Google+ Followers

Thursday, January 5, 2017

PENGAKUAN BERANI STU

SELAMAT TINGGAL UMNO (STU)

Saya merupakan ahli, penyokong & jentera tegar UMNO sehingga kan saya pernah menjawat jawatan diperingkat DUN sebagai Setiausaha DUN dan Setiausaha Pilihanraya 13 DUN. Sekarang saya hanya SU Pemuda Cawangan Kuala Ibai.

Namun ini semua berubah kira-kira 2 tahun yang lalu bila skandal 1MDB mula mendapat liputan.

Pada awalnya, saya masih menyokong dan mempertahankan penubuhan syarikat 1MDB dan menganggap semua laporan negatif terutamanya drp Sarawak Report, WSJ dan sumber sumber yang lain hanyalah tohmahan yang berniat jahat dan memburukkan imej YAB DS Najib Razak.

Tetapi satu demi satu fakta dan jawaban balas yang dikeluarkan kerajaan serta jurucakap serta kenyataan yg dibuat oleh beberapa Menteri dan agensi berkenaan serta dari YAB DS Najib sendiri mengenai syarikat itu mula saya ragui, sehinggalah beberapa siri pemecatan yg semuanya sudah anda semua sedia maklum termasuk terkini tindakan bersara awal oleh Pegawai Kanan SPRM.

Isunya dan hujah saya adalah: 

Pertamanya adalah pinjaman wang yg banyak yang dilakukan dengan begitu cepat sekali.

Dana drp pinjaman ini digunakan untuk membeli janakuasa yang hasilannya ganjil tidak boleh membiayai kos hutang.

Walhal adalah asas mana-mana perniagaan, pendapatan mestilah melebihi kos hutang.

Beban hutang kemudiannya menjadi terlampau tinggi sehingga mencapai angka RM42 billion ( skrg mencecah RM52 ++ disamping kadar bunga yag melampau tinggi) dalam masa yang begitu singkat.

Untuk membayar hutang ini, aset yg berbentuk 2 plot tanah terpaksa dijual dengan harga yg begitu murah kepada 1MDB.

Nasib baik 1MDB gagal untuk membuat penyenaraian di dalam Busar Saham Malaysia, kalau ia berjaya maka orang ramai dan instituisi yg melabur akan menanggung hutang tersebut.

Kemuncak pembohongan ini adalah pendedahan WSJ yg disokong DOJ dimana wang 1MDB disonglap untuk membeli berbagai jenis kemewahan yang melampaui batas di Amerika Syarikat seperti rumah-rumah mewah, jet peribadi, berjudi, lukisan mewah dan berbagai lagi termasuk derma jutaan ringgit untuk mengabui mata orang ramai. Salah seorangnya merupakan ahli keluarga PM sendiri.

Dokumen 137 mukasurat DOJ itu meneliti bagaimana duit dialihkan sebaik sahaja pinjaman besar dibuat 1MDB.

RM2.6 billion yang pada awalnya dinafikan PM juga akhirnya dibuktikan benar.

Rakyat dihidang berbagai-bagai cerita dongeng mengenai wang ini.

Dari derma seorang kerabat, menjadi beberapa orang, wang derma ahli UMNO, wang melawan IS hingga ke dana melawan DAP.

Jika itu tidak mencukupi, pendedahan WSJ mengenai perbelanjaan RM24 juta oleh isteri PM yang tidak langsung dibantahnya.

Kini hutang 1MDB sudah menjadi RM52 billion.

Faedah bank sahaja melebihi RM3 billion ringgit setahun atau RM8 juta sehari.

Ditambah dengan pelbagai isu, skandal seperti FELDA dan pelbagai dasar serta tindakan yang amat tidak menguntungkan negara, bangsa dan agama. Ini tidak lagi boleh diterima dimasa rakyat disuruh mengikat perut dan menyokong kerajaan. Ditipu dan dalam masa yang sama harta rakyat dirampas sewenangnya.

Hari ini tibalah masanya saya berbuat sesuatu dan melakukan perkara yang sepatutnya.

