Sunday, June 5, 2016

Tun Dr Mahathir dah tak ada Melayu...

Kemaskini:
Tun akan turun berkempen di KK dan SB bagi menyokong calon yang sokong Deklarasi Rakyat sekaligus bererti tidak akan membantu calon PAS dan UMNO yang tidak menandatangani Deklarasi Rakyat.

Dakwaan juga dibuat bahawa Mahathir sangat takut kepada kerjasama PAS dan UMNO (?) Setakat dan sejauh mana kebenaran tersebut (?)

Selagi PAS dan UMNO tetap lawan sesama mereka mana mungkin kerjasama tersebut (?) Tidak mungkin PAS sanggup memberi kawasan putihnya kepada UMNO dan begitulah sebaliknya kecuali Presiden PAS sudah termakan budi (?)

Gerak kerja PAS di KK dan SB yang dikendalikan oleh pelapis baru PAS terpaksa berhadapan dengan gerak kerja PAN yang dulunya merupakan tonggak utama PAS.

Adalah sukar dan hampir mustahil untuk PAS menang kali ini dan dijangka tercorot. yang untung adalah calon UMNO.

'...........

ASAL:
Bulan puasa aku hanya mampu beristighfar apabila ada yang sudah tidak tertahan, tak tahu pula sakitnya di mana bila menganggap Tun tiada lagi Melayu dan perjuangannya bukan lagi Melayu dan Islam semata mata sepentas dengan Lim Kit Siang.

Aku lega itu tafsiran mereka, aku lega jika sekadar itu membuatkan mereka benci dan sakit hati pada Tun.

Aku tak kesah kalau mereka kata Tun kurang Melayu, alhamdulillah mereka tak kata Tun mengkhianati Melayu.

Terpulang kepada mereka untuk tafsir Tun tidak perjuangkan Melayu dan Islam kerana sepentas dengan DAP.

Aku pun rasa Tun tidaklah asyik ulang demi Melayu demi Melayu dan tidaklah pula bersahutan takbir, takbir, takbir untuk menggambarkan Tun lebih Islam dari orang lain.

Tun hanya lebih menumpukan soal rasuah, menyeleweng, menipu, membazir dan meminta pengamalnya berundur.

Adakah itu tidak cukup Melayu, tidak cukup Islam (?)

Kalau bukan sepentas dengan DAP adakah UMNO dan PAS sediakan pentas untuk Tun (?)

Mungkin bagi mereka, kena pakai baju hulubalang, kena pakai baju Melayu sedondong, kena pergi umrah setiap minggu... barulah Islam dan Melayu.

Kalau buat semua itu, itulah pemimpin Melayu dan Islam sejati walaupun dalam masa yang sama kaki kencing, penipu dan makan rasuah.

Alhamdulillah mereka benci Tun kerana sekadar sepentas dengan apek tua, mereka sedar mereka tiada bukti untuk tuduh Tun rasuah dan menyeleweng, kalau ada sudah tentu polis serbu dan tangkap Tun.

Kalau sekadar hadir di BERSIH pun kena siasat, tentulah kalau ada bukti rasuah, Tun tidak akan dilepaskan.

Alhamdulillah, Tun berani kerana benar walaupun dituduh kurang Melayu.

Apakah takut kerana salah itu lebih Melayu dan Islam.

Heh...


14 comments:

  1. Depa mengrut tu, KD. Mengata macam macam sebab pemikiran cetek, fahaman singkat, pandangan tak luas, nak cari fakta dan hujah yang boleh di terima pun tak reti atau malas.

    Jadi depa cakap aje le, macam orang biul tak makan pil psychiatric. Pedulikan depa. Mana kita sempat, kita hentam balik. Mana yang nampak tak bangang dan bongok, kita kasi penerangan.

    Tapi mana yang dah otak nya mendap penuh dedak, tak tahu lain asyik memobhong menipu, tak mahu terima apa penerangan, fakta dan hujah yang kita beri - kita bedal saja le. Asalkan tak melanggar undang2 berkanun.

    Undang2 social? Kalau di bulan puasa pun depa mencaci, kita perlu ingatkan diri kita sendiri bahawa dalam sejarah Islam, Nabi kita pun berperang di bulan puasa untuk mempertahankan syiar Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perang Badr berlaku pada hari ke 20 bulan puasa.

      Delete
    2. persoalannya sapa kah bapak rasuah dlm msia ni semua org tahu.. cuba berlagak malaikat bila kepentingan tergugat..

      Delete
  2. Aku tak kisah DAP. Depa dah tabi'at Cina Bukit, biadap dan kurang ajor.

    Yang aku kesiankan ia lah pemakan dedak Bugis Lanun. Dah terikut cara DAP Kacang merah, bahasa lucah, selau nak marah, apa yang DAP kata, tadah, dah tak reti cakap, jilat air ludah.

    Yerrrk.

