Friday, March 17, 2017

SEMUA YANG TERJADI MENGUNTUNGKAN UMNO TAPI MELALAK MACAM ORANG TAKUT HANTU

TUBUH PARTI BARU MEMBUKTIKAN EZAM DAN KHAIRUDDIN HANYA FIKIR TENTANG TEMOLOK SENDIRI
Oleh Dato' Lokman Adam
Presiden
Suara Generasi Terbilang



Hasrat menubuhkan parti baru jelas menunjukkan dua manusia ini iaitu Ezam dan Khairuddin adalah manusia yang berjuang hanya untuk temolok sendiri.  Mereka berdua sudahpun menyertai PPBM sebelum ini, namun apabila gagal mendapat tempat atau peranan penting dalam PPBM, mereka meninggalkan parti tersebut.

Daripada maklumat dalaman yang saya terima, Khairuddin akan bertanding di kerusi Titiwangsa, manakala Ezam pula apabila gagal mendapatkan kerusi Shah Alam yang beliau inginkan, beliau akan bertanding menentang YAB Perdana Menteri kita di Pekan bagi melonjakkan semula populariti beliau yang sudah semakin malap kini.

Bagi saya, sebarang usaha untuk mewujudkan parti baru dikalangan pembangkang akan menguntungkan BN.  Sebelum PRU 1999, kerusi Melayu ditandingi oleh PAS mewakili pembangkang.  Manakala bagi kerusi Kawasan Cina dan India ditandingi oleh DAP.  Walaubagaimanapun, pada tahun 1999, PAS dan DAP telah mengalah dan memberikan sebahagian besar kerusi yang mereka tandingi kepada PKR.  Ini adalah kerana, PKR perlu diberikan lebih kerusi berbanding PAS dan DAP untuk membuktikan PKR mengepalai pakatan ini dan Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri Pakatan.

Untuk PRU 14, PAS tidak akan bersama Pakatan Harapan.  Ini bererti, PAS sudah pasti akan bertanding di kerusi-kerusi yang pernah mereka tandingi sebelum diserahkan kepada PKR tahun 1999.  Begitu juga dengan PAN, sudah pasti mereka mahu meletakkan calon dikerusi yang PAS tandingi.  Persoalannya sekarang, dimanakah kerusi yang bakal PPBM tandingi?  Jika nak serahkan separuh dari kerusi PKR kepada PPBM pun hampir mustahil akan berlaku, bagaimana mungkin PPBM mahu mendabik dada bahawa parti mereka bakal melahirkan calon Perdana Menteri?  Kalau parti bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah 22 tahunpun belum tentu akan diberi laluan oleh PKR dan PAN, hampir pasti parti baru Ezam dan Khairuddin ini boleh kita anggap seperti Parti Dua Butir yang mungkin akan bertanding dihanya dua kerusi parlimen.

Senario paling baik yang mungkin akan dinikmati Pakatan Harapan selepas acara bertikam lidah dan ugut mengugut semasa Mesyuarat Pengagihan Kerusi, hanyalah kejayaan mereka meletakkan 1 calon dari Pakatan Harapan untuk menentang calon BN.  Namun, mereka hampir pasti akan gagal memberikan saingan kepada BN kerana PAS kini sudah bebas untuk bertanding dimana jua tanpa terikat dengan keputusan BN mahupun Pakatan Harapan.  Pertandingan tiga penjuru dan mungkin empat penjuru tidak mungkin dapat dielakkan. Ini akan membolehkan BN menang besar pada PRU14 dan Ezam mungkin akan membuat keputusan melakukan pusingan U dan kembali kepada UMNO.  Persoalannya, patutkan kita membiarkan diri kita diperdaya beliau lagi?

11 comments:

  1. masalahnya takde apa yang korang mampu buat. kalau dua orang tu nak tubuh parti baru korang nak buat apa? nak halang atau nak ajak balik sertai bersatu? kalau ajak balik, muka oportunis tu boleh simpan ke? hahahahaha.... nak biar ke tak biar ke sama je belaka...

    ReplyDelete
  2. BARUA SINGAPORK MELALAK SAKAN
    KIDIN DAN KOTAK BUAT HALUAN
    PRU 14 MAMAK DAH TAK KERUAN
    BOBOI TAK JADI PM MAMAK KEMPUNAN

    kikikikiki....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang tambah ! BOBOI TAK JADI PM MAMAK MEROYAN

      Delete
  3. 1.51

    chantekkkkkkkk.....!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lg cantik klu panglima bugis turun dr singgah sana..

      Delete
    2. Panglima Bugis tetap kita humban ke jamban dalam PRU 14

      Delete
  4. Korang tubuhlah 10 parti pun..x kisah. Yg penti g panglima bugis out kali ini..

    ReplyDelete
  5. Kalau najib yakin boleh menang, sudah tentu dah lama bubarkan parlimen.
    Senaja dilewatkan pilihanraya bukan untuk mengumpul kekuatan parti.
    Tapi hanya untuk menutup lubang-lubang yang dikorek oleh 1mdb. Jika najib kalah nanti tak lah nampak dalam sangat lubang yang telah dia korek.

    ReplyDelete
  6. Sekarang pembangkang berada dlm situasi yg lemah kerana gagal bersatu. Sepatutnya ini masa terbaik untuk adakan pru. Tapi Bila umno melengahkan masa. secara tidak langsung memberi peluang pembangkang utk kukuhkan perpaduan dan susun strategi utk menumbangkan kerajaan. Jadi lambatkan lagi la. Kalau boleh biar parlimen terbubar dgn cukup 5 tahun.

    ReplyDelete
  7. Maklumat terbaru. Najib telah beri dedak kepada Khairuddin dan Ezam untuk wujudkan banyak penjuru. Jilake punya Najib. Dia pandai kachau daun.

    ReplyDelete
  8. Ini Ezam & Khairuddin adalah 2 musibat yang telah mentekedarah dedak dari MO1

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...