Monday, June 20, 2016

BERAT LE KALAU MENANG TAPI MARUAH MASUK LONGKANG ..


Tun Dr Mahathir blog 20 June 2016

PENDIRIAN SAYA

1.  Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang.

2. Pendirian saya tidak berubah. Mungkin ia menjadi lebih keras.

3. Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan.

4. Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA.

5. Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih.

6. Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya.

7. Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan.

8. Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin.

9. Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara.

10. Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun.

51 comments:

  1. Replies
    1. Tapi bersepai kena muka Najib jugak.

      Delete
  2. Masa dolu dolu pun dia ...kroni...dan anak beranak pun sama... sama sama kena bailout... beratus billion lagih..... seluruh dooonia menyiar 1mdb... bokti mana?fakta mana.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak cakap pasal Najib ke? Dah di masukkan RM1 bilion ke dalam ekaun anak tiri dia. Bail out hutang ke, beli harta ke tak tahu mana yang banyak.

      Delete
    2. Masih tanya bukti?

      "Bodoh sangat le kamu tak tahu apa itu bukti, tak mahu google makna nya, keras kepala asyik jeritkan takda bukti apekebenda.

      Ini dia makna bukti:

      Kamus DBP, Bukti: keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

      bukti = evidence

      Oxford English Dictionary, Evidence:

      1. clearness, obviousness
      2. indication, sign, testimony, facts making for a conclusion
      3. information tending to establish fact, statements, proofs admissible as testimony in court
      4. serve to indicate, attest

      Dari apa yang dah keluar di berita di dalam dan di luar negara sejak meletup nya skandal Najib, dari Hansard atau rekod testimony kapada PAC di Parlimen, kepala hotak kau kalau tak habis habis soalkan bukti. Bodoh, bangang, tongong, bahalul, baghal.

      Aku akan keluarkan komen ini setiap kali kamu keluarkan soal bukti."

      Delete
    3. bukti yg boleh di guna pakai dlm court of law lah bangsat ... bukan hearsay .. bukan fabricated ... bukan perception .... go fly kite lah !!!

      Delete
    4. Bodoh lagi si Dol 430 ini. Tak berani saman SR, WSJ, NYT dll, mana nak tau apa yang di dedahkan setakat ini tak boleh pakai di court?

      Dah hilang bola, kecut, takut banyak bukti keluar bila bicara di mahkamah.

      Dia saman pun baharu2 ini mintak "summary judgment" supaya dia tak payah di mestukan jadi saksi, takut kena interrogated by defence counsel. Hakim tak kasi apa yang dia mintak, dah tu settle out of court gamak nya.

      Bodoh tak habis habis punya Jing Projibo.

      Delete
    5. Masuk mahkamah dulu baru semua bukti keluar. Ini tidak, ganti AG, tukar penyiasat, kurangkan scope penyiasat dan takut untuk membuktikan kebenaran.

      Nak bukti apa lagi...the accused is the judge.

      Delete
  3. Pendirian tun momok jadi lebih keras... baguihh la tu maka lebih cepat pupusnya anwar ibrahim dan PKR.. mintak2 tun momok juint parti PAN.... nk juint parti PKR ari tu dah kena kencing dng cikgu bard dng isu deklarasi Selamatkan Rakyat Boboi (SR).. settel dulu SR baru alih tiang goll....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Nina Langkawai kata Najib yang suka kecingkan orang. Rakyat di kencingkan nya pasal 1MDB dan RM2.6 bilion jumlah yg di ketahui masuk ekaun dia di masa itu.

