Sunday, February 12, 2017

ANWAR IBRAHIM MASIH RELEVAN SEBAGAI PM BERBANDING SERIBU "PEMIMPIN UMNO" SEKARANG

Lokasi: Hospital Kajang.

“Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. 

Nanti tak sempat aku nak pergi solat Jumaat.” kata seorang pakcik berkopiah kepada seorang jururawat di kaunter.

“Tunggu sekejap ya, pakcik. 15 minit lagi habislah,” balas jururawat itu.

Ketika itu, aku masih lagi seorang pelajar perubatan. Menjalani penempatan elektif di Hospital Kajang. Aku tak sertai CME itu sebab datang lewat hari berkenaan. Segan pula nak masuk setengah jalan. Takut disergah dengan soalan.

“Doktor, tolong periksa pesakit ni sekejap.” Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tengah syok curi dengar drama pakcik yang nak balik tu, tiba-tiba ada orang sapa.

Apabila aku menoleh kelihatan seorang pegawai beruniform serba coklat memandangku sambil menuding jadi kepada seorang pesakit di katil yang tangan digari kepada rangka katil.

Di Hospital Kajang, pesakit bergari ditemani pegawai penjara adalah perkara biasa. 

Mana tak nya, Penjara Kajang berada tidak jauh daripada hospital itu. Jika tahanan penjara itu sakit, pasti di hantar ke Hospital Kajang untuk dapatkan rawatan.

Pesakit yang ditunjuk oleh pegawai itu nafasnya kencang. Dia duduk bersila sambil tangannya menopang di atas lutut. 
Persis seperti dukun yang sedang menurun. Sekali-sekala terbatuk.

Aku lakukan auskultasi pada paru-paru pesakit tersebut dan dapati bunyi pernafasannya teredam. 

Alamak, itu tanda tak baik! Maka, aku segera beritahu perkara itu kepada jururawat yang sedang melayan pakcik tadi.

Setelah menerima makluman daripada aku, jururawat itu segera meminta diri dan meninggalkan pakcik yang berang itu lantas mengambil bacaan tanda vital pesakit yang sesak nafas tadi.

BP 100/65 mmHg. PR 101 bpm. SPO₂ 80% under room air. RR 42 bpm.

Ringkasnya, bacaan tanda vitalnya sangat membimbangkan. 

Jadi, tanpa melengahkan masa, jururawat itu memanggil doktor di bilik seminar di mana sesi CME sedang berlangsung. 

Dua orang doktor bergegas keluar dari CME untuk memeriksa pesakit yang dimaksudkan.

“Doktor! Doktor!” teriak pakcik apabila terlihat doktor-doktor tersebut, namun teriakannya itu tidak diendahkan.

Pesakit sesak nafas itu diperiksa dan secara klinikal didapati berkemungkinan mengalami kebocoran plasma sehingga menyebabkan paru-parunya ditenggelami cecair plasma. 

Ini adalah salah satu komplikasi denggi yang amat digeruni oleh para doktor. Jika ia berlaku, bila-bila masa pesakit boleh meninggal dunia.

Setelah pesakit distabilkan dan sedang diuruskan untuk dihantar ke ICU untuk pemantauan rapi. 

Pakcik yang tak sabar mahu pulang tu menyindir dengan suara yang keras.

“Boleh pula panggil doktor untuk tengok si banduan tu. Tadi aku suruh panggil doktor, kata tak boleh.

Banduan yang tak bayar cukai tu lagi penting dari aku ke?” ujarnya.

Para doktor serta jururawat mendiamkan diri sahaja.

“Apa faedahnya selamatkan sampah masyarakat. Patutnya, biar mati je pun tak apa. 

Ini tidak, dia orang pula lagi diutamakan. Bodoh betul.” sambungnya lagi. Mungkin tak puashati kerana sindiran yang pertama tidak dilayan.

Mendengar sindiran itu, pegawai penjara tadi melangkah mendekati pakcik separuh abad itu, kemudian membongkok agar matanya bertentangan separas dengan pakcik yang sedang duduk bersandar di atas katil.

“Pakcik tahu tak? Syurga tu dipenuhi oleh pendosa-pendosa yang bertaubat. 

Manakala neraka pula dipenuhi oleh orang-orang alim yang munafik.” ujar pegawai tersebut, lantas beredar.

Epik. Rasa macam nak tepuk tangan atas respons yang diberi oleh pegawai penjara tu, namun aku bendung keinginan tersebut kerana tindakan itu sangat tak beretika.



