Google+ Followers

Monday, February 29, 2016

KENAPA PERLU FIKIR 100 KALI...DAN SATU BERITA BAIK UNTUK ORANG JOHOR



Tidak perlu diulas panjang tentang Tun Dr Mahathir keluar UMNO kerana di era sekarang orang akan berfikir 100 kali untuk join UMNO...

Untuk menarik 10 orang join UMNO, karnival hiburan costing RM50 ke RM60 ribu terpaksa di adakan.... Untuk keluar UMNO memadai dengan hanya keputusan sebaik sahaja bangun tidor...tidak sampai satu saat.

Ulasan pemakan dedak tentang Mahathir semakin rancak, kenapa?
Signifikan sangatkah seorang tua berusia 90 tahun keluar UMNO sehingga seluruh jentera terpaksa ditingkatkan...
Bolehkah Mahathir menggugat UMNO yang sedang dipagari samseng seperti Nazri...
Pernahkah Nazri turun padang memperjelaskan sesuatu isu....
atau sekadar menyalak dari dalam kandang..

Mahathir kekuar, UMNO makin kuat...lepas ni Anuar Musa boleh tidor lena.

Kerja Zahid makin mudah, rayu PAS untuk sambung nyawa...

Kerja kunan makin senang, pecat seberapa ramai Ketua Cawangan...

Kerja Salleh makin berbaloi, sakat dan sekat sebanyak mungkin media...


Saturday, February 27, 2016

TANDA SOAL (?) PEMIMPIN PAS SUDAH SUCI...



Sejak dua menjak ini ada terbaca ke puak pemakan dedak dok balun Hadi Awang dan pemimpin PAS lain...

Senyap sunyi...

Pertama, mungkin pemimpin PAS kini lebih bersih dari pemimpin UMNO, no isue (?)

Kedua, faktor yang lebih yakin...PAS perlu dijinakan untuk sokong UMNO....
Ubah sempadan pilihanraya di semenanjung (?)

Ketiga..untuk kekal menang PRU...

Dengar khabar jentera pilihanraya UMNO tidak akan turun padang gantung bendera dan sediakan transport jika upah lumayan tidak turun kali ini.
Alasan mereka: Ketua Bahagian dapat ratusan ribu juta.. takkan cawangan dapat ciput...

Itu jawablah sendiri....
Solusi tetap ada: upah bangla, murah !!!

Apakah ini bermaksud pemakan dedak di arah henti balun PAS, fokus kondem Rafizi, Azmin, Mat Sabu dan Lim Guan Eng...

Selamat bertugas...

Sekali Lagi Ada "T" ke tidak.

Dakwaan Muhyiddin bahawa ada kes untuk Najib seperti yang dinyatakan bekas Peguam Negara merupakan satu dakwaan dan tuduhan berat.

Annuar Musa harus tidak berdiam diri, boss kena "fitnah sokmo"...buat le laporan polis.

Najib juga wajar mengambil tindakan saman ke atas Muhyiddin sepertimana tindakan yang di ambil ke atas lee liong sik.

PDRM sewajarnya menyeru laporan polis dibuat untuk membolehkan mereka siasat seperti kapasiti yang dibuat ke atas Mahathir.

Ulasan Saudara Azalina harus dijadikan asas ada prima facie ke atas Muhyiddin di bawah OSA.

Pihak berkuasa dan kerajaan jangan cakap sahaja, bertindaklah !!!

Kini Yang Tinggal Dalam UMNO Sekepala...

Mind setting kena tukar, persepsi kena seimbang...

Pembangkang itu lebih bagus.. sekarang
Sekurang-kurangnya beri mereka peluang..

Di Kelantan, Penang dan Selangor bukan hari hari pemimpin kerajaan negeri berbohong kepada rakyat..

Di Negeri Pembangkang, bukan hari-hari ahli parti mereka kena pecat kerana kritik Presiden..

Malah jika diberi pilihan, semua negeri pembangkang akan rendahkan atau batalkan GST !!!

Pemimpin PAS Kelantan tidak halalkan GST !!! Rakyat Kelantan dinafikan pembangunan dengan tiada ehsan royalti !!!

Dulu, pilihan diberi kepada UMNO - undurkan Najib !
Sekarang - pilihan sudah tiada, UMNO akan ditunjuk jalan keluar di PRU...

