Google+ Followers

Wednesday, August 31, 2016

MEREKA MASIH UNDI UMNO

Aku berada di dalam beberapa whatsapp group umno, antaranya di dalam group itu ada exco,  ketua bahagian dan pelbagai jawatan lain kecuali yang tiada Timbalan Menteri dan Menteri.

Minoriti mencuri curi melepaskan geram dan luahan atas sikap pemimpin umno dan kerajaan sekarang terutama tentang kos kehidupan.

Kebiasaan aku turut menyampuk secara sederhana,  takut kena remove kalau direct sangat.  Aku memang berhajat untuk melihat suasana sebenar umno di peringkat sederhana dan rendah.

Di peringkat group GKCSM,  lebih panas dan direct,  kerajaan dan pemimpin umno kena cow cow..

Pemimpin pelbagai pangkat dan peranan serta ketua bahagian memang tidak menyampuk kecuali menghantar maklumat semasa,  maklumat yang "baik baik belaka".
Mungkin mereka tahu kesan jika menyampuk atau cuba menegak benang basah...

Majoriti mengamalkan "diam" dan playsafe untuk kepentingan masing-masing.

Bagi counter attack aku selalu copy paste artikel untuk membuka sedikit minda mereka yang disogok propaganda murah..

Majotiti masih tegar umno, segelintirnya tegar sekadar dapat bergambar dengan Menteri,  itu yang di dewa dewakanya... Dia kenal Menteri,  Menteri tak kenal dia...

Jumpa lagi.


Zaki78

KEMERDEKAAN YANG BELUM SELESAI

MERDEKA ITU HASIL DARI  PERJUANGAN DAN MENGISI MERDEKA JUGA  PERLU DENGAN PERJUANGAN YANG BERTERUSAN, YANG BELUM SELESAI.

BUKANNYA BOROS DAN SARAT DENGAN HUTANG.

RASUAH HARUS DITENTANG DAN BUKANNYA DITATANG.




# Merdeka juga bererti segala bentuk penyelewengan DAP di PP dan seluruh Malaysia hendaklah diambil tindakan. Dan ia tidak terhad kepada DAP sahaja.


Tuesday, August 30, 2016

BILA WAKTU TERUJA RASA MERDEKA

Jika akaun bank ku sarat dengan wang derma..

http://politikputramerdeka.blogspot.co.id/2016/08/hot-kemerdekaan-negara-di-tangan-jho-low.html?m=1


# Bagaimana mahu rasa bebas dan merdeka jika RASUAH masih No. 1

Monday, August 29, 2016

APA KEUPAYAAN ZAHID HAMIDI (?)



Persaolannya kalau Muhyiddin tunjukkan bukti apakah Zahid akan tangkap Najib atau sekurang kurangnya sanggup lepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jalan yang lebih selamat,  Zahid patut berbisik dengan Najib,  betul ke tidak dakwaan Muhyiddin.

Kot kot bernasib baik,  Najib akan mengaku.

Saturday, August 27, 2016

SEORANG DOKTOR YANG ZALIM

Atas kudrat manusia, untuk menyelamatkan seorang pesakit kencing manis tahap kronik, seorang doktor pakar terpaksa memotong bahagian anggota tertentu dan manasihatinya untuk menjaga bukan sahaja tentang apa yang dimakannya termasuk halal dan haram tetapi juga sikap dan tingkah laku (akhlak) yang dituntut oleh ugama.

Tetapi kalau pesakit itu enggan,  berlagak pandai,  keras kepala,  ego,  sombong, bongkak .... Apa sangatlah doktor itu boleh lakukan.

Apapun rawatan alternatif tetap ada, sewajarnya juga pesakit perlu dibiarkan untuk membuat pilihan.

Keluarga dan rakan sekelilingnya sudah tentu boleh menasihatinya samada menukar doktor pakar, bersedia untuk menderita dan mati atau berpura pura dirinya tidak sakit.

Ya Allah,  Engkau Permudahkanlah Urusan Orang Yang Benar Di Jalan MU.
Aamiin.


NAJIB YANG MENEMPAH...





Apapula gelaran dan ayat yang sesuai selepas Najib bersara...

Tun Dr Mahathir telah meletakan dan mengangkat bangsa Johor,  bangsa Kedah,  bangsa Kelantan dan bangsa serta kaum  di semua negeri menjadi bangsa Malaysia dan Malaysia Boleh di peringkat dunia untuk dihormati dan disegani...

Sultan Johor  meletakan bangsanya di sekitar jajahannya...

Dan siapa pula yang menjahanamkannya di peringkat dunia hari ini...








Aktiviti haram MO1 dan Transgender tidak banyak bezanya,  saling memusnahkan negara...



Friday, August 26, 2016

MAC 2017

Pilihanraya dijangka Bulan Mac 2017, ITU tarikh yg terdekat... mohon semua shbt2 utk gandakan usaha ke arah pendaftaran pemilih dengan Kaedah:

1) Semakan Daftar Pemilih utk diri sendiri, Keluarga, Kawan2 dan Rakan2. Guna Link SPR utk semakan.. Tekan link INI untuk Semak.

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Jika X tersenarai walaupun dah hantar ic, Kena Ambik inisiatif Pergi Pejabat POS@SPR untuk Daftar Sekali lagi, X usah Tanya kenapa nama saya x lekat lagi walaupun dah hantar ic... Mohon Sungguh.. Suku Ke 3, ada lagi 1 bulan lebih utk bertindak..

*Jika pru bulan 3 2017, Mereka yg Daftar mengundi berakhir 30/9/2016 shj yg akan boleh mengundi*

Mohon Hebahkan

TANDA-TANDA SUDAH ADA BERSATU SEMAKIN HAMPIR DILULUSKAN... (?)

Sejak mula diumumkan penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir,  agaknya Obama pun berhenti main golf,  segala cerita dalam dunia agaknya tenggelam, semua fokus pada perkembangan...

Setelah dihantar untuk mohon kelulusan hinggalah ke hsri ini,  ribuan artikel dan ststement pemimpin dikeluarkan - tak ada satu pun kebaikan parti baru ini.

Pemimpin yang sudah tiada pengaruh, yang monopause, yang hilangupaya (akal)  tetapi menolak untuk sertai BERSATU tiba tiba ada nilai berita dan hero bagi mereka.

Apabila Tun memberi ulasan tentang bangsa Johor,  bertambah yakinlah mereka parti Tun tidak akan mendapat tempat di Johor dan Malaysia,  parti itu akan musnah...

Kesilapan, sepatutnya Tun menjadi penyamun, berskandal -  mungkin itu lebih dibangga,  diterima dan disanjung (???)...

