Monday, September 26, 2016

MELAYU TIDAK PECAH, YANG PECAH TEMBELANG UMNO (3)

MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.

Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!


http://www.kedahlanie.info/2016/06/kepada-pas-umno-sudah-sudahlah.html?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&m=1

19 comments:

  1. MELAYU TIDAK PECAH, YANG PECAH TEMBELANG UMNO (4) MUDAH LUPA

    Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan seorang Melayu yang mudah lupa kerana tidak mengenang jasa UMNO dan sokongan ahlinya suatu ketika dulu hingga mampu memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD dah pesan. Jangan jadi batu api. Kalau blog ni kira komen sokong je dah jadi jalan sehala boleh menuju jalan mati. Mana ada Spice of life. Kena ada komen contra baru seimbang. Block CTS lebih terbuka dari blog KD.

      Delete
    2. Sdra KD Yg dihormati, Assalamualaikum....

      Saya sedang meneliti/mengkaji lubuk fitnah & temberang, sumber segala spinning pihak pro Najib yg asalnya datang dari Raja Putar Klentong (RPK). Saya syorkan pd semua teman2 seperjuangan tiap hari melayari blog puaka ini kerana dari sinilah si Salleh Ndas Mu Krewak beserta blog2 pemakan dedak Najib spin cerita (termasuk sekor beruk tunggal).

      Bila mereka percaya & taksub dgn temberang RPK, bererti mereka2 ini percaya Najib & Rosmah adalah mastermind pembunuhan Altantunya kerana RPK yg buat SD dan bersaksi akan kejadian tersebut.

      La nie RPK & gerombolan2 buat cerita dongeng kononnya...

      - Tun Mahatir membawa diri ke London dgn hati keciwa setelah misinya gagal, tak diperkenan & dimurkai oleh Sri Paduka Agong

      - Tun Mahathir menawar ceasefire untuk berdamai dgn Najib

      - Penarikan saman Husam/Mathias & Ainina bukti UMNO dah menang

      Saya sedang mengkaji semua bahan2 temberang RPK. Saya akan susuli dgn menangkis temberang2 mereka & tunjukkan betapa bengapnya mereka yg kurang cerdik boleh termakan sampah sarap yg dihidangkan oleh RPK. Mana logiknya...RPK berada nun jauh beribu batu (London) tapi bukak temberang seolah-olah dia berada di tanah air. Itu sah2 hanya persepsi & andaian kosong semata-mata.

      Sementara itu, Wajib kita tonton di You tube: Dr Mahathir in London, September 2016: Conversation with IDEAS.
      Bersaksilah bagaimana Tun tak lari bila dihujani soalan2 malah dgn tenang menjawab hingga mendapat tepukan gemuruh. Beliau yg dikatakan Kejora Tua Nyamyuk, tetap segar bugar malah para hadhirin terkejut melihat insan berusia 91 tahun tetap berkarisma seperti seorang remaja.

      Wajib tonton di You tube: TV UK malukan Najib tatkala berucap di London
      Bersaksilah bagaimana Najib melarikan diri dari wartawan. Najib ducking for covers, how typical of him, bloody coward, like his protege, Beruk Tunggal Kejora.

      Salam perjuangan demi Agama, Bangsa & Tanah Air.

      Delete
  2. Bukan denial syndrome tetapi kita kena buang jauh jauh sifat suka buat fitnah, inilah yang menjadikan Melayu lemah.

    ReplyDelete
  3. Bukan denial syndrome tetapi kita kena buang jauh jauh sifat suka buat fitnah, inilah yang menjadikan Melayu lemah.

    ReplyDelete
  4. buang yang jauh sifat suka fitnah,, yang lagi besar buang jauh jauh sifat suka menyamun suka rasuah menjual bangsa dan tanah air sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buang jauh jauh sifat jadi peguam negara dan hakim. Kena sedar diri hanya tukang komen di blog KD ..jgn terlampau perasan boleh jatuhkan hukuman.

      Pastu jgn pandai2 buat analisis UMNO bakal kalah sedangkan semua PRK UMNO yg menang.

      Delete
  5. Fitnah terbesar tetntulah 42 billion hutang yg lesap..Malaysia bankrap dan 2.6 Billion bknya derma saudi.

    Cuma KD meletak syarat yg cukup ketata antaranya nama sebenar dan i/c agar KD boleh saman.

    Kali ini aku gagal la tak berani nak lawan KD takut hujah tak kuat nnti kena saman.

    ReplyDelete
  6. Kita patut sedang sedang, hormat menghormati dlm memberi pandangan, no maki no hamun walaupun pada penyamun no. 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke aku tulis ayat penghinaan kpd perdana menteri negara Islam malaysia yg sah,?

      Jangan buat bodoh..Siapakah yg mula menghina pemimpin kami.. Nak ke aku bagi link semua2 komen2 kau dan rakan2 KD bermula sejak 2013?

      Delete
    2. Berani kerana benar, apa nak dikhuatiri atau ditakuti kalau kita memang berkata yg haq? Usah jadi macam Beruk Tunggal Kejora berlagak macam jaguh tapi baling batu sembunyi tangan, tak berani bertanggung jawan di atas perbuatannya. Siang malam, di sana sini melalak dgn komen/pantun maki hamun lucah sampah tanpa hujah/fakta bernas.

      Delete
  7. Kita patut sedang sedang, hormat menghormati dlm memberi pandangan, no maki no hamun walaupun pada penyamun no. 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau boleh hina apa sahaj..penyamun ke pencuri ke hakikatnya kau MESTI bergantung pada WSJ.