Ini bukan tekad sorang dua..
Tekad anak muda..
Tekad rakyat...


Sikap Pengecut Muhyiddin akhirnya terima padah juga..

Secara positifnya pecat Muhyiddin adalah jalan terbaik untuk memastikan umno diterajui oleh Presiden dan yang sekepala dengannya.

Menegur kesilapan dan kesalahan Presiden adalah salah, mirip undang rimba.

Selepas digantung, Muhyiddin dedahkan pengakuan gani patail...bukan sahaja sudah terlewat tapi kenapa jadi pengecut, kenapa tidak dedahkan sebaik sahaja mengetahuinya.....
Sikap nak jaga saki baki periuk nasi akhirnya terima padah juga.
Gani Patail akan nafikan (?) Siapa yang jadi kera sumbang !!!

Jelas, di dalam UMNO samada yang di dalam atau di luar, semuanya tidak boleh pakai untuk rakyat mengharapkan pemimpin mereka bersih, cekap dan amanah.

Jawapan tepat kepada semua ini, tunggu PRU.
UMNO bukan lagi Melayu dan Melayu bukan lagi UMNO.
Tidak ada beza mnejadi Melayu, Cina atau India di negara ini sekarang..
Atas tiada perbezaan itu, tiada perbezaan juga untuk memilih parti mana untuk memerintah !!!


Friday, February 26, 2016

PONDAN PECAT TAN SRI...



Sejarah berulang, Hang Pi Mana..

Peliwat pun sokong Najib...

Usaha Tun Dr Mahathir mengundurkan Najib akan gagal....



Wednesday, February 24, 2016

TAK PERLU EMOSI...

Kemaskini:

Semalam singgah di Kedai Nasi Lemak Sotong Kering di Segamat, ratusan dan kadangkala ribuan pelanggan harian masih lagi ujud di restorannya yang dibuka sejak 30 tahun lampau.

Berbual dengan pemiliknya, bekas orang kuat UMNO Segamat menceritakan segalanya.

Dalam ribuan pelanggannya, hasil petbualannya dengan mereka,  belum ada seorang yang sokong Najib !!!!
Satu fakta yang sukar dipercayai...

Akhir perbualan kami, katanya, dah malas nak komen, tunggu saja PRU...




"Jika DAP itu lebih memberi bahagia dan kesenangan kepada rakyat, kenapa tidak sahaja pilih parti itu menjadi kerajaan.

Jika UMNO itu menjadikan rakyat sengsara dan diperbodohkan, kenapa tidak humban sahaja parti itu di PRU nanti"

Inilah antara kata kata yang sudah menjadi viral bukan kerana orang Melayu setuju dan sokong DAP tetapi kerana pemimpin UMNO sudah dalam persepsi kurup moral dan minda.

Jika ada orang Melayu tergamak dan  sanggup memilih dan mengundi Azmin atau Rafizi....fikirkan sendiri bagaimana status dan low classnya pemimpin UMNO.

Orang-orang (sudah tidak sesuai dipanggil pemimpin) seperi salleh. kj, shahritat, nazri, annuar. mat maselan, rahman dahlan, puad sekadar seperti tikus membaiki labu.

Musa Hitam juga tidak memberi komen yang lebih cerah dan putih kecuali dari lubuk hitam kecewa dan dendam.
Tidak jelas di mana jasa Musa Hitam kecuali dikenang menderhaka kepada Sultan Johor.



Tak perlu marah atau emosi. Cermin diri.

Tuesday, February 23, 2016

Annuar Musa kena dedahkan siapa penyamun sebenarnya...

Annuar Musa kata Najib "bukan Penyamun" seperti yang digambarkan...

Hakikatnya Annuar Musa dan mungkin seluruh pemimpin pun tahu apa gambaran rakyat terhadap Najib.

Hakikatnya mereka tahu, segala hasil usaha mereka untuk memadam gambaran itu telah gagal.

Pemakan dedak yang terdiri dari penulis blog, penimpin bertaraf Menteri, KBU dan lain lain juga gagal membendung segala pandangan ini....

Jika Najib bukan "penyamun" sudah tentu Anuar Musa ada calon lain....


Monday, February 22, 2016

Nazri is nothing kecuali perosak..

Takkanlah seteruk itu penilaian GKCM terhadap Nazri....

Kalau dilihat semula era Mahathir, Paklah dan Najib, penilaian itu sukar dinafikan...