Lumrah bagi kita untuk membenci seorang pendosa. Namun layakkah kita melayani mereka dengan buruk? Adakah kita pasti kita lebih baik daripada mereka?


36 comments:

  1. so boleh tak & bila madey nak buat pengumuman kata dia sokong anwar jadi PM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, tak terjawab si Mamat tuh bila kena ludah dengan kata kata "Selasa depan".

      Delete
  2. Ya Allah, pada Mu jua kami bermohon jauhilah kami daripada pemimpin ( Anwar & Tun M) yang fasik dan munafik. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. KD.

    Cerita takdak kena mengena dengan tajuk.

    Saya setuju dengan cerita tapi tak setuju dengan tajuk.

    Anwar Ibrahim sbg PM? Mohon disimpangkan Allah. Cukuplah Najib dah malukan negara di mata dunia, jangan plak nanti kemaluan itu bersambung pula dgn Anwar.

    Kisah Anwar lebih kecil dan lebih peribadi berbanding kisah Najib tapi kisah ini sudah cukup untuk menunjukkan Anwar bukan PM material.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahnya, ada ke pulak anwar ibrahim. macam dah takde nama orang lain. kalau bukan yang bernama anwar tak boleh ke jadi pemimpin? nama dah sama glamour dengan pm najib masih lagi nak dipilih jadi pm. tulisan aku tak langsung bermaksud anwar bukan ahli syurga, tp nak jadi pemimpin negara, dengan reputasi yg dah rosak, baik tak payah la...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. John Doe, saya setuju untuk menyatakan tuan pun layak sebagai PM, lebih baik dari Najib.
    Tetapi adakah tuan lebih baik dari Anwar Ibrahim (?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. KD,

      I am in full agreement with john doe viz anwar as pm. anwar is a convict (given opportunity to defend himself in court but refused to do so) after gruelling trials for so many many moons and years. It is not an issue of whether john doe is better than anwar. The issue is we have to have a new leader devoid of convictions.

      I would not split hair with you KD on this issue. Let us move on to unseat Najib first and appoint someone to lead this country on the verge of total destruction with no hope of full restoration. Keep our differences in opinion aside to achive a sound victory...

      No hard feeling KD. I still follow your blog.

      Delete
    2. KD,

      Terima kasih kerana respon.

      Saya tidak mengatakan saya lebih baik dari Anwar Ibrahim. Barangkali di antara saya dan KD, KD pun lebih baik dari saya.

      Walaupun begitu sekalipun kelihatan KD berpendapat Anwar Ibrahim lebih baik dari KD sendiri saya tetap tidak setuju Anwar sebagai nxt PM.

      (Ni analogi ja pun sebab saya percaya dan yakin Anwar bukan next PM).

      Saya cuma memberi pandangan Anwar tidak sesuai menjadi PM dan saya tidak bersetuju Anwar sebagai next PM.

      Apakah kita ketandusan pemimpin lain sehingga seseorang seperti Anwar mahu dinaikkan menjadi PM pula?

      Kalau mencari tempat mandi
      Pertama ceruk kedua landai
      Kalau mencari pemimpin negeri
      Pertama elok kedua pandai.

      Orang-orang Melayu dulu pun dah cipta pantun elok datang dulu sebelum pandai. Itu baru pantun dan belum dilihat sumber2 lain.

      Bebaskan Anwar - saya setuju dgn syarat2 tertentu.
      Jadikannya PM - Mohon disimpangkan Allah.

      Delete
    3. Dan saya juga bersetuju dengan bro 6:01.

      Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan KD dalam isu ini, KD masih boleh letakkan saya dalam senarai pengikut merangkap penyokong blog KD.

      Delete
    4. Saya sokong pendirian John Doe. Anwar watak nya lebih kurang macam Najib.

      Baca Surat Sumpah bekas Penasihat Bank Negara, DATO' ABDUL MURAD BIN KHALID at Kuala Lumpur, the day of 26 Oct 1999 -

      https://groups.google.com/forum/#!topic/soc.culture.malaysia/Jxot-HnyAjY
      Note: If you click that link above, go a bit lower into the page to see the Statutory Declaration.

      Delete
    5. Setuju dengan Anon 6:01:00 PM - get rid of Najib first at Pru14, lepas tu baru kira siapa jadi PM.

      Begitu ketara masalah sebab Njib jadi PM sekarang, kita tak perlu keluarkan masalah lain, just get rid of Najib first.