      Delete
  4. Tun- terus kan perlu di ingat , waktu ,situasi , cara hidup dikala ini tidak seperti 20 tahun lalu
    Tidak juga semudah dulu , minda2 manusia kebanyakan sudah 'berkarat' dengan dendangan cerita cerita palsu dimana duit kawan kita dan dimana akhir2 ini duit tidak lagi diguna untuk membeli keperluan tapi membeli 'orang' tampa GST ini sedang berlaku sekarang
    Tun - cereta kebenaran yg Tun bawa sudah ""Kurang" laku kerana sudah ada JENAMA BARU
    Cash itu Raja ini amat laku dipasaran Atas jenama Njib
    Apapun teruskan Tun ,,,,,,,,,,,, setiap produk baru pasti laris tapi kitatau ini produk jenama tiruan
    Bila org udah tau ini jenama tak bagus pasti mereka akan berpatah balik keBrand Tun
    Aku doakan supaya Allah memperlihatkan kesudahan njib sebelum "TUN pulang Mengadap Allah''
    Biar ada penghinaan pd tun............. Nabi dicerca lebih dari itu ,,,hingga diLudah muka Nabi Dia Tetap membawa kebenaran,,,, Allah itu satu .
    Tun you nampak dan jelas tapi mereka tidak nampak apa yg tun nampak
    Tun tau tapi kami tak tau apa yg tun tau
    sebab tun dulu DUDUK disitu
    kerusi itu dulu tempat tun
    makanya ada diantara mereka mudah lupa bila Duit itu sebagai penutup dusta !!!
    Tapi sampai bila!! ??
    Selagi kuasa ada ,,,duit masih ada
    PEMBODEK bagaimana ?? Ah biarkan ,,,,,mereka tu hanya 'kutu'bila darah habis mereka Hijrah ke temat SEDUTAN lain---kan itu kerja2 mereka.....teruskan tun hingga jaya jika manusia tidak berpihak pada kita yg penting Allah dan RasulNYA ada bersama
    kalah 2 tempat biarkan mereka terasa selesa dan wang bila mana sampai waktu DIA takdapat guna
    Firaun lagi kaya dan berkuasa akhir nya tewas dan menjadi org ke2 dijamin keneraka selepas abu lahap
    akhir kalam kita doakan dia sedar dan insaf !! Sihat Tun kejaan datang sebelum mata ditutp- Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang kau tulis ini? Berceramuk. Takda bentuk. Manakan isi nak jelas. Jadi anarkis. LLbih teruk dari kominis. Kamu menghentam Tun ke Najib? Mana yang kena Najib, aku setuju

      Delete
    2. Setuju dengan kata kata kamu ".. akhir2 ini duit tidak lagi diguna untuk membeli keperluan tapi membeli 'orang'". RM4.2 bilion dalam ekaun le, naik gila, RM1 juta Shahrir JB, RM2 juta Mat Maslan Pontian, dsb nya.

      Memang, JENAMA BARU Cash itu Raja ini amat laku dipasaran Atas jenama Njib. Tun yang mula dedahkan hal bahawa Najib sendiri beri tahu dia pendirian nya yang amat jijik itu.

      Delete
    3. macam mana tun nak masuk syurga ,bini pun tak pakai tudung,anak geng LGBT dan sebagainya.hidup kerja memfitnah dan adu domba jer,ada hati nak masuk syurga.cit

      Delete
    4. AnonymousMonday, June 20, 2016 8:41:00 PM...bape najib bayar ko jadi penjaga pintu syurga ni smpai tau org masuk ke x surga? Adu domba bapak ko...ko yang buta dok melantak duit haram mana nak nampak kebenaran...dedak.....lg satu besor btul tudung istri pemimping agong ko tu yea...yela najib ngan semah tu kan ahli suga...

      Delete
  5. Mahathir said "saya tidak dapat menerima..". Who cares? Awak tak nak terima, that's your choice but you cannot decide for the rakyat. And the rakyat have voted for UMNO in both by-elections despite you urging them to vote for Amanah. What does thus mean? The voters in these 2 kawasan have chosen Najib over you. Accept it as takdir and stop being a bitter old man and a sore loser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjuta yang "care", Jing Projibo wei. Di 2 PRK yang lalu aje, ada berapa ribu yang susah payah keluar pangkah calon2 yang menunjukkan depa kisahkan Jibo tak boleh melanda landa dengan salah laku merintah negara, songlap duit dsb bya.

      Lu bolo ke tak tau demoklasi? Lepas PRK pun masih boleh tenyeh korapsi dsb nya, ko tak tau ke?

      Delete
  6. MASIH ADA LAGI KAH MARUAH PAS...? TRRANG BERSULUH KENA MAIN DENGAN ASSMIN DI PRK SG BESOOO.....ASMIN SOKONG PAN.... ASAL MASYUK PAS SOKONG WALAU MARUAH PAS DIPIJAK... NI LA MASALAH PAS .... EGO LEBIH TEBAL DARI IMAN... ISU TUN TAK YAH LAYAN.. TUN DAH X RELEVANT LGI..... MASA ASSMIN UTK DITURUNKAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyik menuduh tak beralasan le kamu Jing Projibo. Dah jadi DAP Cina Bukit.

      Ko keturunan Cina Bukit jugak ke? Tak suka Hudud ye? Takut di potong bola kau?

      Delete
  7. Harap Mahathir insaf yg dier tu dah terlalu tua. Elok luangkan lebih masa utk bribadah dan bersedialah utk akhirat. Jangan jadi contoh yg tak baik untuk anak2 kamu.If u re not religiois enough at least show that u re trying.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kalau sampai umur 91 tahun kot jalan dah tempang. Tapi sebab 1MDB dan berbilion masuk ekaun dia, ekaun bini dan anak tiri dia, kot dah lingkup tak lama lagi. Bahana banyak sangat makan, Beb.

