Saturday, June 25, 2016

UMNO JOHOR SUDAH KENA JENTIK...

Pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir oleh Najib disokong sebulat suara Majlis Tertinggi sekadar berlegar kepada menunjukkan kuasa dan balas dendam.

Jika ia berdasarkan lelain perkara, seharusnya ia diadili secara berperingkat dan berhemah. Yang salah tetap salah...
Apabila Lembaga Disiplin menolak kes tersebut, sewajarnya MT memperhalusi dan menubuhkan Jawatankuasa Khas terdiri dari mereka yang lebih wibawa untuk mengendalikannya.
Majlis Tertinggi sewajarnya jadi badan terakhir yang memperakui dan mengesahkan sesuatu tindakan...
Kalaupun ianya hendak dibuat serengkas mungkin, Muhyiddin dan Mukhriz wajar dipanggil mempertahankan diri.

Pemecatan telahpun berlaku dengan rasa banggaa diri berdasarkan ulasan beberapa pihak.

Tamparan pertama yang diterima ialah UMNO Bahagian Paguh menolak
pemecatan tersebut.
Apakah  Timbalan Ketua Bahagian dan seluruh jawatankuasanya akan dipecat (?)
Lakukanlah jika betul anak jantan..

Tidak akan ada kesan besar, bantahan atau sebagainya dari ahli UMNO atas isu pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz.
Bukan kerana mereka bersetuju tetapi mereka faham sangat jika melayan pihak yang sedang kepanasan...
Tetapi msing-msing sudah menyimpan hasrat sebenar untuk kuburkan UMNO pada masa dan waktu yang sesuai...api dalam sekam tidak akan padam.

Samada parti baru atau tiada berparti memadailah Muhyiddin dan Mukhriz berjuang atas nama mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan, itu sudah cukup untuk rakyat sokong.

Apapun UMNO Johor sudah dijentik.....
Mahu kekal bersekongkol dan bertungkus lumus di PRU atau berpendirian sendiri untuk terus dihormati bangsa Johor. 

59 comments:

  1. DARIPADA TUBUH PARTI BARU - LEBIH BAIK GERAKKAN RAKYAT SIGN DEKLARASI RAKYAT DAN GERAKKAN AGAR CAW2 ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR UNDI TAK PERCAYA KPD DS NAJIB - UMNO HAK KITA KENAPA NAK TUBUH PARTI BARU - SELAMATKAN UMNO DRIP DI HIJACK OLEH DS NAJIB!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dan sokong pendapat sdr. Buat road shows selalu, berterusan.

      Terutama di tempat tempat yg di ketahui ada desas desus tak senang hati dengan hal songlap wang berbilion.

      Delete
    2. Cari 1-2 orang yang cekap dalam politik, gajikan dia, suruh dia siasat dan selidik, ientify mana mana cawangan yang resah dengan telagah Najib - selain yang dah ahli persatuan cawangan2 yang dah aktif bersuara.

      Rancangkan road shows ke hulu ke hilir di Semenanjong Malaysia - Sabah & Sarawak luas sangat nak cover.

      identify siapa yang tak senang hati dengan korapsi dan money laundering si Jibo. Jangan dedahkan mereka tapi motivasikan mereka supaya desas desuskan gantikan Najib secara diam diam.

      Delete
    3. Kasi depa duit kocek, duit minyak untuk pergi ke sana sini. Tun Mahathir ada pengaruh dengan pemegang2 saham syarikat2 besar yang boleh beri derma secara tak di umumkan, rasa nya.

      Delete
    4. "mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan" -

      Soal nya, macam mana. Selagi Pndi pegang jawatan Peguam Negara, depa tak akan di heret ke Mahkamah. Ha nya Peguam negara yang boleh buat begitu.

      Selagi Pandi hidup sebagai Peguam Negara, selagi itu najib akan hidup sebagai PM. PRU14 lama nak nunggu - 2 tahun lagi.

      Berbalik kpd sembahayang hajat le kita. Selain dari keji dan caci depa punya tingkah laku sumbang dan songsang di sana sini.

