Thursday, February 9, 2017

GAJAH GAGAH BESAR KUAT TAPI PALING KECUT DENGAN DAP

*Bagaimana DAP menguasai kerajaan di peringkat Persekutuan?*

Persoalan itu dilontarkan oleh penyokong-penyokong Pas, PAN, PPBM & Pkr peringkat akar umbi yang cuba untuk menghilangkan kebimbangan orang melayu. Umat melayu khususnya penyokong UMNO sangat bimbang jika kerajaan BN tumbang, maka kerajaan baru akan dikuasai oleh DAP....kata mereka.
Sedangkan hakikatnya penguasaan DAP cuma sekitar 50-60 kerusi sahaja...mana mungkin DAP bakal menguasai kerajaan pusat?

Pemikiran dangkal dan cetek itu perlu diberbetulkan dengan penjelasan berfakta.
Disini saya ingin tegaskan bahawa DAP tidak perlukan jumlah majoriti besar untuk menguasai kerajaan peringkat persekutuan. Mari kira renung beberapa kemungkinan yang boleh berlaku.
1. Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika Pkr menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? Tentunya tidak. Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.
2. Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & Pkr 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada Pkr. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP

Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, Pkr, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP. Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
1. Jawatan TPM diterajui oleh DAP
2. Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya
3. Speaker dewan rakyat milik DAP
4. Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
5. CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP
Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.
Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Relakah hak & maruah sebagai tuan tergadai lagi kerana Perak, Penang & Selangor menjadi bukti hak & maruah melayu semakin dihina dicaci & diketepi.

Walaupun UMNO diasak dari segenap ruang, namun asas perjuangan yang diletakkan demi agama, bangsa & negara akan terus dipertahankan. Orang melayu perlu yakin bahawa masa depan agama akan terus terpelihara jika memilih antara UMNO dan PAS sahaja. Tidak pada yang lain. 

Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Jumaat 10 Februari 2017; 04:38hr;



# Fikiran dan teori umno kini bukan lagi mewakili pemikiran orang Melayu. 
umno itu melayu,  melayu itu umno kalau ada lagi adalah sekadar melayu yang takut pada bayang sendiri. 

Adakah anda melayu umno (?)

28 comments:

  1. Siapa kata PPBM dapat 15 kerusi di seluruh Malaysia di PRU? Mengarut.

    Macam itu ke di namakan Ketua Penerangan UMNO Selangor? Padan lah Selangor lingkup kpd Pakatan di Pru13.

    Bangang sangat pemimpin UMNO Selangor. Buat anggaran pun tak masuk akal. Main terjah aje. Takda analisa pun.

    Anggaran kerusi boleh di menangi di Selangor pun kapur di PRU13. Mana boleh caya apa si Tonjol tu cakap saperti di atas tuh.

    ReplyDelete
  2. Masalah skrg ialah:

    1. UMNO=Parti Najib=Penyamun+Perompak+Pencuri
    2. UMNO=Rasuah
    3. UMNO=Menggadaikan maruah org2 Melayu, Islam dan negara dgn sikap pemimpin2 melayu yg bacul sehingga apa jua kemungkaran najib dibiarkan di mata dunia
    4. UMNO=Pengkhianat dgn menjual segala yg ada kepada China semata2 mahu mengekalkan Najib
    5. UMNO=Pengkhianat ekonomi melayu dgn menyamun dan melingkupkan FELDA, TH, Petronas, Proton dan sewaktu dengannya.
    6. UMNO=.....sila sambung

    Berbaloikah melayu menyokong UMNO yg masih bersikap hipokrit untuk "membela" melayu walhal utk 2-3 generasi akan datang kita terpaksa melangsaikan "bahana" yg dibawa oleh najib dan rosmah anak beranak? Ini bukan UMNO yg dulu...cuba terima hakikat ini dgn hati terbuka wahai melayu2 UMNO tegar. UMNO skrg adalah milik najib secara total lantaran kebaculan pemimpin2 UMNO yg hanya tahu melalak di depan rakyat tapi terkucil berdepan dengan najib yg cuma seorang manusia biasa yg terang2 terpalit skandal2 yg memualkan.

