Tuesday, December 6, 2016

MENDEKATI DAP ATAS JASA BAIK UMNO.

Jika hari ini makin ramai Melayu dan Islam boleh menerima DAP sebagai komponen Pakatan Harapan dan semoga boleh digabung menjadi Pakatan Bersatu di PRU kelak adalah semata mata kerana jasa baik pemimpin UMNO dan parti itu sendiri.

Malah PAS sendiri lebih awal membuka jalan membolehkan DAP didekati oleh Melayu dan Islam.

Malangnya kerana PAS gagal berpolitik secara bijak, parti tersebut gagal bersaing untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan DAP. Kalau PKR boleh,  kalau PAS Selangor boleh  !!!! kenapa pula PAS Pusat kecundang.....
Faktornya adalah Hadi.

Selepas ketiadaan Anwar, kini peranan kompromi dan penyelaras yang sepatutnya diambilalih oleh Hadi kini beralih tangan kepada Mahathir.

Itu tolak tuah namanya,  PAS sudah lama sepatutnya mengetuai sesuatu pakatan atau gagasan,  sampai bila asyik nak jadi pak turut,  tukang cuci...

Kehadiran Mahathir ke Perhimpunan DAP satu petanda penyatuan yang semakin hampir antara PKR, AMANAH,  BERSATU dan DAP itu sendiri,  sudah dikira tiada rintangan.

Samada PAS akan bersama atau tidak yang lebih rugi adalah PAS itu sendiri,  pak pandir moden,  bersampan menyanggah arus.
Hadi sedang berenang bersama buaya ganas yang disangkanya jinak.



Jika bukan kerana akhlak buruk,  skandal dan kesetiaan membabi buta di kalangan pemimpin umno,  sudah tentu DAP masih tidak diterima.

Sepatah kata Nazri,  dia lebih suka berkawan dengan DAP dari MCA kerana orang cina sendiri tak suka berkawan dan sokong MCA.

Bukan satu dosa kalau sekadar berkawan dengan DAP tanpa alpa,  daripada bersubahat dan bersetuju dengan segala bentuk maksiat, jenayah dan penyelewengan yang paling dasyat dalam sejarah politik tanah air.

Terima kasih umno.

24 comments:

  1. KD!
    Semua dah sedia Maklum yg pas adalah parti yg bahalol and Teramat bodoh sekali.
    Kalau Fazil Noor or Nik aziz Ada, pas Tak Akan jilat ludahnya terhadap umno
    Abakan daya pemimpin dan ahli pas pun macam tv3suku jugak...bahalol teramat sangat !!!
    Hidup bersatu, hidup pakatan !

