Wednesday, June 22, 2016

ZAHID JUGA KESEORANGAN...

# KEMASKINI

ts aBU kASSIM MENARIK DIRI SEBAGAI kETUA pESURUHJAYA sprm
Malaysia sudah disenarai  diantara sepuluh buah negara yang tahap korupsi tertinggi di dunia. Inilah legasi TERKINI seorang pemimpin Malaysia.
-
 sAMADA zAHID HENDAK BERSEKONGKOL ATAU LAWAN...


Kedudukan Zahid dalam kabinet dispekulasikan dengan begitu meluas dan antaranya mengangkat tinggi kelemahan Zahid dalam mengendalikan isu keselamatan di bawah kementerian dalam negeri.

Zahid diperlihatkan bercelaru fakta dengan Ketua Polis Negara dalam isu wang tebusan mangsa culik di Sabah.
Hilang kawalan dalam isu outrider Dr Mahathir umpamanya. Zahid juga diperlihatkan masih do favour dengan Anwar dipenjara dan perjumpaan sulitnya dengan Tun Dr Mahathir sengaja diperbesarkan.

Dosa yang lebih besar, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan yang terbaik membersihkan nama PM malah dalam beberapa kes, Zahid seolah pukul anak sindir menantu.

Apakah indikator menunjukkan Zahid memang sengaja "disalahkan", ada krisis hilang kepercayaan ke atas kesetiaannya dan menjadi boleh sangat bahaya untuk mengancam kedudukan Presiden parti dan PM.

Jika berlaku rombakan kabinet, perhatikan samada Zahid akan kehilangan kementerian dalam negeri atau kementerian pertahanan, jika berlaku memang sah spekulasi di atas.

Begitu juga jika ujud Timbalan Perdana Menteri kedua atau ketiga. Bererti kuasa dan pengaruh Zahid sedang dikasi dan dikembiri.

Zahid yang seBelum ini dilihat Dan disangka mempunyai pengaruh besar di kalangan MT,  KBU dan akar umbi rupanya juga cerita kosong, dia juga keseorangan seperti Muhyiddin.

24 comments:

  1. Dia kesaorangan mungkin betul tapi setakat ini dia bersih dari cerita-cerita skandal yang menggegarkan rumahtangga orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke, Mat? Mana tau masih ada udang di sebalik kutu, selain dari yang Tun dah dedahkan - dia ada RM230 juta masa jadi Ketua Pemuda UMNO lagi. Tak tahu dah jadi berapa sekarang. Kot ada lagi cerita under Tun's sleeves tuh.

      Delete
    2. Dia kisah ke orang dapat berbilion masuk ekaun bank?

      Delete
    3. Bayangkan kalau mantan PiEM tahu anak buahnya simpan juta-juta tapi tak buat apa-apa, apa yang dapat disimpulkan ialah sama ada PiEM itu tadi tadi simpan lebih dari itu atau si PiEM tadi gagal mengambil tindakan yang betul.

      Delete
    4. Kasi contoh lah, kawan. Sapa anak buah, apa berjuta juta tuh. Apa tindakan yang betul yang anda maksudkan, kasi contoh lah.

      Delete
  2. Kelakuan jenayah meningkat sekarang. Tak membohong, menipu, mengsonglap, mencuri, merompak, merogol, memblackmail, menembak, membunuh, mengkidnap, menghasut, - ada sesiapa boleh kasi tahu kadar naik turun nya kebelakangan ini?

    A sign of the times, kata omputih. Rakyat dah frust dgn Pemerintah, stress macam macam, termasuk GST, harga barangan melambung naik, tak dapat berbilion dalam bank ekaun saperti tau saje sapa.............Najib perlu di ganti.....takda Najib, takda lah Zahid kot.

    ReplyDelete
  3. Zahid pelawa Tun masuk semula UMNO. Tun kasi syarat supaya dia gantikan Najib. Rahman Dahlan ahli Majlis Tertinggi dan Strategic Communications Direcyor UMNO pun nampak ok dengan cadangan itu - kalau boleh tak bersyarat, kata nya.

    Ada sesiapa tahu kalau ada Ahli Majlis Tertinggi lain yang mikir begitu juga?

    ReplyDelete
  4. Kalau dah ada penyakit dengki, memang tak boleh buat ape dah. Akan nampak yg buruk saja. Satu dua kesilapan keburukan memadam terus kebaikan yg dibuat.
    Manusia apa kah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yang berfikir. Manusia yang mahukan kebaikan, tak mahukan yang jahat, kotor dsb nya.

      Kalau curi gula se kilo, ada zakat sekilo, boleh lah memadam kejahatan yg di buat. Kalau songlap berbilion, bikin 1MDB terhtang RM53 bilion, IPIC pulak tuntut RM26 bilion, mana kebaikan dia yg nak di bandingkan, Mat.

      Delete
    2. Kalau dia tak merintah, satu hal lah. Ini dia merintah, mana boleh. Jadi kena dapatkan dia di ganti le.