    ReplyDelete
  3. KD, Tun dok usaha and terus usaha bagi menyedarkan rakyat betapa bahayanya kalau Najib terus jadi PM.
    semakin hari semakin susah rakyat dibuatnya.
    tadi kawan kawan kat KK ada sembang yg depa semua akan pakat ajaq najib and pemakan dedaknya kali ini and harap jadilah kali nie.
    teruskan usaha kita bersama Tun untuk jatuhkan najib and kuncu kuncunya kali ini.
    kepada go fly kite....Today is Monday and Esok SELASA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun believes the rulers will intervene to stop the alleged "abuse of power" by Najib.

      He said this is despite no provision in the law allowing such intervention.

      "Nevertheless, there are ways and means for the rulers to save the country from the abuses of power by Najib.

      "The people look up to the rulers to save Malaysia. I am sure the rulers will not fail them," he added in a blog post today.

      The former premier said this is why the Citizens' Declaration, which has been signed by more than a million Malaysians, would be sent to the rulers.

      The declaration called for Najib's resignation.

      Delete
    2. Bukan main gigih lagi Tun tuh - di bulan puasa, dah tua, takda Police outrider, pigi berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar juga.

      Ini bikin lebih rakyat percaya dengan Deklarasi Rakyat dan kempen Selamatkan Malaysia. Buat masa ini, penting kalahkan calon UMNO itu untuk mendapatkan Najib undur atau di ganti.

      Delete
  4. Yang dah tiada lagi Melayu dan perjuangannya bukan lagi Melayu dan Islam ia lah si Bugis Lanun. Bermacam macam yang dia buat dan tak buat menunjukkan dia begitu, antara nya:

    1. Mengumumkan dia bukan Melayu tapi Bugis, "jugak pendatang"

    2. Ketepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang Tun dah dapatkan 23% kekayaan korporat utk Melayu

    3. Buang Kementerian Pembangunan Usahawan yang di tubuh untuk bantu-bimbing usahawan Melayu

    4. Buang ISA yang membendung DAP yang anti-Melayu anti-Islam dan cetuskan pergaduhan kaum di tahun 1969 - Lim Kit Siang dan Guan Eng dah di ISAkan

    5. Buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindung Perkara perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu

    ReplyDelete
  5. Mengarut mengatakan Tun dah takda watak, pendirian dan semangat Melayu. Dia jauh lebih watak, pendirian dan semangat Melayu nya dari yang menonjolkan diri nya sebagai Bugis, "pendatang juga", dsb nya.

    ReplyDelete
  6. Apakah takut kerana salah......... dah tentu lah.......songlap wang mana tak salah........

    ReplyDelete
  7. bukan tugas tun lagi dah, kita buat setakad yg mampu yang lain kuasa allah... dia penentu segalanya... dia juga penentu najib patut turun atau kekal.. tugas tun smpi sini je... banyak benda .. bekalan akhir yg tun saya rasa tertinggal krne sibuk membangunkan negara.. ini masa mengantikannya.. sya percaya disana nanti tun akan ditanya apa yg tun lakukan semasa pemerintahan tun... slps pemerintahan tun insyallah tidak akan ditanya.. krne pada usia 90tahun banyak dah bonus tu... habiskan lah baki usia dgn bahagia sbagai suami ayah/datuk dan hamba allah yg soleh.. banyakkan derma dan kurangkan ckp... sya doakan tun agar sentiasa sihat walfiat sepanjang masa.. dlm masa yg sama saya harap datuk najib dapat terus memerintah negara dgn kemuliaan hatinya...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulia sungguh datuk najib, dalam banyak banyak PM dia memang paling mulia...

      lebihan duit derma...dipulangkan, tak mulia lagi ke tu.

      Agaknya PM yang dulu, dapat derma, habis dibelanjakan...

      PM Najib, jimat cermat !!!!

      Yang kena tanya bukan Mahathir sahaja, semua rakyat, semua orang Islam kena tanya...kenapa menjunjung seorang pemimpin yang korup sedangkan kamu boleh bertindak? Jangan undi calon BN...

      Delete
    2. Alamak terrer nya 10:39, dia boleh tahu pulak apa yang akan di tanya oleh Allah SWT apa yg dia lakukan semasa pemerintahan nya. Tapi bila dia kata Tun tak akan di tanya hal hal slps pemerintahan nya - khas nya pemerintahan Najib, gamak nya - maka aku teka le dia pemakan dedak Najib.

      Tak tau le jika dia orang yang di gelar Jing Projibo yang selalu kakaka hahaha di sini dulu tu. Kalau ia, pandai le dia menyamar.

      Delete
    3. Hahaha, aku nyaris percaya 11:15 PM itu sama orang nya dengan 10:39 itu. Selepas dia kata Tun Mahathir tak payah cakap pasal Najib, 1MDB, Deklarasi Rakyat dsb nya lagi, dia keluar pulak kata kata pujian ke atas Najib.

      Tapi bila sampai perenggan penghabis baru aku sedar bahawa dia menyindir di perenggan perenggan terdahulu nya. Aku ni tak berapa tajam pemikiran. Terutama di pukul 3 hari puasa pertama nih.

      Alhamdulillah aku sedar. Nak sokong apa dia kata: semua rakyat, semua orang Islam kena tanya...kenapa menjunjung seorang pemimpin yang korup sedangkan kamu boleh bertindak? Jangan undi calon BN...

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...