Parti UMNO pada asalnya parti keramat yg memperjuangkan kemerdekaan dan negara. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang membuatkan UMNO menjadi parti keramat. Ia bukan lagi parti keramat. Ianya bukan lagi wadah membela nasib bangsa dan agama, kerana manusia yang membentuk parti dan nafsu telah memusnahkan intergriti parti UMNO.

Cantik dan buruknya parti bukan bergantung kepada nama UMNO tetapi orang di dalamnya iaitu Pimpinan Parti UMNO.

Apabila orang di dalamnya gagal dan menyeleweng dari tujuan asal parti dan mula mempertahankan seorang pemimpin yang tidak lagi boleh dipertahankan maka ia bukan lagi parti keramat. Bila kita bertanya dan menyoal kita di tuduh pengkhianat parti dan melayu, itu saya tidak boleh terima.

Maka dengan ini saya

MOHAMMAD NASYUHA FADZLY BIN DAUD

NO AHLI UMNO : 04804584
CAWANGAN : KUALA IBAI
DUN : BATU BURUK
BAHAGIAN : KUALA TERENGGANU

Dengan lafaz Bismillah,  atas dasar kebenaran dan kesedaran membuat pengistiharan keluar dari Parti UMNO dan secara rasmi menjadi Ahli Parti Pertubuhan Pribumi BERSATU Malaysia.

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR

#STU
#PPBMMALAYSIA
#PPBMTERENGGANU
#PPBMKUALATERENGGANU

31 comments:

  1. Alhamdulillah....sudah ada telinga yang mendengar yang fakta bukan auta, mata melihat yang realiti bukan fantasi dan mulut bersuara yang benar bukan palsu.

    Jika kes bekas pengurus falcon bank yang dikenakan 16 tuduhan dimahkamah singapura semalam (khamis) dijadikan ukuran seterusnya mengenai laluan wang yang diSAMUN, sahlah yang najib dan jho low berniat jahat. Yang sungguh meyakinkan, pengurus tersebut DIJANGKA MENGAKU BERSALAH seperti kata peguam tertuduh.

    Tuduhlah SR, WSJ dan DoJ fitnah namun Allah swt nsk tunjukkan kebenaran. Sudah tertulis najib adalah penyamun. Dalangnya jho low. Sudah terbukti najib penipu dibantu jho low. Sudah terbukti najib munafiq 100% seperti beliau sendiri memperkatakan apa itu munafiq dalam youtube.

    Suharli, keris, kejora, unknown, nek tempoyak.....insaflah. nasihat saya berrealiti, berfakta dan berkebenaran.

    Untul tun faisal yang selalu sanggah dan kutuk dr rais hussin, with this latest case in singapore and a damning SR report released a short while ago, all i can say....SHUT THE F..K UP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dude you started mellow but ended with vigour (I really should say vulgar).....but I don't blame you. I am just as frustrated with the continuous lying by PM01-Pirate and his backers along with his running dogs....you'd name them already.

      We'll soldier on til GE14 or the demise of dUMNO and its dungus....

      Delete
  2. Kepada musketeering muftis namely harussaini, shukri dan rahman, anda semua dah kena tipu oleh najib atau termakan dedak. Iqra'....kes terkini di singapura. Apabila pengurus bank falcon mengaku bersalah 11 haribulan ini tadi....kalau kamu bertiga tak insaf....tak tahulah. Guru agama selalu berkata, kalau hati sudah hitam, kita akan terus tolak apa saja kebenaran.

    Negara dah hancur dek kehitaman hati penyokong najib. Dapatkah kita kemuliaan lagi when the dust has settled??????

    ReplyDelete
  3. Saya ahli umno sejak lebih 10 tahun yg lalu dan telah bersumpah utk membela agama, bangsa dan negara saya yg tercinta. Maka saya berikrar akan memusnahkan umno drp dalam selaras dgn sumpah saya kerana parti saya ini sudah menjadi pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara saya dgn membiarkan kemungkaran berleluasa tanpa sempadan.

