Google+ Followers

Thursday, November 10, 2016

DI MANA SUARA WANITA UMNO SEKARANG (?)

Srikandi PPBM memandang kejayaan Donald Trump sebagai suatu petanda bahawa

masyarakat hari ini ingin lari dari kepompong ahli politik konvensional. Masyarakat mahukan perubahan. Mereka tidak lagi percaya kepada ahli politik.

Donald Trump lebih dikenali sebagai taikun perniagaan daripada seorang ahli politik. Dia dilihat sebagai seorang individu pragmatik yang tidak lahir dari acuan politik. Dia lahir dari empayar perniagaan.

Saya tidak melihat persaingan antara Clinton dan Trump dari perspektif polisi Democratic Party atau Conservative Party. Saya juga tidak terlalu ingin menjuruskan penilaian saya kepada manifesto kedua-dua mereka, tetapi kepada latar belakang kedua-dua calon.

Begitu juga di Malaysia, saya melihat kepada keputusan PRU13 di mana masyarakat telah memilih ramai calon dari parti pembangkang kerana mereka mengenengahkan muka- muka baru yang tiada baggage politik. Muka- muka baru yang asing dari dunia politik menjadi pilihan rakyat kerana mereka muak dengan ahli politik.

Saya berpendapat keputusan PRU14 di Malaysia juga akan terus mendapat tempias keputusan pilihanraya presiden US dan PRU13. Rakyat hilang keyakinan kepada ahli politik dan mereka mahukan muka baru bernafas segar.

Bagi pihak Srikandi PPBM, kami melihat trend kehendak rakyat ini dengan serius. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM akan secara meluas menampilkan muka-muka segar dan muda yang berketrampilan dalam membentuk ombak baru yang sangat besar menjelang PRU14. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM in shaa Allah akan diumumkan minggu hadapan.

Anina Saadudin
Ketua Srikandi PPBM

2 comments:

  1. Seri kendi bersuara..... kamu jangan jadi kendi org tua lah ainina.... kendi org tua ialah tempat dia meludah jer

    ReplyDelete
  2. Seri kendi bersuara..... kamu jangan jadi kendi org tua lah ainina.... kendi org tua ialah tempat dia meludah jer

    ReplyDelete