Habis madu,  sepah dibuang sangat tepat untuk Tun..

Oleh itu adalah wajar,  parti yang tinggal nyawa nyawa ikan ini diluluskan segera.

Janganlah digambar,  digembur dan dipamirkan umno itu sangat takut pada sebuah parti yang sehalus kuman sedangkan umno itu segagah gajah...



Selepas zapin dipopularkan oleh Ghani,  Khaled patut memikirkan supaya silat pulut atau kuda kepang pula dimajukan... 

SENGAJA BUAT TAK FAHAM

Bila istilah "sujud" digunapakai dalam posting yang lalu,  ramai sangat hipokrik yang bercakap tentang ketuhanan tetapi dalam masa yang sama mereka kekal followers pendedak,  machais dan balacis...

Mereka kononya sangat janggal dengan istilah bahasa "sujud" tetapi rela hati dan sinonim kekal cium bontot..

#Ini selingan,  tak perlu komen.

MAHATHIR BUAT SATU NEGERI GEGAR..

Mengenangkan beberapa perkara, gelagat manusia,  aku boleh senyum sampai 2 tahun tak habis manisnya.

Sentuhan Mahathir,  kalau auranya ikhlas,  betul dan benar - bukit pun bergoyang.

Kadang kadang Mahathir komen sikit sahaja,  itupun pasal ditanya wartawan - kesannya satu negeri bergegar.

Bila dikritik,  Mahathir jawab - semua terlondeh, ada yang tak dapat tidor lena.

Baru hantar permohonan parti baru, belum lulus - dah kedengaran ada pihak nak percepatkan pilihanraya.

Baru baru ini ada pula yang uturn dari BERSATU dengan pelbagai alasan,  perjuangan taik kucing..
Takkan kita nak ikut mereka yang lemah...
Elok sangat berundur..

Tentang Mahathir,  ada yang baca di sini pun dah mendidih..
Apa masalah kau orang ni...


Bersambung....





Thursday, August 25, 2016

DULU DIPERLEKEH...KINI DAH RAMAI NAK SUJUD PADA BERSATU

Pandangan Ku Li Berasas, Masih Ingatkah Lagi Tragedi Sepang?

Kemuncak berpolitik, dalam konteks sebuah parti adalah di mana kedudukan parti itu selepas pilihanraya diadakan. Suka tidak suka, akhirnya rakyat juga yang akan membuat keputusan untuk memilih siapa yang layak untuk mentadbir negara. Begitulah amalan demokrasi di negara ini, yang terbukti berdasarkan sistem pilihanraya yang telus dan adil.
Nasihat orang lama, yang sudah terbiasa dengan sepak terajang politik seperti Ku Li tidak boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Apatah lagi, beliau juga pernah berada bersama-sama Tun Mahathir di dalam parti dan kerajaan suatu ketika dahulu.
Ku Li tentu tahu bahawa Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat, di samping watak utama seperti Muhyiddin Yassin. Sedikit sebanyak, pasti mereka juga mempunyai pengikut-pengikut yang taksub.
Strategi Parti Pribumi jelas, iaitu “mengacau” kerusi-kerusi yang sebelum ini menjadi milik UMNO, khususnya di kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti tipis. Penulis berpendapat, mereka tidak akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi UMNO, kerana perlu juga menjaga hubungan dengan parti pembangkang lain.
Mungkin mereka akan mengadakan tahaluf siyasi bersama PAS, dengan meletakkan calon mereka di kerusi yang turut ditandingi oleh PAS. Harapannya adalah untuk mencuri undi UMNO, lantas menjadi punca kekalahan UMNO di kawasan itu. Boleh jadi benar, begitulah strateginya, kecuali kerusi untuk anak Tun Mahathir yang mungkin akan diletakkan di kerusi selesa untuk menang, se selesa menaiki jet dari Kedah ke Kuala Lumpur. Mungkin juga terpakai sama untuk Muhyiddin jika beliau bertanding nanti.
Sejarah terukir dan terpahat di dalam memori kedukaan Barisan Nasional dan UMNO, apabila Parlimen Sepang menjadi saksi pada PRU yang lepas, bagaimana “warlord” UMNO Selangor yang dikenali sebagai Zin Badak, tumbang menyembah bumi apabila undi UMNO terbahagi diantara dirinya dan calon bebas, iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Tercabut ego dan keangkuhan Zin Badak, yang sebelum itu mewar-warkan tahap keyakinan yang tinggi, bahawa dirinya akan menang dengan culaan kemenangan majoriti tinggi.
Pandangan Ku Li wajar diberi perhatian serius oleh pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam mencari cara dan metodologi untuk menangani ancaman Parti Pribumi sekaligus mengelakkan tragedi Sepang berulang kembali.

Jangan terpedaya dengan keyakinan yang tiada berasas, dan jangan terbuai dilambung pujian. Jangan sombong, jangan bongkak.

BANGSA JOHOR TERCUIT DENGAN PANDANGAN MAHATHIR

Apakah pandangan Tun Dr Mahathir tidak rasional (?)

“Kita sepatutnya menggelarkan diri sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai bangsa Johor atau Kedah. Ia akan memecahkan kesatuan persekutuan,” - truthfully speaking

https://www.bnbbc.my/bangsa-johor-sultan-ibrahim-bidas-kenyataan-tun-mahathir/

https://www.bnbbc.my/syed-saddiq-nak-ajar-dr-m-makna-bangsa-johor/

'Bangsa Johor' boleh pecahkan rakyat Malaysia, kata Mahathir | Berita ...

www.themalaymailonline.com/.../bangsa-johor-boleh-p...

Translate this page
Malay Mail
1 day ago - Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan 'Bangsa Johor' boleh menggalakkan rasa bangga diri yang 'tidak sihat'. ― Foto oleh Yusof Mat ...

Bangsa Johor tidak baik untuk Malaysia - Mahathir - Malaysiakini Berita

https://www.malaysiakini.com/news/353417

Translate this page
Malaysiakini
1 day ago - Bangsa Johor tidak baik untuk Malaysia - Mahathir ... Iapandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian ...

Agenda Daily - Pemuda Johor seru rakyat tolak pandangan Mahathir ...

www.agendadaily.com/.../pemuda-johor-seru-rakyat-tolak-pandang... - Translate this page
5 hours ago - Pergerakan Pemuda UMNO Johor sepakat menolakpandangan negatif Tun Mahathir mengenai Bangsa Johor. Nikmat kemerdekaan yang ...




Wednesday, August 24, 2016

SIAPA FITNAH SIAPA

Dalam membincangkan isu politik, kita lebih fokus dan take care kepada isu semasa yang memberi apa kesan kepada bangsa, ugama dan negara melibatkan anak cucu kita.