      Delete
    5. UMNO masih relevant...yg. tak relevant nya Najibul !!!

      Delete
    6. Macam mana nam heret Pandi. Suruh Ahgong terima DK dia perkenan pulak kasi darjah kat Pandi. Camna pulok nak harapkan raja raja nie....kalau rakyat makan dedak dari Najib dulu British kasi dedak siapa yang makan????# HJ

      Delete
    7. Teruskan menggendang bahawa Raja perlu payongkan rakyat dan minta Raja Raja beri perhatian kapada kempen Selamatkan Malaysia dari kerakusan dan kediktatorian (bahasa besau tuh) si Najib.

      Majlis Raja Raja boleh mesyuarat tanpa PM dan MB2, dulu dah di buat sebagai "Pre-Council meeting", pernah keluarkan kenyataan akhbar mahukan isu 1MDB dan RM2.6 bilion dalam ekaun peribadi Najib di selesaikan awal, kemudian di buat lagi mesyuarat tanpa PM dan MB2, di Pengerusikan oleh Sultan Selangor.

      Kita teruskan minta Majlis Raja Raja buat begitu lagi, huraikan lebih lanjut pendirian mereka terhadap korapsi dan mendhobi wang (money laundering) yang 7 negara luar juga siasat.

      Delete
  2. Betul... UMNO hak org melayu. Bukan hak individu.

    ReplyDelete
  3. Bukan sahaja menunjukkan kuasa dan balas dendam. Jugak nak menakutkan ahli ahli lain supaya jangan hebohkan salah laku Najib yang 7 negara luar ada siasat, berkaitan 1MDB.

    Nampak zalim si Najib. Panjang senarai langkah langak tak betul yang di lakukan nya. kita mesti terus kondem dia sapenuh nya dan selama lama nya hingga dia tidak lagi jadi Presiden parti dan jadi PM.

    Di sini lah tempat nya. Najib tak mungkin tahu siapa kita. Kita belasah dia sebanyak mana dan seberapa selalu yang boleh.

    ReplyDelete
  4. Mana ada adili berperingkat dan berhemah. Melanggar Perlembagaan parti Perkara 20 pasal tingkah laku (disiplin) Ahli Ahli. Tak di beri notis, tak di beri peluang membela diri, takda apa pun.

    Summary dismissal. Macam diktator. Celaka.

    Celaka sapenuh penuh nya saperti di definasikan di laman web Dewan Bahasa dan Pustaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ........mcm badak sumbu........sondol aje............

      Delete
    2. Jibo nak buat gitu di mahkamah jugak nampak nya.

      Loyar dia mintak Hakim buat "summary judgment" dalam satu kes 1-2 minggu lalu. Supaya dia tak kena panggil sebagai saksi dan di soal bertalu talu, takut tersasul sebut lain tembelang dia.

      Delete
    3. Hakim tak kasi. Belom dengar apa perkembangan kes itu.

      Delete
  5. KD, harap harap umno johor bangun memberontaklah atas pemecatan ygtak ikut procedur nie, jangan dok sengap and buat bodoh pulak !
    kan selalu dok cakap, bangsa johor kuat, bangsa johor ada prinsip and macam macam bangsa johor, so tunjukkanlah mana bangsa johor la nie ?
    khaled, pengkid, 3.85, kapchai, RM 1 Million, dah tak boleh pakai dah...semua dah terima dedak !!!
    so bangsa johor, tunjukkan sokongan mu pada org yg tak bersalah dipecat, tunjukkan maruah mu, tunjukkan kejantanan mu and lakukanlah sesuatu untuk selamatkan umno johor dari terus kena jentik oleh Najib laknatullah !!!
    kalau tidak, rakyat tidak akan dengar lagi, bangsa johor, nie lah, bangsa johor nu lah and bermacam macam bangsa johor lagi....hanya tinggal bangsa johor but ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini komen Jing Projibo yang keluor di sana sini sentiasa mengagongkan Najib tapi tak kasi fakta dan hujah yang boleh di terima sikit pun. Selalu nya menuduh, mengkeji, mengejing kakaka hahaha.