      Delete
    2. Apa yang Tun M sedang perjuangkan adalah salah satu ibadah yang paling mulia di sisi Islam.Sila bukak minda dan pergi mendalami ajaran Islam lebih lagi.
      Contoh yang tak baik ialah orang yang terlibat dengan gejala rasuah dan orang yang bersubahat merestui kemungkaran ini.

      Delete
    3. madey tu bapak segala rasuah bro ... jgn nak telan segala madey bullshit ... go fly kite !!!

      Delete
    4. Itu kau punya pendapat, Jing Projibo. Aku punya pendapat lebih bagus dari kau punya. Bila bila masa. Tiap tiap masa.

      Kau minum kincing Jibo sedap ke?

      Delete
  8. Harap TM teruskan perjuangan utk bebaskan rakyat dari pemimpin yg menyusahkan rakyat,penyamun penyangak,songlap duit 1NDB and hapuskan depa nie semua.
    Kita akan teruskan perjuangan nie pasai kita rakyat yg bermaruah dan ada agama.
    Najib and ahli umno yg makan dedak perlu ditolak masuk parit !!!
    Kepada go fly kite...TODAY IS TUESDAY !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong, sokong dan sokong.

      Delete
    2. Setuju. Semoga Allah memberkati perjuangan Tun M dan kita semua.Aamiin.

      Delete
    3. saya 100% sokong! Hidup Tun demi malaysia tanahairku!

      Delete
    4. sokong bawa rebah .... full of bullshit nothng else ... go fly kite !!

      Delete
    5. Bangsa yang bermaruah dan berugama tidak akan sekali-kali menyokong seorang pemimpin yang korup dan gila kuasa.Down with Najib dan kroni-kroninya!

      Delete
    6. Ooi Go Fly Kite, hang mai pulak ! Jangan lupa bagi tau boss hang Najib harami, today is SELASA !!!
      Suruh Najib kamjat pie mahkamah ok saman WSJ....jangan jadi hero kat malaysia saja,kalau ada teloq saman Lah....
      Tapi kami rakyat malaysia tau yg boss hang tengok reporter pun lari...kah kah Kah...NOTHING TO HIDE!!!

      Delete
    7. AnonymousMonday, June 20, 2016 4:25:00 PM....nampak no ko ni dibayo kan...bayk lg ke duit tu bro...hulur la skit...nak rase gak duit haram nie, nk bg gak anak bini rase duit haram tu...

      Delete
  9. Moral HIS story ulang tayang.Pecah Dan Perintah. Kejatuhan kerajaan Melayu silam.Dalam versi millineum versi abad ke21.Yg untong siapa.Menang sorak kpg tergadai. Cerita kuno sikitol n mandeliar menjadi quran buruk bagi generasi Y.Mereka lupa hero ironman superman dll dakyah kafirun yg melalaikan Dan menjahanamkan.Kiblat Dan role model mereka adalah Singapore .Oh Melayu mudah lupa pelupa terlupa. Sedih penamat cerita terlupa pelupa malu mengakui mereka bernama BANGSA MELAYU.cth isu trending Melayu bercelana pendek kemana mana.kecil tapi kesannya....itulah bibit bibit Sudah kena jual....oh Penang dimana Pulau mutiara.oh Singapore dimana Tumasek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan nya di buat dek Najib. Pendirian Cash is King dia pun memecahkan Melayu. Antara Bahagian2 UMNO sendiri pun iri hati, jeles, bertelagah - ada yang Najib kasi RM1 juta (Shahrir J. Bahru), ada yang dia kasi RM2 juta (Ahmad Maslan Pontian), kot ada yang dapat dedak aje.

      Delete
  10. yg masuk longkang tu madey dan protun ... yg takda maruah tu pun madey and protun ... best for madey and protun go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang macam Anon 4:24 PM yang tak dapat membezakan buruk dan baik (kerana akal tak berfungsi)inilah yang sangat disukai oleh Najib untuk diperbodohkan pada sepanjang hayat.

      Delete
    2. Itu pun dia kena panggil bangang, haramjadah dll dek Najib, bro. Ingat tak bila Najib meradang masa kempen PRU13 dulu.

      Nyaris lingkup UMNO/bn di buat nya. keputusan yang paling buruk dalam sejarah di dapati nya. Akibat Tsunami Cina dan Melayu marah dia tak pertahankan dan majukan hak dan kepentingan Melayu.

      Delete
  11. WAAAH, BEGITU POPULAR BLOG KLUANG DIAMOND INI. TAK BERAPA LAMA AJE DAH 30 KOMEN. SYABAS, KD.

