Google+ Followers

Saturday, February 4, 2017

MELAYU TAKKAN HILANG, YANG HILANG MARUAH..

PROTON ketika di Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat,  selori fitnah yang dilemparkan... 
Rupanya si pengkhianat ada hajat... 


Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.


Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.


Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri


Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.


Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihnkepada "jurujual".


Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.


Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini "cari makan" di situ?


Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?


Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?


Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?


Proton jadilah  Ploton jawabnya!!! (SH 04/02/2017).

6 comments:

  1. Aku nk tunggu komen menggunakan akal suharli masrop je ni.

    Bnyk dh cabaran dibuka.
    Masih diam membisu

    ReplyDelete
  2. http://khairulryezal.blogspot.my/2017/02/kenapa-geng-bunga-raya-meroyan-salahkan.html?m=1

    link atas jawab... nk ckp banyak pun tak guna.. skg poton milik kjaan ke swasta....?

    ReplyDelete
  3. Malaysia Darul Nanyang, mcm Uighur di Xinjiang, tak lain dgn Tibet.
    Melayu masih mmg Feudal dan puja bangsawan, walau bingai mcm mana pun.

    Jatidiri Rakyat dan budaya dicampak bersama akal. Diganti teras pemerintah brrciti syaitan siap adunan Lanun padang pasir dan lanun Laut.
    Memang otak diganti selut,tak pernah layak memerintah.
    Mungin takdir, mungkin akan bawa kebaikan.
    one Belt One Road,
    Kalau dh busuk budaya, elok dipupus.
    Malaysia Darul Xinjiag.

    ReplyDelete
  4. kd, selamat pagi dan assalamualaikum.
    dah study ke belum bab pemilikan proton? siapakah pemunya proton dan bagaimanakah pemilikan baru itu dibuat? proton adalah sebuah syarikat swasta yang kini kepunyaan drb-hikom. tuan punyanya adalah ts syed mokhtar al-bukhary. bagaimana mungkin kerajaan nak 'lelong' sebuah syarikat milikan swasta? cuba cari termanya supaya fitnah kau ni menjadi berita benar? lupakah kau atau memang kau belum tahu bahawa kerajaan menyuntik dana bagi membolehkan proton melangsaikan bayaran hutang kepada vendor2 yang terlibat dengan proton. antara syarat kerajaan kepada proton ialah proton perlu berusaha mencari rakan strategik bagi memastikan proton tidak perlu lagi bergantung kepada kerajaan menyuntik dana agar proton terus bernyawa. sebelum ini, proton sentiasa 'mintak nyawa' dengan kerajaan, tak percaya tanya tun mahathir. so, di pagi yang berbahagia ini eloklah kau berlapang dada dan belajar menjadi penulis jujur dan bukan semata-mata mengambil kesempatan secara salah. oh ya, adakah kau berfikir bahawa ts syed mokhtar al-bukhary itu bilionare yang bodoh dan dicucuk hidung oleh kerajaan? bagaimana seorang individu boleh berjuang dari asalnya miskin papa kedana menjada kaya raya bilionare jika dia adalah seorang yang bodoh? orang yang bodoh ialah orang yang suka ambil kesempatan tanpa menggunakan akal. kononnya proton akan menjadi ploton...kah!kah!kah! volvo dah dibeli oleh geely tak pulak jadi voly pulak?

    ReplyDelete
  5. Buick kat China ingat kan keta kejadah apa... rupe rupenya kete cheevy....tak ke babi namer nyer tu...

    ReplyDelete
  6. Kalau tak salah DRB-Hicom is considered a GLC.. bermakna secara tak langsung govt ada kepentingan dlm proton.. hence the RM1.5 bln soft loan approved for Proton last year.. a conditional loan yea.. antaranya form strategic partnership dgn foreign company.. so muncullah si Geely dr China.. Msia's white knight in shining armour.. cerita psl conditional soft loan dilapor semua media mainstream or online.. plus, apa kejadah gomen nak bg soft loan klu xde kepentingan dlm proton. Btw.. Anon 4:50 pm.. sila baca takrif GLC dan GLIC sblm buat komen..

    ReplyDelete