    ReplyDelete
  2. Terbaru dari blog Tun Mahathir
    KERAKYATAN
    6 Dec 2016

    1. Menteri Besar Johor berkata bahawa tuduhan saya bahawa 700,000 orang asing akan mendapat kerakyatan Malaysia tidak munasabah.
    2. Itu MB Johor. Itu bukan Perdana Menteri Najib. Kalau sebelum Najib menjadi PM saya tuduh bahawa ia akan mempunyai 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadinya di Ambank, siapa yang akan percaya. Orang akan kata saya gila.
    3. Tetapi hari ini semua dunia tahu yang Najib telah lesapkan duit itu dari 1MDB yang ditubuh dan dikuasai penuh olehnya. Ya. Memang MB Johor tidak tahu. Memang ahli-ahli UMNO yang hadir dalam mesyuarat agong UMNO tidak tahu kerana telinga dan mata mereka telah disumbat dengan dedak dan mereka hanya boleh dengar cakap-cakap Najib dan konco-konconya schaja.
    4. Tetapi dakwaan yang Najib lesapkan duit 1MDB kedalam poketnya memang benar, walaupun jika dakwaan ini dibuat sebelum ia menjadi PM, tidak siapa pun akan percaya.
    5. Ya. Memberi kerakyatan kepada 700,000 orang asing memang bunyi tidak masuk akal. Tetapi Najib biasa membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal, yang luar biasa.
    6. Dizaman Najib, orang yang membuat laporan polis berkenaan duit yang dilesapkan oleh Najib, disoal oleh polis, dimasuk dalam tahanan, dan dihadap ke mahkamah bersama dengan peguamnya atas tuduhan sabotaj ekonomi.
    7. Tak masuk akal. Bercanggah dengan undang-undang. Tetapi ini sudah berlaku.
    8. Laporan berkenaan dengan jenayah Najib oleh Bank Negara, MACC, Auditor-General didakwa oleh Pendakwa Raya tidak punyai bukti Najib melakukan apa-apa kesalahan, tidak dibenar mahkamah membicara kes, didakwa bahawa laporan ini rahsia Kerajaan, dan Pendakwa Raya menghalang sebarang penyelidikan dibuat berkenaan salahguna wang 1MDB.
    9. Semua ini, perkara-perkara ganjil, luar biasa, bertentangan dengan undang-undang, tidak pernah berlaku tetapi sudah berlaku dibawah pemerintahan Najib.
    10. Dan berpuluh lagi perkara yang tidak masuk akal sudah pun berlaku, dibawah pemerintahan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11. Sebab itu dakwaan bahawa 700,000 orang asing ini akan diberi kad pengenalan, di daftar dan mengundi dalam PRU 14 tidak begitu ganjil atau “rubbish”. Najib boleh melakukannya.
      12. Hari ini pun sudah ada kes pelawat asing memiliki passport negara lain tetapi I.C Malaysia. Dalam negara Cash is King Najib, pegawai boleh disogok atau cara-cara lain dibuat untuk memberi IC Malaysia kepada 700,000 orang asing yang akan bermastautin di Johor.
      13. Bloomberg melapor bahawa di sekeliling JB terdapat 60 project yang boleh diduduki oleh 1½ juta orang. Siapakah yang akan mengisi bangunan pencakar langit di kawasan Iskandar ini.
      14. Masuk akalkah jika orang Johor, Melayu, Cina dan India seramai 1½ juta berpindah untuk tinggal dalam projek-projek mewah ini. Tak masuk akal.
      15. Untuk 1½ juta orang asing tinggal di sekeliling JB masuk akal. Kononnya nak tinggal hanya 3 bulan musim sejuk sahaja. Sudah ada syarat dan perjanjiankah? Bolehkah kita gambarkan 700,000 orang terbang ke Johor untuk tinggal 3 bulan dan lepas itu 700,000 orang ini terbang balik dan tinggal bandaraya Iskandar JB kosong selama 9 bulan. Fikirkan 1½ juta manusia mengosongkan bandar, pangsapuri, kedai, kilang selama 9 bulan. Sunyi senyap Johor Bharu. Masuk akal?
      16. Jika 1½ juta orang asing ini pilih untuk tinggal, untuk bekerja untuk berniaga, untuk melahirkan anak sepanjang tahun dapatkah Mohamad Khalid MB halau mereka keluar.
      17. Kalau tidak dapat halau keluar mereka, apakah status mereka. Apakata kalau mereka tuntut untuk jadi pemastautin tetap. Apakata kalau mereka tuntut kerakyatan Malaysia.
      18. Apakata kalau senyap-senyap mereka diberi IC Malaysia sebelum PRU 14.
      19. Mustahil! Tidak. Najib terdesak. Baginya membuat undang-undang untuk memiliki kuasa penuh, tangkap dan kurung orang, menamat jawatan, menyogok wang, mengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menekan orang, bahkan Badan Pencegah Rasuah untuk menakut rakyat sudah diamal olehnya. Setakat memberi IC, mendaftar sebagai pengundi 700,000 orang asing adalah perkara biasa baginya. Mungkin tak sampai 700,000, mungkin lebih bukan masalah bagi Najib.
      20. Melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbillion Ringgit baginya tiada masalah. Apabila Presiden Amerika, dihadapan Najib, menyindir tentang penipuan yang dilakukan olehnya, senyumannya kekal dibibir. Tak ada berasa malu sedikit pun.
      21. Kes membasuh bersih duit yang dicuri dari 1MDB sehingga Malaysia dikenali sebagai di antara 10 negara rasuah terbesar didunia, kes anak tiri dituduh mencuri ratusan million dollar Amerika untuk membuat filem lucah, tidak sedikit pun menimbul rasa malu oleh Najib.
      22. Mat Salleh kata orang ini “has thick skin” mempunyai kulit tebal. Tak tahu malu langsung. Memalu negara dan rakyatnya okay. Asalkan boleh jadi PM.
      23. Jika sogokan dan penipuan dilakukan dalam pilihan raya, itu pun okay.
      24. Sebab itu bukanlah mustahil jika 700,000 orang asing mengundi dalam PRU 14.
      25. Kepada Mohamad Khalid, Menteri Besar Johor, saya ucap tahniah. Awak akan dapat 1 ½ juta orang asing di sekeliling awak. Mereka kononnya tidak akan menjadi rakyat. Tetapi mereka akan berada di sekeliling kamu.
      26. Hanya dengan adanya 1 ½ juta orang asing di Johor, akan menjadi masalah kepada kamu. Lihat apa jadi kepada Singapura. Hanya kerana komposisi penduduknya tidak seperti di Malaysia, kita terpaksa keluarkan Singapura dari Malaysia. Apabila JB dikelilingi oleh 1 ½ juta orang asing apakah kita akan merdekakan wilayah Iskandar. Na’uzubillah.
      http://chedet.cc/?p=2361

      Delete
    2. Ted...