Tak ada masa nak fitnah sesiapa, lebih lebih lagi nak ungkit tokoh lama yang sudah tiada kuasa, buang masa membicarakan soal apa yang mereka telah lakukan.

Kesilapan perkara biasa, jasa dan bakti jangan dilupa. Mereka akan dinilai oleh sejarah. Dan ada yang sudah menerima hukuman dunia, setimpal.

Isu 1MDB bukan isu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz...lebih ramai rakyat biasa mengupas dan lebih hebat dari mereka. Ertinya ada rakyat yang lebih pandai dari pemimpin.

BERSATU lulus atau tidak, bukan isu rakyat, tanpa BERSATU pun skandal tetap skandal yang tidak boleh dipadam begitu sahaja. Sudah melekat pada fikiran.

Kalau pemimpin sekarang nak fokus, bukan fokus kepada Mahathir, fokus dan jawab kepada rakyat. Jawab kepada Mahathir tidak semestinya selesai kepada rakyat.

Tetapi apabila rakyat dipandang lekeh... Pengurusan krisis tidak mahir, PM tidak dapat meyakinkan rakyat sekadar penafian dengan air lior. Bukan itu sahaja, isu skandal belum selesai malah makin kusut.

Bila isu dilondeh dalam negara, ada mekanisme menutupnya, dan bila dilondeh oleh negara luar, jawapan kerajaan bahawa ada musuh dan pihak luar negara cuba campur tangan.. itu jawapan yang cukup dangkal malah rakyat biasa dan pemimpin kecil seperti Dr Chandra Muzaffar, Mat Sabu telah membalasnya secara fakta dan lebih relevan..

Satu konklusi rakyat, Najib patut berundur pun tidak mampu ditangani oleh UMNO, malah berbondong bondong pula yang mempertahankan dengan cara dan sikap yang salah. 
Mempertahankan sesuatu yang mereka sendiri tahu "benar" tetapi demi "cari makan" dan "nak jaga kedudukan" kenalah sokong juga. Itukah pemimpin atau ada nama lain yang sesuai dengan sikap mereka !!!

Soal keselamatan dan ketelusan kini isu dalaman negara yang cukup mencabar. PDRM dan Peguam Negara kadangkala membuat keputusan bagi pihak mahkamah yang sepatutnya jadi rujukan akhir untuk kepentingan rakyat dan menyekat persepsi liar.

Hari ini seorang Tan Sri dipersepsi mengkhianati 3 Tan Sri, setakat mana ia menjadi telus?

Tuesday, August 23, 2016

WITHOUT FEAR OR FAVOUR



MANTAN MALAYSIA OFFICER ONE
Belum ada pengganti sehebatnya..  
Berundur ketika pada tahap kuasa dipuncak.. 
Orang lain?  Melahap kuasa ketika minta undur... 
It's

MALAYSIAN OFFICER 1 KENA KAJI SEMULA

Jika andaian itu merujuk kepada PM adalah salah sasaran. Mungkinkah ia merujuk kepada Pegawai Kerajaan Yang Paling Berkuasa (?)

Atau andaian MOF1 itu merujuk kepada lebih dari satu orang,  satu team dan kesepakatan.. You Help Me I Help You.




Monday, August 22, 2016

SUMPAH MAHSURI




Sumpah Mshsuri kepada 7 keturunan belum lagi tamat.
Nawawi disaran masuk semula tadika kemas untuk mengenali siapa MO1. Kalau nak menjilat pun agak agaklah sikit...



# Pelik juga kali ini pendedak,   pecacai,  pemimpin UMNO tidak melenting dan melatah seperti biasa yang kononnya pemelihara kedaulatan Sultan dan Raja Melayu..

Mungkin kerana nawawi bukan cina dap,  bukan melayu dap,  bukan kutty,  bukan Melayu BERSATU, bukan Melayu PKR dan bukan Melayu AMANAH.



SIAPA YANG BELOT..

Sudah lama diperkatakan dan dikenalpasti..

Tun hanya ulangi... Tapi tak cukup duit untuk bayar saman jika menamakan pihak terlibat.

Tun Dr Mahathir kena belajar dari lim guan eng., pungut 1juta tak sampai 1jam.


Sunday, August 21, 2016

MAT SABU TIBAI IDRIS HARON COW COW






India pun nak campurtangan juga ke? 




PENJAJAH DEPAN MATA... 
Ada nampak abang kunan di situ? 

Saturday, August 20, 2016

BERSATU SERBA TAK KENA / ZAHID DAH ADA GAYA PM

Bukan parti itu yang serba tak kena atau bermasalah tetapi parti dan pemimpin pesaing,  musuh dan kawan yang gelisah tak sudah.

Setakat ini BERSATU belum keluar apa apa kenyataan tapi sudah ramai tukang sihir,  tukang ramal, tukang tilik yang buat ramalan dan andaian.

Melaga lagakan memang tujuan utama.
Memperlekehkan memang perlu untuk menutup gabra sendiri.
Fitnah kepada pemimpin BERSATU jadi wajib muaakad.

Ada Muhyiddin minta jadi Ketua Pembangkang (?)
Ada Mukhriz meraung nak jadi PM (?)
Ada Mahathir minta projek untuk kroni (?)

Kalau tak ada kenapa di ada adakan.
Luluskan segera BERSATU untuk berdepan di padang yang betul.

Najib kena ikut cara Zahid,  fokus pada masalah dalam kain sendiri,  fokus tawan Kelantan,  tawan Selangor,  tawan Pulau Pinang... Tak perlu fokus pada Mahathir,  baling kaca pun tak pecah.

Perpaduan dengan PAS perlu disegerakan,  dimeterai perjanjian... Jangan pergunakan PAS,  jangan ulang PAS diperkudakan lagi... Jangan biarkan PAS tercari cari,  hidung tak mancung, pipi disorong...

Bila nama diperheboh seluruh dunia, jalan terbaik,  selamat... Berehatlah.
Zahid dan Hishamuddin dah nampak serasi...

Kj tu dah lama tunggu nak jadi PM.


ADALAH TIDAK LOGIK DAN RELEVAN UNTUK NAJIB MENGAJAK ORANG LUAR MENJAGA PARTINYA YANG SEDANG ROSAK...




Satu kelebihan kepada pemimpin kanan umno adalah apabila mereka hilang kuasa, boleh pula mereka bermandi peluh dan santai duduk di kerusi plastik bersama rakyat.

Mereka juga akan bercakap tanpa berlapik,  direct ke muka pihak yang terlibat, kaw kaw bagi penjelasan kepada rakyat. Antara sebab mereka berani bercakap adalah atas kapasiti mereka "bersih". Tidak ada file rasuah dan skandal..

