Google+ Followers

Thursday, March 31, 2016

JAWAPAN YANG ADA KUALITI INTERNATIONAL...

Hari ini, kita ringan ringan sahaja, supaya saudara saudara seperjuangan kita tidak terlalu emosi menerima tekanan dan berita baru yang bertubi tubi masuk. Nampaknya sistem menongkah berita masuk ke dalam negara tidak berkesan.

Kalau tahu ini jadinya, sepatutnya internet tidak di ujudkan di Malaysia. Biarlah kita terus tinggal dalam gua atau atas pokok. Malangnya semua ini salah Mahathir yang membawa arus pembangunan yang menyusahkan pemimpin untuk menyorok berita.

So special about our PM, orangnya tenang dan seluruh kabinetnya berfungsi dengan baik, purata 3.85 per 100. Untuk menjadi pemimpin, Timbalan Menteri atau Menteri tidak perlu kelayakan yang tinggi, memadai loyal dan akan diberi royalti.

Kita ketengahkan seorang lagi Timbalan Menteri yang samsengnya sama seperti Nazeri, agaknya orang Perak dan orang Kelantan yang jadi pemimpin di bawah Najib sama kualiti:

Asal boleh jawab, Menteri Najib akan menjawabnya walaupun jawapan tersebut akan diketawakan pihak lain.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.
“(Hanya) satu atau dua beg, mengapa tidak? Beliau seorang perempuan, saya tahu perempuan suka beg tangan.
“Saya diberitahu bahawa antara cara memenangi hati seorang perempuan adalah dengan membelikan beg tangan,” katanya kepada pemberita di Parlimen dipetik Malaysiakini.
Mengenai barangan kemas Rosmah, Tajuddin berkata isteri perdana menteri bersikap sederhana dan secara berseloroh berkata beliau tidak pernah gelang yang dipakai sehingga siku.
“Saya tidak lihat (gelangnya) hingga sini (siku).
“Sesetengah wanita India suka pakai (gelang emas) hingga (siku mereka), tetapi bukan berlian dan emas, semua palsu,” katanya sambil bergelak ketawa.
“Saya juga berpakaian segak hari ini, awak tidak cemburu pun kerana saya mampu,” katanya merujuk pakaian rasmi ketika menghadiri persidangan parlimen.
Katanya memiliki barangan kemas atau mewah perlu bergantung kepada kemampuan seseorang.
Tajuddin juga mempertahankan gaya hidup Rosmah dan Najib dengan alasan bahawa mereka hidup dalam kesederhanaan dan bukannya dalam kemewahan ataupun boros seperti yang didakwa oleh sesetengah media asing.
“Cara mereka pergi bercuti hanya biasa,” katanya.
Laporan The Wall Street Journal mendakwa Najib dan keluarganya membelanjakan AS$15 juta untuk percutian, membeli-belah dan barangan kemas.


Otak Tajuddin boleh tak jawab persaolan di bawah...




ANUAR MUSA DEDAHKAN SIAPA MAKAN DEDAK...

KEMASKINI:

INI CONTOH KALAU TAK MAU MAKAN DEDAK, DEDAK DEPAN MATA PUN TAK HINGIN ATAS PRINSIP..


VERSI BM
SIARAN MEDIA
NOTA KEPADA EDITOR
Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings, berkuat kuasa 30hb. Mac 2016.
Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.
Dr Mahathir juga telah melepaskan jawatannya sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas, juga berkuat kuasa 30hb. Mac 2016. Keputusannya telah disampaikan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim.
Selain itu, Dr Mahathir juga telah meletakkan jawatan sebagai penasihat kepada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Pulau Tioman (TIDA). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan-jawatan ini.
Pejabat Dr Mahathir bin Mohamad
Putrajaya
31 Mac 2016









Ada ,beberapa persaolan utama...

Apakah Anuar Musa sahkan yang menyokong dan mempertahan Najib adalah demi dedak (?)

Adakah Anuar Musa ingat, Tun Dr Mahathir itu serupa dia, perjuangan demi dedak (?)

Siapa yang heret kuli sokong Najib (?)
Dedak atau Anuar Musa (?)

Apakah tugas Ketua Penerangan UMNO (?)
Terangkan missi parti atau sekadar serang Mahathir (?)

Wednesday, March 30, 2016

Kemasukan Ku Li Dalam Team Najib Mengubah Lansdkap Dalaman UMNO.

Deklarasi Ku Li sokong Najib tidak banyak membawa pengaruh atau impak.

Peninggalan Ku Seman Ku Hussain dari Utusan Melayu dan khabarnya ada sorang dua lagi orang penting dan kanan yang ikut jejak.  lebih impak dalam jangkamasa panjang dan akhirnya Utusan Melayu akan jadi seperti Harakah, Suara Keadilan atau The Roket yang dibaca oleh ahli totok sahaja.

Ku Li yang selalu mengharap bola datang bergolek di kakinya telah di manafaatkan sepenuhnya oleh Najib melalui Anuar Musa.
Walau otai tapi Najib lebih "smart" mengendalikan orang seperti Ku Li yang sudah tentu peluang terbaik menyaingi Tun Dr Mahathir.

Apa yang lebih penting selepas ini ialah Ku Li wajar dilantik dalam kedudukan lebih penting seperti TPM2 atau Menteri Kewangan.
Jika dilantik sebagai Gabenor Bank Negara sudah tentu cara terbaik menamatkan riwayat politik Ku Li.
Tanpa kuasa dan pengaruh politik, sudah tentu 200% ku li perlu bergantung ehsan kepada Najib.

Perlu diingat, saban hari u-turn ku li dikecam hebat oleh pro Tun dan ini menguntungkan Najib.
GKCM sendiri sudah mengarahkan kecaman ku li dihentikan sebaliknya terus fokus kepada pengunduran Najib...

Kemasukan ku Li dalam team Najib sedikit sebanyak menggugat Zahid (?) Wait and see...

Tuesday, March 29, 2016

PEMBEBASAN AWAL KHIR TOYO MELEGAKAN LIM GUAN ENG

Sedang prepare satu tajuk khas untuk pendedak tetiba jumpa pula berita pembebasan awal Khir Toyo (Parol)...

Blog pendedak menggunakan tajuk tersebut
untuk menggambarkan lim guan eng ketar lutut dengan berita tersebut (syok sendiri lah tu...)

Khir Toyo di blognya sebelum ke penjara masih mempertahankan bahawa dia tidak bersalah dalam membeli rumah dengan harga yang lebih murah dari pasaran...tanpa ada salahguna kuasa.

Pembebasan awal Khir Toyo juga satu petanda kesedaran dari pihak yang berkenaan...

Seperti tulisan yang lepas, saya sudah katakam lim guan eng sangat rapat mesra dengan sorang dua dalam UMNO dan tidak salah jika sorang dua ini membantu melegakan.

