Thursday, March 16, 2017

NAZRI SEWAJARNYA SERTAI PARTI PEMBANGKANG

Naxri sewajarnya mengambil langkah lebih berani dengan menyertai mana mana parti pembangkang (itupun jika diterima) khususnya menyertai parti sahabst karibnya,  lim guan eng.

Tindakan itu sesuai kerana persetujuannya untuk berdebat mendapat tamparan hebat dari rakan sekerja dan partinya, dia tifak diiktiraf mewakili kerajaan dan parti. Sudah tentu mereka bercakap atas restu pihak kepresidenan.

Adalah memalukan apabila selama ini suara Nazri merupakan yang paling lantang mempertahankan tubuh badan najib,  parti dan kerajaan tetapi gara gara mencari nahas untuk betbahas dengan Tun,  dia dengan mudah dipinggir dan diperlekeh.

Dalam keadaan demorolise sudah tentu Nazri akan kepanasan sendiri jika Tun dengan sinis mempersoalkan statusnya di atas pentas,  di depan penyokongnya.

Lagipun semua orang tahu Nazri akan bersara di PRU Padang Rengas dan sudah tidak layak untuk mewakili mereka.

Kelak Padang Rengas jadi Padang Belengas buat Nazri.



# Kesian sungguh pada Naxri,  dihujung karier politiknya,  dia di perbudakan.

5 comments:

  1. itu pandangan kau kd. tidak perlu kasihan belas daripada kau kerana nazri tidakpun memintanya. nazri adalah hamba sahaya kepada pemimpin atasan sejak daripada mahathir, anwar (tpm masa tu), paklah dan kini najib. jawatan dia adalah jawatan dilantik oleh pm, maka kepada pmlah dia tunjuk taat setianya. nazri walau masak ditutuh oleh rakan sejawat dalam majlis tertinggi tapi dia menunjukkan bahawa telurnya bukan kosong seperti yang dibising-bisingkan oleh blog pembangkang. kalau tun ada penyokong di mana-mana termasuk di parlimen nazri, tiada sebab tun minta debat diadakan di langkawi. nazri pulak menjadi mp berpenggal-penggal di padang rengas dan tidak pernah jadi pm. so, boleh fikir sendiri logik pemilihan tempat. so, isu telor sudah selesai, tinggal lagi debat tak jadi bukan kerana nazri takut tapi ada pihak cuba isukan agar debat ini tidak menjadi. maka createlah isu takde permitlah, nazri tidak sesuai berdebat dengan tunlah, najib tak bagilah dan macam2...
    bagi aku, nazri bertelor kerana berani, cuma tangan2 penakut di keliling dia aje yang cuba gagalkan. dan tak payahlah desparate seolah2 nazri perlu bersama pembangkang. pembangkang tak mahu dan nazripun tak hingin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Y not sebelum cakap besar. Tunggu debat ni jadi ke tak. Kalau jadi teruskan cakap besar. Pasal sejarah menunjukkan yg debat selalu tak jadi.

      Delete
  2. KD..Pomen..nampak gaya mcm x jadi..dah dpt alasan...


    Tiada permohonan debat Dr Mahathir, Mohamed Nazri







    Mohd Hafizee Mohd Arop
    hafizee@hmetro.com.my


    Ipoh: Polis tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak untuk mengadakan debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, perdebatan yang dilaporkan media akan diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, jam 3 petang 25 Mac ini juga menjadi satu kesalahan kerana sekolah adalah kawasan larangan untuk diadakan sebarang perhimpunan.

    “Sekolah termasuk dalam Jadual Pertama Seksyen 3 Akta Perhimpunan Haram 2012 dan polis boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang berhimpun di tempat larangan dan juga perhimpunan tanpa kebenaran di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

    “Polis mengesahkan tiada permohonan dibuat dan sekiranya ia berlangsung tanpa kebenaran polis maka perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram yang menjadi kesalahan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Hasnan berkata, polis mengingatkan dan memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam perhimpunan itu dan mereka bakal berhadapan tindakan undang-undang sekiranya turut serta dalam perhimpunan itu.
    Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 12:03 PM

    ReplyDelete
  3. Tajuk debat:

    "DEBAT TAK JADI"

    ReplyDelete
  4. Mantan Perdana Menteri Israel waktu sesi soal jawab dengan Tun M kita-kira 20 tahun yang lalu saja tak boleh tahan dengan kepintaran Tun M,, inikan pula Nazri Aziz budak taik,,pasti Tun N lipat dia dan masukkan ke kocek........!!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...