    ReplyDelete
  4. Mcm bagus jer...nak berhenti ke apa ke balh jer lah..tak yah viralkan surat bagai..isi surat ciplak sana sini..pii lah lu...kecewa tak dpt projek lah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2.56
      mentaliti org UMNO..keluar UMNO je sebab tak dapat projek..saudara dah dapat berapa projek..org keluar sebab ketua korang tu curi duit dan ramai termasuk saudara mempertahankan benda yang salah...mmg bagus pun keluar dari UMNO..UMNO skrg hak mutlak najib...

      Delete
  5. Fuck.....kikikikikikiki

    ReplyDelete
  6. Nk keluar ..keluar ajelah...kau yg bongok termakan fitnah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengap sungguh...fitnah menda samdol...sapa2 yg sokong najib tu mcm melayu paria laa...tarak sekolah punya org

      Delete
  7. 3.18,

    Sah melayu bodoh. Bacalah kes mahkamah di singapura semalam. Falcon bank manager akan mengaku salah pada 11 januari ini.

    Ini bukan fitnah...fakta yang akan membuktikan jho low perancang utama bagi pihak najib. Akan dibuktikan mekayu najib penipu. Akan dimalukan AG berbangsa melayu tak tahu undang2. Akan dihina IGP khalid mamak/melayu tak reti tugas polis. Akan diketawakan harussaini, shukri dsn rahman kebodohan mereka. Menteri2 zahif, nazri, salleh, azalina, khairy, mat maslan, aziz kiprawi, tajuddin dan lain2 akan dihina dan disumpah oleh rakyat malaysia kerana mempertahankan penyamun yang merompak wang rakyat. It takes a small city state of singapore mainly populated by chinese makan babi snd kafir to teach muslims malays apa itu erti kemungkaran dan rasuah.

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  8. Does umno has qualified lawyers who can translate and explain the case of falcon bank swiss national manager who were slapped with 16 charges to its members???? Tak ada melayu muslim pintar ke dalam umno????

    High time true blooded muslim umno leaders speak up the truth.

    ReplyDelete
  9. Negara dah bangkrap ka blom.... dah ada bailoout ka 1mdb... napa trx di jln tun tazak sedang rancak dibangunkan skg.... bila siap akan mrnyumbang billion ringgit in returned... ta..ta.. selamat berambus... laporan WSJ... DoJ mesti dlm artikel tu.. kikikikiki... tapi tarau bila nak saman... nama di aras pun penipu... RBA red bean army sungguh... kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuat sungguh ilmu hitam FLOM.

      Delete
    2. Nak tunggu sampai bengkrap??? Bodoh la lu wei! 1MDB di bailout pakai duit China...TRX rancank dibangunkan pakai duit China...pastu bengap giler apa2 hal blame RBA yg ntah ada ntah tidak. Yang pasti bahalol kawan kau si bijan yg jadi PM skrg bersuka ria anak beranak disebabkan melayu2 mcm kau yg buta tuli dok sokong biawak hidup tu.

      Delete
    3. Bailout pakai duit cina pulak dah... kikiki. .. bailout dan pelaburan pun tatau.... kikiki...

      Delete
    4. 4.17
      Maju nye malaysia kan..maju dengan meminjam je..bila siap berbillion ringgit in returned..ni sebelum siap pun dah berpuluh billion hutang..ni nak tanya pulak..MO1 pulak selasa bila nak saman ni oooiiii...jenuh menunggu...

      Delete
  10. http://azlantaib.blogspot.my/2017/01/tiada-lagi-hak-istimewa-untuk-melayu.html?m=1

    Saja kopi paste link atas...

    barua barua yang perlu dihapuskan segera... barua dan petualang yg bukan saja menjahanamkan bangsanya tapi agama dan akidah pun dilacurkan sekali

    tahniah Selangork Darul Pluralist Murtad.....

    Red Bean Army banyak disini......


    layannnnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4.33,

      Madih berfantasi? Berauta? Berkepalsuan?