      Delete
  7. Kikiki... mamak jumpa aljuboori ari tu bukan sebab nak declare boboi sebagai PM ... mamak mintak aljuboori pujuk Datuk Murad pasal kes Forex ari tu... Datuk Murad dokenali dulu orang Anjuboori sbb lantikan dibuat oleh menteri kewangan dulu... Mamak dah ketak lutut... tulur bedesup masuk lam jubo dah tak masuk dalam perut kasi dudukkkkk dalamm dalamm perut lagi dah... sebab Mamak mintak Aljuboori pujuk Datuk Murad sbb kjaan nak buka kes Forex dan RCI akan ditubuhkan menbongkar leguatan Forex dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karangan khalayan si pencacai najis..
      Asal ada komen kira ok la.

      Delete
  8. Kenapa kutuk Tun Mahathir..dia nak sedarkan rakyat tentang penjajah..dia hidup dizamab penjajah British dan Jepun dan macam mana rakyat dilayan..Kalau banti tergadai tanah kita spt di Sri Lanka ..menangis air mata darah pun tak guna...

    ReplyDelete
  9. Saya sokong john doe 100%. Tolonglah KD, macam takdak orang lain dah nak angkat Anwar Ibrahim plak jadi PM.

    Percayalah KD, kalau PH umumkan Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PH menang, maka lebih daripada separuh penyokong PH (kecuali DAP dan PKR) akan hilang semangat untuk jatuhkan Najib. PH akan lumpuh.

    Ahli UMNO yang protes Najib dari dalam secara diam-diam yang telah bertekad untuk tak undi BN juga takkan bagi undi kepada PH. Habis kuat pun depa akan rosakkan undi.

    Akhir sekali PH akan tumbang juga. Sia-sia semua kerja PPBM dan kita semua termasuk KD.

    Macam john doe dan lain-lain yang sependapat dengannya, saya bukan bercakap tentang Anwar layak atau tidak untuk masuk syurga, tapi tentang sama ada Anwar layak jadi PM berikutnya atau tidak. Jawapan yang dah jelas daripada kawan-kawan KD sendiri termasuk saya.

    ReplyDelete
  10. HAHAHAHAHA

    TAJUK MEMANG LAWAK BODOH!

    ReplyDelete
  11. Memanglah tak sama 1000 orang ahli UMNO sebab dia seorang saja yang main juboq. Jika juboq hang cute boleh juga kasi dia try.

    ReplyDelete
  12. http://kedahku.blogspot.my/2017/02/hadi-kena-jawab-apa-hukum-pemimpin-curi.html?m=1

    link kat atas bloggger bongok mamak ckp mufti perlih nan lalu ckp hadi kena jawab hukum pencuri... masalah nya mahkamah pun x jatuh hukum yg dituduh bersalah atau tak.... si mufti pulak dah jatuh hukum srnelum bicara... setakat hearsay tapi mamak tak saman2 lgi smpi la nihh..... mcm ni ka perangai mufti blom tau salah atau tak dah jatuh hukum...? Puiiiiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. cacai bwh tempurung masih nk bwh cerita kuno mcm suharli masrop

      Delete
  13. Kelmarin kata menteri kanan nak keluar parti hari ni pulak tiba-tiba adun dan ahli parliman yang keluar dap.Begitu lah nasib pakatan dulu,kini dan selama nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah bro, dia yang masak tentulah dia yang rasa panas. biarkan, padan muka dia.

      Delete
  14. Jamal hanya watak kecil du Selangork.. membongkar judi dan urut haram di Srlangork... watak besoo dan ikon haramjadah di Selangork adalah assmin MB selangork suma orang tau dah rosak akhlak dan dng akidah pluralist... askim jamban menunjukkan betapa teruknya moral dan akhlak MB itu sendiri.. sampai skg tak saman blogger dan berlaku semasa MB kalit ibrahim lagi... brgitu juga dng vidoe kalit ibrahim semasa jadi MB di office.. ini semua kerja orang PKR sendiri ... pada rakyat Selangor sekiranya kamu masih ada harga diri la... masih ada rasa maruah diri dan jati diri anak Selangor masih mau lagikah berMBkan seorang yg dah bangkrap moral dan akhlak jadi pemimpin...? PRU 14 masa terbaik utk mengajar Adun PKR pluralist ini terutama di Selangor dengan bongkak menyatakan PAS akan hilang SEMUA kerusi masa PRU nnti... sedangkan kemenangan mereka lalu banyak disumbangkan oleh jentera PAS... klu masih ada maruah diri anak Selangor maka PRU 14 masa terbaik utk mengajar Ppemimpin PKR.... fikir fikir kan lah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni yang dikatakan orang bongkak mudah lupa diri. pkr banyak menang kawasan kerana jentera pas yang gerak. pengundi2 pas yang mengundi calon pkr. tengoklah nasib calon pkr, pan dan dap lepas ni. jangan nak sombong ok!