Sebab itulah tak ramai pemimpin umno yang sokong dan turut jejak mereka kerana masing-masing dot dot dot.
ini adalah penggal terakhir umno jadi kerajaan,  bererti ini last kopek dot dot dot  !!!
* dot dot dot itu bermaksud berkhidmat untuk bangsa,  ugama dan negara seperti yang mereka sering laungkan... Takkan tak faham kot.

Berbalik kepada Muhyiddin dan Mukhriz (gambar di atas) ia membawa maksud adalah menjadi kewajipan setiap rakyat untuk menghilangkan kuasa pemimpin umno sebagai kerajaan supaya mereka sedar,  insaf dan boleh duduk bersama rakyat untuk memperjuangkan sesuatu kebenaran.

Bila jadi pembesar dan berada di atas, perjuangan mereka menjadi kelabu asap dan lupa daratan...



Dalam satu ucapan Najib di Tumpat supaya Tun Dr Mahathir tidak melampaui batas sehingga menghancurkan parti...

Pertama: Siapa sebenarnya yang merosakkan parti dan membusukan bangsa Melayu,  Islam dan Negara (?)

Kedua: Tun Dr Mahathir sudah keluar parti atas dasar tolak Najib dan penubuhan BERSATU bererti tolak umno.
Tun Dr Mahathir sudah tiada kaitan dengan umno dan samada parti itu lingkup atau hidup bergantung kepada mereka sendiri.
Najib perlu jaga batasnya kerana dia sudah tidak relevan untuk mengajak orang luar membantu menjaga partinya yang sedang rosak.




SAYA YAKIN NAJIB AKAN TINGGALKAN UMNO YANG LEBIH KUAT KEPADA PENGGANTI... WALAUPUN LEWAT TETAPI MASIH BELUM TERLAMBAT..



Pertama kalinya saya bersetuju dengan Presiden UMNO,  Najib bahawa dia mampu tinggalkan UMNO yang lebih kuat kepada penggantinya...

Persaolannya bila dan apa strateginya (?)

Lebih mudah,  lebih tepat,  lebih cepat dia berundur, insyaAllah UMNO sempat kuat terutama sebelum BERSATU diluluskan...

DAP DAN UMNO PERLU DITENTANG

keduanya saling racist,  mempergunakan bangsa untuk menanam sikap membenci. Saling menakutkan ahli ahli mereka dengan soal "bangsa" dijual.

DAP membenci Islam untuk menarik kesetiasn penyokongnya dan UMNO menakutkan Melayu dengan ancaman tersebut.

Hakikatnya adakah pemimpin UMNO mengikut ajaran Islam sepenuhnya?  Mengurus negara tanpa rasuah dan menyamun?  Mereka takutkan Melayu dengan DAP tetapi mereka sendiri tidak takut kepada Allah.

.......


#AncamanDAPkepadaMelayu
#DAPmusuhIslam

Sedarilah bahawa DAP jelas secara konsisten nak buang title "Islam" dalam IC  rakyat Malaysia beragama Islam.

Selain menyatakan, masalah "faith" @ kepercayaan ni masalah peribadi masing2...

Skrg ni mereka nyatakan pulak nak cabar Akta 121(1A) pula....

Ini bakal menimbulkan implikasi yg besar terhadap apa2 keputusan yg dibuat oleh Mahkamah Syariah!

#BersatuMelayuTentangDAPig3
                                ■ ■ ■

Religion is a matter of personal faith and not the bureaucracy

Posted by admin.August 18th, 2016

I refer to the Court of Appeal’s decision on 17 August 2016 to dismiss an application to renounce Islam by three Bumiputera Muslim converts in Sarawak. The applicants were originally non-Muslims who had converted to Islam for marriage. Following the dissolution of their marriages, they are now, by their own declaration, no longer practising Muslims.

Central to this issue is the question of whether the civil or syariah courts should decide in such cases. In this instance, the three-judge appellate court panel decided that jurisdiction lies with the syariah and not civil courts, citing the Federal Court decision in the Lina Joy case, as well as their interpretation of Article 121(1A) of the Federal Constitution.

The 1988 insertion of clause 1A to Article 121 of the Federal Constitution does make clear that the High Court and its subordinate courts would no longer have jurisdiction on matters under the purview of the syariah courts. Read together with the Courts of Judicature Act 1964, which determines that the appellate courts are limited to the same powers as those exercised by the High Court, then it follows that the Court of Appeal and the Federal Court would not also have authority over the same matters.

However, this presents a constitutional dilemma.

Under the ninth schedule of the Federal Constitution, Islamic law and, correspondingly, the jurisdiction of the syariah courts are limited to “persons professing the religion of Islam.” Based on this premise, as argued by the applicants’ legal counsel who also quoted the dissenting judgement in the Lina Joy case, the syariah courts would not have jurisdiction over the applicants because they no longer profess the religion of Islam.

Religion a matter of faith

On such issues, we should take a leaf out of progressive decisions made by other Muslim countries. The Jordanian government, for example, recently announced that their citizens’ new identity cards would no longer indicate the holder’s religion. This is in adherence to the constitutional position that guarantees every citizen equality under the law, as well as to avoid discrmination on grounds of religion.

In defending the move, Marwan Qutaishat, head of Jordan’s Passport Authority, stated that “religion cannot be expressed with a written word or a beard.”[1]

The same logic holds true in the case of Malaysians. Religion should be a matter of individual faith, and not for the bureaucracy to decide. It defies common sense that someone is legally a Muslim even though they no longer adhere to to the faith. Even more so if they already profess a different religion.

Such a view is not only in line with the guarantee of freedom of religion as stipulated by Article 11 of the Federal Constitution of Malaysia, but also the Qur’an, where it is determined that there should be no compulsion in matters of faith.[2] This is furthermore relevant for citizens of Sabah and Sarawak where Islam is not the official religion.

Direct petitions to the Federal Court

Article 121(1A) and the resultant creation of parallel systems of justice present a constitutional lacuna. Because of this grey area, many Malaysians spend years trying to seek redress from the judicial system. Besides conversion cases, child custody disputes involving Muslim and non-Muslim parents have also been difficult to resolve, with some cases lasting close to a decade before a final decision is made. Often, it is too little too late.

What is clear is that a solution is needed. As such, I would like to reiterate the need for the Courts of Judicature Act to be amended in two ways. Firstly, the Federal Court must no longer be limited to the jurisdictional authority of the High Court. In other words, the Federal Court should act as a final arbiter on all legal matters in the country.

