namun apa yang atas pagar boleh buat hanyalah berserah....

      Delete
    3. Apa yg 200 bilion kau tu, Jing Projibo? Di blog Putra Merdeka kau menulis karutan yang nampak benor kau dekat tahap nak kena pergi Tg Rambutan.

      Nuduh bende yang orang tak tahu ke? Cakap pasal yg atas pagar pulak ye? Tak nuduh aku Protun lagi? Kau tak kata orang Jing? Sebab takut kena panggil Jing Projibo tak habis habis?

      Tak selalu masuk blog Putra Merdeka, masuk di sini sekarang ye? Takpe le, ke mana mana pun, kau akan di kejor sampai ke lubang cacing, Jing Projibo.

      Delete
    4. Bagi atas pagar, siapapun menang di KK atau di SB tak adahal punya... siapa bijak dialah dapat.

      Kebetulan Projibo menang di dua-dua kerusi makanya layaklah Projibo meraikannya dan Proharapan meratapinya.

      Cuma yang hairannya ialah kenapa Protun semacam meratapinya lebih dari ratapan Proharapan?

      Delete
    5. Sudah tentu lah Protun meratapi nya lebih dari yang lain. Protun pengikut Tun yang begitu banyak pengtahuan dan pengalaman memerintah negara selama 22 tahun, mulakan proses industrialization, dapatkan Melayu23% kekayaan korporat, tak bikin sovereign wealth fund terhutang RM53 bilion, sekarang di tuntut dek IPIC RM26bilion, berbilion masuk ekaun dia, bini dia, anak tiri dia.

      Premium land seluas 500 ekar bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Sg Besi pun tak tahu berapa faedah nya kpd rakyat, tak tahu berapa bilion lagi masuk ekaun ekaun peribadi.
      Tak boleh di benarkan, jadi Protun laungkan lah.

      Kau Projibo tak hairan tapi ha nya nak menegak benang basah yang di lendirkan dek boss kau.

      Delete
  8. Dari prinsip akhlak kemanusiaan, apakah Najib lebih mulia dari Lim Kit Siang (?)

    1MDB terhutang RM53 bilion, IPIC tuntut RM26 bilion, 500 ekar prime land bekas Lapangan Terbang Antarabangsa Sg Besi tak tu ape faedah kpd rakyat, RM4.2 bilion dlm ekaun Najib, RM1 bilion dlm ekaun bini dia, RM1 bilion dalam ekaun anak tiri dia pun, mana nak banding dengan Kit Siang, bro.

    Boleh banding dengan Robert Mugabe Zimbabwe kot.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Melegak kau ketawa, Jing Projibo, ye?

      Dah takda mengejing kakaka hahaha lagi mcm dulu, bagus lah.

      Kalau tak aku nak hantar wakil Idi Amin dari Uganda jumpa kau, atas dia lah nak praktis cannibalism atas kau ke, hehehe

      Delete
  10. gambarkan perasaan seorang ibu n isteri mithali yg terpaksa menanggong (endure) rasa terhiris apabila melihat anak kesayangan nya d cemuh dan mungkin d sumpah olih rakyat terbanyak.

    saya masih bingong mengapa Najib masih berkeras utk kekal sebagai pemimpin. bak kata pemerhati "its a 52 billion ringgit question"

    saya amat yakin bahawa hati/perasaan arwah tun razak akan hancur lebur melihatkan anak nya dgn senang d permainkan/d tipu olih budak cina yg sejak pd mula nya sudah mempunyai niat jahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, Sdr rahman. Kalau Tun tahu, meronta ronta ruh nya di dalam kubur. Astaghfirullah.

      Delete
    2. Hanya orang yang istimewa boleh nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Keistimewaan ini boleh digunakan oleh mana-mana parti untuk membuat ramalan PRK lebih tepat di masa-masa depan.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...