Lim Guan Eng tentu merasa lebih lega...
Lega dari "hakim hakim pendedak"....

Biarlah SPRM menjalankan siasatan tanpa campurtangan.

SUDAH TUA...JADIKAN USIA ITU EMAS...

Simple tapi bernas dan pedas...
Sekaligus menolak fitnah perjuangan peribadi, no wonder generasi Y walaupun bukan di era Tun masih menghormatinya...

No wonder Lim Kit Siang, Ambiga. Marina dan ramai lagi yang  "kepala batu"  pun mendapat hidayah dan akur kepentingan Deklarasi Rakyat Tun.

Orang orang seperti Ku Li, Shahrir, Zahid, Mubarak, Pak Lah, Musa Hitam, Rais Yatim, Haron Din, Hadi Awang dan sewaktunya, apa lagi yang kamu kejar dunia ini, bercakap benarlah....besok lusa mungkin kamu yang mati lebih awal dari Tun..




Dan Najib, sanggah dan samanlah kenyataan Tun itu.

Jika tidak, jika tiada, hujah penyokong kamu  sepanjang manapun, nilainya seperti tin kosong...

Monday, March 28, 2016

DAH ADA ORANG BELAJAR ....PENYAMUN MUKA SELAMBA

Dalam satu rompakan di Zimbabwe, perompak menjerit.

"Jangan bergerak, duit di sini semuanya kepunyaan kerajaan.Nyawa kamu adalah kepunyaan kamu"

Semua orang meniarap dengan ketenangan.

[Ini dipanggil "Mind Changing Concept" . Mengubah cara pemikiran yg konventional. ]

Tiba-tiba ada seorang perempuan yg mula menangis dan ketakutan, seorang perompak menjerit kepadanya : "Bawa bertenang, ini adalah rompakan bukannya percubaan untuk merogol!"

[Ini di panggil "Being Professional" Hanya fokus perkara yg kita pakar dan terlatih.]

Apabila semua perompak balik ke rumah, seorang perompak yg lebih muda(Degree) memberitahu kepada yg perompak yg lebih tua (yg hanya belajar sehingga darjah 6):Abang besar, ayuh kita kira berapa banyak kita dapat harini."

Perompak senior itu menolak dan berkata: "Kau memang bodoh. Terlalu banyak duit yg kita rompak, nanti mengambil masa yg lama untuk mengira. Malam ini saluran berita akan beritahu berapa sebenarnya kita dah rompak dari bank itu!'

[Ini di panggil "Experience." Zaman sekarang pengalaman adalah lebih penting dari sekeping kertas!]

Sementara itu di bank, selepas perompak meninggalkan bank, pengurus bank memberitahu bank supervisor agar report polis dengan segera. Tapi supervisor memberitahu kepada pengurus bank : "Nanti! Apa kata kita ambil $10 juta dari bank untuk diri sendiri dan tambahkan lagi $70 juta yg kita songlap sebelum ini dari bank".

[Ini di panggil "Swim with the tide." Menukar masalah yg dihadapi kepada kelebihan diri!]

Supervisor itu menambah: Kan bagus kalau ada rompakan setiap bulan."

[Ini di panggil "Killing Boredom." Kegembiraan diri sendiri adalah lebih penting dari kerja.]

Keesokan harinya, berita tv melaporkan bahawa $100 juta duit dari bank telah di rompak. Perompak bank mengira berkali-kali sehingga berdarah hidung untuk memastikan jumlahnya tepat, tapi mereka hanya dapat sejumlah $20 juta bukannya #100 juta.

Perompak-pereompak berasa sangat marah dan berkata : "Kita menanggung risiko kehilangan nyawa hanya mampu mengambil $20 juta. Pengurus bank senang-senang boleh buat duit dengan mengambil $80juta. Nampaknya lebih baik jadi orang terpelajar dari perompak!"

[Ini dipanggil "Knowledge is worth as much as gold!"]

Pengurus bank tersenyum gembira kerana kehilangan 'share market' mereka di tutupi dengan kes rompakan.

[Ini dipanggil "Seizing the opportunity." Berani mengambil risiko!]

Jadi siapa perompak yg sebenarnya ?

Share kalau dah faham .

ADA TIGA SARANAN...AMAN MALAYSIA

1. Lim Guan Eng perlu didesak dengan keras untuk bercuti hingga siasatan pembelian bungalownya selesai...
Setuju atau tidak..
Masih ramai lagi pemimpin pelapis DAP yang cukup layak menjadi Setiausaha Agung dan Ketua Menteri.

2. Kj juga tanpa berlengah, mengambil tanggungjawab moral untuk meletak jawatan sebagai menteti dan ketua pemuda, ketika pegawai di bawah kementeriannya sedang disiasat SPRM...
Jadikan budaya.
Setuju atau tidak...
Apakah Kj tidak boleh survive masa depan politiknya tanpa jawatan (?)

3. Najib, tiada pilihan ikutlah contoh di atas. kenapa susah sangat. Perdana Menteti datang dan pergi...Malaysia akan lebih baik jika negara di utamakan...
Apaguna jadi PM kalau saban hari dicaci, disumpah dan dibenci rakyat.
Hadapi realiti secara budiman.

Sunday, March 27, 2016

KJ PUKUL SIAPA SINDIR SIAPA...




# Ada lagi yang perlu disekolahkan secara vokal oleh PEMUDA UMNO kalau yang tua dah jemu makan budu, tempe, pekasam, tempoyak, sejak dua menjak asyik makan dedak...



KONGRES TIDAK MAMPU GUGAT NAJIB

Kongres Rakyat 27/3/16 di Convention Centre, Shah Alam digambarkan berjaya dari segi sambutan, kedatangan dan ucapan senada walau berbeza ideologi dan pengalaman.

Akan bersambung ke negeri negeri dan daerah terpilih.

Matlamat mendapatkan sebanyak mungkin tandatangan menyokong Deklarasi Rakyat diteruskaan untuk disembahkan kepada Majlis Raja Raja Melayu...

So, what is next..

Najib akan terus kekal !!!


Saturday, March 26, 2016

TIN BURUK YANG FOLLOW MAHATHIR


















Tun Dr Mahathir sudah tiada kuasa dan jawatan, mungkin masih ada wang tetapi Wang Pencen PM cukup untuk mereka berdua.

Sebagai tiada kuasa dan jawatan, orang pencen sudah tentu tidak ada kerjakosong yang boleh ditawarkan.

Anak-anak Tun, mungkin duit mereka setinggi gunung, kalau mahu diperiksa, sudah tentu ada akaun, transaksi dan resit. Sah dan laku datang dari perniagaan.

Satu sen pun bukan dari derma sebab mereka tidak ada kawan arab yang berbangsa cina.

