Tuesday, February 14, 2017

AIR SELANGOR PERCUMA JOHOR BIL BERGANDA

Khamis, 9 Februari 2017

*KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG DEPOSIT BAHARU PEMBEKALAN AIR BAGI NEGERI JOHOR*

Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan pengurusan bekalan air secara "demand management"  (pengurusan air berdasarkan permintaan dan bukan berdasarkan bekalan) dalam usaha memastikan pengguna mengamalkan pendekatan berhemat apabila menggunakan air.

Bagi menjayakan usaha tersebut, SAJ Holdings (SAJ) sudah memulakan pelarasan semula deposit pembekalan air bagi negeri ini kepada semua pengguna air syarikat itu bermula pada tahun ini di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelaksanaan itu adalah salah satu langkah mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) di bawah Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 yang berkuat kuasa pada Februari 2014.

Mengikut akta dan peraturan di atas, kajian semula dilakukan setiap tahun pada 31 Januari bagi pengguna domestik dan dua kali setahun iaitu pada 31 Januari dan 31 Julai bagi pengguna komersial dan industri.

Objektif dan keperluan kajian semula deposit itu adalah bagi mematuhi akta tersebut selain untuk memastikan deposit mencukupi semasa proses penutupan akaun - caj perkhidmatan terakhir yang mana kaedah itu diguna pakai diperingkat nasional dan turut dilaksanakan di negeri-negeri lain.

SAJ telah mula menuntut deposit tambahan kepada akaun bekalan air pengguna pada bil Februari 2017 (yang sepatutnya bermula pada 2014) sekiranya deposit sedia ada kurang daripada nilai deposit yang baharu.

Pengiraan deposit itu bergantung kepada purata pembayaran air selama setahun dan sekiranya caj dikenakan kurang daripada deposit, maka lebihan bayaran itu akan dipulangkan dengan mendebitkan ia ke dalam pengguna.

Pada masa sama, jika ada pengguna yang tidak mampu untuk membuat pembayaran penuh deposit baharu yang dikenakan itu, mereka boleh meminta kepada SAJ untuk membuat pembayaran secara ansuran semasa membuat pembayaran bil masing-masing.

Justeru, pelarasan deposit baharu itu diyakini tidak membebankan pengguna seperti didakwa kerana menerusi pelaksanaan tersebut pengguna akan menggunakan air dengan lebih berhemat dalam usaha memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi.

*DATUK IR. HASNI MOHAMMAD*
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

# Tunggu Pilihanraya - rakyat pun ada alasan

11 comments:

  1. Benda percuma itu bagus tapi bila bekalan tak konsisten pengguna tiada ruang untuk ambil tindakan saman. Lebih perit apabila angkut air ke tingkat 4, PakaTun hanya peluk tubuh. Makanya tang mana eloknya skema percuma bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah air di selangor lebih kpd sabotaj bukan soal air percuma.
      Masalah di Johor adalah lebih kepada jalan mudah alasan sial penghisap darah.

      Delete
    2. siapa yang sabotaj? Syabas? kerajaan negeri sembilan? Kalau betul ada unsur sabotaj, pergi buat laporan polis beserta dengan bahan bukti sekali. Setakat cakap pakai air liur basi, lebih baik duduk diam...

      Delete
  2. Wahh..penggunaan ayat yg mengelirukan..sesetengah org kampung xberapa faham..nk ckp caj air naik takut rakyat marah..nanti ada yg kata nk air percuma tadah saja air hujan..hehe

    ReplyDelete
  3. Sebab bagi air percuma lah....rakyat selangor mmebazir air and tak menghargai air...

    Yg byk guna air percuma tu pun ialah org kaya....rumah besar, bilik air byk.
    Mereka ni sepatutnya perlu bayar bil air...

    Yg diberi percuma sepatutnya rakyat yg miskin atau sederhana pendapatannya...

    Akibatnya, duit habis sbb bagi free air kepada orang kaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kerr..mana ko tau org kaya bazir air..?🛠⛲🔑🔐

      Delete
    2. kolam renang kat rumah orang kaya pakai pasir ke?

      Delete
    3. bagi free pun jadi isu..apatah lagi kalau dikenakan caj..apa2 pun anon 1.49, rakyat selangor tak kira parti pe pun lebih bertuah dari johor..setuju?

      Delete
  4. Oiii bodoh, kolam renang baxir air ke???

    Lawak lawak

    Sukan renang elok ditiadakan, membazir air istilah pemakan dedak

    Diputrajaya, kolam mandi badak elok ditiadakan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sangat nk tutup malu. Rumah orang kaya dengan sukan renang pun tak dapat bezakan

      Delete
  5. aku tak nafi di selangor air adalah percuma(?). percuma tapi bila bil kurang daripada rm11.00. kalau rm11.05sen, jangan harap ianya percuma. yang jadi isu besar ialah selangor selalu sangat tak ada air sedangkan selangor bukan duduk di padang pasir saharapun, sama macam perak atau negeri sembilan. bila bekalan airu tak konsisten begitu, apa maknanya air percuma? percuma sebab selalu air tersekatkah? tak payah tembarang banyak la kd, aku anak selangor der. tau cerita bijik butir baik buruk di selangor. aku sayang negeri aku, aku hormat pemerintah negeri aku tapi tang cerita temberang aku kena betulkan. isu bodoh tak nak dapatkan air dari pahang kononnya selangor tak akan putus air akhirnya makan diri. tak pernahkah kd dengar betapa azabnya beberapa kawasan di selangor kering tak ada air paip? jamal yang ko gelar jamban buat demo letak berus gigi sambil bertowel tu bukan sebab kes tak ada air ke? percuma sangatlah kononnya. percuma sampai tak ada...huhu.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...