      Tak per.......

      Ya Allah...hapuskan melayu yang menyokong penyamun yang mahu bodohkan, bangsatkan dan hapusksn bangsanya sendiri dari bumi malaysia ini

      Ya Allah, hapuskan melayu menyokong penyamun yang mahu mempergunakan dan melacurkan agama untuk tetuskan ketja menyamun hak rakyar negara mslaysia

      Ya Allah, hapuskan melayu menyokong penyamun yang mahu akidah umat melayu islam dipesongkan daripada tahu apa itu realiti, benar dan fakta.

      Ya Allah,..terima kasih kerana pertolonganMu, ada ramai melayu muslim yang telah sedar dan berpijak dalam alam yang nyata.

      Ya Allah, terima kasih kerana kes mahkamah adalah isyarat yang paling dekat untuk membangunkan umat melayu islam di malaysia dari tidur hadhari dan mimpi fantasi......

      Terima kasih, ua Allah

      Delete
  11. Saya pun sama macam penulis surat ini.

    Saya telah membantu UMNO dalam 5 kali PRU, hanya kali pertama sahaja saya ambil elaun bekerja. 4 kali lagi apa sahaja yang saya dapat semua saya hadiahkan balik kepada yang memerlukan.

    Kebanyakan mereka yang bekerja di dalam PRU akan seronok kerana ia peluang untuk mendapat wang/elaun. Saya pula terbalik, bila ada pilihanraya saya akan keluarkan wang sendiri untuk jamu petugas-petugas bilik gerakan.

    Saya bukanlah orang kaya, hidup cukup makan saja. Ada kala sesak juga. Saya juga tak mencari makan melalui saluran politik sekalipun saya bbrp kali berpeluang. Tetapi saya benar2 menyokong UMNO.

    Saya menyokong dan membantu UMNO sebelum ini disebabkan jasa2 UMNO di bawah Tun M terutamanya yang mentadbir negara dengan baik dan hasil kebaikan itu dapat juga saya rasa secara tidak langsung.

    Tapi itu semua sejarah sahaja:-

    Situasi hari ini terbalik. UMNO tidak lagi berjuang untuk kesejahteraan rakyat tetapi untuk mempertahankan si pengkhianat yang mencuri daripada rakyatnya sendiri. Bukan sikit berbilion-bilion. Bebannya pula diletak di atas rakyat.

    Sekiranya dulu saya menyokong UMNO dengan ikhlas demi agama bangsa dan tanah air, kini saya menentangnya di atas alasan yang sama.

    Berpaling tadah bukan bererti khianat. Malah ada halnya tidak berpaling tadah itulah sebenarnya yang khianat.

    Syabas kepada penulis surat dan semua yang sepertinya. Kita serupa, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sdra John Doe

      Mungkin STU ini akan bermula secara perlahan and will gain traction till pru14......wallahuaklam

      Delete
    2. Maaf, bukan 5 kali pilihanraya tapi 4 kali.

      Silap kiraan. Nxt PRU adalah yang kelima akan melibatkan saya, in shaa Allah.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sdr 5:00.

      Ia bukan 'mungkin akan bermula' lagi bahkan telah bermula dan sedang berlaku.

      Ibarat bola salji kecil yang bergolek dari puncak dan akan membesar dalam proses tersebut.

      Harapannya ialah saiznya sudah cukup besar untuk merobohkan rumah penyamun yang berada di kaki bukit.

      Ia tetap akan berlaku juga, in shaa Allah. Aamiin.

      Delete
  12. Replies
    1. Naper marah dengan blog ini? Hang bodoh ke?

      Memang punggung hang panas....
      Sapa cili dialah terasa pedasnya....