Masa masih ada untuk betindak ke atas Tun jika ada salahguna kuasa, rasuah, gelapkan wang atau apa sahaja. Membuat dakwaan diluar tanpa kesungguhan bukti sekadar merendahkan maruah diri sendiri.

Apa yang ada pada Mahathir (?)

Sekadar nyanyok, gila kuasa, berjuang untuk kepentingan diri, pendendam, cemburu, sakit hati pemecah belah kaum, perosak UMNO dan yang terbaru bersekongkol dengan musuh Islam dan bangsa Melayu.

Itulah label yang dihadiahkan oleh pemimpin UMNO terkini kepada seorang negarawan yang jasanya dilupai dengan begitu mudah dan dihina.
Berakhlak sungguh pemimpin sekarang yang mahu diangkat menerajui negara.

Kalau label itulah yang diguna pakai oleh rakyat terhadap Tun, sudah tentu Tun akan kesunyian dan gelandangan.

Hari ini satu Kongres Rakyat secara tertutup akan berlangsung di Shah Alam dengan pemidato pembahas di atas.

Sesuatu yang lebih menarik kedapatan generasi Y dan pemimpin pelapis dalam kerjaya politik masing masing.

Apakah sebab mereka di situ? Itu sebahagian Deklarasi Rakyat yang mengenepikan perbezaan politik dan fahaman dalam satu tujuan menyelamatkan negara dari pemimpin yang tidak amanah.

Mereka bukan golongan yang boleh dibeli dengan dedak, ufti, pangkat dan jawatan kerana ia diluar kemampuan Tun Dr Mahathir.

Mereka hanya dibeli dengan aura, kepimpinan, semangat, ikhlas hati perjuangan untuk negara yang dipelopori Tun Dr Mahathir dalam sisa baki usianya.
Sedangkan yang seusianya masih sedang mengejar mimpi, mengejar dunia yang tiada kesudahan.

Hanya pesakit wad gila sahaja yang berkecuali merestui perjuangan ini. Apapun emosi kita, jika ianya satu perjuangan untuk rakyat, kenapa tidak tunggu dan lihat dari menunjulkan sikap gelojoh membantah.

PM WAJAR BERHENTI HOBBY COLLECT TIN BURUK...

Negara tidak akan kemana kalau PM asyik collect tin-tin buruk, tyre terpakai,  surat khabar lama sekadar  untuk  pameran memberi sokongan kepadanya.

Bermula dengan Abdullah Badawi, Rais Yatim, Mubarak, Ahmad Bashah, Anuar Musa, Ku Li, Kumpulan Tok Bomoh...
Next mungkin tersenarai Musa Hitam, Kodomo Lion.......

PM mesti berani guna kaki sendiri untuk melangkah ke depan...




KU LI MOVE



PUTRAJAYA: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah didakwa adalah dalang sebenar bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Dakwaan itu dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mendakwa bahawa beliau didatangi Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dan memberikan idea menggulingkan Perdana Menteri menerusi usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Kemudian akan beliau menguar-uarkan usul undi tak percaya dalam kalangan anggota Parlimen dan walaupun beliau mengatakan boleh mendapat undi majoriti anggota Dewan Rakyat, tetapi beliau tidak dapat sebenarnya.

“Beliau tidak buat apa-apa pun. Beliau hanya minta orang lain buat untuk beliau. Beliau suruh saya jumpa orang Sarawak dan saya buat. Saya ikut suruhan dia,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ku Li dan beberapa pemimpin UMNO menandatangani Deklarasi Kelantan bagi menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Ku Li pernah mencadangkan Perdana Menteri diturunkan, namun kini beliau berpaling dan menyokong Najib.

Katanya, perubahan pendirian Ku Li mungkin disebabkan beliau merasakan seorang pemimpin negara hilang RM42 bilion bukanlah satu isu yang besar.

“Saya takkan sokong orang yang macam itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.
View comments itu. Tapi saya rasa beliau (Ku Li) sokong.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pengkhianatan Ku Li itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana beliau pernah berbuat demikian beberapa kali terhadapnya sebelum ini.

“Apabila beliau kalah pemilihan, beliau menyaman parti (UMNO) dan keputusannya parti diharamkan. Saya terpaksa ambil masa membina semula parti yang berkecai dan beliau pula pergi dan tubuhkan parti lain.

“Apa yang kita boleh harapkan daripada orang yang macam ini?” katanya.

sumber wassap GKCM

Friday, March 25, 2016

LIM GUAN ENG GARANG DAN SERANG ..


Nothing To Hide

Itu realiti yang dipaparkan.... dan kebiasaannyalah yang ditanya, tuan punya badan tak jawab ..
balaci upahan berlumba lumba jadi tukang jawab...dalam blog ni pun ada...

Takyah le corner kata KD sokong dapigs, jawab je straight to the point..


22 TAHUN BELUM CUKUP BERJASA...



KEMASKINI: Tun Abdullah dilantik jadi Penasihat Petronas, bagai pinang di belah dua.
Tahniah !!!

Kemuncak jasanya (Tun Dr Mahathir) ialah usaha mengundurkan musuh negara, bangsa dan ugama..

Tidak ada sesiapa membenci Najib atas namanya Najib tetapi lebih kepada kegagalan seorang Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Presiden parti untuk membuktikan kebenaran dan ketelusan kepada rakyat.

Kebiasaannya penulis penulis dibawah tidak sebulu dengan Mahathir tetapi atas nama dan semangat Deklarasi Rakyat, mereka lupakan perbezaan pendapat.




Thursday, March 24, 2016

DEKLARASI ANTARA TAUKE DENGAN KULI

HIKMAH DISEBALIK PERISTIWA

Apabila Ku Li menanda tangani Deklarasi Kelantan jelas tergambar kepada kita ketandusan modal najib untuk menandingi kemaraan Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir bak gelombang tsunami, menerjah hati nurani rakyat jelata di bumi Malaysia.

Ketakutan mendesak najib mencari Ku Li yang telah lama tersisih dari politik tanahair. Sebagai balasan tentunya kerajaan najib akan memberikan royalti 5% hasil perolehan petroleum yang dituntut oleh Kelantan sejak sekian lama. Sekiranya ini berlaku, Ku Li telah berjaya sebagai Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR) dan Kelantan akan bergembira dengan royalti lebih RM1 bilion setahun mengikut Akta Petroleum 1974.

Tahniah kepada Ku Li dan orang Kelantan.  Akhirnya mendapat hak yang dituntut. Di sebalik apa yang berlaku, ada juga hikmahnya.

Zaman najib menjadi perdana menteri, berbagai perkara luar biasa berlaku. Dari kapal terbang MAS hilang ghaib, kemudian kapal terbang MAS hancur diletupkan, diikuti 'syarikat pelaburan kerajaan'  menghilangkan  berbilion wang awam, kemudian rakyat dikejutkan dengan wang berbilion yang termasuk dan hilang dalam akaun perdana menteri; hinggalah kepada campurtangan berleluasa yang mengakibatkan kecelaruan kuasa eksekutif dan kuasa perundangan berlaku dalam negara.