      Kali ini dia menyindir. Bergelud, gloat, megah dengan kekuatan, penggunaan kuasa Najib macam diktator.

      Hingga berani dia tulis "bangsa johor but ..." mencarut dengan tak mengisi dua huruf di hujung "but.." itu, satu titik sebagai tanda nokhtah. Amat biadap dan kurang ajar jenis DAP Kacang Merah Cina Bukit ini.

      Delete
    2. Kalau jumpa anjing dan ular, jangan bunuh. Bunuh Jing Projibo ni dulu.

      Delete
    3. UMNO Johor takkan memberontak kot. TSMY kena pecat dari TPM dulu pun Johor diam saja. UMNO Johor sokong PM.

      Delete
    4. Bukan sokong. Cuma diam aje, tak bantah. Besar beza nya.

      Delete
  6. Bro 3.41,

    Alahai apa susah, jika najib beri dedak cap ayam, kasi up sikit la...stakat nak dapatkan komen pencacai taraf taik, mungkin bleh kasi dedak cap lembu...gerenti dia maki najib plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, dedak cap lembu .........

      Delete
    2. Hahaha dedak cap Condo camana?

      Delete
  7. "mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan" -

    Soal nya, macam mana. Selagi Pndi pegang jawatan Peguam Negara, depa tak akan di heret ke Mahkamah. Ha nya Peguam negara yang boleh buat begitu.

    Selagi Pandi hidup sebagai Peguam Negara, selagi itu najib akan hidup sebagai PM. PRU14 lama nak nunggu - 2 tahun lagi.

    Berbalik kpd sembahayang hajat le kita. Selain dari keji dan caci depa punya tingkah laku sumbang dan songsang di sana sini.

    ReplyDelete
  8. Annuar Musa Pegawai Penerangan UMNO kata Najib ambik masa hampir setahun baru tendang yang dua itu.

    Sepatut nya dia terangkan apasal tak ikut Perlembagaan parti, Perkara 20 - disiplin ahli2. Apasal takda kasi surat show cause, tak kasi hak bercakap pertahankan diri di mesyuarat Majlis tertinggi itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak banyak beza dengan Mat Maslan. Tak dapat pikirkan apasal. Sebab takda pasal.

      Tak mahu ahli Majlis Tertinggi tak setuju pecat kalau dua orang itu di benarkan pertahan diri. Pemikiran kuno zaman feudal.

      Delete
    2. hehehehe..agak2 lar..kalau mereka2 ni dipanggil bela diri..mau merah telinga Ajib dalam tu....for sure the 2M akan sebut pasal skandal2 1MDB dan 2.6b dlam akaun Ah Jib...mana boleh tahannn..sbb tu lar x dipanggilll..nak mampus..hahahaha

      Delete
  9. Bangun UMNO Johor....jika dlu UMno digerakkan dari johor untuk memerdekakan Negara, ayuhhh bangkitkan semangat itu untuk merdekakan UMNO dari puak2 gila kuasa, pemusnah bangsa nie....sejarah akan tertulis untuk dibaca oleh anak cucu kita nti....gagal kita berjuang maka persepsi buruk terhadap UMNO ini akan kekal sepanjang zaman

    ReplyDelete
  10. alahai KD..biasa orang kena jentik telur...mmg senak dibuatnya..ilang senak...lawan balik si tukang jentik...tp..UMNO Johor ni...kena jentik telur..telur masuk kedalam terus...ilang tak tahu kemana telur tu dah...
    Tak payah lar nak bangga sangat pas kira logik la Bangsa Johor ke...bangsa apa kerr...Bangsa Johor dah diBANGSATkan pun..UMNO Johor masih nak sokong keputusan MT..yang lawan hanya UMNO Bhg Pagoh..tu kira logik lar sbb kawasan Muhyidin..kalau tak..sama je UMNO Pagoh tu pun...
    Takder apa nak dibanggakan dengan semangat Bangsa Johor ni pun..kalau semua kemnungkaran...kemunafikan...Bangsa Johor senyap jer...nampaknya Bangsa Johor ni hanya hebat di stadium jer..tu pun jaguh liga kampung jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Jibo takda telur pun. SR, WSJ, NYT dll tak berani saman pun. Sebab takda kuasa di mahkamah. Di luar dan di dalam negara.

