Sunday, June 18, 2017

ANGAN ANGAN TINGGI NAK TAWAN SELANGOR TETAPI BOLEH KE STRATEGI BUDAK TADIKA @ RACIST DIGUNAPAKAI... .

Membaca satu monolog orang kuat Noh Omar menjadikan aku lebih yakin strategi tawan Selangor elok diserahkan kepada Jamal Sekincan.

Lagipun ada urusan yang belum selesai antara Azmin dan Jamal. Biarlah MB bertemu buku dengan ruas dengan calon bakal MB yang lebih sesuai.






Renungan Bersama...

*"Siapa kuasai dapur, dia menguasai menu"*

Ramadhan mengingatkan kita tentang pelbagai menu juadah sajian makanan untuk berbuka puasa dan bersahur.
Ada orang sanggup membayar sehingga beratus ringgit untuk menikmati buffet ramadhan di hotel-hotel terkemuka.
Siapa yang menentukan menu juadah yang disediakan itu? Pastinya ia datang dari siapa yang menguasai 'dapur' di hotel itu. Hanya mereka yang akan memasak sesuatu juadah lebih tahu apa dan bagaimana juadah itu bakal disediakan.

Ini mengingatkan saya pada realiti politik dalam negara kita. Dasar tadbir urus negara umpama menu juadah yang ditentukan oleh siapa yang menguasai parlimen. Institusi Parlimen negara umpama "dapur" untuk memasak. Siapa yang menguasai dapur, dia akan menguasai menu. Begitu jugalah siapa yang menguasai Parlimen, dia akan menguasai apakah 'menu' yang akan menjadi citarasa kesukaannya dan bagaimana ianya akan disediakan. Melihat kepada realiti yang berlaku di negeri Selangor yang meletakkan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh DAP, maka kita dapati menu juadah yang menjadi citarasa tadbir urus negeri ditentukan oleh DAP.

Begitulah juga sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat untuk mentadbir negara. Jawatan sebagai Perdana Menteri mungkin diserahkan kepada calon melayu, namun jawatan sebagai Speaker Parlimen pasti akan dipegang oleh DAP. Ini menjadikan perjalanan halatuju dasar perundangan negara akan berjalan menurut kehendak DAP!

Apakah akan ada agenda memartabatkan Islam oleh DAP sebagaimana yang mereka lakukan di Selangor? Walaupun sudah 2 penggal menjadi kerajaan, namun rakyat Selangor masih tidak menikmati sajian menu yang islamik dari kerajaan negeri kerana "dapur"nya dikuasai oleh DAP.

Rakyat pastinya akan dihidangkan dengan apa yang menjadi 'menu' kesukaan DAP yang pastinya membenci islam, perkauman yang anti melayu & bumiputera, kebebasan atas nama hak asasi manusia, dan pelbagai menu baru  yang bakal disajikan oleh mereka mengikut citarasa dan kehendak mereka.
Jika kita rela menu tradisi kita hilang digantikan dengan menu baru, maka rakyat akan memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU nanti. Ibarat kita beraya tanpa ketupat lemang, rendang dan dodol serta pelbagai juadah tradisi dihari raya, itulah yang akan berlaku jika "dapur" kita dikuasai oleh mereka.

Pertahankan Institusi Parlimen dari dikuasai oleh DAP!  *Kembalikan* Dewan Undangan Negeri Selangor kepada BN supaya *menu Islam dan melayu akan kembali subur* dipertahan oleh UMNO bersama BN.

Selamat meneruskan pecutan akhir kita dalam bulan ramadhan ini.

Salam perjuangan,
*Dato' Hj Zein Isma Bin Hj Ismail*
Ketua Penerangan UMNO Selangor /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Ahad 18 Jun 2017; 16:48hr
Bukit Antarabangsa



# Apakah Zein Isma menganggap Sultan Selangor sebagai Ketua Ugama Islam di Selangor gagal  (?)

# Siapa Speaker DUN Perak Sekarang (?)

# Siapa menguasai Pulau Pinang sebelum ini (?)

Tak terasa ke tepuk air di dulang (?)
Tak terasa ke ludah air ke langit (?)
Tak terasa ke memaku dulang paku serpih (?)

20 comments:

  1. Bersatu bersetongkol mencuri duit rakyat tu Islamik lar sgt

    ReplyDelete
  2. Rileks lah KD....lepas PRY nanti, PH/PR akan jadi pembangknag.