Kita doakan yang terbaik untuk negara kita!

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

#beranikeranabenar
#selamatkanmalaysia

PANEL PEMIKIR
GKCM Pusat

Ku Li Tandatangan Deklarasi... Game dah nak over (+)

Apakah petanda Ku Li bakal dinobatkan PM mengantikan Najib dalam peralihan bersyarat...

Satu permainan politik yang cantik selamatkan UMNO dan siapa di belakang tabir....







Wednesday, March 23, 2016

NAHATHIR MOVE BUAT PENDEDAK SAKIT JIWA

Saat yang paling bahagia dan kepuasan awal ialah apabila Mahathir saman Najib. Sedangkan sepatutnyalah sudah lama Najib saman Mahathir (peluang pertama) tetapi sebaliknya menggunakan PDRM untuk menakutkan. Malangnya salah orang.

Mahathir juga sudah tentu tidak saman jika semalam (selasa) Najib segera saman AWSJ (peluang kedua) seperti yang pernah dijanjikan. Kalau lembu dipegang pada tali, tentulah lebih teruk dari lembu kalau manusia tidak pegang pada janji.

Tun Dr Mahathir sendiri sedar, MKN menunggunya selepas diwarta (peluang ketiga).

Oleh itu langkah trio menyaman selepas Najib tidak menggunakan tiga peluang, sangat bijak dan tanda tanda awal keberkesanannya  apabila ada ketakutan dan panik amat sangat di kalangan pendedak samada bertaraf menteri. timbalan dan penguncup.

Pelbagai label yang mereka berikan kepada Tun Dr Mahathir tetapi setiap kali Tun buat "move" merekalah yang paling awal terkencing dalam seluar.

Seperti kata Peguam Tun Dr Mahathir, mereka yang bermulut longkang itu sepatutnya berfikir sebelum memberi komen dan jika gatal sangat nak bercakap, tunggulah sapina untuk berhujah di mahkamah.

Sudah tentu locus standi kini menjadi penentuan (?) Biarlah Mahkamah yang membuat keputusannya dan bukan taraf Timbalan Menteri seperti Nur Jazlan untuk membuat komen.

Pendedak patut ucap terima kasih kepada Tun kerana Tun,  perkhidmatan mereka masih perlu dan dilanjutkan.

Samada mahkamah membenarkan atau tidak, maksud saman sangat jelas dan sudah mencapai matlamatnya.
Jika dibenarkan, ia sekadar bonus... umpama tendangan penalti  !!!


Tuesday, March 22, 2016

LAIN UMPAN YANG DIHULUR LAIN IKAN YANG KENA...

KEMASKINI

http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mahathir-khairuddin-dan-anina-saman-najib-1.500818


Apakah SPRM sudah membuka siasatan ke atas Lim Guan Eng (?)
Sudahkah laporan dibuat (?)

Jika belum, kenapa media khususnya pemakan dedak terlajak ghairah membuat spekulasi dan dakwaan awal...

Bukankah itu lebih kepada satu polical move yang terlalu awal sehingga muak, loya dan hasilnya ada netizen yang merasakan membeli rumah di bawah paras harga bukan satu kesalahan malah satu tindakan bijak antara pembeli dan satu cara cepat dan mudah untuk penjual yang terdesak mendapat duit untuk keperluannya.

Bukankah apa yang berlaku kepada Khir Toyo juga merupakan political move dari inner circle untuk mengheretnya ke mahkamah dan apa pilihan yang mahkamah ada jika tengkok sudah dihulur (?)

Dalam masa yang sama, SPRM telah membongkar penyelewengan di KBS yang lebih pasti da memalukan Menteri dan Bapak Menteri. Apa lagi pilihan yang ada selain Najib kecewa.

Lain umpan yang dihulur, lain ikan yang termakan !!!

DAP akan gunakan isu ini, political sabotaj untuk mendapat simpati pengundi Sarawak...

Keputusan pilihanraya di Sarawak yang mahu digunakan oleh Kerajaan Pusat sebagai political mileage Najib tergugat !!!

Perkembangan terkini juga menunjukkan rakyat Sarawak mahu DSMM dan TSMY datang ke negeri tersebut dalam siri  ceramah Deklarasi Rakyat sebelum pilihanraya.

Apakah mereka akan senasib Mat Sabu, dihalang masuk... apakah Adnan Satem yang konfiden Najib jadi PM sampai kiamat sebenarnya dalam ketakutan yang amat sangat...

Monday, March 21, 2016

LIM GUAN ENG ...INI KALI HABIS...

KEMASKINI:



Dalam UMNO, masih ada saki baki daki Menteri yang berani tunjuk telor dengan wartawan..
Harap Kj tidak letak jawatan...takut ada pula yang kepanasan.

Saranan supaya SPRM siasat Lim Guan Eng sepertimana SPRM siasat Pegawai KBS menunjukkan kekecewaan dan masih ada sikap mahu lindung rasuah berdasarkan bulu.

_______

Saranan supaya Lim Guan Eng bercuti dan berehat untuk siasatan sangat tepat. Bukan setakat bercuti berehat tetapi kosongkan rumah tersebut.

Serahkan passpot ke pihak imigresen dan semua wang dan assetnya dibekukan.

Lim Guan Eng bukan sahaja wajar bercuti tetapi SEGERA lakukannya dan minta pihak berkuasa segera juga siasat dan dakwa kalau ada prima facie.

Duit dari mana lu beli itu rumah, lu bayar guna saham atau unit atau tunai. Takkan itu rumah ada orang kasi hadiah, kasi percuma. Itu transaksi mana? itu resit mana?

Lim Guan Eng tidak patut lengahkan dan buat muka lembu sakit.
Tak perlu upah hulubalang tolong jawab.
Tak perlu pecat sesiapa.

Kalau dijemput untuk soal jawab, jangan sembunyikan seauatu, jangan lari atas alasan keselamatan.

Kalau ditanya A, jawab A, jangan cakap B, kalau dipanggil bangang jangan tersentuh hati...

Panggil press confrence, paksa wartawan bertanya segala saolan.

Penyokong LGE, jangan pandai saran itu ini bila kena pada orang lain tetapi 1001 alasan kena batang hidung sendiri.

Dan paling penting, jangan cuba kalih isu.

Pernah tengok Lim Guan Eng lawat tokong. jangan pula sejak kena tuduh, seminggu sekali ke sana tunjuk baik.

Rakyat penang tak bodoh.



Dan kalau dah tak boleh jawab, bersalah, terang lagi bersuluh, letaklah jawatan untuk kestabilan negara.

