Monday, May 1, 2017

TAK SALAH APA YANG ANDA FIKIR UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI JANGAN PAKSA ORANG LAIN.. PANDAI ATAU BANGANG, SENDIRI SENDIRI SAHAJA..

Apa agaknya akan terjadi kepada orang Melayu tanpa umno najib (?)

Apa agaknya akan terjadi kepada orang Islam tanpa PAS hadi (?)

Kena cakap secara ikhlas supaya parti ini tahu keadaan sebenar (?)




17 comments:

  1. 1. Apa agaknya akan terjadi kepada orang Melayu tanpa umno Najib.
    Jawapan nya: Kan PPBM Mahathir Mahyuddin dan Mukriz ade.
    2. Apa agaknya akan terjadi pada orang Islam tanpa PAS Hadi?
    Jawapan nya: Kan PAN Mat Sabu dan Mahfuz Pokok Sena ade.

    Itu lah seikhlas ikhlas cakap sebab setiap yang pergi ada penggantinya.

    ReplyDelete
  2. Apa agaknya akan terjadi kepada orang Melayu kalau MASIH BAWAH umno najib (?)
    BODOH TOTOK LIKAT PEKAT

    Apa agaknya akan terjadi kepada orang Islam MASIH BAWAH PAS hadi (?)
    MUNAFIQ,TALIBAN,JUMUD PAHIT

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Apa agaknya akan terjadi kepada orang Melayu tanpa umno najib (?)
    Orang Melayu akan bertambah baik .

    Apa agaknya akan terjadi kepada orang Islam tanpa PAS hadi (?)
    Tanpa PAS , In Shaa Allah aqidah orang Islam takkan Songsang . PAS Hadi seperti Parti Ajaran Sesat .

    ReplyDelete
  5. Malaysian CybertrooperMonday, May 01, 2017 7:05:00 PM

    Apa akan jadi pada orang Melayu & Islam tanpa Najib & Hadi?

    Pada pendapat saya orang Melayu akan dapat merasakan kehidupan yang lebih selesa seperti dahulu ketika pemerintahan Negarawan terulung Tun Dr. Mahathir Mohamed.
    Agama Islam juga akan lebih dihormati serta dimuliakan tanpa adanya lebai-lebai celup yg melacurkan agama yg unggul ini demi kepentingan peribadi dan survival politik mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. astaghfirullahaladzim. berat betul tuduhan awak tu bro. 'lebai-lebai celup yang melacurkan agama' adalah tuduhan berat melibatkan aqidah walaupun hanya kiasan berkenaan pelacur. istighfar bro, walaupun hati marah tapi jaga juga akaun dosa pahala tu. nak mati tak perlu tunggu sakit, kalau Allah nak jemput dia datang juga walau tangan tengah laju menaip...

      Delete
    2. anon 723, dia merujuk kepada lebai celup...apalak kau pelik

      Delete
  6. Replies
    1. zahir, kenapa sebok datang kikikiki

      Delete
    2. zahir komen pun syok sendiri...tengah stim gum ker? Tanya jer tau!

      Delete
  7. aku copy paste dpd blog lain, just untuk refresh ingatan tentang negarawan terulung tun mahathir mohamad. yelah, kini beliau meletakkan diri sebagai pembangkang sedangkan dulu beliau adalah ketua kerajaan selaku pm.

    Antara tajuk artikel yang pernah mencemar nama baik Malaysia melibatkan Tun Mahathir adalah:-
    1. “Rescue Plan for Perwaja Carries a Hefty Price Tag,” WSJ, December 31, 1996
    2. “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir’s Son,” WSJ, May 1, 1998
    3. “Malaysia: Turning A Cash Cow Into A Beast Of Burden (Int’l Edition),” Businessweek, August 15, 1999
    4. “Privatisation and Bailouts in Malaysia: The truth about privatization,” Aliran Monthly, Volume 25, issue 6 2005
    5. “We encourage Mahathir’s evil,” Free Malaysia Today, September 13, 2013
    6. “Malaysia Reins In Opposition,” Washington Post, August 12, 2001
    7. “Malaysia’s ex-PM Badawi hits out at predecessor,” Jakarta Post, August 9, 2013
    8. “Mahathir’s Disastrous Financial Speculation,” Asia Sentinel, March 5, 2012