      Ko tak percaya Najib curi duit kan? Boleh share fakta2 dan bukti2 yang buat ko still percayakan si Klep tu...yang aku tau, 1 surat dari Raja ke @ Anak raja @ duit dari ramai penderma (zahid hamidi cakap). Selain dari 1 surat tu pe lagi bukti kukuh yang buat ko terus membalacikan diri terhadap najib..Ni nak berbincang ni..bukan bergaduh..berbincang secara ilmiah...boleh?

      Delete
    3. Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 1 : (Diam)

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 6 : Saya akan saman WSJ pada hari Selasa.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 7 : Yahudi sedang menyerang Malaysia.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak guna akaun sendiri untuk terima wang.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tak wujud.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma.

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu tak dapat duit derma sebanyak itu.

      Soalan: Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 15 : Duit itu guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 16 : Duit itu guna untuk melawan IS

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 17 : Duit itu guna untuk melawan DAP YAHUDI

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 18 : Duit itu bukan duit rakyat, jangan dengki dengan rezeki seseorang

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 19 : BERSIH juga menerima duit derma

      Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
      Jawapan 20 : jangan ganggu pentadbiran Najib, zaman Tun sudah berlalu

      Delete
    4. Ted...

      1. Najib mengaku duit masuk dalam akaun dia. Dari mulut dia sendiri. Ted tak tahu ke? Sbb duit ada dalam akaun dia cakap duit derma.

      2. Jawapan itu wujud tp telah ditutup. mmg atas nama dia pun. Penah ke najib nafikan pasal akaun tersebut. Duit dari akaun tanore milik tan kim loong.

      3. Nama di WSJ silap tak memberi kesan kalau nama pemilik ambank betul.

      Ceh jawapan merapu rupanye ted..jawapan tak kukuh. sekadar mengulang jawapan2 yang diberi dengan air liur. So sad bro. Itu pun saudara sokong. Ini maknanye saudara menyokong membabi buta je..

      Kesimpulan : Ted Manof hanya seorang biasa yang hanya mendengar tanpa berfikir.

      Delete
    5. Ini petikan ucapan perpisahan presiden Obama di Peru baru2 ini berhubung pendirian & dasar Amerika terhadap negara2 antarabangsa. (The farewell speech by Obama at the press conference in Peru which covers the U.S position and policies worldwide).

      Obama's speech includes the following.....“And so what I would say would be that we all share responsibilities for improving that order and maintaining it, and making sure it’s more inclusive, and deliver great hope and prosperity for more corners of the world. We all have responsibilities – every nation – in respecting the dignity and worth of their citizens. And America can’t do it all for everybody else. There are limits to our reach into other countries if they’re determined to oppress their people, or not provide with education, or siphon all development funds into Swiss bank accounts because they are corrupt. We’re not going to be able to handle every problem.”

      Satu sindiran tepat kena muka Najib. Padan muka dia.....!!!

      Delete
  3. Waahhh...bukan main hebat UMNO & PAS. PM Najib berucap berdegar-degar saja macam tin kosong tanpa bukti tindakan kelmarin di himpunan solidatori ummah untuk rohingya. Sewaktu Muslim Bosnia disembelih pada tahun 90an, Tun Mahathir sendiri datang ke negara itu bersama ratusan komando Malaysia memberi bantuan dan pulang membawa bersama beratus anak2 yatim Bosnia ke tanah air untuk diberi perlindungan. Ketika warga Palestin disembelih oleh rejim Zionis Israel, Tun Mahathir menghantar isterinya, Tun Hasmah mengetuai misi bantuan kemanusian ke Gaza.

    Adakah PM Najib berani berbuat sedemikian.....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pak Othman.

      Berani apanya.. Sudahlah buat gathering pun dalam satdium, lepas tu dihantarnya Panglima ATM untuk berbaik2 semula.

