Friday, November 4, 2016

KENAPA PAS MASIH NAK MENARI SILAT PULUT DAN BUKAN PUKUL GENDANG PARANG..



Pemimpin PAS kini sudah jadi corak kain batik Kelantan atau kain sutera tenunan moden Terengganu,  pelbagai corak dan warna.

Imej jubah serban sekadar pakai kerana yang lama masih ada,  lebih ke arah sedondon dengan senyum dan hati berbunga bunga macam baru dapat bini muda remaja.

Taksub tok guru dan ulama, masih ada asal jangan sampai hilang di mata, pudar sama saatnya pemergian Nik Aziz.

Kalau dicalonkan Bapa Perubahan,  Bapa Kebebasan,  Bapa Penasihat,  Bapa Permodenan tidak ada calon yang sesuai selain Hadi Awang.

Sebab itulah kalau terdengar pra syarat PAS mahu bergabung dengan Pembangkang dengan syarat Hadi sebagai PM sangatlah layak,  molek berketepatan..

Mudah mudahan reputasi dan maruah menjunam Malaysia di mata dunia angkara pemimpin umno dapat segera dinaikkan semula oleh Naib Presiden Ulama Islam Sedunia.

Muhyiddin bukanlah calon yang paling tepat 100% sebagai PM jika Puterajaya ditawan kalau mahu dibandingkan dengan Hadi Awang.
Kalaupun Lim Kit Siang itu di melayukan,  pun tidak tertanding dengan Hadi Awang yang bukan sahaja banyak pengalaman tetapi juga sepak terajang,  Sepenggal MB Terengganu jangan dilihat lemah dan kurang,  tapi lihat kepada PAS Terengganu yang masih tabah hingga sekarang.

Atas alasan itu,  kekuatan itu pemimpin PAS jangan bersikap isteri cerai hidup atau suami mati bini dalam berpolitik.

Jangan parti, hidup segan mati tak mahu diajak jadi teman,  jangan berkawan dengan parti kelepek takut bini sendiri terlepas pada kawan..
Carilah yang sama padan..  Masuk dijemput pergi ditahan.

Pandai pandailah layan anak abu yang merajuk pilih jalan,  bertegur tegurlah dengan musuh yang kini bukan lagi abang besar...

PAS sewajarnya berjalan ke depan,  tunjuk jalan,  mengepalai setiap peperangan dalam situasi sekarang...

JANGAN SETIAP KALI ADA PELUANG,  PAS KEKAL CERDIK TAPI TAK BOLEH DITUMPANG...



4 comments:

  1. Ha..macham ni la Kluangman..nampak bertenaga sikit. Tak kontot dah. Anyway ngko agak2 Hadi ni peduli ke tulisan ngko ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hari hari guna beg tangan birkin, boring jugak, sesekali nak juga petaling street..

      Delete
  2. Ada hamba Allah yang sentiasa menghidu juboq kluangman Perangai anjing, monyet dan lain2 binating!

    ReplyDelete
  3. Ayah ni mula EMO. Bahasa lain macham je. Ada bakat Ayah Pin nih

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...