Cakap sama lu punya pak, itu lilakrasi, talik dili meh ..

Jagan cakap abang tak payung!!!

SAMA PADAN SAMA PERANGAI....
















Sunday, March 20, 2016

SIAPA PUNYA IDEA, MEMBURUKAN MAHATHIR MENGEMBALIKAN KEYAKINAN AHLI, PENGUNDI DAN RAKYAT KEPADA UMNO (?)

Apa pendekatan yang Pemimpin UMNO ambil untuk mengembalikan keyakinan ahli, pengundi dan rakyat kepada UMNO (?)

Saolan ini wajar dijawab dengan jelas tanpa gangguan emosi oleh so called "penyokong" Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone.


Tolong perbetulkan fakta di bawah:

Berikut pendekatan yang diambil setakat ini oleh Pemimpin UMNO dari kacamata court of public opinion

1) Mengenakan GST supaya pembangunan dapat diteruskan.

2) BRIM untuk menyelesaikan masalah kenaikan kos barangan dan perkhidmatan.
3) Menjual hartanah untuk menyelesaikan hutang 1MDB
4) Mengarahkan polis menyiasat dan menangkap sesetengah mereka yang membuat laporan polis berhubung 1MDB (?) atas faktor sabotaj ekonomi negara (?)
4. Memecat AG lama dan melantik AG baru dalam sekelip mata untuk keadilan yang lebih (?)
5) Memecat Timbalan Perdana Menteri yang bercakap secara terbuka kelemahan Perdana Menteri.
6) Presiden bercakap sorang-sorang di Perhimpunan Agung UMNO.
7) Memecat Timbalan Presiden yang terus mempersoalkan integriti Presiden.

Dan yang sedang hebat dilakukan untuk menambah keyakinan ketulinan, kebagusan dan kesucian UMNO ialah:

8. Memburukan Mahathir
9. Menghina Mahathir
10. Maki hamun, spin, fitnah pro Tun..

Itu antara yang sedang dilakukan, banyak lagi yang pro dan kontra tetapi terlepas pandang yang boleh digunakan oleh penyokong Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone memperbetulkannya secara makian, mencarut dan hilang pedoman..


Jika pemimpin UMNO sesat, ia akan sesat selamanya..

Jika masih ada kesedaran, Najib perlu berundur sebelum terlambat..


http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/03/kenapa-najib-payah-sangat-nak-letak.html


SKRIP BASI




Kalau dalam sehari dua ini, terjumpa artikel pendedak, tiba tiba cerita pak arab bermurah hati nak derma (derama) itu dan ini, bina  itu dan ini di negara Malaysia yang ekonominya dikatakan terus berkembang, terima sahaja lah berita itu seolah olah kita duduk di negara paling miskin.

Jangan banyak tanya, jangan ada question mark !!!


Faham faham sendiri.

Satu sahaja pesanan, derama tu sudah terlewat.

Saturday, March 19, 2016

SIAPA YANG LEBIH ROSAKAN NEGARA (?), NAJIB ATAU DAP...



KEMASKINI:

Kapir pun tahu harga diri...
Bila aku puji cina ni, ada pula yang sakit jiwa...lu pikir lah sendiri




Najib kena sedar dia kini lebih teruk dari DAP  !!!

DAP tidak mampu lemahkan UMNO, tidak mampu pecahbelahkan Melayu dan Islam jika UMNO kuat dan Pemimpin berakhlak dalam landasan perjuangan sebenar,  tetapi Najib boleh....



Adalah penting cawangan usulkan Najib undur untuk sampaikan maksud tersebut.


Aku pun tak akan ambil sekadar seinci atau sebatang.
Anwar pun pernah kata, satu sen pun duit rakyat dia tak ambik.
KENA FAHAM STATEMENT MACAM TU...


Segala kemudahan disediakan termasuk wang saku tetapi jumlah kehadiran kurang memberansangkan.
Selaku anak Pahang, bekas MB Pahang, PM Malaysia, Presiden UMNO yang sedang ditekan, jumlah tersebut tidak cukup kuat.







Friday, March 18, 2016

SETAKAT MANALAH KEKUATAN UMNO PULAU PINANG NAK SUMBAT LIM GUAN ENG KE PENJARA...

Begitu gah UMNO Pulau Pinang dedahkan "rasuah" Lim Guan Eng tanpa mengambilkira pemimpin sendiri lebih penyamun dari lanun.

Tidak juga UMNO Pulau Pinang terfikir bahawa Lim Guan Eng turut disayangi oleh beberapa pemimpin UMNO sendiri, mesra dan akrab.

Lim Guan Eng perlu dikekalkan di Pulau Pinang untuk memberi contoh kepada orang Melayu supaya takutkan DAP.

Khir Toyo kena bukan sangat soal rasuah tetapi lebih kepada konspirasi politik yang halus.

Dalam isu rasuah yang sedang hangat, ada kemungkinan Lim Guan Eng terselamat (?) bagi meredakan keadaan, win win situation.

Masih ingat dengan ROS, bukankah kononnya DAP hampir terbatal (?) Apa citer (?)

Apa citer dengan PPS Pasukan Peronda Sukarelawan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang cuba mengambil peranan polis. Berapa ramai yang kena dakwa dan diambil tindakan (?)

Citer kosong buat habih boreh jer...
Dalam musim panas macam ni, simpan jer air lior tu..

Thursday, March 17, 2016

APALAGI PRO TUN MAHU (?)

Dua perkara yang menarik sehari dua ini yang boleh dibanggakan...

Mercu Tanda WARISAN MERDEKA PNB tertinggi di Malaysia, tertinggi kedua di Asia... dalam cadangan.

Hutang Negara RM630.5B hampiri 55% KDNK...sudah berlaku pun, 2015.

Jangan cakap aku tak hargai kerajaan sekarang, syabas dan tahniah !!!

Wednesday, March 16, 2016

NAJIB PUN NAIK HANGIN SATU BADAN...


KEMASKINI:

Selamatkan Malaysi diedit Selamatkan Anwar Ibrahim (?)

Apapun Tun kena berhati hati dari disabotaj oleh kedua dua pihak.



Bagaimana mahu menilai setakat mana Deklarasi Rakyat mendapat sokongan rakyat, impak dan makin berpengaruh...

Luangkan sedikit masa menonton TV3 dan menjengah Utusan Malaysia.
Jika semakin banyak dipaparkan komen-komen dari pemimpin UMNO khususnya itu antara petanda kebimbangan mereka.

Jika ada komen komen yang biadab terhadap Tun Dr Mahathir dengan pelbagai label dan persepsi, nyatalah tindakan Tun mengetuai Deklarasi Rakyat sabgat berjesan, sadis bagai menendang celah kelangkang mereka. Sengal menjadi emosi tidak terkawal.