      Sandiwara kuat ja. Nak tunjuk dkt orang Melayu konon dia ambil berat pasal Rohingya, padahal dia hanya nak buat retorik politik saja.

      Team bola pun tak mampu nak tarik balik apa kejadahnya nak tunjuk berani dengan Mayanmar.

      UMNO dan PAS sama2 main wayang.

      Delete
    2. Wa alaikum salam bro John.

      Komen balas anda mengingatkan saya kewujudan spesi yg menggelarkan diri sebagai Kejora.

      Delete
    3. Pak Othman, saya selalu masuk blog ni sblm ni, tapi saya tidak tinggalkan ulasan sebab nak elakkan komitmen. Di Putra Merdeka dah jadi komited. Putra Merdeka dah sengap bbrp hari maka saya muncullah di sini.

      Sebelum ini di blog ini saya perasan seseorang bernama/gelar Ted Manoff menggunakan bahasa2 kotor di blog ini sama macam Kejora di Putra Merdeka. Barangkali keduanya orang yang sama, wallahu a'lam.

      (Dulu blog ni tak boleh pakai Tanpa Nama / anonymous, dan semuanya pakai URL/link sbb tu Kejora tak muncul secara Tanpa Nama.

      Ada kelainan dengan ted manoff yang muncul di atas ini dan selalu muncul di Putra Merdeka yang anti Jibo, Ted Manoff yang saya maksudkan yang selalu muncul di sini sebelum ini adalah pro-Jibo.

      Bezanya hanya pada huruf besar/ kecil.

      Ted Manoff - pro jibo

      ted manoff - anti jibo

      Kekadang bahasa kasar, kesat dan kotoe si Kejora ni muncul juga di blog Jelapang. Busuknya tetap menyengit walaupun gunakan anonymous.

      Delete
  4. Aduh malunya belum pernah mantan pm dihina sebegitu rupa.Penyimpan mohor besar majlis raja raja telah menarik balik surat jemputan kepada tun m dn isteri belia kemanjlis perlantikan Agong dn timbalan sgong di istana negara sedikit hari lagi.Melalui surat penarikan tersebut menjelaskan ketiadaan kerusi untuk mereka berdua dn penyimpan mohor memaklumkan terlebih dahulu kpd mereka untuk mengelakkan kesipuan.Diehak penak pentaksub tun m telah membuat telahan keputusan majlis penyimpan mohor telah dipengaruhi oleh datuk seri Najib.Walau bagaimanapun berdasarkan kekeruhan hubungan diantara tun Mader dgn kalangan istana kita tidak geran perkara sebegini akan terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Tak ada mananya jatuh maruah Tun Dr. Mahathir dek jemputan beliau ditarik balik oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja2. Malah tindakan flip-flop kurang hemat itu yg akan menjejaskan reputasi pihak istana kerana ia melibatkan maruah Istana Negara terutama KDYMM bakal Yang DiPertuan Agong.

      Tun Dr. Mahathir tetap terpahat di dalam sejarah negara ini sebagai negarawan yang sangat berjasa kepada negara ini sepanjang 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang banyak kejayaan negara ini ditempa di zaman beliau selaku Perdana Menteri.

      Malahan negara luar hingga kini banyak menyanjungi dan menghargai kualiti intelektual anugerah Allah kepada Tun Dr. Mahathir kerana hingga kini Tun Dr. Mahathir dijemput untuk memberikan syarahan dalam pelbagai bidang di negara-negara luar itu meskipun kini Tun Dr. Mahathir bukannya ada sebarang kuasa politik dalam pentadbiran nrgara pun. Semasa Himpunan Bersih 5 pun Tun Mahathir ditohmah sebagai pengecut konon melarikan diri ke Sweden, walhal beliau dijemput sebagai tetamu kehormat di persidangan antarabangsa di Khartoum, Sudan bagi mendapatkan khidmat nasihat beliau. Habis persidangan itu, beliau tanpa mengira penat di usia lanjut terus bergegas pulang mengotakan jjanji kepada rakyat untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bersih 5.

      Tindakan menjemput dan kemudian menarik balik jemputan yang dibuat oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah bertentangan dengan budaya, adat, dan adab masyarakat Melayu di mana jika jemputan dibuat, tak bolehlah ikut adat kita orang Melayu untuk batalkan jemputan macam tu saja tanpa ada sebab yang munasabah.

      Penarikan balik jemputan biarlah munasabah, misalnya majlis ditunda, boleh la, tetapi jika dibatalkan dengan alasan tidak menyediakan kerusi, apakah alasan itu munasabah?

