Thursday, June 16, 2016

BUKAN SEORANG WALI...

Salam Kejumaatan Yang Serba Berkah...
Amal dan cakap yang elok elok..




Negarawan yang apabila hilangnya kelak barulah yang akan ditangisi sedangkan masa hidupnya, kamu reka hina dan keji....

Kelak hilang, seorang demi seorang datang bermuka sedangkan ketika dia hanya minta tangannya di sambut, di mana kamu melarikan diri..

Bukan seorang wali, bukan ulama, bukan bangsawan tetapi sekadar seorang doktor yang gigih merawat anak bangsa dan negaranya  setanding di mata dunia..

Mercu yang dibina untuk tanda aras bangsa kini gugur satu demi satu dengan khianat anak anak derhaka  puaka ....

Di mana mereka yang gagah pada usia dan kuat pada nama dan labuh pada jubah sekadar jadi penghias.
Takdirnya Tun yang lemah pada usia tetapi kuat pada keikhlasan bangun semula berjuang untuk anak bangsa dan negaranya di penghujung usia yang sedikit tetapi amat luas jasanya....

Ya Allah Ya Rabbi, letakanlah manusia ini, manusia yang tidak pernah minta dikasihani menjadi antara hamba yang tinggi darjatnya dan mulia disisiMu....

Aamiin Ya Rabbala'alamin...




Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran".
(Al-Baqarah: 186)

21 comments:

  1. Depa ha nya "coba" hina dan keji. Tak jalan. Sebab setiap hina dan keji itu di jawab, di templak, di tumpulkan, di sumbat ke mulut depa yang buat demikian. Ada kala di sumbat ke lubang .. bulan puasa ni tak mau sebut le.

    ReplyDelete
  2. Ada yg coba keji dia mengata dia mamak. Dia dah ngaku dalam blog Chedet cc nya bahawa dia ada 25% darah India. Tapi semangat nya 100% Melayu - lebih Melayu dari si Bugis yang kata dia "jugak pendatang", merendahkan maruah bangsa Melayu di negara ini.

    Ah Jib Gor tak tahu pun apa itu maruah. Maruah bangsa dan negara. Namun maruah diri dia sendiri. Kalau tak, takkan dia buat 1MDB yang sekarang nampak niat nya tak betul.

    Mana nak betul bila dia bikin 1MDB terhutang RM53 bilion yang akan jadi beban rakyat - sekarang MOF/ Kementerian Kewangan dah ambil alih 1MDB. Dan RM4.2 bilion masuk ekaun dia sendiri, RM1 bilion masuk ekaun bini dia, RM1 bilion masuk ekaun anak tiri dia.

    Sesiapa yg kata selalu sangat cakap isu ini - baca lah berita kempen di PRK Sg Besar dan K Kangsar. Penuh dengan isu ini. Hingga lebih ramai pengundi rasa nya tak akan undi calon Najib kali ini.

    ReplyDelete
  3. Sebak dan terharu, semuga YAB Tun dipelihara ALLAH dan diberkati segala usaha murninya disamping sokongan kuat dari kita semua.Ayuh pengundi2 diSungai Besar dan Kuala Kangsar buktikan kasih sayang kita kepada YAB Tun dan Negara.

    ReplyDelete
  4. Mana yang tak kasih sayang takpa. Asalkan ingat tunjukkan betapa perlu nya Najib letak jawatan atau di ganti. Tidak mengundi calon calon Najib itu boleh menunjukkan perlu nya itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jahanam negara kalau Najib di biarkan merintah berterusan. 500 ekar tanah prime land bekas Lapangan Antarabangsa Sg Besi itu dah di beri nya 60% kpd syarikat syarikat dari China untuk memajukan nya. Takda sebut syarikat Bumiputera dapat apa pun.

      Bukan takda keupayaan pihak pihak Malaysia membuat nya. Termasuk UDA dsb nya. Tak perlu nak di siapkan sekelip mata - tak boleh kalau nak pun.

      Kot ada berbilion masuk bank ekaun sesiapa dari nya.

      Delete
    2. Lapangan Terbang Antarabangsa Sg Besi

      Delete
  5. Mamakdey bukan wali. Tepat sekali. Dia adalah pemberi konsesi2 kepada kroni2 untuk menyusahkan rakyat Malaysia sampai ke cucu cicit pun belum pasti habis lagi.