      Takut di heret jadi saksi masa bicara, di bedil dengan soalan bertalu talu dek peguam, terborai skandal lain pulak.

      Delete
    2. Najib tak banggakan Bangsa Melayu pun. Hebohkan dia Bugis, "jugak pendatang", sama taraf dengan Cina Bukit DAP ungrateful ingrate.

      Najib pun ungrateful ingrate jugak. Di kasi peluang jadi Wakil Rakyat di umor 20an, di kasi jawatan Timbalan Menteri, Menteri Besar, Menteri, hingga jadi Timbalan Perdana Menteri, kamdian Tun Dol di caci "flip flopping, auto-piloting and sleepy" masa merintah sampai letak jawatan, senang senang Najib dapat jadi PM, tak reti berterima kasih kpd Tun Dr mahathir yang menggerak itu semua.

      Dahtu dasar2 gomen nya miirip kpd kepentingan Cina, tidak kapada mempertahan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu. Kepetikan DEB, kasi biasiswa kpd anak anak Cina, kaum yg terkaya, contoh nya.

      Namun demikian, dia kena Tsunami Cina. Silap silap kena Tsunami Melayu jugak di PRU14. Itu pasal dia tak berani nak adakan PRU14 awal.

      Delete
    3. camner pun..orang Pahang dah jentik telur orang Johor..dan UMNO Johor sokong jerrrr...lagi hebat orang Pahang dari Bangsa Johor ni

      Delete
    4. aku harap bangsa johor nie bangun pertahankan kesalahan pemecatan.jng hanya gah mengatakan bangsa johor tapi tak berani buat sesuatu, habuk pun tak ada.
      aku harap jugak ahli umno johor bangun menyuarakan pendapat mereka dan buat satu memorandum yg mengatakan pemecatan adalah salah dsisi perlembagaan umno andyg harus dipecat adalah najib and seluruh ahli MT.
      harap seluruh ahli umno johor bangun dari tidur and fight fr your right!!!
      Najib and MT mesti di halang and jangan hanya bangga bangsa johor, and jangan rakyat kata bangsa johor pun sama dengan najib jugak, tak berani saman Wsj hingga kehari ini.
      ayoh bangsa johor bangun and tunjukkan yg awak semua bangsa johor.

      Delete
    5. tu lar pasal..cuba bayangkan kalau UMNO Johor bersatu hati..bangkit melawan Najib..agak2 dia berani ke nak pecat semua??? ..patut UMNO Johor kena pikir mcm batang lidi..kalau sebatang..mudah dipatahkan...tapi..bila diberkas bersama-sama..lidi pun susah nak dipatahkan...
      Tapi..buat masa ni..dapat bayang kan jer lar...mana ada telur UMNO Johor..tapi bangga lar sangat2 kunun UMNO lahir di Johor..kunun UMNO lahir di istana Johor..tp bila UMNO di "privatise"oleh Najib...semua sorok simpan telur...so much for Bangsa Johor..

      Delete
    6. Nampak nya kamu menghasut orang Johor. Nanti Raja atau anak nya murka, kau baru tahu.

      Delete
    7. Tak fikir Anon 6.44 tu menghasut.
      Dia cuma cakap yang benar. Nampak gayanya, cuma umno PAGOH je bertelor, umno lain semua jenis AWAWAWwwwwww.....macam Hishamuddin Tun Hussien.

      Delete
    8. Gue ingat tu Jing Projibo menyindir - stail dia nulis banyak dot dot dot ... mcm Jing Projibo.

      Tk menyedarkan gue. Kalau tak nyindir, sokong dia menyeru seluruh UMNO Johor tunjukkan ada bola.

