Google+ Followers

Saturday, November 12, 2016

KEGIGIHAN TUN MENYATUKAN PEMBANGKANG MEMBUATKAN ADA PEMIMPIN KURANG SELERA SEX

TERKINI:

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Zikri Kamarulzaman
13 Nov 2016, petang 4:43 (Dikemaskini 13 Nov 2016, petang 4:49)

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan DOT DOT DOT mereka," katanya.

Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.

Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.


"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.




POSTING ASAL:

Kalau kita melayari blog blog pro penyamun,  tidak banyak fakta diberi untuk menjawab persaolan rakyat.

Hutang 1MDB belum selesai,  hutang baru dibuat bertujuan menutup lubang lama...
Gali lubang,  korek lubang...
Bukan pelaburan yang dibawa balik tetapi bergaya bermewah dengan hutang.

Itu yang dilaung gegak gempita sebagai KEJAYAAN,  patutlah sakan menari menyanyi...
Sukaria meraikan kejayaan,  melihat rakyat diperbodohkan.

Ditambah dengan hujah Pemimpin, landasan keretapi pantai timor akan menurunkan harga barang !!!.
Kaldai pun tersenyum...

Selain dari kurang fakta,  copy paste berulang ulang antara satu blog dengan satu blog... Hakikatnya mereka tahu,  komen tajam yang masuk tidak disiarkan.  Bolehkah mereka berbohong pada diri sendiri sekadar sesuap dedak untuk dibawa bekal nanti...

Celik sahaja biji mata, otak mereka terbelengu dengan BERSATU dan Mahathir,  apa nak cakap biar boss suka!
Tidor malam tadi pun,  tak cukup.. Lari lintang pukang dikejar bayangan Mahathir...

Ada pula Menteri yang buasir agaknya bila suruh Mahathir cermin diri.. Sendiri pun macam rumah tak siap.

Sudah tentulah cermin Tun Dr Mahathir adalah pusaranya sendiri, mati sebagai pengkhianat?  Penyamun?  Atau kekal sebagai pejuang yang mengenepikan kepentingan dan kesenangan diri sendiri dan keluarga semata mata demi masa depan ugama,  bangsa dan negara.


Kini kegigihan Tun berusaha untuk menyatukan pembangkang sekaligus akan membawa PAS ke pangkuan Harapan cukup merisaukan.
Harap harap janganlah sampai ada pemimpin terjun Jambatan.




# MCA SUKA KUNING BERSIH

12 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kit siang kata..."mahathir penyamun, diktator dsbnya"...

    Nurul ijah kata..."takkan maafkan apa yg mamak lakukan kpd keluarga dia"....

    Mat sabun kata..."mahafiraun"....

    Mamakdey kata..."kit siang rasis, mat sabun suka kacau bini org, Nurul ijah berbapakkan peliwat"....


    Hari ini segala lendir dan kahak itu disatukan. Bersatu...utk sama2 dijilat sampai licin.....KAHKAHKAH....

    ReplyDelete
  3. dlam kata kata tu ada ke perihal mencuri duit rakyat... hahaha najib akan disebut kletokrasi samapai ke anak cucuk... ko muliakan la dia sekarang... kelak walau dia di dlm kubur akan tetap dicemuh... sayangnya anak Tun Razak jadi begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangnya sekarang perangai anak melayu serupa Sabri ..... dok hitung kifarah orang kifarah sendiri meraikan fitnah dilongkangkan.

      Delete
    2. Sayangnya sekarang perangai anak melayu serupa Sabri ..... dok hitung kifarah orang kifarah sendiri meraikan fitnah dilongkangkan.

      Delete
    3. hahaha menghitung kifarah org??? itu apa yang akan terjadi kelak... trust me... jgn sampai masuk dlam buku sejarah SPM dah la...

      Delete
  4. Kenapa kita percaya Najib curi wang 1 mdb. Tapi bukti satu paper A4 pon kita tak tengok dengan mata kita. Kenapa kita perchaya? Perlu kah kita perchaya? Kalau tak percaya adakah kita berdosa? Kalau perchaya adakah dapat pahala? Manusia mana layak kata kita dapat dosa atau pun dapat pahala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah tengok lain... duit 2.6b tu je ckup....
      1.bodoh la kalau ada duit tu dlm akaun sy.. sapa ckp ye..
      2. duit derma dr pak arab ,,sape cakap ye..
      3.duit derma dr bkn sorang pak arab... sapa cKAP YE..
      BTK LAGI ALASAN bodoh utk menutup perihal 2.6b

      ini bukan org lain cakap tapi si penyamun munafik tu cakap..
      ko pulak apa pandangan ko tentang 2.6b tu.. jgn kata ko yg bg dah la.. huhu

      Delete
  5. Kenapa kita percaya Najib curi wang 1 mdb. Tapi bukti satu paper A4 pon kita tak tengok dengan mata kita. Kenapa kita perchaya? Perlu kah kita perchaya? Kalau tak percaya adakah kita berdosa? Kalau perchaya adakah dapat pahala? Manusia mana layak kata kita dapat dosa atau pun dapat pahala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tak curi wang 1mdb bro.. najib curi wang rakyat dan wang yang akan dibayar rakyat melalui 1mdb.. salah tanggapan ko tu.. 1mdb mana untung???

      Delete
  6. Ted.... dia orang ni jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? Mana satu ungkapan yang paling tepat.... tak jadi masuk Harapan.... atau Tak ada Harapan.... hehehehehehehehe

    ReplyDelete
  7. Ted.... dia orang ni jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? jadi ker tak jadi neh.....? Mana satu ungkapan yang paling tepat.... tak jadi masuk Harapan.... atau Tak ada Harapan.... hehehehehehehehe

    ReplyDelete