Najib sendiri yang selalunya lebih diam, naik hangin satu badan apabila Tun berjaya membawa penimpin politik pembangkang untuk "bersatu hati" menggesanya berundur.

Perasaan marah, kecewa, geram dapat dilihat kepada Najib apabila mengimbas Tun dengan menyebut mahazalim dan mahafiraun yang dilagukan pembangkang tetapi kini boleh bersatu hati.

Hari ini ceupacs menggesa ahlinya tidak hadir dalam program Deklrasi, kenapa? Apakah Deklarasi itu tidak sah di sisi undang2 (?).

Kenapa terlalu banyak pandangan negatif, melampau dan biadab zerhadap Tun dan Deklarasi jika ianya tidak memberi kudis kepada kerajaan dan UMNO...

Relax le bro...




Tuesday, March 15, 2016

BANGANG MANA YANG TIDAK MAHU MALAYSIA SELAMAT (?)




Sebagai rakyat dan pemimpin sewajarnyalah sama sama kita lakukan dan doakan Malaysia sebagai negara yang cukup selamat.

Selamatkan Malaysia merentasi bangsa, ugama dan fahaman politik masing-masing.

Jika ada yang membantah apa saja usaha selamatkan Malaysia atau menjadikan negara lebih baik, tentulah mereka ini di kalangan pemakan dedak dan bangang.

Ada sesiapa di sini tidak mahu Malaysia lebih selamat (?)

Monday, March 14, 2016

ADOIII GUAN ENG NI TAK SIUMAN AGAKNYA (??) MEMALUKAN PEMIMPIN UMNO. PAS DAN BERSIH

Lim Guan Eng tunjuk rasional, mulia dan ikhlas memaafkan Mahathir demi rakyat dan negara ketika Pemimpin Melayu Islam UMNO, PAS dan BERSIH senada kutuk Deklarasi Rakyat dan Mahathir ...

Tak perlulah nak spin DAP perangkap Mahathir sebab yang terperangkap sekarang adalah mereka yang bodoh sombong, bongkak dan tak sedar diri...

Mereka terkejut dan cemburu Mahathir dapat bersatu hati dalam isu undurkan Najib tanpa mengorbankan lain lain prinsip.

Cubaan melaga lagakan Mahathir dengan pemimpin pembangkang sangat gagal



APA YANG DIA BERANI (?)

Referendum antara "Baling gelas, kaca pun tak pecah" dengan "Pijak semut pun tak mati"..

Boleh juga diganti antara Asmah dengan Rosmah...

Antara Zahid dengan Muhyiddin

Kj dengan Mukhriz

Sharizat dengan Rafidah

Mat Sabu dengan Hadi


# Samada Najib undur atau Mahathir diam...
Sudah tentu Najib akan menang dengan mudah...cuma berani ke tidak (?)

Sunday, March 13, 2016

TANGGANG@BARUA POLITIK

Cerita tanggang moden, untuk dilihat bagus, mengharapkan pangkat dan jawatan, si anak sanggup jadi barua dan bangsat membasikan ibu bapa.

Anjing kurap pun masih ada maruah

Gambar Hiasan:





ORANG SARAWAK MEMANG TERBAAEEEKKK...


Orang Sarawak sokong dan rasa bangga ....Adenan pun boleh jadi KM sampai kiamat.


Saturday, March 12, 2016

DEKLRASI KBU SOKONG NAJIB HANYA KOSMETIK..

Deklarasi Rakyat pertamanya berasaskan satu hati satu matlamat untuk undurkan Najib secara undang2 dan aman tanpa mengira perbezasn ugama, bangsa dan negara.

Melihat kepada mereka yang bersatu hati ini agak mustahil dari segi ideologi, persengketaan lama, musuh tradisi dan berlainan latarbelakang.

Tetapi faktor pengaruh negarawan Tun Dr Mahathir dan keikhlasan masing masing menjadikan satu hati ini menjadi realiti. Malaysia beruntung kerana masih lagi ada pemimpin yang waras demi rakyat.

Busuk hati jelas ada di pihak satu lagi apabila cuba melagakan antara pemimpin yang menandatangani Deklrasi.

Pihak satu lagi cuba melabelkan sebagai agenda peribadi Mahathir.

Mereka pada awalnya memperlekehkan Deklarasi akhirnya panik sendiri apabila Deklrasi terus mendapat sokongan pelbagai pihak dan rakyat.

Deklarasi Rakyat cuba dilawan dan ditentang dengan Deklrasi NGO tetapi hambar dan terbaru Deklrasi Ketua UMNO Bahagian yang dicucuk hidung.

Hatta seluruh ahli UMNO sokong Najib pun, jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajasn melalui pilihanraya.

Penubuhan GKCM sendiri membuktikan UMNO akan berhadapan dengan masalah dalam gerakerja pilihanraya. Lumpuh dan tidak betfungsi di peringkat akar umbi.

Cabaran Lim Kit Siang dan PAS untuk kerajaaan adakan pilihanraya segera langsung tidak berbunyi.

Berapa lagi saki baki ruang dan waktu untuk Najib dan partinya bernafas (?) .


AHLI CAWANGAN ADA DUA PILIHAN

Seperti kata Mukhriz dan yang sedang diviralkan, cawangan yang akan mula bermesyuarat 18hb March diarah tidak mengemukakan usul minta Najib berundur sebaliknya usul sokongan setia sampai mampuih.

Kemungkinan akan ada ahli yang meneruskan dan ini akan menimbulkan kekecohan bila ada penyokong pemakan dedak membantah dan menghalang.

Satu lagi kemungkinan yang lebih besar ialah mesyuarat tidak dapat diteruskan kerana diboikot, tidak cukup korum.

Deklarasi Rakyat difitnah diperlekeh sebagai agenda peribadi Mahathir dan dianggap tidak menjadi kudis kepada UMNO tetapi reaksi dan emosi yang ditunjukkan menggambarkan mereka sangat takut, cemas dan bimbang.

Satu parti dari satu bangsa yang sangat berbudaya, beradab dan sopan menjadi begitu rakus pada harta benda, pangkat, jawatan dan kuasa.

Islam hanya kosmetik untuk menyembunyikan wajah dan tembelang sebenar.


HANYA YANG MAKAN DEDAK SAHAJA TIDAK SOKONG DEKLARASI (?)




Satu tulisan dlm Sinar "Kita berdiri dipihak yg mana?" tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

Katanya, "Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."

Katanya lagi,"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah."

Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?

Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."

"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"

Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya "mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian.Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."

Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat Malaysia.

Friday, March 11, 2016

Next, siapa Penasihat Petronas yang baru (?)

Selepas Muhyiddin dipecat TPM, yang dapat ghanimahnya Zahid, tu rezeki dia atas kapasiti Naib Presiden paling kanan..