      Delete
    9. Macamana? Si Sharil dari Johor Baharu dah cekek dedak RM 1 juta. Semua melayu kat johor sejuk menggigil(takut) cuma harapkan Pagoh saja. Tenggaroh ayam belanda (turkey) sepupu si haram jadah pun takleh harap.

      Delete
  11. azlina ada jawaban nya
    ehh tom tom bak ni gi mana senyap

    ReplyDelete
  12. Sombong bongkak le penyokong Najib sekor ni. Nanti kena bonk, baru tau. Kalau Anwar Al Jub bonk akau, baru sakit bontot tak tau sampai bila. Cakap pasal telor, memang boleh di balas pasal bontot kamu.

    ReplyDelete
  13. Orang Pahang macam Najib mana ada telor. Dah jadi eunuch. Telor dan yang tu pun dah takda. Gunakan kuasa aje.

    Yang menyokong Najib dua kali eunuch. Menghasut orang Johor sebab takda bola dan barang nya sekali untuk menanya Najib apasal masuk RM4.2 bilion ke ekaun dia, RM1 bilion ke ekaun bini dan anak tiri dia tiap satu. Apa pasal pulak anak tiri dapat sebilion RM.

    Buang Gani Pattail, letakkan Pandi, umumkan takda salah laku, pressure boss SPRM dan timbalan nya berhenti dari jawatan mereka sebab nakkan siasatan ke atas 1MDB dan berbilion dalam ekaun peribadi di hentikan.

    Tapai ada 7 negara luar siasat salah laku 1MDB. Harap akan timbul nama Najib dalam mana mana kes yang di umumkan, terutama nya yang di dakwa di mahkamah. Kes Spore tak lama lagi sampai mahkamah.

    ReplyDelete
  14. UMNO JOHOR kena jentik!.... waima UMNO zaman sekarang adalah tempat orang politk kaut apa shj.Kedudukan, pangkat dan kuasa adalah segalanya. Jatuhnya 2M lagi yng menunggu ramai nak masuk jarum ade le.
    Macaman org cerita pasal buruk Najid .... dan dengar apa komen zahid dan bla! bla! bla !.. orang UMNO yg ada sekarang tak payah susah sangat buat analisis pikir pikir dan pikir utk masa depan UMNO dan generasi UMNO melaainkan bertindak oppoturnist, menyokong Najid ada panggu. La ni UMNO pulak jadi perisai Najid ..... Selagi Najid sendiri takut kedepan buat pencerahan dan sanggup berdepan dengan tindakan proses mahkamah selagi itu orang akan berkata seolah macam ada benda yang tersekat-sekat, menjadi tanda tanya dan penuh rahsia. Percayalah cerita Najid adalah drama sensasi yang orang nak tahu apa kesudahan jalan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tak akan menyerah, mesti tentukan jangan sesiapa coba nak dakwa dia di mahkamah. Pandi yang dia lantik Peguam Negara akan menentukan itu. Kalau Pandi gol besok lusa, Najib akan ganti dengan orang yang serupa pemikiran nya.

      Betul, UMNO Johor kena ambik tindakan. Kot dah ramai yang dapat RM1-2 juta macam Shahrir JB dan Mat Maslan Pontian. Hishamuddin Semberong tak usah harap lah - Najib kusin dia, anak akak mak dia. Kena panggil "Bang", pulak - kalau lah diorang ikut budaya Melayu.

      jadi nak kena cari cara lain juga. Kot saman Najib ke mahkamah. Tun punya saman masih belom bicara rasa nya. Mungkin masalah nya Pendaftar Mahkamah yang menentukan tarikh bicara, Hakim yang membicara nya. Ada sesiapa tahu kalau ada banyak masalah dari segi ini di situ?

      Delete
  15. amatlah memalukan sekiranya umno johor tidak membantah and hanya senyap saja atas segala tindakan petualang,penyangak and penipu rakyat, NAJIB.
    dimanakah suara umno johor ? yg selalu bangga dng ungkapan umno dilahirkan dijohor and umno johor bermaruah.
    nah, sekarang nie, ayoh tunjukkan kejantanan mu, atau sama level dng najib jugak ?
    bersatulah demi bangsa melayu, agama and negara kita, buangkanlah najib and semua MT nya.
    tak ada faedah langsong sokong penipu rakyat macam najib.
    rakyat akan tetap menghukum umno pada next election sekiranya najib and his gangs masih berkuasa.