Pemimpin buruk atau bagus, grass root mempunyai penilaian yang lebih jujur...


Saturday, February 20, 2016

Tuesday, February 16, 2016

3D MENGUASAI NEGARA

Dalih
Dedak
Dungu

Nurulhidayah dah layak diasuh...



Nurulhidayah anak kepada Zahid Hamidi yang berulangkali mempertahankan bapanya di media maya sudah sewajar tanpa berlindung diketengahkan untuk terus aktif politik, diberi jawatan dan pangkat terutama dalam gerakan Puteri.


Monday, February 15, 2016

SETAKAT MANA BETUL PARTI AMANAH PARTI PERIUK BELANGA...







Satu tamparan hebat buat UMNO dan PAS yang semakin menjadi kera sumbang, dipandang lekeh dengan skandal dan ketika pemimpin PAS dilihat sauk apa saja jawatan yang ditawarkan.

Sebusuk busuk AMANAH, masih ada academician menyertai, sewangi wangi UMNO dan PAS, ada dengar yang hebat hebat sertai (?) Atau mereka memang menghalang cerdik pandai untuk betsama !!!

Bukan sedikit Ahmad Sabu difitnah, dihina dilabel oleh pemakan dedak tetapi kemaraan AMANAH dengan kesudian penyertaan tokoh akademik seperti ini patut membuka mata hati UMNO melihat dirinya sendiri di cermin yang sudah retak seribu akibat mempertahankan beberapa anasir anasir perosak.

Kemasukan 1'6 juta pekerja Bangladesh sudah tentu tidak menjadikan UMNO kuat tetapi akan terus mengkayakan perusahaan perusahaan cina yang taukenya mendukung dan menyokong DAP (?)

Menyiasat dan menangkap Mahathir Penaung GKCM seusia 80an atas asas politik sudah tentu tidak menyelamatkan parti.
UMNO sedang sakit. tenat dan begitu lemah untuk menghadapi serangan.

Apa fungsi Ketua Penerangan UMNO jika mendahului Menteri Dalam Negeri dan mahu parti berlindung menggunakan undang-undang !!!

UMNO hilang pertimbangan dan keliru dengan siapa sebenar musuhnya !!! Ketua Penerangan baru dilantik sekadar membawa UMNO ke arah pecah belah hancur.




Sunday, February 14, 2016

DIAM KALAU NAK SELAMAT - TUN

Dalam blog terbarunya Negarawan Yang Dikasihi dan Dihormati Tun DR Mahathir sarankan supaya rakyat berhenti bercakap tentang 1MDB dan 2.6B jika mahu bebas dari sebarang tindakan.

Begitu juga cadangan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan dalan pindaan OSA adalah indicator menyembunyikan sesuatu.

Tun juga sedang disiasat PDRM kerana tulisannya di blog yang lalu dan blog terbaru ini menunjukkan Tun sudah lebih bersedia dari sebelumnya.

Dengan saranan Tun supaya diam jika mahu selamat ia juga satu petunjuk bahawa jika selepas ini rakyat masih bersuara, ia adalah suara mereka sendiri. Suara yang tidak sealiran dengan saranan Tun supaya "diam"

Puak pro Tun tidak ada yang bangang, tidak ada penjilat, tidak ada prepaid dan tidak ada pemakan dedak.

Jika semuanya senada, itu hanya satu kebetulan.


DAH SAMPAI MASA, GILIRAN PAS PULA JADI KERAJAAN, UMNO KENA REDHA, KENA SOKONG...

Sejak Najib hulur diri berbaik dengan Hadi, beberapa lantikan samada bekas orang kuat PAS atau pemimpin PAS telah dibuat dalam beberapa jawatan strategik yang UMNO sebagai kerajaan berkepentingan.

Jelas menunjukkan di dalam umno sudah tidak ramai yang berbakat atau yang setia untuk dilantik.

Tunggu masa, suka atau tidak, next Nik Abduh adalah calon yang akan dapat habuan....

Semakin ramai pemimpin PAS akan diberi jawatan sehingga Tuan Ibrahim Man jadi lemas...ikut atau disingkirkan (?)

Alang alang mereka sudah diiktiraf, adalah wajar PAS direstui untuk ambilalih kerajaan umno selepas PRU kelak.