      Tun Dr. Mahathir tak ada sebarang konflik dengan KDYMM bakal Yang DiPertuan Agong. Saya tak habis fikir KDYMM bakal Yang DiPertuan Agong nak membatalkan macam tu saja jemputan yang telah diberikan kepada Tun Dr. Mahathir untuk majlis pertabalan baginda selaku Yang DiPertuan Agong itu, kerana Tun Dr. Mahathir adalah jemputan kehormat dalam majlis rasmi negara atas kapasiti mantan Perdana Menteri dan penerima anugerah Tun berdasarkan daftar jemputan kehormat majlis rasmi negara itu.

      Saya mengesyaki perkara ini berlaku akibat pemainan politik kotor dan hasutan orang tertentu yang mahu mencampurkan politik kepartian dalam majlis rasmi kerajaan tanpa mempedulikan maruah negara, istana, dan para raja dan sultan.

      Delete
    3. Darjah kebesaran Tun wajar dikembalikan kepada YDP Agong kerana mereka sendiri tidak menghormati kebesaran tersebut.

      Begitu juga dengan gelaran KD, wajar dipulangkan.

      Delete
    4. 10.49

      siapa yang tak menghormati kebesaran tersebut? Penyamun 1MDB? Penyonglap duit SRC?

      Delete
    5. Macamla jemputan dibatalkan akan jadi kudis dan menjatuhkan harga diri Tun M.

      Majoriti rakyat tetap di belakang Tun M.

      Penyamun MO1 yang patut malu.

      Delete
    6. Kejora....

      Jangan cakap ajer...pergilah desak dorang buat apa yang kamu inginkan pd 10:49 am siang malam dek kebencian kpd Tun Mahathir. Nak tengok beranikah...????

      Delete
  5. Boleh tolong jawab SIAPAKAH SEORANG ALIM YANG BERGAUL DENGAN PEMERINTAH?

    Fathui Bahri?
    Harussaini?

    Saya sungguh sedih sebab kalau apa yang ustaz fadhl noor kata itu benar, kita berguru dengan PENCURI?

    ReplyDelete
  6. 2X Najib buat lawak bodoh memaksa orang ketawa minggu ini. Pertama di Kueh PAU UMNO & kedua di Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya hingga mendapat balunan dari seorang wanita bernama Aung San Suu Kyi, dan juga balunan2 warga Indonesia kerana memaksa Presiden Jokowi mengikut rentak-lawak bodohnya..

    THIS WHAT REALLY MAKE MALAYSIA PROUD:
    Unlike Najib, we are proud our country’s stand-up comedian, Harith Iskander is set to become the world’s funniest person in the final of the international competition "Laugh Factory Funniest Person in the World" in Helsinki, tonight. Although Harith will be facing stiff challenge, he stands a good chance of winning the final as he topped the chart among the 20 semi-finalists last Sunday.

    ReplyDelete
  7. Jadi..jika mahathir cakap benar...bermakna Anwar memang benar meliwat dan juga rasuah pada zaman mahathir la kan? simple matematik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6.53,

      The answer is YES. Anwar is a sodomist. He was also involved directly or indirectly in corruption whilst in government.....no 2 way about it.

      Mahathir, anwar, lit kit siang may come from different political ideologies but they are fighting Najib on common platform. You may curse mahathir, anwar or lim kit siang but I have lived long enough as the same age as Malaya obtained its independence and Malaysia formally formed to understand proven documented evidences that NAJIB HAS IN HIS ACCOUNT RM2.6 bil (known ones). He first denied and gave thousand excuses and ayed by his umno goons. Later, admitted receiving money into his AMBANK account(s) but alleged were donations "without any return of favours".

      So we must not lose sight that the three are fighting Najib for a good cause. Tell me which malaysians are happy with 50 bil debt incurred by 1MDB? With China ERL project another 55bil and now much talked about bail out by china for repayment to IPIC over lost money on Aabar deal or what have you.

      Delete
    2. Yes I'm in total concurrence bro 11:58.

      We should look ahead with optimism that DAP & Anwar are changing for the betterment. Whereas Najib has deformed himself under the spell of the witch Rosmah from an innocent boy to World's Number One Corrupted Leader. He's getting more bold & worst but stupid as time passes by.

      Delete
  8. letih baca org2 tua menyembang.. korang pg jaga cucu lg bagus la.. ajak madey skali.. nyemak je kat sini.. g blk la kat putra merdeka sana nun..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...