    Akhir kata...pergi jahanam UMNO...dah tiba masa org2 UMNO nie diajar erti ketuanan melayu yg sebenar dan cukup2 la membodohkan kaum sendiri dgn teori2 bodoh DAP menguasai negara. Aku masih tak nampak kenapa bebal sgt pemimpin2 UMNO nie sampai liat benar nak turunkan najib dan gantikan dgn org lain. Kalau awal2 najib diturunkan atau setidak-tidaknya direhatkan sehingga dia terbukti tidak bersalah demi menjaga integriti UMNO sebagai parti yg dikatakan MILIK MELAYU, maka semua ini tidak akan berlaku malah makin menguatkan sokongan melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengaku sahaja konon umno PEJUANG MELAYU tapi semua tanah reserve Melayu, kecuali di Kampong Baharu, adalah tanah PAJAKAN 99 tahun.
      Kebanyakan tanah Reserve MELAYU pajakan 99 tahun ini sudah tinggal di bawah 50 tahun. Di Johor Baharu seperti Kg.Melayu majidee cuma 30 tahun. SESUDAH ITU APA JADI KEPADA ORANG MELAYU BILA TANAH-TANAH ITU DIAMBIL UNTUK PEMBANGUNAN YANG MENGUNTUNGKAN PEMIMPIN UMNO...?????

      Kalau betul berjuang untuk MELAYU, sudah pasti kamu akan berusha untuk menjadikan gtanah-tanah reserve Melayu seluruh negara sebagai tanah pegangan bebas macam tanah Forest City dan Sg.Besi.
      UMNO bukan memperjuangkan MELAYU tapi memperjuangkan tembolok pemimpinnya.
      Bila nak piliohanraya, barulah mencari MELAYU supaya mengundi mereka.
      Bila dah menang pilihanraya, semuanya mencari tokey Cina untuk bangunkan kawasan Melayu.
      MELAYUKAH UMNO......................??????

      Delete
    2. 140 ekar tanah gomen di Kampong Bahru KL tak pasal pasal di kasi Najib 40% kpd bukan Bumiputera. Sekeping tanah sahaja yang boleh jadi milik Melayu, bersempadan dengan pusat kota Golden Triangle, KL, yang hampir semua bukan Melayu. Apa daaaaaa......?

      Konon nya Melayu takda daya nak majukan. Kupra worak punya cerita. Pada hal, boleh Tabung Haji ke, Tabung Angkatan Tentera ke, atau mana GLC lain, boleh majukan, jual kpd Bumiputera. Mana yang tak habis di jual, pemaju simpan, sewakan, kerahkan agensi2 gomen atau GLC sewa, hingga masa ada Melayu yang sanggup dan ada upaya beli.

      Aku langsung tak faham si Najib ini. Pelahapkan undi Cina, apa saja sanggup di buat nya. Termasuk membenarkan Projek Forest City di Johor Bahru membawa masuk 700,000 (angka yang di sebut Bloomberg News) rakyat China yang berupaya membeli unit2 di hargakan RM1 juta beli, diam di situ, di beri taraf penduduk tetap, selepas 10 tahun berhak mohon kerakyatan, macam Tun Dr Mahathir kata.

      Fikir lah, kalau purata 4 bagi tiap keluarga, jumlah Cina bertambah sebanyak 2.8 juta di Forest City JB saja.

      Apa ini ...........??? Itu pemikiran Melayu UMNO ke? Tak ingat si bod.h Tengku A Rahman dah kasi Singapore kpd Lee Kuan Yew FOC - konon nya di tendang keluar pada 1965. Duhhhhh. Aiyyoyo.

      Delete
  3. UMNO memang takut dengan DAP dan penyokong depa. Najib membongkok ke belakang di PRU13, buang ISA yang Lim Kit Siang dan Guan Eng bencikan sebab dah kena tahan, dan macam2 lagi. Itu pun dia di kasi Tsunami Cina.

    Masih buat begitu berterusan. Macam2 di buat nya nak mengharapkan undi Cina. Hingga Bahasa Melayu pun tak di titik beratkan nya, macam DEB di ketepikan nya sama sekali.

    Di beri nya bantuan kpd sekolah Cina yang mahukan Mandarin sebagai bahasa pengantar. Tak pedulikan hal bahawa di South China (dari mana Cina di Malaysia berasal) depa buat demonstrasi di Canton, Hong Kong dll membantah Beijing menguat-kuasakan penggunaan Mandarin untuk perpaduan negara.

    Maka dia banggakan dan Bernama war2kan hal dia beri RM1.5 juta kpd penambahan bangunan sekolah Cina di Kuching dulu semalam.