      Delete
    2. Kejora nama jing yang satu
      Bahasanya buruk lagaknya hantu
      Dalam mulutnya masukkan sepatu
      Buang tebiat tak lama dah waktu

      Hari hari dia mencarut
      Otak sikit letak kat lutut
      Tak ada mata tak ada perut
      Terlampau mencarut mulutnya herot

      Kejora kata dialah satu2nya pahlawan
      Pahlawan ini dedak makanan harian
      Tak sedar dirinya layak ke Tg Rambutan
      Bagi kejora yang kurang siuman

      Kejora tahukah erti bercakap sopan
      Kalau mengerti mengapa lempar cacian
      Hanya orang tak siuman berlaku sedemikian
      Trade mark mereka penghuni Tg Rambutan

      Tik tok tik tok Kejora terdengar
      Tandanya dentuman dah dekat nak tiba
      Kejora masih tidur tak sedar
      Najib tumbang Kejora entah ke mana.

      Delete
  13. Saya orang UMNO cawangan tapi hari2 saya berlatih pangkah PPBM...supaya mata tak silap pandang dan tangan tak silap pangkah. Disebabkan keyakinan diri saya terhadap perjuangan ini saya test la skit kt jiran UMNO sebelah...dgn beraninya saya letak duit rm300 depan mata jiran sekampung suruh pilih PPBM ke duit tu. Sedeh...duit kena kebas...walhal jiran tu drp family baik2...kenal lama...malah sama2 bersetuju najib menyamun duit rakyat. Part sedeh tu bukan pasal duit sbb saya sendiri kebas drp tabung UMNO...siap bagitau jiran tu duit UMNO yg saya ambil drp tabung. Kira haram ler sebab curi. Dia kata saya yg salah sebab sudah pasti dia akan pilih duit...kalau pangkah PPBM apa dia dapat? Yang pasti RM300 tu dia boleh belanja skrg anak beranak. Saya kata saya curi duit tu sebab ingatkan dia takan ambil demi prinsip masa depan agama, bangsa dan negara. Dia gelak sambil kata jerung2 kat atas seronok tido atas duit sebab menjual agama, bangsa dan negara dan majoriti melayu dgn bodohnya membeli sekian lama...hati kasi buta tuli dgn nasib anak cucu. Senang cerita melayu nak hancur tu kemudian cerita...skrg apa yg boleh kebas kena la kebas sebab pemimpin2 pun mengebas. Eksperimen dah gagal...duit umno yg aku kebas tu tak tau la nak ganti balik ke tak sebab yg kebas pun ahli UMNO jugak....celanat btol la melayu nie

    ReplyDelete
  14. Sdra2ku melayu seislam,

    Cuba ambil sedikit masa untuk mengetahui 16 tuduhan ke atas Jans Sturzenegger, bekas pengurus falcon bank di mahkamah sungapura semalam. Tuduhan2 ini bukan fitnah.

    Persoalannya,

    1. Siapa Eric Tan?
    2. Adakah jho low guna nama samaran eric tan?
    3. Mengapa Jans Sturzenegger dilapurkan oleh peguamnya di mahkamah bahawa beliau AKAN MENGAKU BERSALAH ATAS SEMUA TUDUHAN?
    4. Tidakkah dengan pengakuan bersalah ini jho low juga telah menipu?
    5. Jika jho low adalah eric tan yang punya akaun Tanore, tidakkah ini MEMBUKTIKAN JHO LOW YANG HANTAR DUIT 2.6 BIL KE AKAUN NAJIB?
    6. TIDAKKAH INI MEMBUKTIKAN NAJIB BERBOHONG PASAL DERMA PAK ARAB?

    Apakah sdra2ku melayu seislam terlalu buta untuk melihat pembohongan najib dan kuncu2nya?
    Apakah sdra2ku melayu seislam terlalu bisu untuk bersuara menentang kemungkaran?
    Apakah sdra2ku melayu seislam terlalu pekak untuk mendengar kebenaran?

    Tidakkah kita ada sekelumit perasaan malu yang pemimpim melayu beragama islam seorang penyamun hak rakyat?

    Anda redha? Saya tidak dan tak akan memaafkan najib.

    ReplyDelete
  15. Melayu umno takde otak ke boss umno menyamun duit bebagi dengan cina...melayu umno dapat apa...

    ReplyDelete