      Delete
  15. gila punya tajuk la yg kd pilih. entah makan ubat apa ntah, tiba2 rindukan anwar ibrahim pulak. seribu pemimpin umno memang tak akan sama dengan anwar beb. setakat ini hanya anwar sahaja yang dipenjarakan kerana kesalahan meliwat (keputusan mahkamah ye, bukan kerana gatal mulut aku yang sebut). tidakpun diikuti oleh 1001 pemimpin umno ikut jejak langkah dia masuk penjara kerana meliwat. so, kehebatan inikah yang menyebabkan kd teruja sangat untuk mengangkat anwar jadi pm? oh ya, untuk lebih adil, mohon kd dapatkan statement daripada tun mahathir adakah tuduhannya dahulu bahawa anwar ibrahim itu adalah peliwat dan tidak layak menjadi pemimpin rakyat malaysia itu hanya tuduhan bohong, penipuan untuk memusnahkan karier politik anwar ibrahim semata-mata? jika tun mahathir sanggup mengaku kejahatan dia membuat tuduhan palsu kepada anwar ibrahim, apa salahnya saya juga mengubah fikiran untuk tidak mengaitkan anwar ibrahim dengan jenayah liwat. boleh kd lakukan yang itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bercakap dengan manusia pemakan dedak, mana dia tahu nilai kemanusiaan (?)

      Orang yang kena tuduh
      Banduan
      Bekas banduan

      Walaupun sama orangnya, tetapi nilainya sudah berbeza.

      Delete
    2. Bercakap dengan manusia pemakan dedak, mana dia tahu nilai kemanusiaan (?)

      Orang yang kena tuduh
      Banduan
      Bekas banduan

      Walaupun sama orangnya, tetapi nilainya sudah berbeza.

      Delete
  16. Kd yang syok dan inzal sendiri...... entah darimana kekuatan yang korang dapat aleh2 nak kata Anwar Ibrahim lebih hebat dari mana2 menteri umno.... hebat membelit... hebat cover line... hebat menipy... hebat kelentong.... dan hebat mencilok adalah..... bila dah terdesak sangat nak tumbangkan kerajaan najib.... habis lupa semua.... sama ajer kepala otak korang ni ngan Tun..yang aleh aleh mula menyedadi keaucian Lim Kit Siang.... ternyata Tun pun dulu bengap gak rupernyer sebab salah tafsir kebaikan LKS..... memualkan lah korang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lg suharli. Ingt dh lari jauh2 malu sebab xjmp jawaban.
      Baru teringt pencacai najis serupa najis putus urat malu.

      Suharli dh jmp blum brapa bnyk seat mca yg disokong cina baik dan berapa seat dap yg disokong cina jahat?

      Suharli xrasa mual ke dgn diri sendiri?
      Sembang mcm gagah tp lari bila xle jawab.

      Delete
    2. Hahaha, putus urat malau.

      Btw, urat malu tu di mana letak nya, Bang - di atas ke di bawah?

      Kalau di bawah, menangis le kak Mah.

      Delete
  17. Tajuk yang memualkan, umur dah dekat 70 tahun, apa relevant nya lagi. Pada usia yang seangkatan dg president Amerika Syarikat dan Philippines, aku lebih respect diaorang berbanding Nuar. Dr M pun sama, dulu cakap lain, sekarang cakap lain.... dah ludah jilat kembali.

    ReplyDelete
  18. Ada siapa2 pernah dengar Tun Mahathir pernah cakap yang Anuar tak bersalah??....

    Yang aku tahu dan aku faham Tun hanya ingin berbaik2 dengan Anuar atas dasar sama2 pembangkang dan dengan tekad yang sama iaitu untuk menjatuhkan Najib dan BN.

    Sebagai umat Islam apakah menjadi satu kesalahan jika kita berbaik2 dan melupakan segala kesalahan dan kesilapan yang silam?..

    Dan apakah dengan berbaik2 diantara Tun dan Anuar itu bererti Tun mesti menyatakan/mengaku yang Anuar tidak berdosa??...bukankah dosa itu tetap dosa dan tiada siapa yang boleh menafikannya ,dan itu adalah urusan diantara Anuar dengan ALLAH.

    ReplyDelete
  19. Salam, boleh saya tahu mcm mana proses nak buat elective posting di hosp kajang?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...