Siapa pula yang akan dapat ghanimah selepas Tun Dr Mahathir dipecat sebagai Penasihat Petronas (?)

Kemungkinan atas kapasiti "U Turn" atau paling tidak pun dendam tok ayah yang masih membara.

Adalah penting pengganti ini mempunyai status politik yang dijangka boleh membaiki imej Najib sebagai tanda sokongan dan dapat mengekang Deklrasi Rakyat pimpinan Tun.




Mahathir tak silap, yang silap lim kit siang..

Kesilapan lim kit siang ialah dia tak pandai macam Jho Low..

Kalau lim kit siang macam Jho Low..puak pemakan dedak sanggup jilat dia pagi petang.


Thursday, March 10, 2016

Mat Said bagai hero di High Charparal...






Entah mimpi apa Mat Said membuat usul tidak percaya kepada MB Terengganu di Persidangsn DUN menjadikan isu Deklrasi dan Cubaan Culik PM tenggelam sementara...

Beliau juga mencabar dipecat dari UMNO dan menunggu reaksi pemimpin lain mencelanya.


Yang mula mula gatal mulut adalah Azalina tetapi sepantas kilat Mat Said sarankan betina itu tutup mulut jika tidak tahu menahu.

Begitu juga ada cubaan kaitkan Tun Dr Mahathir sebagai dalang oleh puak desperado dan penjilat.
Sekali lagi Mat Said memberi amaran kepada puak pemakan dedak ini supaya berhenti kaitkan nama Tun.

Mat Said jadi hero sekadar berbekalkan rahsia besar Najib yang disimpannya (?)

Setakat ini, dakwaan itu berasas kerana kebiasaannya beberapa pemimpin bermulut celupar seperti Nazeri, Salleh, Annuar antara kedepan memuntahkan peluru tetapi kali ini kecut senyap sunyi.

Kunan mungkin tak mahu ulas apa-apa (?)

Apa agenda Mat Said sebenarnya (?) Menangguk di air keruh dengan umpan besar (?)

Kalau Tun bukan dalangnya, sudah tentu dalang sebenar juga kuat nafsunya... dari luar (?), dari dalam (?)

Wednesday, March 9, 2016

KALAU BANGANG PUN, JANGANLAH DUA KALI...



Sebenarnya kalau tidak sebab beberapa faktor kemanusiaan, aku dah boleh ketawa terbahak bahak melihat segelintir lagi pemakan dedak yang tidak baca Deklarasi tetapi ulasan panjang lebar, melalut lari dari tajuk...

Macam Mukhriz dok cakap... "Awak nama apa ?" tapi jawapan yang dapat... "Saya dari Arab"'', tu yang Mukhriz kata bangang...ada orang bangang tersentuh hati le pula...

Baca deklrasi...
tapi dok pusing cerita kenapa Tun duduk sepentas dengan Lim Kit Siang...tu kan persaolan bangang.

Lim Kit Siang pun duduk berdepan dengan Najib di dalam parlimen...berbahas dan berhujah...adakala setuju adakala tak setuju dengan Najib.. tak ada persaolan pun ?

Kena ingat, Jho Low pun DAP juga, siapa yang duduk semeja, sekapal dan sekatil dengannya?

Pembangkang, Lim Kit Siang adalah sebahagian dari yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan malah lebih diterima oleh rakyat Malaysia berbanding dengan MCA.

Bersetuju dalam sesuatu perkara dengan DAP bukan satu dosa poilitik, bermuafakat dengan kapir dalam sesuatu hal untuk kebaikan rakyat lebih mulia dari tindakan pemimpin Islam yang menipu orang Islam.
Tak gitu?

Jadi tak perlulah buat kerja bangang dua kali, tak perlulah nak kaberap dosa dan penipuan pemimpin kamu dengan terpaksa fitnah Tun pula...

Tun berjuang untuk pastikan Mukhriz jadi PM... ni satu lagi tuduhan buat aku tak kering gusi melihat setakat mana bodohnya mereka berfikir....
Pertamanya kerana masih ramai yang berkelayakan.

Jangan tonjolkan nama Mukhriz... Jangan sampai ada yang tersentuh hati jika nama nama seperti Zahid, Kj, Hishamuddin, Ku Nan, Ahmad Bashah, Ahmad Maselan, Nazeri,  Salleh Keruak tidak disebut bakal PM..

Keduanya untuk jadi PM lazimnya kena jadi Presiden UMNO terlebih dahulu...
Masih banyak halangan dan rintangan dan tiada jalan pintas buat Mukhriz..

Deklarasi bukan soal Mukhriz atau Muhyiddin, tetapi undurkan Najib dan yang tolol tolol di sekelilingnya...

Secara ikhlas aku mahu Najib kekal dan menang tetapi atas kebenaran...
Jika tidak, dia akan tersungkur sendiri...faktornya bukan sebab Mahathir atau sesiapa sahaja.
Tersungkur jika tidak amanah .. Najib hanya berlawan dengan masa, bukan dengan Tun.

Tuesday, March 8, 2016

SELAMATKAN MALAYSIA..bukan parti atau individu




Deklarasi Selamatkan Malaysia yang sudah termetrai di ketuai mantan Presiden UMNO dan mantan PM kini sudah menjadi satu peristiwa yang bersejarah.

Tanpa kedudukan dan kuasa, Tun Dr Mahathir dapat mengumpulkan hampir semua musuhnya untuk bersetuju dalam satu perkara. undurkan Najib mengikut perlembagaan.

Apapun pandangan dan persepsi yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir adalah semata mata kerana mereka sendiri tidak dapat membuat sesuatu yang lebih baik dari itu selain dari bercakap.

Mereka meletakan kepentingan perut mereka sendiri di hadapan, tidak sanggup kehilangan apa yang sedia ada dan jika tidak akan dapat apa apa untung dan kepentingan kenapa harus menyusahkan diri....

Tun bukan sahaja telah bercakap dalam bentuk nasihat dan amaran tetapi juga tindakan dan arah halatuju...

Terpulang kepada pemimpin UMNO untuk membuat keputusan nasib masa depan partinya... Tun telah selesaikan tanggungjawabnya kepada parti...

Wan Azizah perlu berhenti jadi patung dan boneka, serahkan kepimpinan kepada mereka yang layak.
Anwar tidak perlu dibebaskan sekadar menambah ribut politik negara. Masanya sudah berlalu.

Terpulang kepada pembangkang untuk tawan putrajaya tetapi caranya mesti bersatu dengan mengurangkan perbezaan ideologi dan lebihkan masa dan tenaga untuk fokus sekamatkan Malaysia.

DAP harus banyak berubah sebelum bercita cita menjadi parti yang lebih diterima. Lim Kit Siang patut bersara dan Lim Guan Eng haruskan serahkan jawatan Setiaisaha Agung kepada pihak yang mendapat undi terbanyak.