Secondly, a procedure should be created to allow direct petitions to the Federal Court in matters involving constitutional rights and fundamental liberties, including matters of unclear jurisdiction, such as those that fall within Article 121(1A).

Not only would these amendments create a clear avenue for remedy in cases that overlap between the syariah and the civil courts, but it would also shorten the tedious process of going through the High Court and Court of Appeal, thereby saving time, resources and emotional anguish for those seeking legal redress.

If the government is unprepared to make such amendments, I will sponsor a private members’ bill to this effect in the next parliamentary sitting.

Zairil Khir Johari
Member of Parliament for Bukit Bendera
DAP Assistant National Publicity Secretary

Friday, August 19, 2016

PENYANGAK UPAH PENYAMUN...



Al kesah,  siang siang hari secara terbuka penyangak dah masuk satu rumah, dikebasnya duit dengan muka selamba,  sebelum keluar sebahagian duit yang dikebas sempat dicampak kepada penjaga rumah,  alasan, sedekah, saguhati.

Yang nampak penyamun tu masuk adalah kawan kawan dan jiran. Menjeritlah mereka supaya penyamun ditangkap,  laporan polis telah dibuat oleh jiran.

Mungkin kerana yang penjaga rumah tak report,  polis tak ambil tindakan walaupun penjaga mengaku menerima sagu hati atau sedekah..

Kenapa penjaga tak buat report kehilangan? sedangkan mengaku ada menerima habuan? Siapa lagi yang terima habuan? Mungkin penyangak datang atas jemputan...  Ingat lagi cerita P. Ramlee  !!

Kesah tidak berakhir di sini saja..
Penyamun sudah dikenalpasti..
Lambat laun nama penyangak akan disebut jua..

GAMBAR DI BAWAH HANYA HIASAN,  TIADA KAITAN,  TIDAK ADA SIAPA YANG NAK MENGAKU PUN...





BERSATU BARU PROSES MOHON... TAKKAN DAH ADA YANG NAK BERUNDUR..



Hebatnya BERSATU... 

Semasa berkuasa pun menyusahkan rakyat,  apa idea hebat?  Ketika berkuasa pun integriti sudah tiada.
Memang wajar kalau berundur,  lebih baik diam... 
Uruskan hal dan persaolan peribadi.. Bersedia jika disiasat dan didakwa.. 




Thursday, August 18, 2016

SEKALI KETUK... BARU NAK BERTINDAK



MB kesayangan pecacai... 

Azizulhasni bawa pulang pingat gangsa... MB Ganu pula kehilangan pingat beberapa bulan yang lalu.

Tuesday, August 16, 2016

PUBLISITI POPULAR PERCUMA - TERIMA KASIH UMNO





Komen ikhlas Nazzi sangat tepat, elok Nazri sekolahkan puak pendedak dan pecacai supaya jangan melalak sehingga BERSATU dapat publisiti percuma dan makin popular.

Nazri patut sekolahkan juga pemimpin umno supaya jangan buat komen membabi buta sehingga tampak sendiri bodoh.

Buat dosa kering dan penat je buat fitnah besar besaran kepada 3M, hakikatnya parti itu akan ditolak oleh orang Melayu.

Minoritii Melayu baki dari 3 juta yang sokong membabi buta,  sudah boleh kompromi dengan rasuah, buruk akhlak,  muka tebal dan salahguna kuasa sebagai budaya dan amalan.
UMNO adalah Melayu,  Melayu adalah UMNO.

Nazri patut juga tadikakan ku nan supaya jangan sebok buat bantahan tentang penggunaan bersekutu.

Lebih tepat Nazri patut nasihatkan KDN supaya SEGERAKAN LULUS parti nyamuk tersebut.

Cepat lulus cepat mati.

MUKHRIZ KATA JANGAN HIPOKRIK

Bagus sekali mukhriz tidak layan cabaran budak budak pecacai tak cukup akal atau menjawab fitnah songsang yang sengaja dinyanyikan.

Bagi mereka Mukhriz adalah cabaran sebenar,  pemimpin yang bersih sukar nak dikotorkan kecuali perlu difitnah secara besar besaran. 

Kerja kotor ini berbaloi dengan suapan,  halal haram untuk dibawa balik sudah bukan satu halangan.  Yang mengajar bukan orang lain, siffu. 

Sindiran mukhriz secara jelas dan tepat mana mungkin boss mereka dapat berselindung lagi.

Sudah tentu tidak perlu menamakan sesiapapun kerana tidak akan ada sesiapa yang mahu mengaku. 

Monday, August 15, 2016

TERSEPIT ANTARA SKIM LAMA DAN BARU KWSP... BIJAK SUNGGUH KEPALA HOTAK DEPA

Tiada lagi jaminan.

Ulasan:

8/8/2016, yang lalu, sy telah bercadang utk memindahkan simpanan KWSP sy ke skim patuh Islam di Cawangan ......... sy bernasib baik kerana dapat berhadapan dgn ketua khidmat penerangan KWSP sendiri.
Seperti biasa sy sebelum keputusan dibuat, sy telah bertanya beberapa soalan..

1. Apa bezanya skim lama dan skim baru..???
Jwpan : Skim Patuh Islam..

2. Maksudnya..???
Jwpn : Semua pelaburan akan dilabur ke industri2 berkonsepkan halal, berbanding skim lama hanya 41% sahaja yg halal..

3. Siapa panel pelabur KWSP skim lama dan skim baru..???
Jwpn : sama, tidak ada perubahan.

4. Bermakna sebelum ini dividen pelaburan TIDAK HALAL..?!!
Jwpn: Diam

5. Bagaiman konsep perkiraan dividen..???
Jwpn: skim lama, perkiraan dividen akan dibuat pada setiap hujung tahun, dan jika berlaku kerugian, kerajaan memberi jaminan tetap akan membayar sebanyak 2.5%, kpd ahli KWSP, jika untung bayaran dividen 6-7% setahun. Berbanding skim baru, untung atau rugi adalah berdasarkan kepada prestasi pelaburan, TIDAK ada lagi jaminan kerajaan, ayat paling sempoi, lu tanggunglah sendiri..

5. Bagaiman ianya dinilai skim ini patuh Islam..???
Jwpn: Pelaburan hanya berkonsep halal..

6. Konsep perkiraan..???
Jwpn : sama spt skim lama..

7. Tiada perbezaan pun..???
Jwpn: Ya

8. Bagaimana boleh capai status halal, sedangkan perkiraanya tetap sama..?? Sedangkan skim lama kata tidak halal, tapi masih mengekalkan konsep lama..???
Jwpn : Diam

9. Bagaimana saham itu boleh diklasifikasikan mencapai status halal..???
Jwpn: Setiap pelaburan perlu mendapat nasihat dari panel pelabur yg dilantik.

