Friday, March 17, 2017

MENUMPANG KASIH KERAJAAN SELANGOR

*DERMASISWA KERAJAAN SELANGOR*

 Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera

YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan,


Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Untuk makluman, YAB Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali telah mengumumkan penawaran Dermasiswa Yuran Pengajian Percuma Tahun Asas UNISEL dalam Persidangan Penggal Keempat Sidang Dewan Negeri Selangor Tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, pihak UNISEL ingin menawarkan  Skim Dermasiswa Pengajian Percuma Tahun Asas UNISEL kepada semua warga DUN dan Parlimen yang layak. Ini adalah satu usaha untuk merakyat dan mendemokrasikan pendidikan di negeri Selangor ini. Usaha ini juga adalah selaras dengan usaha UNISEL dalam meneraju transformasinya serta membuka ruang kepada anak-anak Selangor dan Malaysia menyambung kembara ilmu mereka.

4.         Oleh yang demikian, kami sangat berbesar hati sekiranya YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan dapat menyebarluaskan serta menawarkan skim ini di kawasan YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan. Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan serahan nama penerima  / pemohon Dermasiswa mohon hubungi 03-3280 6040 (En Mohd Nor Hafizan) dan En Rizal Arbain di talian 012-3640239. Bersama ini dilampirkan maklumat lanjut berkaitan skim Dermasiswa berkenaan.

5.         Kerjasama dan bantuan YB Tuan / YB Puan / Tuan / Puan sangat-sangat kami sanjung tinggi dalam usaha merakyatkan pendidikan tinggi di negeri Selangor ini.

Sekian, terima kasih.



.............................
Pejabat Dekan
Pusat Pembangunan Pengajian Asasi (CDFS)
Universiti Selangor
03 32805120 / 03 55223499

Catatan : 

Terbuka pada *semua rakyat Malaysia*, bukan Selangor shj.
☆Tiada had pendapatan ibu bapa.
☆Buat masa ini tiada had umur pelajar ditetapkan.
☆Tiada had kuota bilangan pelajar.


10 comments:

  1. MARA tiap tahun taja beribu pelajar ke ipts..kolej profesional mara free diploma siap dpt elaun lagi...tak kecoh pun...setakat tahun asas x payah lah nak berlagak..tu pun sbb unisel dah tak da student...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IPTS Negeri mana selain Selangor yang beri free Tahun Asas.
      Itu yang nak dibandingkan wahai bongok.

      Delete
    2. Anon 12:51, MARA tu ditubuhkan di era siapa?

      Nasib baiklah MARA itu ujud sebelum Najib jadi PM, kalau tak, rakyat tak merasa. Ada Pengerusi tu pula nak perlingkup duit mara dengan taja bukan kaitan pendidikan dan beli hartanah rugi di australia.
      Semua itu menghakis kebajikan student.

      Delete
    3. Setuju sangat2 dengan 2.41

      Amekaw anon 12.51 yg bangang. Kah kah kah

      Delete
    4. Anon tu taktau apa... Percaya pd TV 3suku n Utusan ni lah akibatnya... MARA Sedang Sakit bro...

      Delete
    5. Kalau ye pun nk compare kehebatan najis compare la dgn 1mdb dan fgv.

      Delete
    6. dulu ye bro..skrg dah dikurangkan biasiswa oleh MARA dgn alasan utk berjimat..kihkihkih....tak tahu ke?

      Delete
  2. selingan iklan sikit tuan blog.

    Promosi Ramadhan kembali lagi!! Jangan lepas peluang!
    - Doa2 lazim RM39.90
    - Doa spesel dikendali 1 ustad (pondok) - RM39.90
    - Doa spesel dikendali 1 ustad (mesir) dari atas private jet dari ketinggian 10000m -RM3999.00
    - 77 bidadari disyurga 90J, jamin muda dan lawa.
    Sykt Pis dgn bantuan UMNU , juga menyediakan urutan batin power khas utk lelaki lembut dan sejati.
    Hubungi
    Abd Salmam & Co
    Aluminium Package Dept
    Kilang Kurma ElErebika
    Oldcastle,Eden
    Yaman
    1800-90J-90J

    ReplyDelete
  3. Itu namanya rasmi ayam, telur sebijik (telur yg first lak tu) bergegar satu Selangor.Apa benarlah nak dimegahkan: Kerajaan sediakan pendidikan percuma dari derjah wahid hingga tktn 5....tak heboh pon. Anak masuk u tahun asas takkan tak mampu.Malu lah. Mana maruah ibu ayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 7:07. Masuk skul percuma atok kau, berapa yuran. Murid darjah satu? Ko buto ko..

      Selangor air pervuma, u tahun asas percuma.. Bukan nak Megah tapi nak bagi rakyat raso...

      Tapi yg nak Megah tu ada, bagi brim setahun sekali, canang hari hari..

      Negeri yg tak ado.. Patut le jeles, meroyan

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...