    Entah macam mana dia fikirkan Perkara 152 Perlembagaan negara yang mengatakan bahawa bahasa kebangsaan negara ini ia lah Bahasa Melayu. Bahasa ibunda boleh di gunakan tapi "ha nya selain dari urusan resmi", dan sekolah ada lah urusan resmi mana mana negara.

    Aku mengharapkan Najib dapat Tsunami Melayu jugak di Pru14. Aku berdoa. Aku keritik 1MDB, dasar GST, harga barangan naik berterusan, dsb nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free Malaysia Today kata

      "Prime Minister suggests Malaysians master English, Mandarin and Bahasa Malaysia .."

      in that order. BM salepas Mandarin, beb.

      Kalau betul itu pemikiran Najib, memang alamat nak kena Tsunami Melayu di PRU akan datang le.

      Delete
  4. Melayu masih boleh berkuasa melalui PPBM sekiranya melayu berpijak di bumi nyata dan menerima hakikat betapa kuasa yg diberi kepada UMNO sudah dikhianati. UMNO berkuasa kerana melayu yg memberi dan bukan sebaliknya. Kalau ditakdirkan PPBM mengkhianati kuasa sekiranya diberi peluang memerintah oleh melayu maka dgn mudah kuasa tersebut boleh dikembalikan kepada UMNO...as simple as that. Melayu kena la cerdik sikit....susah sgt ke nak berubah sampai takut benar akan mati tanpa UMNO?

    ReplyDelete
  5. Mana keris taming sari?
    Mana hulubalang melayu?
    Mana pendekar silat melayu?

    Rupanya gah pada nama dan bunyi.

    Selali kena kungfu cina DAP...macam sayur sawi kena air panas....terus layu di tasik madu kata penyanyi fauziah latiff....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Padan lah Melayu rosak - orang biasa macam kau selalu layu dengan lagu merdu.

      Kau sekolah mana dulu?

      Delete
    2. Kaulah melayu rosak, makan dedak. Aku melayu tak takut cina dap. Aku Malaya blom d bangsatkan najib. Maruah blom d gadai. Bukan mcm kamu, penakut makan dedak

      Delete
    3. Bukan ke kau yang Najib kata "bangang, hamjadah" di kempen PRU13? Penyokong dia yang membantu sikit pun naikkan imej dia, tak cari fakta dan hujah yang rakyat boleh terima?

      Hingga dapat Tsunami Cina dan keputusan yang paling buruk dalam sejarah. Apende nye, makan dedak free aje, Mat?

      Delete
    4. Koreksi:

      Penyokong dia yang tidak membantu sikit pun naikkan imej dia ..

      Delete
  6. Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail

    Berpolitik taik kucing.
    Berpolitik jilat buntut.
    Berpolitik demi dedak
    Berpolitik lacur agama
    Berpolitik bangsat bangsa
    Berpolitik jual negara

    Lepas itu laung bela bangsa, agama dan negara......dasar pengampu dan pengecut

    ReplyDelete
  7. Kalau dap dgn najib rasanya umno lagi terok habis semua lanun ni jual

    ReplyDelete
  8. "Adakah anda melayu umno (?)"

    Ketua UMNO sekarang kata dia "Bugis, jugak pendatang".

    Sampai mencemar maruah bangsa Melayu, membongkok ke belakang nak dapatkan undi Cina. Buat begitu di Pru13, kasi bantuan wang ke sekolah Cina, ketepikan DEB, buang ISA, humban Kementerian Pembangunan Perusahaan, dll, di kasi Tsunami Cina jugak. Campur GST dan harga barangan asyik naik, kot di Pru14 akan dapat Tsunami Melayu jugak.

    ReplyDelete
  9. http://theunspinners.blogspot.my/2017/02/minda-tak-maju-dapster-cap-bunga-8-syed.html?m=1

    no wonder mamak mrroyan royann.... kroni dan anak beranak dan penakan dah lapo bulur.... babi sgghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. babi sgghh? Si "Bugis, jugak pendatang" amacam?