    ReplyDelete
  12. Masa Tun M sbg PM tiada subsidi ditarik,Najib perintah subsidi petrol,diesel,tepung dan gula ditarik dan dikenakan gst

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Punya haprak jenis PM. Belanja boros, gomen takda duit, buat duit cara cukai rakyat melalui GST. Bini sewa jet berpuluh juta pigi Turkey dsb nya. Tak pernah bini PM buat gitu sabelom ini.

      Harga barangan naik melambong, rakyat jadi mangsa. Najib tak peduli. Penguatkuasa gomen dia tak dengor pun kawal dan ambik tindakan peniaga naikkan harga sewenang wenang nya.

      Najib mesti di ganti. Klau tak, lingkup UMNO/BN di PRU14.

      Delete
    2. BUAT LE BUKU SIMPLE DIBACA MACAM 1MDB FOR THE SIMPLE KAMPONG PEOPLE

      MASIH INGAT TAK 50 DALIL MENGAPA ANWAR TAK BOLEH JADI PM

      Delete
    3. Bagus cadangan tu, Beb. Mesti buat di PRU14. Buat dan edarkan sekarang pun takpa.

      1-2 tahun lagi di PRU14, tukar bentuk sikit, tumiskan dengan jenaka ke sikit, ketawakan diorang makan duit haram berbilion Ringgit, keluarkan lagi di PRU14.

      Delete
  13. BONGKAR BONGKAR BONGKAR-Tun go go and go on
    Failure first then VICTORY will comes after gogogo never turning back
    kita bersama TUN dihadapan bukan dibelakang

    ReplyDelete
  14. ".. perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan."

    Amboi mak, itu sebahagian saja contoh salah guna kuasa yang Tun keluarkan. Banyak lagi, semua nya hina, keji dan mesti di caci.

    Penting nya, penyalah guna kuasa itu perlu di ganti, kalau tidak dia akan melanda landa, jahanam negara, kiok UMNO/BN.

    Ramai pengundi masih belom faham. Perlu kita fikirkan cara yang membolehkan mesej kita sampai kpd mereka di kampong dan di pinggir bandar yang berpendapatan rendah, bertungkus lumus seharian, bengkok kena GST dan harga barangan melambong tinggi, masakan penyalah guna kuasa bermaharaja lela.

    Hingga bini dia pun macam ada jet peribadi di sediakan gomen Najib. Tak boleh. Mesti keluarkan depa dari kuasa itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi Pandi jadi Peguam Negara, tak akan dapat keluarkan Najib dari kuasa nya melalui mahkamah.

      Kena fikirkan cara cara lain. Tun kata dia akan buat segala apa yang boleh. Kita pun kena fikirkan apa cara lain bagi mengeluarkan Najib dari kuasa itu. Siapa ada cadangan, sila keluarkan, TK

      Delete
  15. Kesian Jing Projibo. Tiap kali masuk sini, kena hantam.

    Moral of the story: jangan menyibo lah

    ReplyDelete
  16. Bini Tun M pun tak pernah kena maki hamun oleh penyokong DSAI,FLOM habis kena maki walaupun Rosmah bukan PM,renung renungkanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup kau sebut Rosmah sebagai PM? Mengarut tak terhingga kamu.

      Mula lah anak anak dia pun di kasi nya eksekutif jet gomen satu sorang.

      Delete
  17. Blogger Raja Petra Kamaruddin Yahudi (bapak dia omputih) says Dr Mahathir must join the Opposition if he wants to prove he is serious about "Saving Malaysia".

    Orang yang ada Waran Tangkap di atas kepala dia sebab cakap tak betul, mana boleh caya? Kalau bunyi good for Protun pun, tak boleh caya apa dia kata.

    Dulu sokong Anwar Al Jub, bila mena'lah tu masuk penjara, ikut angin lain. Sekarang nak ngampu Jibo ngarapkan dapat balik tak kena tangan di gari di belakang bila sampai di KLIA.

    ReplyDelete
  18. Najib gentar dengan Tun Dr Mahathir punya affidavit kpd kes Najib vs Ling Liong Sik -

    Najib seeks to expunge Dr Mahathir's affidavit in libel suit

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Ling Liong Sik has maintained in a High Court here that an affidavit by Tun Dr Mahathir Mohamad should be admissible in the libel suit.

    Dr Mahathir had affirmed an affidavit on Feb 15 to support Dr Ling.

    Yeoh argued that the affidavit was relevant and necessary to show and confirm that Dr Mahathir had made various statements including asking for Najib's resignation.

    The suit concerns remarks which implied that Najib had misused public funds for his personal interests.

    ReplyDelete