Bukan kita yang menghitung dosa pahala tetapi logiknya begitulah, sangat logik untuk PAS pula memerintah.

Kegagalan Hadi semasa jadi MB jangan diperbangkitkan semula, jika mahu dibandingkan dengan Mukhriz, Hadi lebih berjaya !!!! Sebab itulah layak menasihati kerajaan Najib...


BUDAK SURUHAN NAJIB KATA MAHATHIR ADA MASALAH PERIBADI DENGAN NAJIB...

Yang kritik PM bukan setakat Tun Dr Mahathir tetapi sebahagian besar rakyat.

Adakah rakyat juga mempunyai masalah peribadi dengan Najib (?)

Atau sebenarnya, Najib mempunyai masalah peribadi sehingga rakyat mengkritiknya(?)

Atau sebenarnya Najib telah memartikan atau mengkerajaankan masalah peribadinya (?) - Pemakan dedak kalau tak faham ayat ini, sila rujuk kepada DBP atau Amat Maselan.

Annuar Musa merupakan batang pisang baru yang dilantik menjadi kubu dari serangan todak (rakyat yang mewakili lebih dari 52%).

Apabila dilihat Hang Nadim ((Mukhriz) budak cerdik, pakat-pakat mereka nak matikan watak tersebut.

Tahap dan cabaran Annuar Musa sekarang bukanlah Tun atau Mukhriz, tetapi GKCM yang kini sedang menyusun strategi.

Walaupun ku nan memandang kecil dan remeh gabungan ini, Annuar Musa harus tidak terperangkap kerana, api kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan...


# Annuar Musa dijemput turun ke cawangan cawangan untuk memberi penerangan tanpa sambutan karpet merah.
Dengar sendiri pandangan rakyat dan jangan lupa cukupkan ilmu untuk menghadap saolan rakyat.
Bawa bersama Ahmad Maselan, Salleh Said Keruak, AG, Hassan Ariffin Pengerusi PAC, Shahrir sebagai bekalan.




Saturday, February 13, 2016

1MDB, BRIM, RM makan diri...

Apakah jika 1MDB tidak dicipta oleh Najib dan konconya, dia akan jadi PM yang terbaik di rantau ini?

Kesilapan bermula dengan BRIM dan RM..setuju?

GST 6% dan bukannya 2 @ 3% sekadar menambah luka jadi parah !!!




Friday, February 12, 2016

Apakah Najib tidak langsung merasa bersalah?

Ketidakstabilan ekonomi dan politik negara, adakah Najib 100% difitnah atau sebenarnya ada juga kebenaran di antara ratusan dakwaan yang dibuat ke atasnya.

AG juga dilihat seolah bersekongkol dan "merapu" dalam tidak membawa kes Najib ke mahkamah untuk di adili.

PM wajar diberi kesempatan membersihkan dirinya melalui undang undang !!!

Jika benar PRSM tidak mencadangkan apa apa pertuduhan, kenapa tidak didedahkan dolumen siasatan (?)

Tidak mungkin nama PM dan AG boleh bersih begitu sahaja dan dilupakan rakyat jika tidak ada tindakan susulan yang lebih kredibiliti.

Suruhanjaya Diraja atau Pilihanraya Umum yang dipercepatkan dalam masa terdekat boleh diambilkira untuk membuktikan rakyat masih sokong kerajaan sekarang yang diterajui Najib.

Thursday, February 11, 2016

BENGAP

Kemaskini:

Rakyat tidak akan tahu siapa pemimpin yang dimaksudkan kecuali dia menunjukan dirinya.

Wednesday, February 10, 2016

DAPATKAH KARPET MERAH SELAMATKAN NAJIB...



Apakah Melayu mudah lupa pasal 2.6B (?)


INI LUAHAN AKAR UMBI UMNO, BUKAN KERJAJAHAT PEMBANG...


Status: Penyewa

Ahmad Bashah kena masuk semula
tuition...

2/3 mai kot mana ?

Bagaimana nanti kalau di PRU pemasangan bendera BN dan UMNO diterbalikan tidak dapat dikawal !!!!

Monday, February 8, 2016

Apa Kata Pengundi Johor

Khalid sokong AG - Najib suci bersih.

Sunday, February 7, 2016

Anuar Musa Harapan Baru...

Status:Penyewa


Perlantikan Anuar Musa sebagai Ketua Penerangan UMNO dilihat tepat dan signifikan.