      Delete
    2. Bodoh giler melayu skrg...bukak la mata skit apa relialiti depan mata? Dah kabur2 kut sebab banyak taik mata...banyak tido? Ke banyak sgt air mata meleleh sampai berkaca mata? Apa yg menjadi milik melayu semua dah lungkup gara2 UMNO...jgn nak bernostalgia dgn kejayaan UMNO yg lama sebab selepas era Tun M, UMNO dah jadi haprak ke tahap maksimum skrg di bawah najib. Korang puja la lanun sekor tu melangit macam mana pun wahai puak2 tegar UMNO bahana 2-3 generasi takan pudar. Kalau nak kutuk si najib pon tak guna sebab muka dia dah tebal tahap maksimum mengalahkan tembok besar china....takan malu hatta disuruh jalan berbogel sekalipun. Sekarang masa utk bertindak...jatuhkan najib dgn menjatuhkan UMNO sebab parti melayu nie dah jadi mcm kulit kepada najib...pemimpin2 UMNO dah macam kaki tangan yg mengerjakan kemungkaran si najib laki bini anak beranak. Kalau setakat nak bernostalgia jasa-jasa UMNO yg lama baik korang buatkan patung si najib dan sembah tiap2 hari mcm kt Korea Utara tu. Apa yg buta sgt melayu sekarang pun aku tak paham....susah sgt ke nak tukar PM? Najib tu dewa keramat ke sampai dia buat apa saja korang sokong? Mcm berdosa besar lak nak turunkan bugis sekor nie.

      Delete
    3. Sori, Bang, aku tarak banyak masa, kau tulis tarak perenggan, aku hanya nak sorak kata kata kau -

      "Kalau nak kutuk si najib pon tak guna sebab muka dia dah tebal tahap maksimum mengalahkan tembok besar china..."

      Kalau boleh, mau dengar lagi, Bang. Selalu.

      Tapi kena godam jugak dia, camna pun.

      Delete
  10. Menitik air mata suharli masrop kalau baca tulisan dato haji zein ni.
    Maklumlah dia bukan boleh pikir sgt.
    Ikot je ckp pemimpin

    ReplyDelete
  11. Lama dulu saya kerap juga bertemu muka dengan Zein Isma ni.

    Jawapan saya ringkas ja:-

    Tell Jibo to dissolve the parliament soonest possible. Stop talking rubbish and just bring it on.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana Najib mau, Bang. Dia desperado macam pelahap nakkan undi Cina, apa saja di buat nya. Tapi dia tak cukup masa, takut bukan saja kena Tsunami Cina lagi, tapi jugak Tsunami Melayu di PRU14.

      DEB di ketepikan nya, sekolah Cina di kasi nya berjuta juta Ringgit, tak tau kemana di letak nya Perkara 152 Perlembagaan yang mengatakan bahasa kebangsaan ia lah Bahasa Melayu, dahtu berdebum meletup skandal 1MDB, keluar pulak GST, harga barang2 melambong tinggi, peniaga2 eksploitasi, Pegawai2 Penguatkuasa Najib tak di berita bertindak, tak dengar bunyi.

      Aku rasa tak mustahil Tsunami Melayu di Pru14.

      Delete
  12. mampus mamak kerala, mampuslah lah ppbm. tak lama lagi tu, sebab tu dap bersungguh2 sokong mamak kerala. macam pkr sekarang, al-juburil masuk jel, berterabur semua. tak tahu siapa yang jadi leader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu aje le keroja kamu, memaki hamun, tarak isi apa pun komen kamu, jenis yang Najib kata di Pru13 sebagai "bangang, hamjadah" - tak membantu naikkan imej dia sikit pun, tak keluarkan fakta dan hujah yang boleh di terima rakyat.

      Delete
  13. BN jangan nak mengada ngada le, macam mana pun boleh menang PRK Sarawak. Sebab bekas KM TS Adnan Satem sangat popular di sana, sekarang depa calonkan isteri dia bagi kerusi itu.

    Cuma jangan si Najib terhegeh hegeh nak claim itu kemenangan dia jugak di PRK Sarawak nanti.

    ReplyDelete
  14. Dalam umno skrg ni samua muka penyamun .
    Yang baru muncul semula anuar musa. Isa samad dh terang benerang tau tau kena lantik pengerusi ...rakyat eh tau dh bakal melingkup najib punya bodoh Boyle pilih dia eyelash samasama lanun lepas melanun kasi ler relaxla duaduaa lepas...dh tua konon pencenla...uuhhhhh perut pun dh kenyang...lepas ni tunggu mati belilah lubang kubur mahalmahal supaya nnti anakcucu bole gi tengok dgn bangga skali..datuk ku dulunya lanun

    ReplyDelete
  15. kalau tak mahu melayu sekongkol dengan dap, mengapa masih mempertahankan najib anak beranak dan segala macam penyamun dalam umno bn. majoriti orang melayu dan ahli umno sendiri sudah bosan dgn karenah pemimpin laki bini..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...