Tun Dr Mahathir telah memberi isyarat dan satu tanda bahawa pemimpin yang korup hanya akan menghancurkan negara. Pemimpin korup tidak wajar diterima walau dia dari parti mana sekalipun.

Tun bercakap sebagai seorang negarawan mewakili rakyat Malaysia kerana dia sudah tidak berparti.

Rakyat harus menggunakan kuasa penyatuan.

Terima kasih Tun.

# Hanya kaum munafik sahaja yang tidak membaca dengan jelas DEKLARASI  dan mengambil jalan mudah membuat fitnah.

Hadi dan Najib Sekapal...

Krisis integriti Presiden UMNO kini menular kepada Presideng PAS apabila sudah ada kedengaran suara meminta Hadi digantikan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walaupun ianya datang dari suara bekas Naib Presiden tetapi dalam keadaan PAS ysng lemah sekarang, suara tersebut masih berpengaruh, tepat pada masa dan tempat.

Jika pendirian dan gaya kepimpinan Hadi sekarang ujud sebelum ini, sudah tentu Hadi akan mudah tewas dengan Mat Sabu. Nasib baik Hadi pada masa itu mungkin tidak selamanya.

Suara ini mungkin tidak terhenti di sini sahaja, jika berlaku kesinambungan dari pihak pihak lain, Hadi akan menghadapi situasi pertentangan yang lebih parah.

Atas dasar akrab Hadi dengan Najib yang sangat menghormatinya, tidak salah jika Hadi cuba tawarkan dirinya sebagai Timbalan Presiden yang sedang kosong.


Monday, March 7, 2016

RM7,000.00 x 91 KPB = RM1,337,000.00 AL KISAH KJ



AJAIBNYA NEGARA KU INI

Luahan hati Sabtu 5.3.2016

Ajaibnya negara ku ini,
Segala2 nya ada,
Tetapi tetap tak sekaya mana,
Petrol, emas, getah, kelapa sawit di mana-mana,
Namun hidup rakyat tetap merana.

Ajaibnya negara ku ini,
Kasino megah di puncak bukit,
Kilang arak besar di tepi lebuhraya,
Pelacur laris di ibu kota,
Rasuah dan salah guna kuasa berleluasa,
Malaysia masih negara Islam model,
Katanya patut dicontohi umat sedunia.

Ajaibnya negara ku ini,
Sedang ramai diberhentikan kerja,
Rakyat diminta berjimat-cermat,
Belanjawan dipotong supaya hemat,
Ditambah pula gaji menteri dan yang berhormat.

Ajaibnya negara ku ini,
Politik sentiasa agenda utama,
Sedang ekonomi menyesakkan semua,
Orang politik sibuk merebut kuasa,
Yang sedang memimpin diturunkan segera,
Pagi bermusuh petang bersaudara,
Senja bersama malam berseteru pula.

Ajaibnya negara ku ini,
Jerawat artis di muka depan akhbar,
Artis berkahwin siaran langsung di tv,
Artis putus tunang berebut liputan media,
Inovasi teknologi di universiti tiada yang peduli.

Ajaibnya negara ku ini,
Dalam dunia ini ada tujuh keajaiban,
Negara ku kini menjadi yang kelapan...

                  Prof. Hamza al-Qola'ie

Sunday, March 6, 2016

ADA AHLI UMNO TERLIBAT SOKONG DEKLARASI...

http://goo.gl/forms/klwIJrXZ9m

Link sokongan kepada Deklarasi Mendesak Najib undur secara aman dan mengikut undang-undang sedang beterbangan.

Kunan elok pantau bagaimana link tersebut juga berpindah dari satu tangan ke satu tangan ahli ahli UMNO melalui media IT dan secara terangan disebarkan oleh sebahagian Ketua Cawangan.

Tidak tolak kemungkinan disebarkan juga oleh Jawatankuasa Bahagian (?)

Elok kunan siasat dan pecat seramai mungkin.

Deklarasi pada mulanya diperlekehkan, dipandang ringan dan Najib pun kata tak ada impak tetapi akhirnya sekadar menyedapkan hati sendiri.
Hakikatnya Putrajaya cemas dan tergesa gesa mengadakan perjumpaan dengan komponen BN.

Blogger pemakan dedak, pengomen anon separuh masak wajar tingkatkan usaha setimpal dengan upah.


Saturday, March 5, 2016

3 "Abdul" perlu disingkirkan...

Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie perlu disingkirkan dari UMNO.

UMNO perlu mengadakan semula pertandingan tahun ini bagi mentukan samada Najib akan dipilih semula sebagai Presiden.

Ini sahaja cara untuk UMNO menunjukkan penyatuan, muafakat, pendirian dan kekuatan dalaman mereka kepada rakyat, negara dan dunia.

Kalau inipun UMNO tak boleh buat, apa yang ada lagi pada UMNO (?)

BERUNDUR JUGA SATU TANGGUNGJAWAB

Tun Abdullah dan Tun Dr Mahathir telah menunjukkan contoh yang terbaik, berundur secara sukarela.

Tidak perlu tunggu PRU, tidak perlu tunggu mati, tidak perlu hilangupaya kekal, tidak perlu disabitkan kesalahan jenayah.

Terpaksa atau ikhlas, ia tetap sesuatu yang lebih terhormat. Lebih penting ia untuk kepentingan dan kesinambungan parti.




Friday, March 4, 2016

Mahathir tak relevan...tapi awat semua dok pakat meroyan..

Mahathir keluar UMNO tidak memberi impak....

Tapi sejak keluar UMNO, proJib dan proDak (Dedak) lebih fokus untuk spin, belit, auta, putar apa sahaja yang dilakukan oleh Tun dan apa sahaja ucapannya...

Saham dan nilai Tun mendadak naik tiba tiba....
Tugas mereka membelasah Azmin dan DAP jadi gangguan dan perlahan...

Lebih bengang, PAS turut sokong melalui Ketua Penerangannya..

Bagi mereka, boss mereka yang kaki temberang, penipu dan pembohong lebih mulia dari Tun yang mengetuai sekumpulan rakyat yang mahu Najib berundur....


Thursday, March 3, 2016

MUHYIDDIN NI MASIH BOLEH PAKAI KE...




Ketika rakyat dikhianati dengan segala bentuk penyelewengan...Muhyiddin masih memilih "play safe" untuk tidak mendedahkan senarai pemimpin yang dulunya kritik Najib di belakang...

Apa tujuan (?)
Apakah dengan harapan mereka kembali menyokongnya (?)
Atau ia sekadar tembak angin...gempaq

Tun Dr Mahathir juga tidak dedahkan siapa Timbalan Menteri yang berjumpanya dengan mencerca Najib (?)

Ikhlas kah mereka demi rakyat jika masih berteka teki...