10. Lagi..???
Jwpn : Itu je

11. Bukankah konsep saham patuh islam, membolehkan pelabur mengetahui running atau untung rugi pelaburan bila2 masa, tanpa perlu runggu hujung tahun, betul atau tidak..???
Jwpn: Diam

12. Jika berlaku ketidak puasan hati pelabur dalam urus tadbir pelaburan saham, adakah pelabur@ahli boleh membatalkan perjanjian dan masuk semula skim lama..???
Jwpn: TIDAK boleh..!!!

13. Cadangan atau nasihat puan..???
Jwpn: Tunggu dan lihat..

14. Tang mana dikatakan patuh Islam..??
Jwpn: Bukan bidang kuasa sy..

15. Assalamualaikum
Jwpn: Walaikumsalam..

# Kesimpulan yg  boleh buat ialah, memudahkan dana KWSP dicairkan.. Wallahuallam..

#copypaste

APA SALAHNYA KALAU DAP MAHU BEKERJASAMA DENGAN UMNO



UMNO hanya perlu tingkatkan kualiti dan integriti  pemimpin untuk dihormati kawan dan lawan, sebagai contoh tauladan kepada pemimpin DAP. 



BERHATI HATI DENGAN LINK PALSU



Sunday, August 14, 2016

BERSATU ALTERNATIF KEPADA SEMUA PARTI POLITIK BERASAS ISLAM, MELAYU DAN PRIBUMI

Soalnya sekarang Bila MahathirPukimakk Haramjaddah Mahazalim Mahafiraun MahaCelaka Mahasial nie nakMampus...haramjaddah perompak,KepalaPenyamun Pembunuh sialan kau mahahir...

(SETAKAT TU JE LAH FAKTA YANG MEREKA ADA)



Adalah sangat logik untuk pemimpin UMNO merasa cemas dan bimbang akan penubuhan BERSATU kerana tujuan penubuhannya sangat jelas iaitu "selamatkan negara" khususnya dari satu skandal mega kewangan yang boleh meruntuhkan sebuah negara dengan beban kewangan.

Ada sesiapa yang boleh menafikan hari ini 1MDB bukan beban kewangan negara dan bagaimana kerajaan sekarang sedang bergolok bergadai untuk membayar hutang  !!!

BERSATU akan menjadi satu permulaan pentas dan wadah perjuangan yang selama ini diperjuangkan melalui suara individu dan peribadi melalui media terhad dan pentas pembangkang. 

Ada asasnya untuk DAP merasa lebih gerun kepada penubuhan BERSATU,  aras tanda politik Melayu yang bangkit menggantikan UMNO dari segi perjuangan dan keikhlasan mewakili Melayu dan Islam. 

BERSATU tidak mungkin lemah sepetti PAN dan PKR,  tidak boleh dipujuk rayu dengan bantuan material atau ugutan.

Tidak mustahil PKR dan PAN akan berada di belakang BERSATU ketika berhadapan dengan ego DAP. 

DAP telah berjaya memperkuda PAS pada suatu masa dan memperlekehkan politik Melayu UMNO dengan slogan ABU. Kali ini mati akal dengan BERSATU. 

Lim Kit Siang sendiri akur dengan kepimpinan Mahathir melalui Deklarasi Rakyat.

Mana fakta Mahathir di peralat DAP (?) atau bersekongkol dengan DAP (?)
Mahathir bukan Nik Aziz,  Hadi Awang, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim !

Berbeza dengan penubuhan serpihan parti seperti PAN,  PKR dan lain lain, mereka lebih kepada isu remeh yang diperbesarkan dan tidak melibatkan isu skandal dan jenayah kecuali perbezaan pendapat kalangan pemimpin. 

Pandangan Bung Mokhtar dan Kj yang memberi peringatan kepada ahli dan parti mereka sendiri disifatkan lebih rasional oleh Ibrahim Ali berbanding dengan pemimpin lain.

Jika ada usaha untuk menggagalkan pendaftarannya,  ia bukanlah sesuatu yang pelik.. reaksi awal ku nan jelas memperlihatkan betapa sentapnya mereka...

Berapa ramai keahlian parti bukan satu penentu mutlak dalam pilihanraya malah ia menjadi satu backfire kepada parti itu sendiri jika perjuangannya telah berubah.

Apakah ada beza PKR dan UMNO, kepentingan siapa yang mereka jaga (?)

Apakah Najib lebih suci dari Anwar Ibrahim (?)

Apakah Zahid lebih bersih dari Azmin Ali (?)

Minta maaf,  jika pun mereka dikumpulkan serentak dalm satu bakul,  masih tertinggal jauh seperti bumi dengan langit untuk dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir. 

Apa yang berlaku kepada Khir Toyo kini berlaku kepada Lim Guan Eng.
Apakah mustahil berlaku kepada pemimpin lain (?)
Semoga tiada siapa yang menjejak seperti Anwar Ibrahim... 

CAKAP TAK SERUPA BIKIN










KALAU BERDASARKAN SENYUM... SEMUA DAH OK



Saturday, August 13, 2016

TERIMA KASIH KETUA MENTERI MELAKA

PERKASA desak Duta Amerika atas kenyataan Ketua Menteri Melaka...



Perlu ke Amerika hantar tentera untuk serang Malaysia,  kos ketenteraan yang sangat tinggi. 
Ada cara yang lebih murah dan mudah.... 







BORANG KELUAR PARTI, PERLU SEDIA BANYAK


Dijangka tak ramai yang akan sertai BERSATU, Dijangka tak ramai yang akan istihar keluar parti UMNO...apapun perlulah bersedia kot kot kehabisan borang..

Tun hanya minta kita bersatu, berjuang untuk selamatkan Malaysia dari mereka mereka yang sudah dikenalpasti dan dinamakan.

Susah sangat ke nak bersatu (?) bukan untuk Tun,  untuk diri sendiri,  bangsa dan negara.



# Ramai dah yang keluar parti sebelum ini...
Yang dah mati tapi nama masih tersenarai..
Yang tak datang mesyuarat agung dah berbelas kali...
Yang dah masuk PKR,  PAN, PAN, DAP, PAS dan atas pagar...
Yang tak undi BN sejak zaman Paklah....
Dan kali ini...
Yang tak akan sokong Najib, bukan seorang,  bukan sekeluarga tapi satu kampong dan keturunan...

Jangan percaya tapi boleh cuba...




Friday, August 12, 2016

UNDURKAN NAJIB SUDAH JADI TANGGUNGJAWAB DAN MASALAH DALAMAN UMNO.

