Thursday, June 23, 2016

WAN AZIZAH GAGAL IKUT JEJAK HADI

Perjuangan membebaskan Anwar sudah tinggal menjadi agenda peribadi Wan Azizah dan anak beranak.

Parti dan Pakatan Harapan sudah tidak layan cerita basi Anwar dan lebih tumpuan yang diberi kepada movement yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir memparahkan lagi emosi Wan Azizah.

Cabaran Wan Azizah supaya Tun menyertai mana mana parti pembangkang seperti meludah ke langit (?)
Apakah Anwar sendiri ahli PKR (?) dan mana datangnya jawatan menyandang Penasihat (?)

Wan Azizah juga harus sedar Tun Dr Mahathir bukan gila, mabuk dan kemaruk kuasa seperti Anwar untuk bertanding di pilihanraya, 22 tahun sudah lebih dari cukup dan Tun memilih bersara tika dipuncak kuasa.
Perjuangan Tun seperti di missi Deklarasi Rakyat sangat jelas, singkir Najib dan beri kuasa itu pada orang lain yang sesuai....

Oleh itu cabaran dan permintaan Wan Azizah kepada Tun tidak lebih daripada mengikut kehendak telunjuk orang lain....
Tentunya Wan Azizah sanggup lakukan apa sahaja, mungkin bukan dedak tetapi tentulah "kebebasan anwar" lebih utama.

Hakikatnya Tun Dr Mahathir sendiri mengakui Anwar bukan lagi musuhnya dan Anwar ke penjara sekarang atas sebab Najib.
Jadi kenapa harus Wan Azizah membiarkan emosinya dibakar (?)

Wan Azizah sedar jawatan Presiden yang dipegangnya sudah tidak ada kekuatan, musuh yang paling dekat adalah Timbalan Presiden yang menguasai Selangor.
Terlajak jolok, semua akan terbogel. !!!

Wan Azizah juga tidak mempunyai kekuatan untuk membawa PKR mesra UMNO seperti yang dilakukan Hadi.
Apa yang boleh disumbangnya ialah memburukan Tun Mahathir di kalangan Pakatan Harapan.

Kesian dan malangnya ia tidak diperdulikan.


No comments:

Post a Comment