    ReplyDelete
  16. Tun Dr Mahathir di iinterbiu di acara Up Front Al Jazeera. Budak pengacara itu memang menyampah muka dan cara nya memoderasikan rancangan. Lagi dulu nak tunjuk pandai, nak put down the person interviewed. Gamak nya budak itu dapat sejuta dia dari Mr Cash Is King.

    Tun steady, cool saja menjawab dia. Bila di so'al benda yang janggal, Tun senyum aje dan menjawab menunjukkan korapsi di zaman Najib dah melampau. Negara akan jahanam kalau Najib terus memerintah 5 tahun lagi, kata nya.

    ReplyDelete
  17. Tajuk ni menarik perhatian, umno johor kena jentik, aku suka nk tengok apa umno johor nk buat samaada dia orang bodoh ,dunggu campur lembab mcam umno negeri lain atau umno johor akan pertahankan tsmy, orang johor ni dengar crita darah pahlawan semangat perjuangan yang tinggi pantang dicabar Sultan Abu Bakar merupakan seorang sultan bijak sana beliau sentisasa mahu memakmorkan negeri dia , seorang yang adil,macam tu gak Onn Jaffar seorang nationalist yang memulakan umno dan kini umno johor diwarisi oleh tsmy seorang pemimpin yang bekerja secara jujur dan amanah bukti sepanjang karier tsmy mengemudi apasaja agensi kerajaan atau negeri ternyata agensi yang dipeganganya sentiasa maju kehadapan mau dari segi apa pun,tapi yang hebatnya tsmy sentisa membawa perwatakan merendah diri....aku bukan saja puji dia buta aku orang selangor bukan johor patutnya aku tak kisah pun pasal dia , aku telah lama mengikut dgan rapat perkembangan pemimpin ini. ikhlas akula ,aku berpendapat jarang ada pemimpin yang iklas masa kini macam tsmy,,,,bagaimmana beliau mengemudi johor ketika berjawatan mb hampir lima tahun. Johor memgunguli kemajuan ekonomi negara berbanding dgan negeri lain, selangor pun pada masa tu jatuh no3, pahang lagi la terok antara negeri termiskin kt malaysia langsung tak bole pakai ekonomi zero harap duit kerajaan pusat jer, tapi johor menjadi gah krana faktor ekonomi yang gah dipimpin oleh tsmy sbagai mb,sehinggakan tsmy sangat dusayangi oleh Sultan dan rakyat,kemudia trmy dinaikkan pangkat sbagai menteri tak salah aku dia jadi menteri perdagagan tsmy telah menarik berbillion duit pelabur asing ke malaysia tapi sedikit pun tidak tsmy mendabik dada atau sombong ,yang aku nampak dia semakin chill and kool ,.
    Memegang jawatan tpm merangkap menteri pendidikan prestasi pendidikan negara melonjak banyak negara menjadikan malaysia negara contoh maka berduyun2 la pelajar luar negara ke malaysia, NAk banding dgan najib , sejarah tak menunjukkaN yang najib ni hebat ...maklumla play safe person tak lansung mencipta sejarah,,,sejarah najib nak kalah kt pekan adalah tapi crita tu tak menarik....Tu pasallah pada orang johor jangan dibiarkan tsmy keseorangsn pertahankan dia susah kita nk dapat pemimpin macam ni.tsmy mewarisi semangat allahmarhum Sultan Abu Bakar sayang pemimpin macam ni kalau dia hilang dan kalau tsmy merajuk bila rasa khidmatnya tidak duperlukan yang rugi Malaysia tambah rugi iailah orang johor sendiri, ketana pemimpin yang hebat selalunya tidak menungkit akan jasanya...tsmy tidak bersalah dia dipecat bila dia cuba bertanya mewakili rakyat atas kepincangan berlaku keatas kerajaab....kpada prngkritik tsmy kalau korang nk kritik tsmy pastikAan kritikan korang berasas bawA faktA KALau saja nk buruk kan tsmy dgan takda bukti ,stop it, makluman kita orang tak brapa baca komen sampah