Cabaran untuk menurunkan Najib melalui proses demokrasi seperti yang dicanang oleh pecacais dan pemimpin umno hendaklah dibuktikan dengan meluluskan pendaftaran BERSATU tanpa syarat dan bantahan bodoh.

Tidak ada perkataan,  lambang atau logo milik peribadi sekiranya tidak didaftarkan sebagai hak dan harta intelek secara sah.

Umno harus tunjuk sikit berani walaupun takut untuk berdepan satu lawan satu antara umno dan BERSATU.
PRU wajar diadakan lebih awal dan secepat mungkin bagi mengekang pengaruh BERSATU dari menjadi logik dan berkembang.

Desakan Najib undur kini menjadi tanggungjawab ahli umno.  Nasib parti umno ditentukan oleh mereka sendiri. Menewaskan umno sudah menjadi kewajipan pembangkang.

Samada pembangkang bersendirian halatuju atau bersatu, tekad mereka tetap sama, tumbangkan umno dan tidak ada sebab untuk gagal kerana najib kini menjadi "faktor" dan liabiliti untuk umno tewas.

Apa yang Tun Mahathir sarankan adalah BERSATU,  tidak ada sebab untuk tidak bersetuju.
Tidak menyertai parti itu atas sebab sebab keselamatan tidak menghalang sokongan berterusan.

MUKHRIZ DIASAK

Aku tidaklah minat sangat dengan gaya dan aura politik Mukhriz.
Kurang karisma.

Lembut dan bersahaja. Tak tahu samada dia faham atau tidak sesuatu perkara.

Dalam lembut, Mukhriz pernah bangangkan seseorang sehingga orang itu naik angin dan hasilnya dia dipecat.

Semua itu logiknya Mukhriz mustahil mampu jadi PM.

Mukhriz juga tidak pernah menunjukkan kuasa ketika bapanya menjadi PM walaupun sejarah ada mengukir, menantu naik tocang ketika bapa mertua jadi PM.

Tidak ada istimewanya Mukhriz sebagai politician tetapi "bersih dan sucinya" dari skandal merupakan senjata.

Dan senjata itulah yang menyebabkan musuh menjadi panik kerana tidak sekepala.

Mereka sedang mencipta pelbagai fitnah dan tohmahan lain untuk memburukannya. Secara bangang mereka cuba paksa rakyat untuk percaya.


UMNO JOHOR MULA BIMBANG

SURAT TERBUKA
12 Aug 2016
Dr Mahathir Mohamad

http://chedet.cc/?p=2213

Kepada Rakyat Malaysia,

Kami adalah tujuh orang pengasas penubuhan sebuah parti politik baru.

Jawatan-jawatan kami adalah sementara. Apabila parti sudah tertubuh, perwakilan akan pilih pemimpin.

Sementara menunggu kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan, izinkan kami jelaskan kenapa parti ini ditubuh sekarang.

Malaysia setelah Merdeka berjaya dibangun oleh rakyat Malaysia dan wakil mereka sehingga terkenal sebagai satu-satunya negara merdeka yang tinggi pembangunannya.

Banyaklah negara-negara dunia ketiga yang anggap Malaysia sebagai negara contoh. Dimana-mana orang Malaysia pergi, mereka dihormati kerana kejayaan pentadbiran dan pembangunan negara mereka.

Tetapi sekarang kita terkenal sebagai sebuah negara dimana rasuah amat tinggi dengan Menteri Kewangan yang terburuk sekali.

Kita juga mempunyai seorang Perdana Menteri yang sedang disiasat kerana besar kemungkinan terlibat dengan money laundering (pembersihan duit haram) berbilion dollar Amerika.

Syarikat 1MDB kehilangan berbilion Ringgit. Di masa yang sama Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib mempunyai 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya.

Click Here
Hutang Negara meningkat berbilion Ringgit.

Walaupun belanjawan negara ternampak tinggi tetapi kementerian-kementerian, institusi dan agensi Kerajaan diarah kurangkan perbelanjaan sehingga 30 peratus.

Sementara itu kos sara hidup meningkat tinggi kerana cukai GST, kenaikan cukai tanah, pengurangan subsidi minyak dan penarikan balik status bebas cukai Langkawi dan Labuan.

Demokrasi dan pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada lagi. Pegawai ditukar dan diganti dengan pegawai yang setia kepada Najib supaya sanggup melakukan perkara yang salah apabila diarah.

Jenayah dalam Kerajaan dirahsiakan. Yang mendedah jenayah disoal, ditangkap, dipenjara dan dihadapkan ke mahkamah.

Sesungguhnya keadaan dalam negara dan imej di luar negara amatlah buruk. Di luar negara rakyat malu mengaku sebagai orang Malaysia. Tidak ternampak sebarang usaha untuk menghentikan jenayah dan memulih keadaan. Yang ditekankan ialah kesetiaan kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Dan banyaklah lagi keburukan yang dibawa oleh Najib kepada negara tercinta ini.

Kami pengasas parti baru berpendapat masa sudah tiba untuk rakyat menyelamatkan negara ini. Jika tidak segala-gala yang kita nikmati akan hancur-lebur dan kita dan anak cucu kita akan kembali menderita kemiskinan tanpa maruah.

Parti yang kami tubuh ini bertujuan menjadi alat kepada rakyat yang benar-benar cintakan negara yang bertuah ini.


http://www.sinarharian.com.my/politik/umno-johor-diminta-senaraikan-ahli-taja-parti-baharu-1.551528

Hasrat kami ialah untuk berkhidmat memulih semula rakyat dan negara.

Demokrasi dan pemerintahan berasas undang-undang akan kami kembalikan.

Segala kelemahan yang boleh disalahguna oleh pemimpin yang dipilih akan dihapuskan.

Pengurusan kewangan akan tertakluk kepada undang-undang dan aturan-peraturan baru supaya Perdana Menteri atau menteri-menteri tidak boleh sembunyi sebarang perbelanjaan. Ketelusan dalam semua urusan akan diamalkan.

Didikan dan latihan secara besar-besaran akan diberi kepada semua rakyat dari semua kaum supaya mereka dapat bekerja dengan pendapatan yang setimpal dengan hasil kerja mereka.

Yang termiskin dan kurang upaya akan dibantu dengan mencukupi.

Biasiswa untuk pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi akan diadakan bagi semua mengikut keperluan mereka.

Kami percaya kami berpengalaman dan memiliki banyak idea untuk pemulihan ekonomi dan politik negara yang kami akan jelaskan dari masa ke semasa.

Oleh itu sertailah parti kami demi kesejahteraan kehidupan kita semua.