    Azmin kena cari kerusi parlimen lain....Kalau tanding di Gombak lagi, tentu tersungkur.

    hehehe.....Dah tak lama lagi dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU13 dulu pun gebang BN boleh tawan balik Selangor..tapi..hancus gak..malah makin teruk..itu pun tanpa isu 1MDB....PRU14 ni dengan isu 1MDB agak2 boleh ke BN menang? Ke saja gebang sbb nak bajet lebih dari MO1????

      Delete
  3. Selangor memang DAP yg kontrol....

    Macam kat Perak dulu...

    Yg bodoh ialah PKR dan PAS masa tu..(sekarang Amanah yg bodoh)

    PAS cerdik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju pas memang cerdik... Cerdik mencari tempat penohkan kantung... Buat apa jd penasihat negeri kalau dah ada tawaran menjadi penasihat Putrajaya... Takgitu

      Delete
    2. Setuju pas memang cerdik... Cerdik mencari tempat penohkan kantung... Buat apa jd penasihat negeri kalau dah ada tawaran menjadi penasihat Putrajaya... Takgitu

      Delete
  4. Aku dh lama "caba" KD ni supaya berani tunjuk siapa die... Tp aku pasti die ni Penakut paling tegar di Malaysia ni.... Ckp je berdegar2.... Telur Xdak....kah kah kah... aku taulah sape kao KD....cuma kau terlalu takut untuk dedahkan diri sendiri... berlindung di sebalik monitor komputer kao....hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu komen pun guna Anonymous je!!

      Delete
  5. Ya lah. Tukang masak hotel tentukan harga. Bukan pengurusan. Sedap sangat ke masakan hotel tu? Ramai ke yg puji atau menyumpah. Kalu masakan tak sedap di rumah,cari la makan kat luar. Bagus sangat dia punya analoginya.

    ReplyDelete
  6. ramai penyokong KARI di sini ye..dah 3 kari tp ramai masih menghambakan diri mempertahankan MO1..kannnnnnnn

    ReplyDelete
  7. kd tak recycle pasal saman doj? tengah hot ni bro, jangan lepaskan peluang. minggu depan nak raya, semua sedara mara akan pakat blk kg. bila dh reramai dgn family tu sedap la bercerita pasal saman doj, pasal duit 1emdibi dibelasah buat beli cincin rosmah....bla bla bla. ke sebab kd dah perasan bahawa cerita recycle tu macam dah tak berapa menarik dan basi mcm tu je. yelah, asyik2 sebut mo1. siapa mo1? kenapa tak berani namakan sahaja siapakah empunya nama mo1 tu? nak namakan pm malaysia, takut kena saman. jadi acah2 la dengan menamakannya sebagai mo1. tapi adakah mo1 itu disaman? adakah dalams sebarang perenggan dokumen yang beratus2 helai itu menyatakan saman kepada mo1? hahahahaha....doj ni macam pokok jugak rupanya. kalau tak ada angin dan beruk maknanya pokok tak akan goyang. soalnya beruk mana yang kuat sangat nak gegar pokok supaya bergoyang? beruk pandai panjat pokok atau beruk pandai bayar beruk lain panjat pokok? bak kata dr tan seng giaw (dap), soal pm malaysia dikaitkan dengan salahlaku dalam 1emdibi tidak pernah disebut. apakah peranan pm dalam 1emdibi? beliau bukan lembaga pengarah syarikat? ceo syarikat atau siapa? hanya sebagai penasihat. adakah penasihat boleh ambil duit syarikat tanpa diketahui oleh sesiapa dalam syarikat? jadi untuk membuktikan pm bersalah bukan susahpun. tangkap semua ahli lembaga pengarah 1emdibi dan soal siasat. kalau ada sekelumit yang tidak kena, pasti akan terdedah. soalnya, pendedahan bukan dibuat oleh ahli lembaga pengarah, melainkan oleh sr! siapa sr? adakah sr agen sprm maka kepercayaan seolah berfakta seperti hasil siasatan sprm?.....itulah yang dipanggil lawak tak sampai....
    oh ya, dalam senarai barang yang akan dan telah dirampas, ada tak direkodkan bahawa cincin mahal isteri mo1 itu yg didakwa dibeli dengan duit 1emdibi masuk dalam senarai? saja nak tahu jer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan yang menarik. knp ahli lembaga pengarah 1mdb tak ditangkap? sama jugak kenapa CEO SRC international masih bebas, kenapa Jho low masih bebas? kan..itu kena tanya MO1..kena tanya zahid, kena tanya IGP. di malaysia ni kalau g report pasal 1mdb pun boleh ditangkap bawah SOSMA..tahu tak?