    To people of Johor wake up protect your beloved leader the one and only Muhidin Yassin,Sir you already got my respect even i am not from Johor....Johorian tunjukkan semangat harimau selatan jangan gah kt padang bola jet. Takda maknanya Malaysia tetap sit rank yang mrmalukan dalam bola sepak siapa yang jaga bola menteri dia siapa plak...president Fam asal dari negeri yang antara termiskin kt Nagara ni menteri pun dari negara miskin ,skarang ni pm pun asal dari negeri yang miskin jugak megeri takda sumber harap subsidi gomen jer kalau ada ekonomi pun iyaaala ikan patin tu je la tu pasal bila mamat tu merasa pegang duit jadila macam beruk dapat bunga ,meroyan....okla cukup sampai sinila, tulis banyak2 pun bukan lu orang baca pun,,,lagi skali orang johor jgan jadi bodo tak tahuler kalau kau orang rasa hisamudin tu lagi besr dari tsmy.husamudin karier dia tk mbagakan mirip badwi play safe...okla cow...bravo, esta labista baby

    ReplyDelete
  18. Aku Melayu..cakap apa pun..aku percaya..UMNO Johor..sama tak ada telurrrr..sama2 dah jadi pemakan dedakkkk...mereka akan terus menyokong Prime Moron yang mereka amat kasihi tu....

    ReplyDelete
  19. Eleh....sentimen umno johor la pulak. Kehkehekh....umno johor kononnya tak bleh kena jentik dengan umno pusat. Apa pasal? Umno johor ada undang2 lain ke? Umno johor ada peraturan lain ke? Tak boleh diambil tindakan walau pun si jidin tu sah sokong parti lawan? K3hkehekeh....dasar alasan tempoyak. Anjing menyalak bukit. Inilah dia dalam blog ni.....setakat 2 ke 3 org.

    Kehkehkeh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar nak sedap hati sendiri cakaplah 2 or 3 org.
      ataupun nak mintak stock dedak baru ?
      for sure kedah, johor, kelantan, selangor, terengganu, penang, perlis, perak, UMNO bungkus lah kali nie.
      rakyat dah menyampah dng boss engkau si najib penyamun tuu.
      tunggu lah, masa tetap menyebelahi rakyat yg dianiaya.

      Delete
    2. Yang ini dah tetap Jing Projibo yang biasa nya mengejing Kakaka hahaha tuh. Dia sekor saja di sini, komen sentiasa tak berisi, tujuan nak mengurangkan kesan anti-Najib, di kata nya ha nya 2-3 orang menghentam Najib di sini.

      Delete
    3. Di kata bodoh, marah. Tapi takda lain yang boleh menerangkan pemikiran Jing Projibo ini.

      Dia tak paham langsong atau buat buat tak faham bahawa isu nya ia lah memecat Muhyiddin dan Mukhriz dan menggantung leahlian Shafie Afdal itu ada lah salah di sisi Perlembagaan UMNO Perkara 20 berkenaan disiplin ahli2.

      Keputusan di buat dek Jibo dengan tak memberi mereka peluang membela diri. Mereka ada lah ahli Majlis Tertinggi jugak. Takut kalau mereka terangkan pengyelewengan 1MDB dan pengsonglapan RM2.6 bilion (yang sekarang di ketahui sabenar nya RM4.2 bilion), ahli2 Majlis Tertinggi lain tak setuju pecat dan gantung ahli mereka itu.

      Delete
    4. Korang agak2 lar..kalau 2M dipanggil mengadap membela diri..apa yg akan jadi? Mau terbarai semua citer buruk najib dpn majlis disiplin atau MT..merah terbakar telinga najib kang..sbb tu 2M ni tidak dipanggil utk membela diri..nnt kuar semua citer yg tak menyebelahi najib..mcm kes skrg dia nak mdngelak naik court lar...