    Mamakdey juga pemcetus kontrak mega untuk rakyat Malaysia hanya jadi mampu tengok saja. Bukan mampu milik.

    Mamakdey mahukan legasinya berterusan dengan menaikkkan boboboi....mamakdey dah tua. Pkfz, perwaja, bmf, proton antara skandalnya....

    Pi Mampus pun tak pe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 9:49, jika Tun bersalah, sewajarnya...

      Jika itu hanya satu kekurangan, kelemahan pengurusan pemantauan tanpa niat sebenar Tun, seketerunanmulah akan dilaknati Allah.

      Delete
    2. Nak tanya sikit, kalau perbuatan Tun Mahadir salah memberi
      konsesi IPP dan tol kepada YTL, apasal Najib perbaharui
      konsesi IPP kat YTL sedangkan lesennya sudah lupus.....????
      Dan satu lagi.....Dah pecah tanah untuk buat LEBOHRAYA PAN
      BORNEO tanpa tol, tetiba timbul pulak kes, bagetnya ditarik
      daripada baget Negeri Serawak...........???

      "KUCHING: The state government is looking to talk with Putrajaya over the allocation for Pan Borneo Highway project which appeared to have been subtracted from its infrastructure development annual budget.
      According to Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, the state was under the notion that the RM16 billion federal fund to build the Sarawak stretch of the highway was a separate allocation on top of the normal given amount.
      Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the construction of the Pan Borneo Highway when he unveiled Barisan Nasional’s manifesto on April 6, 2013. Najib, who is also Finance Minister, cemented this promise when he included the construction of the highway in the 2015 Budget.
      “I have expected the budget for the Pan Borneo Highway to be above and beyond the usual development effort. Now, they (Putrajaya) seem to have included the budget for the Pan Borneo Highway at the expense of our obligation to develop infrastructure. I am pursuing this point, I want it (the budget) to be above what they usually provide for us,” Adenan said when delivering his winding-up speech at the State Legislative Assembly (DUN) yesterday.
      Read More: http://www.theborneopost.com/2016/06/16/why-funds-for-pan-borneo-highway-minus-from-budget/#ixzz4BidYHcoc

      Delete
    3. Apa yang Cik Minah kata itu ia lah contoh Najib main silap mata
      Sekejap ada, sakejap takda
      Dalam erti kata lain, itu ada lah Najib punya pembohongan dan dusta

      Dia takda duit di Federal tapi janji di PRN Sarawak tak semena mena
      Nak bikin GST ke-2 pungut duit, takut rakyat meronta ronta
      Tapi satu masa nanti dia akan kena bala juga

      Delete
    4. bacalah betul2.... tarik Dari bajet negeri serawak...... bukan guna duit kerajaan negeri serawak.... perumpamaannga begini... mak bapak korang bagi bajet duit belanja sekolah setiap hari RM1.00 (contoh ya..... contoh) 50 sen hang belanja beli nasi lemak.... Dan baki terpulang ikut hang..... katalah benda tu berlangsung agak sekian lama... hari2 makan nasi lemak... yg penting kenyang. kemudian katalah mak hang dapat idea... "ceginilah mulai esok mak akan bekalkan hang nasi ngan lauk hari ni ikan.... esok ayam... lusa daging" ... begitulah seterusnya.... oleh keràna mak hang dah bekalkan nasi...maka dia potong bajet hang 50 sen ( sebab bekal yg dia bawakkan hang tu jauh lebih baik Dari nasi lemak sebungkus). So aku tanya hang..... mak hang kelepet bajet korang ker?....dia nipu korang ker.... atau dia nak kasi korang mampus ker?.... oh ya duit yg dia kelepet dari korang sebanyak 50 sen tu dia gunakan sbg bajet tambahan untuk bajet makan malam korang..... so????? tak reti2 bersyukur punya melayu

      Delete
    5. 9:49:00 PM kupra worak punya cakap. Chedet 22 tahun merintah ketarakan DEB, dapatkan Melayu 23% kekayaan korporat, seorang billionaire Melayu timbul - Syed Mokhtar Bukhari.

      Najib 6 tahun merintah, ketepikan DEB, tak berani kira pun 23% kekayaan korporat Melayu itu tinggal berapa, takut dah banyak merosot. Seorang billionaire jugak timbul di pemerintahan nya - dia sendiri. RM4.2 bilion masuk bank ekaun dia, di katakan dari 1MDB.