      Delete
    3. Tolong senaraikan yang bagus Najib buat. Tapi tolong jangan masukkan 1MDB dan GST. Takut nanti kena maki.

      Delete
    4. Isunya zahid beb. Apa yg awak merepek pasal najib. Najib punya cerita dh malas nk layan. Nk muntahpun ada. Apasal kini serangan kpd zahid? Apa masalah dia sebenarnya? Adakah kerana dia boleh bersama najib maka kini serangan perlu ditumpukan kpd dia? Dlm berpolitik, kena la bijaksana memilih team. Rasanya tindakan zahid mendampingi najib adalah betul. Berbanding muhyidin yg menyerang pm sehingga tersungkur atas tanah, baik ikut cara zahid dlm berpolitik. So, tak payah la buat cerita baru kononnya zahid lone ranger dlm mengharungi kancah politik. Tak ada isu sebenarnya....

      Delete
    5. Orang dah ngaku one-track mind, Mat. lebihh kurang sama masa kau keluor -

      AnonymousThursday, June 23, 2016 3:32:00 AM

      Hehehe, one-track mind ye? Bolak balik, sampai ke Najib jugak. Tu le, jangan femes sangat. Femes arah ke situ.

      Delete
    6. 331,

      Apasal Najib punya cerita dh malas nk layan? Dah ngaku tak dapat di pertahankan lagi ke? Apasal Nk muntah? Banyak sangat bilion di songlap ye?

      Apasal serangan kpd zahid pun tak boleh? Habis apasal korang boleh serang Tun? Ko tanya Apa masalah Zahid? Ko tak baca ke pos KD tuh? Tak lah nuduh fitnah sangat macam ko Jing Projibo selalu buat.

      Sekarang ko nak pakai tactic baru, cakap lain nada dan cara dari dulu sebagai Jing Projibo, takkan lah nak suruh orang "tak payah la buat cerita baru" kononnya.

      Ko keluor pendapat aje, Jing, takda fakta. Kan aku dah cakap, bila pendapat aje, aku punya dah tentu lebih baik dari ko punya.

      Delete
  5. Kalau ada RM230 juta di masa dia Ketua Pemuda UMNO berpuluh tahun dulu, keseorangan pun tak jadi hal gamak nya.

    Kalau simpan Fixed Deposit atau Amanah Saham atas nama anak2 cucu2 dia aje, dah berapa jumlah nya sekarang. Kalau niaga shares pakai expert yang ada malumat dalaman ke, dah bayak ganda kot. Entah entah dah berbilion. Dia pun nampak nya tak kisah sangat orang lain dapat berbilion.

    Nak sokongan, boleh guna tactic Cash Is King. Tapi kalau desas desus pasal dia itu betul, itu mencerahkan harapan Najib di ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, one-track mind ye? Bolak balik, sampai ke Najib jugak. Tu le, jangan femes sangat. Femes arah ke situ.

      Delete
  6. Itu lah dengki namanya, expert sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak expert, ha nya gunakan otak je.

      Tak tau ke dalam politik, all is game? Tak tau ke ada politikus Malaysia tembak mati political opponent dia di Gemas dulu? Itu bukan dengki lagi. Itu dengku.

      Delete
  7. Penggunaan otak yg berasaskan sifat dengki, juga political game yang bersifat dengki. Juga certain political supporters yang bersifat dengki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat, kau nak cakap pasal politik ke nak cakap pasal main guli? Dengki pulak dalam politik. Kau tak pernah dengor kill your opponent politically ke? Aishhh...

      Delete
  8. Statements made by some opposition political leaders such as Rafizi, Mat Sabu, Lim Kit Siang, Khalid Samad, Tony Puan and many more lead towards the existence of " hatred syndrome" promoted the opposition leaders.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tunggu pembangkang ckp. Kita baca lah sendiri info yg bertebaran kat internet, pastu pandai2 la tapis. Yg mana dh keluar utk tindakan mahkamah kita ikut perkembangan. Yg mana ada persoalan, kita tunggu jawapan lg. Jawapan berbagai2... Lama2 rasa kelakar gak.

      Delete
  9. dah takda modal fitnah lagi ke ? elok korang protun ni semua pakat ramai2 go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooi go fly kite yg bangang and pemakan dedak low class...
      kami rakyat malaysia yg tak akan makan dedak and bermaruahdemi bangsa, agama and negara tak akan fitnah sapa sapa termasuk boss hang najib kamjat and harami no 1....
      satu dunia tau pasai najib harami nie and ingatlah sikit tentang hukum makan duit haram nie!
      kami akan terus sokong org yg jujur and ikhlas seperti TUN M and bukan penyamun and penyangak macam boss hang najib kamjat.
      jng lupa remind boss hang utk saman WSJ hari selasa depan....berani ? ada teloq ?
      tengok reporter pun lari ....kah kah kah
      reporter TV3 suku ok.....

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...