      Delete
    5. Puak Mahathir perlu saman Najib satu persatu, sebanyak mana yang boleh. Sampai thabit kesalahan. Fail Certificate of Urgency atas alasan PRU14 tak sampai 2 tahun lagi.

      Setaf Mahkamah, termasuk Hakim2, ramai yang adil.

      Delete
  20. Kalau umno johor tk nk defense tsmy, siapa yang korang bole harap atau layak jadi pm kira yang paling dekat la pemimpim eakil negeri johor,aku tak nmpak selain tsmy,nk cakap mb johor dia ni dilihat tk confident person bila dia selalu keluar stement kjap lawan najib la kejap macam cakap puji najib pun ada gak...mb mi macam suka main sorok2 macam brani,takut tak tahu dia dok site mana,,,,,iyeeelah jawatan pun mb plak kenala perrahamkan bukan senang nk dapat...pemimpin umno perangai macam ni la taaaaakut..
    Sampai bilapun takkan ada la orang johor takkan jadi pm.....KEMPPUNAN..
    .KUTIP CUKAI KT SELANGOR,JOHOR,PENANG BAGI KT PAHANG KASI HABIS.....oh luoala ada sorang orang johor layak jadi pm aki rasa dia layak siapa tu..ooh ...if not mistaken mister azlina othman....ooops...lagi besr suruh nik abduh jadi tpm...baru tanggal serban..masa tu lupa la mereka asal usul maka hancurla negara....kalau jadi macamana terpalit la sejarh johor yang gah ...pm dari johor ni taktahu statuss ape ..confuse...
    Senang suruh raja muda johor je la jadi pm.. aku tengok dia brani tapi buat masa ni tak berapa menyerla banyak isu yang dia kecoh semua kes yang tak exciting macam budak2...
    Tapi tetap jadi harapan raktat at least pun kt padang bola jer la..
    Cuba tuanku bssarkan skit skop perjuagan sentiaxa alert dgan apa saja komen rakyat tentu rakyat lebih kasih..raja payung rakyat.
    Tolongla tsmy tu tengku rakyat harap tuanku bertindak kami sayang tsmy

    ReplyDelete
  21. Statement..Umno Johor dijentik... jarum halus agen DAP untuk provoke Umno Johor agar..Umno johor berantak...senang Dap nak bolot Negeri Johor... Umno Johre dah cukup matang dalam hal begini... Pada yg komen gila gila hentam Umno khusus Umno johor... gelagat kamu semua agen Red Army Bean yg digaji DAP...dah didedah,, Tulislah apa pun agar dibayar..kalau tak tulis... tak dapat duit..kesian pemakan dedak bulanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OOI, kami semua adalah rakyat Malaysia bahalol, bukan red bean.
      Itu saja Kah yg boleh di spin oleh pemakan dedak macam Kau nie ?
      Rakyat johor kebanyakkannya dah Sedar betapa Buruknya perangai boss Kau najib penyamun Dan hanya tunggu masa saja....

      Delete
    2. Dia bukan bahalol sahaja. Najib kata penyokong dia yang komen tak berisi tak membantu dia ada lah bangang dan hamjadah. Dia kata gitu di kempen PRU13 dulu.

      Delete
    3. Rakyat Malaysia yg berspesis Red Bean Army.. lakonan dah tak menjadi... isi ke tak... tak perlu bila berdepan Red Bean Army yg pakar spin... hu hu hu... raya ni Dap bagi bonus tak..?..

      Delete
  22. Lagak umpama maharaja ulung
    Perintahnya patuhi atau disingkir
    Dedak di tabur banyak menolong
    Balasan Allah tidak kah terfikir?

    Akulah raja saentero dunia
    Boleh terlanjur apa sahaja
    Tak rasa berdosa bila aniaya
    Dedak ku tabur sebagai baja

    Tiada siapa berkuasa dari ku
    Penyelamat negara habis ku singkir
    Musuh musuhku telah ku paku
    Negara dan rakyat menjadi fakir..




    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...