      Punya kudut si Najib hingga buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang membimbing usahawan melayu yang takda budaya berniaga, di suruh nya peniaga Melayu bersaing di padang yang tak sama rata. Gila punya kerja.

      Delete
    6. 1:56:00 AM twist and spin bagi nak mampos.

      Tak sedor bahawa Najib sudah tarak credibiliti, apa saja dia cakap orang sudah ragu2, susah nak percaya.

      Duit RM4.2 billion tolak jumlah asal RM2.6 billion tu datang dari mana pun tak cakap, kalau dia kata jatuh dari langit pun, orang dah tak caya apa dia kata.

      Delete
    7. Anon 1.56Am.......Tarik dari baget negeri Sarawak bukan guna duit kerajaan negeri Sarawak. Sama tak dengan GUNA DUIT KERAJAAN bukan guna duit rakayat - Ahli Parlimen Langkawai.????

      Mak beri bekal kari ayam tapi potong duit belanaja dari rm1..00 tinggal rm50 sen. At least, adalah juga bekal kari ayam ganti duit belanja makan, rm50 sen tapi dalam kes Kerajaan Sarawak, takda kari ayam. Duit bekal yang mak beri tu juga disuruh buat bayar yuran sekolah, tambang bas dan beli buku!

      Lainlah kalau Najib luluskan perminttan 20% ROYALTY MINYAK yang Adenan mintak tu. Barulah dikatakan dapat bekal KARI AYAM..........kesian orang Sarawak. Macam nak gila puji Najib berbanding Tun Mahadir. Kununnya Najiblah yang membangunkan Sarawak, tetiba kena kencing yang pering. Kesian, kesiannnnnnn

      Harap pengundi Sg.Besar dan Kuala Kangsar amik iktibar dengan janji pelesu Najib

      Delete
    8. anon 1:56 a.m.. bodohkan ko ni... katakan (lebuh raya Pan BOrneo tu).. adalah barang baru utk di beli di sekolah... bajet yg mak ko bgi dah di potong... sudah lah.. belanja harian perlu di bajet... mana pula nak dapat bajet utk beli barang baru tu...

      Delete
  6. "ULASAN KEBENARAN & KEIKLASAN"
    terima kasih tuan admin.

    ReplyDelete
  7. Ayuh pengundi sg besar dan k.kangsar,

    Lakukan tanggungjawab anda demi masa depan anak2 serta alif ba ta! Pastikan pangkah calon parti amanah!

    Jika umno beri hadiah, terimalah dan ucapkan terimakasih!

    Jika umno beri wang tunai dengan syarat pangkah bn terimalah, ambil, tangkap gambar sebagai bukti, pastu padam seterusnya pangkah calon parti amanah maupun calon bebas!

    Jika sayangkan umno, tetapi benci najib, atau parti lawan, dua perkara boleh dilakukan samada pertama jangan keluar mengundi ataupun kedua rosakkan kertas undi dengan menulis "najib korup"!

    Ini sahaja caranya untuk kita rakyat menunjukkan bantahan kita sebagai rakyat terhadap pentadbiran najib yg korup zalim dan menganaiya rakyat!

    Tidak kira menang atau kalah PRK ini, perjuangan masih tetap diteruskan, sehingga najib letak jawatan, dihadap dan diadili di mahkamah!

    ReplyDelete
  8. Natang 9.49PM..Ko anak campur air kencing kan? Kan? Kan? Itu sbb ko sgt busuk,jelek dan hina. Luar biasa buruk ko hingga anjing pun lebih mulia dari ko.Ko nobody,sedar tak? Nobody. bos kau yg amat ko pertahankan pun nobody .nk banding Tun? Ko, jibbo dan pemakan2 dedak jibbo hanya layak dibawah tapak kaki Tun tempatnya! Masih nak ckp byk? Haram jadah ko nih..berani ko fitnah tun tanpa bukti ye? Tunjuk bukti. sikit2 nak maki hamun mamposkan orang. Ntah2 ko & jibbo mampos dulu..pi main jauh2 jing..kung kung..kung kung..

    ReplyDelete
  9. Nk hina Tun? Sedar diri sikit la Bro... Rakyat ramai sayang Tun... Tak perlu Tun nk buat placard "I love PM". Yg kena belanja buat placard tu ialah Mr X yg org dah meluat....

    ReplyDelete
  10. Pastikan peti undi tak tiba2 bertambah, tiba2 blackout, tiba2 tak tally, tiba2 lebih undi dari penduduk.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...