    ■ Ini belum pelbagai dakwaan lain, termasuk laporan bahawa Tun Mahathir membazirkan dan mengakibatkan negara kerugian RM100 bilion seperti yang didakwa oleh Barry Wain, dalam buku “Malaysian Maverick – Mahathir Mohamad in Turbulent Times.”

    dulu beliau begitu memusuhi dan tidak sekali-kali mempercayai media antarabangsa yang mengkritik beliau tapi kini media tersebut pulak yang menjadi kitab rujukan beliau. yelah, selama 22 tahun membenci kit siang, kini bukan sahaja siang malah malam-malampun mereka berdiskus bagaimana untuk menjatuhkan bn dan najib. walaupun siang dan malam masih tetap berputar menurut kebiasaan tapi tun mahathir sudah lari daripada kebiasaan. mempercayai sesuatu yang dahulu beliau mati2 tidak akan percaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pon... zaman TunM, rakyat senang dan negara harmony dan makmur.

      Zaman sekarang ... hanya segolongan saja yg senang. Yang lain merana.

      Delete
    2. Salam. Siapa yang berani tegur kuasa barat kalau bukan Mahathir. Siapa berani bantu Bosnia bilamana semua kerajaan Islam dan negara barat duduk membatu. Bukankan Mahathir?

      Delete
    3. Rakyat senang bermewah2. Harga minyak turun dengan izinNya...mungkin hukumanNya kerana ramai lupa diri.

      Tempat yang tertinggi (Al-'A`rāf):130 - Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Fir'aun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran.

      Era mewah hasil minyak ramai yang lupa diri. Berlumba2 tayang kemewahan...rupa2nya rasuah. Dari ikan bilis sampailah ke jerung. Yang belum ditangkap... taubat. Allah Maha Menerima Taubat...Maha Pengampun.

      Tahniah sprm... era najib sprm lebih berani.

      Delete
    4. 8:59pm

      Guna ayat Al-Al Qur'an tidak boleh menghilangkan KEBENARAN 2.6 Billion MASUK ACCOUNT NAJIB dan 42 Million WANG SRC INTL MASUK ACCOUNT NAJIB dan BELANJA BAYAR CREDIT KAD JUTA JUTA dari ACCOUNT NAJIB YANG ADA WANG tersebut....

      "...era najib sprm lebih berani." -

      - KPNajib lebih berani memburu dan menangkap orang kritik dan report salahguna NAJIB tapi tidak selidik-siasat Najib!

      - AG terbang-ganti Ghani Patail lebih berani TUTUP salahlaku dan penyelewengan WANG 1MDB & SRC dari buka kes sisatan SPRM terhadap Najib!

      - HEBOH bagai gempa bumi Sabah dek rampasan JUTA JUTA kes WANG dalam ALMARI...tup tup sprm tukar cerita jadi kes money laundering???

      - kes 100 Juta Kementrian KJ "...saya tidak tahu..." ayat cliche PM dan Menteri pakai dah senyap sepi bak malam tanpa bulan dan bintang.

      Ada banyak lagi kes boleh diketengahkan...tapi takut otak kamu tak sampai nak hadam....

      GE14 andai ALLAH izinkan segala 'dirty-tricks' untuk Najib terus berkuasa...maka rakyat tidak boleh mengeluh lagi andai ribut di muktamar PASengal baru baru nih 2.6 billion kali ganda melanda Malaysia Tanah Ayer Ku...redha jer lah?!?!?!????

      Delete
  8. Nak bezakan Tun M dengan sekarang macam langit dengan bumi...Era Tun M duit hilang kita tahu ke mana arah nya..Putajaya ,KLIA,F1 ,TWIN TOWER ,LRT dan macam lagi...sekarang duit hilang entah kemana perginya..semua OSA

    ReplyDelete
  9. Bukan kah Mahathir tidak disukai oleh Barat? Fitnah dan memburukkan MAHATHIR adakah ajenda Barat terutama Presiden BUsh. SIAPA SELAMATKAN Sime Darby dari dipunyai oleh England? Bukan Mahathir.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...