Ada aura perubahan dan sedikit harapan jika pandai jaga mulut dan bahasa badan. Ketua Penerangan parti bukan Ketua Penerangan Peribadi Presiden.

Walau dilantik oleh Presiden seharusnya ia bukan Ketua Pecacai yang melindung dan menepis segala bentuk kritikan ke atas Presiden terutama kritikan hal hal peribadi.

Presiden mempunyai mulut dan seharusnya menjawab sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung.

Langkah seterusnya berganding dengan Timbalan Presiden untuk mantapkan parti yang sudah koyak integritinya.

Sudahkah Anuar Musa mengadap Timbalan Presiden untuk berganding bahu !

Muhyiddin jangan dilihat musuh UMNO.

Saturday, February 6, 2016

DERMA DATANGNYA DARI ANAK SETAN.

Status: Penyewa

KEDAH PENGELUAQ DEDAK NUMBER ONE

Status: Penyewa

Mokata nak habaq kat hampa, Kedah bukan sahaja pengeluaq padi terbesaq tapi tak lama lagi, dah koi koi jadi pengeluaq dan pengedaq tunggal dedak yang sedang demand dalam pasaran, toke dia dok putrajaya.

Mat Bechah telah mengujudkan peluang pekerjaan dan perusahaan sekam dedak yang sangat luas walau belum seminggu jadi Menteri Besaq pada Ketua Ketua UMNO Bahagian Kedah.

Menteri Besaq di hati rakyat Kedah masih Mukhriz.

Monday, February 1, 2016

ON THE MOVE









Krisis politik UMNO Kedah, Muhyiddin menikus...

Krisis MB Kedah sama dengan krisis MB Selangor - krisis politik dan tidak sangat kena mengena dengan krisis pengurusan

Ertinya pengurusan kerajaan dengan rakyat berjalan lancar.

Ia lebih berkisar kepada suasana tak puas hati sesama mereka dan di gerakan oleh dalang.

Di mana peranan Timbalan Presiden dan Shafie Apdal sebagai Naib Presiden, di mana suara mereka dalam krisis politik UMNO Kedah.

Apakah mereka menyokong !
Apakah sekadar menjaga tembolok masing-masing !
Atau ada file besar di Putrajaya !

SIAPA YANG AKAN JOIN MAHATHIR MAKAN LIMAU...

Raya cina dah dekat, tak macam dulu, tak perlu tunggu kawan atau jiran cina bagi limau, sekarang orang melayu lebih awal dari cina beli limau ....

Mahathir mungkin sudah menyambut saranan supaya jaga cucu atau pi masjid. ..elok sangat tu.

Sekarang ni tak perlu banyak cakap, dah lebih dari cukup..elok Tun lebih memerhati, kebenaran satu demi satu mula muncul.
Tun tak perlu risau sangat pada negara samada akan lingkup atau terlungkup sebab yang patut bersuara dan berjuang telah memilih untuk diam dan ikut.

Usia emas sebegini elok Tun tidor awal dengan aman walaupun mungkin ada sesetengah orang sudah lama tidak dapat tidor nyenyak, resah dan bimbang.

Tak lama lagi Mukhrij akan join Tun makan limau sambil tengok naga menari dan pada masa yang sama ada orang sedang bersilat dalam dan luar negeri sedang memburu dan menghantui.

Sudah tentu Tun tidak terfikir, Tuhan pun depa nak tipu.. NFA !









Nak Pecat Mukhriz Pun Terkemut Kemut...

Aku pun pelik dengan UMNO ni, apalagi yang nak ditunggunya, pecat je lah Mukhriz tu..

Hakikat yang sudah tidak boleh disembunyikan, memang itu tujuan asal desakan ahmad bashah and the gang dengan restu Pusat. Tak perlulah nak selindung, nak malu-malu ..

Simpan Mukhriz dalam UMNO sangat bahaya...

Mukhriz dipecat pun, bukan siapa nak ikut, dia bukan ada pengaruhpun, bukan ada siapapun yang nak pengsan.. Mukhriz sendiripun sudah tahu risiko dipecat jika tidak letak jawatan...

Mukhriz tidak boleh salahkan parti, salahkan Najib...kalau salah pun , salah bapanya kritik Najib...yang salah Mukhriz, sebab senada bapanya...

Jadi, tunggu apa lagi.