Sunday, May 7, 2017

ZAHID KERJA KERAS

Adalah tidak wajar mengikut rentak sesetengah pendedak yang mencuba ratusan kali melagakan antara Mukhriz dengan Muhyiddin,  Mahathir dengan lim kit siang, Azmin dengan Rafizi dan lain lain walaupun tiada isu kecuali di spin dan dibelit untuk menggambarkan kononnya ada krisis. 

Tujuannya bagi menggugat kesefahaman dalam parti dan antara komponen dengan komponen dalam Pakatan. 

Adam Rosli yang dicutikan oleh partinya kini sedang diambil tindakan undang undang dibimbangi akan terjerat dengan permainan politik pihak ketiga untuk diperasugut dan dipergunakan bagi memastikan Rafizi Ramli diserang dari dalam sekalugus cuba mengheret beberapa pemimpin lain seperti Azmin dan Nurul serta merosakan seluruh perpaduan Keadilan. 

Adam Rosly mungkin sudah dihasut atau diberi maklumat yang salah bahawa Rafizi adalah punca dirinya disiasat, hakikatnya dia ditegur kerana tidak mengistiharkan harta. 

Rafizi pula telah tampil membela dirinya diikuti dengan kenyataan keras oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Adam. 

ISU DIANGGAP SELESAI.. 
Cubaan pendedak memporak perandakan Pakatan Harapan dianggap gagal lagi...







Pendedak sepatutnya memberi fokus kepada ummo itu sendiri yang makin ditolak rakyat hari demi hari,  kena cari puncanya.. 

Zahid sekali lagi pada 7hb Mei 2017 mengulangi lafaz kesetiaan dan tanggungjawabnya kepada Najib...

Sudah berapa kali dan lewat kebelakangan ini kekerapan Zahid membuat perakuan yang sama telah mengundang spekulasi politik bahawa kedudukan Zahid sangat tidak selamat. Tersilap langkah atau tidak,  dia mampu digugurkan.. 

Keberangkalian zahid hanya mahu memadam sebarang persaolan kesetiaannya kepada najib.. 
Keberangkalian zahid rasa tergugat atau ada angin dia bakal digugurkan.. 
Atau keberangkalian dia memberi ingatan keras bahawa kesetiaanya wajar dihargai.. 

Tidak mahu menokok tambah, kita cuma perlu perhatikan kenapa angin tiada ribut tiada,  pokok bergoyang kuat... 


14 comments:

  1. APA kurang dgn pakatan haprak.hari2 spin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello bro, antara spin dan fakta ada beza, kalau pembangkang spin, sudah tentu mudah Najib jawab..

      Kalau pembangkang berhujah secara fakta..
      Ajak sembang pun lari..
      Ajak debat pun cabut..
      Ajak jumpa pun sembunyi..
      Ajak jawab pun terus jadi bisu..

      Bila berhujah, yang keluar adalah maki hamun.

      Delete
    2. Itu saja ke? Spin pun tak boleh camne?Sia-sia je bagi handphne.....

      Delete
  2. Pemimpin parti yang lanun duit rakyat bekerjasama dengan parti yang pemimpin bertopeng ugama.. Itu dinamakan Pakatan Haprak

    ReplyDelete
  3. Nampak macam program2 dihadiri PM dan Tpm semakin dapat sambutan rakyat.

    Pokok mana yang bergoyang... yg cuba hasut rakyat ke yang berusaha sejahterakan rakyat?

    ReplyDelete
  4. Pentaksub PH akan selalu takut akan bayang2 sendiri. Akan cuba sedaya upaya menutup segala kepincangan yg berlaku dikalangan mereka dengan menyalahkan org lain. Fakta yg tdk blh dinafikan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 704, mana fakta?
      Kalau tak ada idea.. Maki hamun pun ok, bukan tak biasa..

      Delete
    2. Eh ada yg terasa ke..

      Delete
  5. Kenapa ye nak maklum dan hebahkan majlis PM dan TPM dihadiri ramai orang, sebelum ini tak ramai ye (..semakin dapat sambutan..) alhamdulillah tu dah ada sambutan.. Dulu kureng

    Pokok bergoyang.. Sebab zahid sendiri kerap buat pengakuan wala'.. Baca ke tidak ayat di atas atau kau memang monyet atas pokok.
    Pakayan no komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaik sangka. Pengakuan yang jujur kenapa disalah ertikan?

      Delete
    2. Bukan 'kureng'...malah bertambah. Program2 utk rakyat (bukan utk kroni) bertambah.

      Dan rakyat mula sedar... dulu mudah terpedaya fitnah2.

      Delete
  6. PAS dah lagak tak mungkin dia salah,
    Belum tegur pun dah gelabah.
    Tak boleh sentuh.
    Nampak sgt sudah rapuh.

    UMNO pulak defensive selalu,
    Sahlah dia makin melayu.

    Dudok diam buat2 bengong
    BN rakus kutip untong.

    Takkan Rakyat nak terus mimpi,
    Kan kita yang bayar gaji?

    ReplyDelete
  7. Itu lah kerjanya.... menyelongkar menyelak sana sini mengalih perhatian tapi tak menjadi.
    Tak ade pokok yang goyang pun walaupun angin dan ribut yang kuat sebab yang bikin ribut ribut tu hanya talibarut Pakatan Hapraq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saja? mana inti sanggahan kamu 1245?
      Lontar la benda yg boleh dibalas.
      Aku cuba buat ibarat badminton.
      Kau smash bola tangkis pada net, kau sorak ingat kau dapat point.
      Tak ker benyai mcm tu.
      Insaf la , taka ader makner nyrr sokong puak mungkar.
      Kau kena gali makkumat BENAR dari sumber lain mcm disini.
      Media malaysia kerja dia kambus tahil low.

      Faham dok tu?

      Selamatkan malaysia uto anak cucu

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...