Thursday, August 11, 2016

BERSATU TOP RANKING

BERSATU nampaknya kini sudah meniti dari satu bibir ke satu bibir tetapi itu tidak bermakna skandal terbesar dunia dilupakan.

Tanpa perlu kempen dan tanpa kos iklan,  juak dan barua jadikannya sudah gah seluruh rantau.  Terima kasih.

Dari logo sampailah kepada apa sahaja tentang BERSATU dibelek satu persatu,  kemaruk nak cari silap dan cacat.

Belum pernah terjadi kepada mana mana parti politik dalam dunia,  belum lagi sah berdaftar ia sudah dihebohkan.

Mungkin ada yang berminat nak sertai tapi dedak sudah termakan lebih dari had,  hutang budi kenalah bayar dengan body....

Majoriti pemimpin umno yang sudah expired termasuk ku li meramalkan "sukar". Sukar tentulah kepada orang-orang seperti ku li yang takut dan jijik untuk bermandi peluh bersama rakyat.
Tetapi buat Mahathir, menubuhkan parti baru samalah seperti berdoa mengharapkan malaikat diutuskan untuk membungkam musuh.

Belum apa apa lagi,  secara jujur dan tidak hipokrik, DAP menolak dan menentang penubuhan BERSATU kerana tentunya ia lebih baik dari umno,  baik dari segi pemimpinnya yang lebih bersih dan akan jadi pilihan majoriti Melayu,  hasrat DAP menarik Melayu ke partinya,  terbantut dengan kehadiran  BERSATU.

Pendirian DAP jelas menggambar pemimpin umno yang pura pura menyatakan BERSATU tidak lama,  sekadar memujuk pembohongan diri sendiri.

# Perkembangan terbaru yang menggambarkan Tun sedia berdebat apa saja isu asal menguntungkan takyat merupakan tamparan hebat kerana Najib masih membisu.


Wednesday, August 10, 2016

LONELY MINISTER: NOBODY LISTEN TO HIM ANYMORE (?)






# Ini salah satu kesan kemunculan parti baru yang dibimbangi akan meluaskan pengaruhnya melalui media maya. 

SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG SAKIT KRONIK, MEMBUSUK...

 Tomahan Najib di jawab secara spontan oleh Tun Dr Mahathir. 

Seperti ditegaskan,  Najib sepatutnya dedahkan secara tepat apa yang Tun arahkan kepadanya (?)

Sekali lagi Tun mencabar pahlawan bugis ini untuk berdebat dan bersemuka berhujah dan bukannya buah tuduhan tidak berasas di belakang ketika berada di luar dari bumi Malaysia... 


PERKEMBANGAN MUTAKHIR BERSATU... KOT KOT TS BOLEH BISIK KAN...

Assalamualaikum sahabat  semua......dgn segala hormatnya saya (Zais)  menjemput Dato/Tuan/Puan ke

MAJLIS MARHABAN,TAHLIL DAN DOA SELAMAT BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN (Mantan TPM) sebagaimana berikut:-    
Tarikh:  11/8/16 (khamis)
Alamat: dirumah saya;
No.44, Jalan  Rajawali, Larkinjaya, JB.

Aturcara spt berikut:          
4.30 ptg....marhaban oleh Alumnai SSI 69....
Jamuan.

8 mlm.....ketibaan Tan Sri.
8.05 mlm....majlis tahlil dan doa selamat....
Solat Isyak / jamuan.
9 mlm....
Beramah mesra bersama Tan sri.                   11.30 mlm.... Majlis bersurai.                                 (Jika ingin bersama Tan sri.... datanglah sebelah mlm).                                

Semua sahabat dari jauh dan dekat adalah dijemput bersama.....terima kasih.        (Utk makluman...

Saya tlh berjumpa Tan Sri dan beliau tlh mengesahkan akan hadir.....

InsyaAllah.

PAS DIBAYAR (?) JAWAPAN HADI MENCURIGAKAN...

Berita SR atas kecurigaan besar (pokok bergoyang) PAS terima 90 juta dari Najib memang langsung tidak boleh dipercayai. Buktinya Tuan Ibrahim Man langsung tak tahu... Sebab tu dia nafikan.

Hadi Awang terima atau tidak... Saya belum baca laporan,  katanya.
Punyalah bangang... Saolan ada terima atau tidak,  tidak perlu rujuk kepada laporan atau kepada sesiapa...
Just jawab,  yes or no!

Atas jawapan Hadi,  Tuan Ibrahim kena semak semula penafiannya,  benarkah PAS tidak terima atau dia yang tidak tahu dan tidak dimaklumkan.
Kedudukan dan status Tuan Ibrahim dan (nasib)  Muhyiddin Yassin tidak jauh bezanya.. kenalah berhati hati.

Apapun sukar untuk mempercayai PAS dibayar, kemungkinan lebih  besar untuk mudah dipercayai ialah PAS dibeli (?)

Tuesday, August 9, 2016

HUBUNGAN UMNO PAS MASIH SONGSANG

Ramai yang bertanggapan musuh umno seperti pembangkang merasa cemburu di atas kemesraan Hadi dan Najib seolah perhubungan itu menggugat pembangkang.

Yang masih menjadi persaolan kenapa kemesraan Hadi Najib itu gagal diterjemahkan sebagai hubungan baik antara parti dengan parti sebaliknya lebih kepada kemesraan sosial antara pemimpin.

Kalau merujuk kepada reaksi dan kenyataan kenyataan Tuan Ibrahim,  PAS dan UMNO masih berbeza dan jauh seperti langit dan bumi.

Tidak ada kenyataan politik dari PAS yang senada dengan UMNO malah di pilihanraya, mereka masih bertembung walaupun PAS sudah tidak menghala sasarannya kepada UMNO.

Apa yang dilihat ialah PAS memang juara dalam hal hal diperkuda,  diperalat di mana sahaja parti itu bertenggek.

Tanpa PAS di pihak pembangkang bukanlah satu keadaan yang sukar tetapi lebih kepada alternatif lain yang lebih berkesan perlu dilaksanakan.

Tanpa PAS di pihak pembangkang langsung tidak menguntungkan apa apa kepada parti itu malah sentiasa berada ditahap rugi...seperti melukut di tepi gantang dari kacamata umno.

PAS akan sekadar jadi nasi tambah dan cuci mulut selagi Hadi kekal Presideng.
Di PRU akan datang ia akan setaraf MCA MIC yang boleh dihitung kerusi yang menangi...

Mungkin PAS sekadar ingin jadi teman seperkuburan dengan umno di PRU akan datang..
Hadi Awang masih mahu menjadi penasihat kepada Najib di padang masyar...

AURA PARTI BARU