      Kalau dahulu harapan tinggi kau tentulah Tun Mahathir tetapi jelas isu 42 biliion ja dah penipu besar,

      Apa2 hal bersabarlah dgn keputusan mahkamah SWISS, Singapura ,DOJ dan 4 negara yg lain. Cuma aku harap kau mesti beri ketaatn yg tinggi kpd mahkamah 7 negara tersebut bukan apa ...ingat senang ke nak siasat ..audit malaysia pun setahun KD.

      Aku kalau kau tulis ja maki 7 negara tersebut lambat macam siout siasatanya..siap la aku maki balik.Ingat bg penghormatan kpd agensi negara tersebut.Mereka ikhlas memperjuangkan hak2 rakyat malaysia.

      Delete
    2. Saya ada mesej khas untuk sekor beruk tunggal yg sering berak bersepah merata di sana sini. Udah2 ler menamar & berlakon.

      Kejora....

      Take my word & hear me good ...I SHALL RELENTLESSLY LAMBASTE YOU whenever you appear with your stupid & vulgar post. Keparat kamu, kenapa kamu kelmarin di blog Putra Merdeka membohong. Kamu kata nama kamu 'Kejora Bin Musytari' tapi masih pakai 'Tanpa Nama'. Besar punya penipu harami, jgnlah cuba2 nak kelirukan orang dgn macam2 samaran, faham....!!!!! Kamu akan terus ku jejakki biar dunia tahu betapa pembohong & pengecutnya kamu, tak tumpah macam idola kamu si Najib.. That's endurance on my part and you can be rest assured of that.

      Nama ku Othman @ Othaman Bin Hj Ahmad Arbaie bin Hj Fadzli Bin Hj Shafiee.
      Apa nama mu wahai Kejora, takkan sebagai pejuang kebenaran masih nak pakai nama samaran 'tanpa nama' lagi...atau kamu nie memang pengecut takut besok2 bakal dicari & didakwa kerana dah terlalu biadab, memaki-carut, mentohmah membabi buta tanpa bukti.

      Nah...kamu bukan main kuat temberang menjaja di sana sini konon Tun Mahathir dimurkai oleh DYMM Yg Di Pertuan Agong sebab nak jatuhkan Najib tidak ikut peraturan & perlembagaan. Sekarang kamu jawab kenapa Najib & puak2nya cuba temberang dgn fuckta di dalam Kenyataan Najib ituyg amat meragukan:-

      - Kenapa Kenyataan itu tidak ada tanda tangan Najib?
      - Dalam perenggan pertama, PPBM disebut sebagai Parti Pribumi Perkasa Malaysia sedangkan namanya yang betul ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Pribumi Perkasa adalah NGO milik Ibrahim Ali.

      - pertemuan Tun Mahathir dengan Yang Dipertuan Agong dikatakan berlangsung di Istana Bukit Malut, Langkawi walhal yang diberitakan sebelum ini ia berlaku di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

      - jawatan sebenar Tun Mahathir ialah Pengerusi dan bukan Penasihat PPBM.

      - dalam perenggan ketiga PPBM bertukar menjadi PBBM.

      Kenapa, mengapa, kenapa....????

      Delete
  8. 9.46
    saudara anggap fitnah sebab money trail yang dikemukakan tidak dipercayai oleh tuan. Mana bukti duit tu dari tok arab? yang kita tahu, najib cakap, zahid hamidi cakap dan menteri2 lain cakap campur dengan surat dari tok arab tu..betul kan? itu je bukti yang saudara pegang. cakap dah pulangkan duit 2b lebih..dia je yang cakap..ikut money trail, memang dah pulangkan, pulangkan balik ke tanore finance, owner dia tok arab cina malaysia..mana transaksi..sekadar cakap je, saudara kira dah betul..air liur saya pun ada tuan..saudara patut jumpa najib, minta dia bawa balik jho low..bawak balik untuk disoal siasat..kalau PM betul, kenapa laporan PAC di osakan..biar rakyat baca..biar rakyat menilai..kalau dia betul, kenapa BSI bank di Singapore diarahkan tutup? kenapa 7 buah negara siasat? boleh tolong berikan penjelasan yg ilmiah? jgn jawab sebab campurtangan kuasa asing pulak..itu jawapan budak sekolah pun boleh jawab...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra 9:46,

      Syabas & tahniah di atas peluru penangkis sdra bagai boomerang tepat ke muka Kejora.

      Izinkan saya menambah...

      Dari jumlah pinjaman riba duit Yahudi RM42 bilyon, hanya RM2.6 bilyon saja pulang ke Malaysia, tapi...itupun tersesat ke akuan bank peribadi Najib yg mulanya dinafikan & akhirnya mengaku duit derma dari Arab Dogol. Pening memikirkan macam mana di luar negara, duit berbilyon-bilyon boleh tersesat ke akaun sykt kepunyaan Jho Low & sekor Arab Dogol Abu Dhabi. Alih-alih... Reza anak Rosmah yg nganggur jadi bilyonair, jadi producer filem Hollywood serta memilikki apartment mewah, rumah bungalow, jet pribadi, kapal mewah, hotel di Amerika & Eropah. Hingga lukisan2 berharga US$berjuta-juta mampu dimilikki. Itu belum lagi termasuk bayar hutang judi US$ratusan juta di kasino2 oleh Jho Low & anak kesayangan Rosmah, si Razi. Lingkup negara kena tanggung biawak hidup & skandal penipuan terbesar dalam sejarah dunia.

      Delete
  9. Saudara KD, saya cadangkan agar saudara tetapkan setiap pemberi komen perlu menyatakan identiti mereka yang berdaftar samada dengan google dan sebagainya (bukan anonymous) agar mereka bertanggungjawab dengan apa yang dikomen. Komen dari anonymous boleh dihapuskan sahaja.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...