      Delete
  8. UMNgOk vs Pakatan Hopeless! Gasak korang larr!

    ReplyDelete
  9. Kita orang pun dah menyampah dah dengan cerita 1mdb ni.Kepala jadi pening dan dah jadi tak tahu apa hal sebenar nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening tak pening...yg bersalh mesti didakwa...

      Delete
  10. pe yang nak pening..bukan suruh korang siasat pun..dia org yang siasat..pe yang recycle tu..kalau tak tahu jgn tulis..KARI ketiga adalah penemuan baru..mungkin saudara konfius dengan cincin 2juta lebih tu kot..tu le faham betul2..ni asal org cakap, fitnah. kalau fitnah jawab le dengan bukti. ni melalak tanpa sebab..setakat nak tulis fitnah, anak aku baru tadika pun boleh tulis bro..try again..

    7.58
    patut le masih menyokong MO1..tak tahu pe2 sebenarnye..knp MO1 tak dinamakan macam Jho low dan riza aziz..hanya org yang bengap saja akan terus persoalkan kenapa MO1 tak dinamakan..ni sila hadam ye..sbb MO1 tak menggunakan sistem perbankan di US untuk membeli, memindah, membayar, seleweng dll..dia dinamakan sbb ada menerima duit yang diseleweng melalui bank negara lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...ala2 cerdik la tu konon beri jawapan. kalau DoJ sendiri tak mampu (tak berani @ penakut?) untuk menamakan siapakah individu MO1 tersebut, adakah korang semua lebih bijak pandai dan lebih berintegriti berbanding DoJ? ini persoalan undang2 beb, bila belum terbukti akan kesalahan, malah dibuktikan siapakah individu MO1 tersebut maka tak payah la pandai2 membuat kenyataan siapakah MO1. lagi pula cuba ingat kata2 bekas PM malaysia yang paling lama berkuasa dahulu. dia ada kata "seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah". cuba tanya beliau semula adakah beliau masih ingat kata2 tersebut. dan untuk perhatian awak, adakah orang kena tuduh yang perlu sediakan bukti untuk bersihkan nama atau orang yang menuduh yang perlu sediakan bukti2 tuduhan? proses mahkamah dah terbalikkah sekarang? lawak tak sampai la bro...

      Delete
  11. 7.58
    baru nak kenal politik dan isu 1mdb ni..saudara banyak ketinggalan..mmg le dia ketua lembaga penasihat..sila rujuk artikel 117 dalam M&A 1mdb..dari situ baru le saudara tahu kuasa MO1 dalam 1mdb sebesar mana..ada beberapa urusniaga di mana lembaga pengarah tidak dimaklumkan..sbb tu ada dikalangan ahli lembaga pengarah 1mdb meletak jawatan. nak tanya saudara le. kalau tak de pe2 masalah ttg 1mdb ni, kenapa laporan audit diOSAkan? kenapa nak sembunyi sesuatu kalau tak bersalah? kenapa laporan audit tahunan masih belum siap? kenapa firma2 audit bertaraf antarabangsa menarik diri? harap2 ada jawapan yang munasabah selain maki hamun, rasis dll

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini isu usnapolitik? maknanya tuduhan2 penyelewengan ini isu politik? sama statusnya macam tuduhan liwat kepada anwar ibrahim dahulukah? jangan sombong dan konon bijak berpolitik beb. kalau ini hanya isu politik, rentikanlah. tuduhan penyelewengan wang rakyat diistilahkan isu politik maknanya ia tidak relevan langsung untuk kebaikan rakyat. hanya momokan sahaja kepada rakyat. biar rakyat terkeliru, spin lagi kuat. selepas pilihanraya, pihak yang dituduh kalah dan tidak ada apa2...yang menang jadi kerajaan, yang kalah jadi pembangkang....sekali lagi lawak...oh silap, lagak cerdik tak sampai....

      Delete
  12. Dah tau sangat dah 1mdb ni adik beradik kes scorpene ari tu la.Pemain nya hampir sama juga cuma ada tambahan baru watak utama.Plot cerita pun hampir sama cuma kisah saja yang berlainan.Cuma yang ni ada dua versi iaitu doj satu dan doj dua manakala kes ari itu pasal sapina saja tapi tak sampai-sampai.Dan kalau dilihat kepada Ending cerita pun rasa-rasa nya macam nak sama juga rasa nya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...